Tetamu Kehormat...

July 30, 2011

Isu Wahabi Selesai : Ulama Jangan Cepat Melatah!

Inilah jadinya apabila ulama turut sama berpolitik dan main emosi! Kononnya "ada orang dalam" yang salurkan maklumat tentang Wahabi itu ancaman negara. Lebih malang lagi, ia disebut dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan terus disahkan seolah-olah itu keputusan rasmi kerajaan - maka melentinglah para ulama salaf di Malaysia.

Maka hiruk-pikuklah negara kerana ulama meloncat lebih tinggi daripada menteri. Belum ada apa-apa keputusan rasmi atau kenyataan rasmi, maka ulama-ulama ini tanpa usul periksa terus membuat tuduhan melulu, kononnya kerajaan mewartakan bahawa golongan Wahabi mengancam keselamatan negara. Nampaknya, ulama-ulama ini tidak beramal dengan ilmu yang mereka miliki - mudah melatah, cepat buat kenyataan tanpa usul periksa, tidak menyelidiki keshahihan sumber dan mudah berburuk sangka.

Ulama yang ada di Malaysia pada hari ini semakin susah untuk dipercayai. Ilmu agama tinggi, tetapi amalan masih seperti orang jahil. Selidiklah terlebih dahulu isu Wahabi ini, betul atau tidak bahawa kerajaan telah mewartakan Wahabi sebagai ancaman kepada negara? Atau ia sekadar pandangan individu tertentu sahaja yang belum tentu kerajaan menerima pandangannya itu bulat-bulat. Tidak semua yang dibincangkan dalam MKN diputuskan secara muktamad, banyak perkara yang dibincangkan lebih kepada untuk mendapat maklumat dan penerangan daripada pakar bidang tertentu.

Jadi, janganlah cepat melatah dan menuduh yang bukan-bukan terhadap kerajaan. Sekarang ini, nampaknya senario politik sudah berubah, ulama pula yang berperanan sebagai pencetus fitnah ke tengah masyarakat. Tanpa banyak usul periksa dan menyelidik, ulama-ulama seperti ini terus membuat kenyataan di media-media massa pro-pembangkang seakan-akan kerajaan BN/UMNO ini anti-Wahabi dan membenci golongan salaf as-soleh, padahalnya itu semua hanyalah sangkaan dan hasutan yang mana umat Islam di Malaysia berpecah belah. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Putrajaya dipercayai telah memaklumkan satu mesyuarat penting bahawa sememangnya tidak wujud ancaman keselamatan didakwa dibawa oleh Wahabi, susulan polemik terbaru mengenai isu itu sejak awal minggu ini, kata bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim. Shahidan berkata, berdasarkan pada maklumat yang beliau peroleh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ada memaklumkan bahawa “tiada perkara sedemikian” di negara ini.

Bagaimanapun Shahidan enggan menyebut bila dan lokasi menteri itu menyatakan pendirian tersebut. Usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan Jamil Khir juga tidak berhasil, malah beliau belum memberikan kenyataan rasmi mengenai isu berkenaan. Jamil Khir memutuskan untuk enggan mengulas isu berkenaan Selasa lalu ketika didampingi wartawan pada satu majlis di ibu negara.

“Mengikut keterangan Datuk Seri Jamil Khir, beliau cuma tidak mahu menyatakan perkara ini secara terbuka setakat ini, tetapi menjelaskan bahawa tiada perkara sedemikian.

“Menurut beliau, pendapat mengatakan Wahabi menjadi ancaman dan menjurus ke arah aktiviti pengganas... ini adalah pendapat individu sahaja, ia telah dibuat di tempat yang tidak sepatutnya dibuat iaitu MKN (Majlis Keselamatan Negara),” kata Shahidan sambil menekankan “majoriti Muslim Malaysia mengamalkan mazhab Syafie.”

Kata Shahidan, mengikut maklumat terbaru diterimanya, mesyuarat Isnin lalu tidak sepatutnya membincangkan perkara tersebut tetapi diteruskan dengan memfokus isu yang kini hangat diperkatakan. Satu lagi sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa pasukan keselamatan memutuskan amalan Wahabi memang wujud di negara ini, tetapi dakwaan bahawa ia menjadi ancaman ke atas keselamatan negara bukan sesuatu yang membimbangkan buat masa sekarang.

“Memang ada amalan Wahabi, tetapi ia bukan di peringkat yang amat membimbangkan,” kata sumber itu yang tidak mahu identitinya didedahkan. Malah katanya, maklumat yang digunakan dalam pembincangan Isnin lalu adalah berdasarkan pada perkembangan setakat Februari lalu.

Isu mengenai amalan Wahabi pernah muncul di media massa April lalu dengan memfokus kepada kerajaan negeri Perlis. Bagaimanapun sumber itu mengakui tindakan mengaitkan isu itu dengan Arab Saudi ada membawa kesan ke atas hubungan kedua-dua negara.

The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat Isnin lalu yang hanya memfokus pada isu Wahabi ada menimbulkan dakwaan wujudnya “kesesatan Saudi.”

Dalam kenyataannya, Shahidan juga berkata “isu ini tidak patut dihidupkan semula, yang bertujuan menunjukkan siapa yang kuat.”

Sehubungan itu, Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno menyambut baik kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Isnin lalu yang menyatakan sokongan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa antara mereka yang disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau oleh pihak berkuasa agama negeri.

Turut disenaraikan ialah Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan sekumpulan 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu. Difahamkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam ada dibangkitkan isu semasa ini. Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider Selasa lalu, Shahidan menggesa pihak berkuasa menyelesaikan isu Wahabi dan kini dikaitkan dengan aktiviti pengganas diselesaikan sama sekali dan tidak mahu terus dibangkitkan lagi.

Beliau merupakan salah seorang daripada empat pemimpin politik dan agama dinamakan dalam senarai “dikehendaki” dalam isu fahaman Wahabi awal tahun lalu. Bagaimanapun Shahidan sudah beberapa kali menafikan dakwaan sedemikian dan pernah mencabar pihak-pihak yang mempertikaikannya agar mengemukakan bukti.

Pertahankan Ketuanan Melayu - Ustaz Kazim

July 29, 2011

Tazkirah Sebelum Ramadhan...

Isu Kematian Teoh Beng Hock Selesai : DAP Punca Segalanya!

Sudah! Sahlah segala dugaan kita semua selama ini, bahawa kematian Teoh Beng Hock adalah berpunca daripada DAP sendiri! Mereka lepas tangan apabila Teoh disoal siasat oleh SPRM kerana bimbang dikaitkan sama. Inilah hakikat cerita yang sebenar-benarnya. Segalanya berpunca daripada beban tugas yang terlalu banyak diberikan oleh DAP kepada Teoh, sehingga mengheret beliau ke kancah rasuah. Dengan kata lain, orang lain yang buat taik, orang lain pula yang kena basuh. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR 28 Julai - Sekumpulan rakan mendiang Teoh Beng Hock mendakwa DAP turut bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah itu.

Jurucakap kumpulan itu, Allan Liew Sin Kim berkata, Beng Hock sebagai ahli DAP terbeban untuk menguruskan dana bagi lebih 200 projek berkaitan parti itu di Selangor yang jelas melampaui kemampuannya sebagai seorang setiausaha politik. Malah katanya, tiada seorang pun pemimpin DAP yang hadir untuk membantah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Beng Hock yang berlanjutan selama 12 jam sebelum mendiang ditemui mati.

"Bolehkah setiausaha politik uruskan 200 projek dan aliran keluar masuk wang? Sebagai manusia biasa, sudah tentu mendiang tidak dapat mengatasi tekanan itu yang dipercayai menjadi punca kematiannya.

"Beng Hock sepatutnya tidak terlibat menguruskan projek itu dan Ean Yong tidak patut mengarahkan mendiang untuk menguruskan perkara yang melampaui kemampuannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Sidang akhbar itu turut dihadiri lima lagi rakan Beng Hock yang berbaju kuning dengan mendakwa pemakaian baju itu sebagai usaha membersihkan nama mendiang.

Allan pada masa sama mendesak Ean Yong supaya memohon maaf secara terbuka kepada ahli keluarga mendiang dan orang ramai kerana Exco Selangor itu telah membabitkan Beng Hock untuk menguruskan dana bagi projek di tiga kawasan di negeri itu. Katanya, mereka percaya Beng Hock tidak bersalah dalam pengurusan peruntukan projek oleh DAP kerana mendiang hanya menjadi saksi bagi siasatan yang dilakukan oleh SPRM.

"Di mana Ean Yong ketika Beng Hock disiasat SPRM? Beliau seharusnya berusaha menyelamatkan mendiang dengan melakukan protes kerana mungkin dengan usaha itu sekurang-kurangnya mendiang masih hidup.

"Kami amat sedih kerana hanya selepas Beng Hock meninggal dunia, mereka (DAP) datang pasang lilin putih depan pejabat SPRM. Justeru, kita mahu Ean Yong beri penjelasan kepada masyarakat kerana tidak membantu mendiang pada ketika itu," katanya.

Allan juga berharap keluarga Beng Hock boleh menerima usaha mereka dan memikirkan secara di luar kotak punca kematian mendiang. Katanya, kemunculan mereka selepas dua tahun kematian mendiang adalah kerana berasakan bukan masa yang sesuai bagi mereka membuat kenyataan sewaktu perbicaraan kes sedang berlangsung di mahkamah.

July 27, 2011

Menjelang Pertemuan Malaysia-Singapura Esok : Rajagobal Ada Fomula Misteri


Izinkan saya memberi komen menjelang perlawanan kedua antara Malaysia dengan Singapura, Khamis ini - sama ada kita suka atau tidak, saya yakin dan percaya, Malaysia akan berjaya ke peringkat seterusnya. Walaupun kita tewas 5-3 baru-baru ini, tetapi itu bukanlah penutup kepada segala-galanya. Dalam satu kenyataan, Datuk K. Rajagobal mendakwa bahawa beliau mempunyai fomula misteri dalam berhadapan dengan Singapura malam esok - saya yakin dan percaya, formula misteri tersebut mampu meranapkan keegoan Singapura, sekali gus melenyapkan impian besar mereka. Sekali lagi secara peribadi saya mengucapkan agar pasukan dan anak didik Rajagobal akan terus menunjukkan prestasi cemerlang malam esok, serta tidak mengecewakan para peminat mereka. Go Harimau Malaya Go! Baca berita di bawah:

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Ketua jurulatih Datuk K Rajagobal berkata, beliau ada formula terbaik ‘membakar’ semula semangat barisan Harimau Malaya yang luntur untuk bangkit mengatasi defisit dua gol dalam perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura malam esok. Perlawanan esok akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Rajagobal mengakui bahawa formula yang digunakan adalah dengan menayangkan semula video ‘detik emas’ ketika mereka bangkit daripada kekalahan sebelum mengukir sejarah menjulang Piala Suzuki AFF tahun lalu dan Sukan SEA 2009.

“Kekalahan dalam perlawanan pertama Sabtu lalu bukan penamat perjuangan pasukan kerana mereka masih ada baki 90 minit lagi untuk membuat perhitungan terakhir dengan lawan. Lagipun, ini bukan pengalaman pertama pemain tewas dan menghadapi detik sukar seperti ini,” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini. Sabtu lalu, Singapura mengatasi Malaysia 5-3.

Sebaliknya, pemain pernah menghadapinya ketika tewas sebelum bangkit dengan membuktikan kemampuan dan mengejutkan semua pihak apabila memenangi emas Sukan SEA 2009 dan Piala AFF, kata ketua jurulatih ini.

“Jadi, saya yakin pemain mampu melakar keajaiban itu sekali lagi dengan bangkit menewaskan lawan Khamis ini (malam esok),” kata beliau. Rajagobal berkata, dia menghargai pandangan dan kritikan pelbagai pihak berikutan kekalahan itu, tetapi menegaskan kekalahan kepada skuad Singa sama sekali tidak membimbangkan atau memaksanya menekan butang panik untuk merombak pasukan.

“Bukan saya tidak mahu memanggil pemain lain seperti Norhafiz (Zamani Misbah) bagi memperkuatkan benteng, tetapi semua pihak harus faham ia bukan mudah untuk Norhafiz beraksi dalam 90 minit sejurus selepas pulih daripada kecederaan.

“Jadi, saya harus percaya dengan pemain yang ada dan semua pihak juga harus mempercayai mereka. Berilah sokongan padu kepada mereka dan saya yakin mereka akan membalasnya dengan menebus kekalahan dan menundukkan lawan nanti,” katanya.

July 26, 2011

Kalau macam Ini...Baik Semua Ahli UMNO Masuk Kelab Penyokong Ambiga Sahaja

Warkah Asri Kepada Polis - Ini Jawapan Kita

Mantan Mufti Perlis, Dr Asri, memberi teguran kepada pihak polis dengan nada penuh berhikmah dan ingatan yang sangat ikhlas, tahniah saya ucapkan (baca di sini). Tetapi, Dr Asri juga jangan lupa dan alpa, bukan polis sahaja yang zalim dan jahat, tetapi mata pena yang ditulis oleh golongan cerdik pandai bergelar Profesor, Profesor Madya, dan Dr yang menghasut dan mengadu-domba agar rakyat bangkit dan mencetus huru-hara di negara ini juga boleh dikategorikan sebagai kezaliman yang sepatutnya dihentikan dengan segera.

Jangan dilihat kekerasan polis sebagai kezaliman - kerana itu kezaliman yang tampak, tetapi kecil kesannya - bagaimana pula dengan kezaliman yang tercetus hasil daripada tulisan ulama-ulama su' (jahat) yang mengadu-domba dan menghasut rakyat agar saling membenci sesama kaum muslimin, sehingga tercetusnya huru-hara dan ketakutan dalam masyarakat biasa? Siapakah puncanya? Polis atau si Penulis?

Ingat, kezaliman para penulis jahat termasuk ulama-ulama yang tidak amanah dengan ilmunya merupakan kezaliman yang maha hebat dan tidak tergambar lagi kerosakan yang akan berlaku dalam masyarakat, natijah daripada penulisan serta ideologinya. Asri seharusnya kembali meneliti apakah tulisan dan pandangannya selama ini benar-benar tidak mempunyai unsur kezaliman terhadap pihak lain?

Apakah manusia seperti beliau sahaja yang boleh dikategorikan sebagai mangsa kezaliman polis dan kerajaan? Apakah peserta Perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini tidak boleh dianggap sebagai melakukan kezaliman terhadap kerajaan dan orang lain? Apakah Allah hanya meletakkan beban kezaliman itu hanya untuk polis dan kerajaan semata-mata? Sungguh bacul kefahaman seperti ini.

Mengapa Asri tidak pula menghitung segala kerosakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat terhadap agama, bangsa dan negara kita ini sebagai salah satu bentuk kezaliman juga? Mengapa istilah "kezaliman" itu hanya dilonggokkan kepada polis, SPRM dan kerajaan? Apakah fitnah, mengadu-domba, mencaci-maki, mengaibakan pemimpin kerajaan, mereka-reka cerita palsu dan mengkafirkan sesama Islam bukan satu kezaliman yang nyata dilakukan oleh puak-puak Pakatan Rakyat? Mengapa ini semua tidak termasuk dalam kamus kezaliman yang seharusnya difahami oleh Asri?

Ingatlah - Kezaliman sama sekali tidak boleh dituju kepada sesuatu golongan sahaja contohnya "polis zalim", "kerajaan zalim", "UMNO Zalim" - kerana tidak semua yang kita labelkan sebagai zalim itu benar-benar zalim. Umpamanya menuduh UMNO zalim, apakah semua ahli UMNO benar-benar zalim? Atau ia hanya akan menjadi tuduhan fitnah tanpa bukti? Menuduh "Polis Zalim" - bukan semua anggota polis itu berlaku zalim, maka perkataan zalim tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya seperti mana yang sering dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam banyak ucapannya!

Satu setuju dengan Asri yang mengingatkan polis perihal isu kezaliman, tetapi adalah tidak adil sekiranya rakyat disogokkan dengan fahaman bahawa kezaliman itu hanya dibebankan kepada kerajaan dan agensi-agensinya sahaja, manakala rakyat biasa seperti Asri terbebas daripada istilah melakukan kezaliman. Mengadakan ceramah agama tanpa tauliah merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang yang digariskan oleh kerajaan negeri Selangor. Maka mana-mana rakyatnya yang tidak mengikut undang-undang tersebut, boleh dianggap sebagai menentang penguasa/pemerintah yang diharamkan oleh Islam. Dan merupakan perbuatan yang salah, seandainya si penceramah yang ditahan tersebut mula menghasut rakyat agar bersama dengannya dengan alasan kononnya pihak kerajaan telah berlaku zalim terhadap dirinya. Padahalnya yang melakukan kezaliman adalah berpunca daripada dirinya sendiri!

Sesiapa sahaja yang melanggar lampu merah di jalan raya tetap dikira melakukan kezaliman terhadap dirinya dan jika berlaku kemalangan, maka dia dianggap melakukan kezaliman terhadap orang lain pula (dua kali zalim). Ramainya orang yang melanggar lampu merah bukanlah tiket yang menghalalkan perbuatan tersebut. Ia tetap perbuatan yang salah dan berdosa. Sebagai contoh, walaupun Asri mempunyai PhD dalam bidang agama dan seorang pensyarah, tetapi itu bukanlah lesen besar untuk beliau memberikan kuliyyah agama tanpa memiliki apa-apa tauliah yang telah disyaratkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam hal ini, JAIS dan polis tidak boleh dituduh zalim, kerana kezaliman itu sebenarnya datang daripada diri kita sendiri, kerana kita sendiri tidak mahu mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Janganlah dendam lama kita gali semua dengan coretan yang baru. Perhimpunan Bersih sudah dikatakan tidak boleh, mengapa masih berdegil juga, maka, polis tidak boleh dituduh zalim, kerana yang zalim pada asalnya adalah diri kita sendiri, maka kezaliman itu akan kembali kepada kita semula.Wallahualam.

Ke Mana Kita Selepas Ini?

Masalahnya, ramai pejuang bahasa, termasuk sasterawan negara sudah lupa asas perjuangan mereka. Daripada memperjuangkan isu bahasa Melayu, mereka sekarang ini sibuk dijadikan kuda tunggangan parti pembangkang. Lihat sahaja yang berlaku kepada A. Samad Said.

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad terkilan kerana orang Melayu terlalu bergantung pada bahasa Inggeris sebagai “model” sehingga menyumbang kepada krisis martabat bahasa kebangsaan.

“Oleh sebab kita tidak tahu atau menganggap bahasa Melayu ‘belum maju’, maka kita banyak sekali bergantung pada bahasa Inggeris sebagai ‘model’ kita.

“Kita menganggap bahawa dari segi pembinaan korpus bahasa, bahasa Melayu perlu bergantung pada kosa-kata atau perkataan bahasa Inggeris untuk membina ‘istilah baru’ dalam bahasa Melayu,” kata beliau pada satu ceramah yang disampaikan di Seremban hari ini. Kertas kerja beliau bertajuk “Dasar Bahasa Kebangsaan Di Malaysia: Melihat Semula Peranannya Sebagai Alat Perpaduan dan Kemajuan Negara”. Tokoh bahasa ini menambah, orang Melayu tidak bertolak dari kekuatan dalaman yang sudah ada pada Melayu sejak ratusan tahun lamanya dalam mencari atau mencipta ‘istilah baru’.

Katanya, apa sahaja perkataan biasa atau bahasa Inggeris yang dianggap sebagai ‘istilah’ diterjemahkan secara harfiah ke dalam bahasa Melayu, maka lahirlah ratusan istilah yang pelik-pelik dalam bahasa Melayu.

“Saya suka menyebut contoh-contoh berikut... perkataan Inggeris ‘head’ yang dahulu pernah digunakan sebagai istilah perbendaharan kerajaan, diterjemahkan bulat-bulat sebagai ‘kepala’. Maka lahirlah istilah ‘kepala kecil’ yang diterjemahkan dari istilah Inggeris ‘sub head’ dan istilah ‘pecahan kepala kecil’ yang diterjemahkan dari istilah Inggeris ‘sub-sub head’.

“Geli hati saya mendengar istilah ini dalam bahasa Melayu. Tidak kurang peliknya ialah istilah ‘pegawai sangkut’ yang diterjemahkan dari istilah Inggeris ‘attachment officer’,” kata beliau.

“Tidak tahu saya bagaimana manusia atau pegawai kerajaan boleh disangkut, seperti orang menyangkut gambar atau cermin di dinding,” kata Hassan lagi. Justeru kata Hassan, contoh-contoh istilah seperti itu dalam bahasa Melayu menunjukkan bahawa perancang bahasa atau pencipta istilah Melayu masa itu seolah-olah percaya bahawa kalau bahasa Melayu tidak bergantung kepada bahasa Inggeris, bahasa Melayu tidak akan maju.

“Masalah sebenarnya ialah tiga, pertama, mereka tidak tahu bahawa bahasa Melayu mempunyai perbendaraan kata yang kaya dan mungkin lebih kaya daripada perbendaharaan kata umum (biasa) bahasa Inggeris,” katanya.

Selain itu mereka tidak berfikir dalam bahasa Melayu tetapi berfikir dalam bahasa Inggeris atau melalui perkataan Inggeris, katanya.

“Ketiga, mereka tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik. Kalau mereka menguasai bahasa Melayu dengan baik dan berfikir dalam bahasa Melayu, mereka tentu dapat akan mencipta istilah yang lebih betul dan tepat, misalnya ‘Tajuk’, ‘Tajuk Kecil’ dan ‘Ceraian Tajuk Kecil’, dan ‘attachment officer’ sepatutnya menjadi ‘pegawai sandaran’ dalam bahasa Melayu,” kata beliau. Hassan menambah, beliau menyebut contoh tersebut sebagai peringatan bahawa sehingga hari ini itulah cara pihak bertanggungjawab ‘memajukan’ kosa-kata bahasa Melayu.

“Banyak perkataan atau istilah umum yang dianggap baru kebanyakannya diterjemahkan secara literal dari perkataan bahasa Inggeris — kebanyakannya diciptakan oleh orang yang bahasa Melayunya lemah dan tidak berfikir dalam bahasa Melayu.

“Kerana inilah saya masih mendengar orang Melayu dan bukan Melayu berkata bahawa ‘without the English language, the Malay vocabulary will still be very restricted and poor’,” kata beliau sambil menambah, “saya menganggap itu adalah kata orang yang tidak mengetahui bahasa Melayu.”

July 24, 2011

Nazri Aziz, Jangan Melampau Sangat!

Saya tidak tahu untuk menyatakan apa lagi terhadap Nazri Aziz ini. Walau apa pun hujah beliau, nampaknya menteri yang menjaga parlimen ini seolah-olah tetap mahu menyalahkan SPRM, sekali gus mahu menjadikan SPRM sebagai kambing hitam. Siapakah Nazri untuk menentukan sebab dan akibat hidup mati seseorang itu? Nazri dilaporkan berkata, "Kematian Teoh Tidak Akan Berlaku Jika Siasatan Ikut Standard" (baca di sini).

Apa hak Nazri untuk berkata sedemikian? Pertama - Nazri bukan Tuhan! Kalau sekali pun SPRM mengikut standard (SOP) dalam siasatannya, tetapi jika suspek benar-benar bersalah dan tertekan, lalu membunuh diri, maka apakah kita masih tetap mahu menyalahkan SPRM? Ambil contoh kematian Ahmad Sarbini Mohamed di bangunan SPRM, apakah Nazri mahu menunding jari kepada SPRM sebagai punca kematiannya disebabkan SPRM tidak mengikut standard siasatan?

Jawapan dalam soal ini sangat mudah - izinkan SPRM menyelesaikan kes rasuah Teoh sehingga selesai - jika sudah terbukti bahawa DAP dan Teoh terlibat dengan rasuah, maka kematian Teoh adalah disebabkan "dosa" diri sendiri dan bukan SPRM. Dengan kata lain, kematian Teoh tiada kena mengena dengan SPRM, sebaliknya Teoh yang tertekan dengan dosa rasuah yang dilakukannya sehingga sanggup membunuh diri sebagai jalan pintas menyelesaikan masalah! Mustahillah Nazri tidak nampak semua ini?

Kalau beginilah sikap Nazri, saya boleh katakan kematian Teoh tidak akan berlaku sekiranya DAP Selangor tidak terlibat dengan sebarang rasuah, dan kematian Teoh juga tidak akan terjadi seandainya tiada laporan rasuah dilaporkan kepada SPRM. Dengan kata mudah, kematian Teoh bukan berpunca daripada SOP SPRM yang salah atau tidak standard, tetapi kematian Teoh adalah berpunca daripada tabiat rasuah yang bermaharajalela dalam DAP! Untuk menutup malu, bunuh diri adalah jalan paling mudah bagi mana-mana manusia yang tidak beriman kepada Allah. Ada faham?

Cubalah semak kembali, sudah berapa banyak kes yang dikendalikan oleh SPRM yang menggunakan SOP yang sama dengan kes Teoh, ada kita dengar sesiapa bunuh diri akibat daripada tekanan siasatan yang kononnya tidak mengikut SOP SPRM? Tetapi, yang peliknya apabila kes seperti ini terkena batang hidung DAP atau kaum Cina, riuh satu Malaysia, seolah-olah SPRM jauh lebih hina daripada tahi anjing! Hanya orang yang bersalah sahaja yang sanggup membunuh diri, kerana itu penyelesaian paling mudah.

Sepatutnya Nazri mempertahankan SPRM dan bukan membuat kenyataan bodoh seperti di atas. Sekarang cuba Nazri jawab soalan saya, Altantuya tidak akan mati dibunuh di Malaysia sekiranya Najib tidak membeli kapal selam, betul atau tidak? Boleh terima soalan bodoh macam ini? Untuk Nazri, cukuplah DAP sahaja yang menjadikan SPRM sebagai kambing hitam, jangan ditambah lagi komen-komen hanyir seperti ini.

Bukan mudah untuk membuat sesuatu kerja dengan SOP yang standard, lebih-lebih lagi dalam kerja siasatan seperti polis dan SPRM - atas kertas nampak cantik SOPnya, apabila hendak dilaksanakan, cirit hijaulah jawapnya. Cubalah sekali sekala Nazri jadi pegawai siasatan, kita mahu tengok SOP yang macam mana digunakannya bagi mendapatkan maklumat daripada suspek.

Masalahnya sekarang, apakah Nazri sebagai menteri ada SOPnya? Kakitangan awam bukan balaci kepada menteri, bila-bila masa boleh dikambinghitamkan sesuka hati. Saya nak ingatkan Nazri agar menjaga hati kakitangan awam dan jangan mudah menyalah mereka ikut sedap mulut. Jangan sampai saki-baki kakitangan awam yang masih menyokong kerajaan ini berpaling tadah, buruk akibatnya. Wallahualam.

Masjlis Peguam Isytihar "Perang" Terhadap Yang Di-Pertuan Agong?

Amalan korupsi dan rasuah yang membengkak dalam parti DAP dikenalpasti sebagai punca kematian Teoh Beng Hock. DAP kelihatan bersungguh-sungguh mahu menutup kes tersebut dan mengkambinghitamkan SPRM. Terkini, Majlis Peguam secara terang-terangan sudah dikira mengisytiharkan "perang" terhadap sistem kehakiman dan Suruhanjaya Diraja, sekali gus menghina Yang Di-Pertuan Agong. Soalnya, apakah kerajaan masih mahu berpeluk tubuh? Apakah Majlis Peguam terlalu berkuasa sehingga kita memerlukan "pengesahan" atau pengiktirafan daripada mereka, maka barulah sesuatu keputusan Suruhanjaya Diraja dikira betul dan shahih? Ada benar kata-kata Ezam Mohd Noor, sudah sampai masanya Majlis Peguam dihukum dan rombak strukturnya. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 23 Julai - Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas ke atas Majlis Peguam kerana mempersoalkan hasil laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan Kematian Teoh Beng Hock yang sekali gus dianggap menghina institusi raja. Senator Ezam Mohd. Nor berkata, Majlis Peguam jelas menjadi persatuan rasis, berkepentingan dan perkakas politik kepada pembangkang khususnya DAP dalam kes ini.

"Kenyataan yang dikeluarkan Majlis Peguam dilihat bodoh, rasis dan berbaur politik. DAP yang sepatutnya meminta maaf kerana amalan korup mereka yang menyebabkan Beng Hock menjadi mangsa.

"DAP khususnya majikan Beng Hock yang amalkan rasuah menjadi punca kes ini bermula. Pemimpin DAP wajib minta maaf dan bayar ganti rugi pada keluarga Beng Hock," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila mengulas mengenai kenyataan Majlis Peguam yang menolak penemuan laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mengikut laporan portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Tambah Ezam, kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga dilihat menghina keputusan suruhanjaya diraja dan mesti dikenakan tindakan kerana memberi contoh pemimpin tidak ada adab dan kurang ajar.

July 23, 2011

Wahai Ahli-Ahli PAS Boleh Faham Maksud Syeikh Ini? Inilah Ajaran Islam Sebenar

Majlis Peguam Adalah Majlis Syaitan?

Baca e-mail yang saya terima daripada seorang pembaca blog saya, bahasanya agak kesat dan setelah saya sunting dan edit inilah hasilnya. Bagus juga sekali sekali Majlis Peguam ditegur.

Tiada perkataan baik aku nak katakan kat sini, kalau engkau berani, siarkan komen aku tentang Majlis Peguam nie. Aku nak mencarut sikit. CELAKALAH KAMU SEMUA MAJLIS PEGUAM! BIADAP! SYAITAN KAMU SEMUA INI! TIADA MANUSIA SEKEJI KAMU! Apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan semuanya tidak betul, apa sahaja keputusan mahkamah, atau Suruhanjaya Diraja sekali pun, kalau keputusan tidak memihak kepada nafsu serakah puak-puak ini, kamu semua tetap tidak akan terima! Kalau orang cakap kamu semua ini babi sekali pun, aku akan kata YA!

Apa lagi yang kamu semua tidak puas hati? Sudah bertahun isu ini tidak selesai, kamu mahu macam mana lagi? Diminta buat Surunjaya Diraja, Najib sudah setuju, apabila Yang Di-Pertuan Agong lantik ahli-ahlinya yang berkecuali dan setelah keputusan dibuat, kamu tolak, seolah-olah kamu lebih tahu daripada mereka! Apa bendanya kamu semua ini? Haiwan atau Syaitan? Memang dah sah ahli DAP tu bunuh diri, terima aje la..nak apa lagi? Kalau dah Suruhanjaya Diraja pun kamu tak terima keputusannya, kamu semua nak percaya siapa lagi? Anwar Ibrahim? Nik Aziz? Mat Sabu? Ambiga? atau anjing-anjing peliharaan kamu semua?

Keputusan yang macam mana lagi kamu semua mahu ha? Jangan nak bohong la, kamu nak mahkamah jatuhkan hukuman pegawai-pegawai SPRMlah yang telah membunuh Teoh Beng Hock? Betul tak? Ala...buat-buat tak mengaku la pulak? Barulah kamu semua puas hati dan kata adil kan? Nak tahu jawapan aku? Mana buktinya SPRM bunuh Beng Hock? Itu andaian dan persepsi kamu semua aje, Bahlol!

Woi! Kamu semua nie peguam atau ahli politik? Daftarkan sahaja Majlis Peguam sebagai badan politik! Ada majlis pun tak tahu nak jaga anak buah, seorang buat perhimpunan haram, seorang lagi bunuh jutawan! Ini ke namanya Majlis Peguam? Orang cakap ini dah hampir-hampir tahap bangsat!

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Majlis Peguam hari ini berkata pihaknya tidak bersetuju dengan penemuan suruhanjaya siasatan diraja yang diumumkan kelmarin bahawa bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock telah membunuh diri. Sementara majlis itu bersetuju dengan 10 penemuan penting lain yang disenaraikan oleh suruhanjaya itu, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa Teoh telah membunuh diri.

“Penemuan sedemikian, pada pandangan kami, tidak disokong oleh fakta dan bukti,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Lim berkata, bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, kata Lim, pakar psikiatri forensik iaitu Prof Paul Edward tidak mengatakan Teoh sebagai seorang yang mempunyai perwatakan lemah, sehingga menyebabkan dia mengambil nyawanya sendiri.

“Profesor Mullen tidak merumuskan Teoh Beng Hock telah membunuh diri, sebaliknya keterangan beliau mengatakan bahawa ‘dalam pandangannya, apa yang kami ketahui personaliti dan tingkah laku Teoh Beng Hock tidak mencadangkan sebarang peningkatan risiko membunuh diri’,” kata beliau. Sambung baca di sini..

Tahniah Tan Sri! Kita Memerlukan Lebih Ramai Seperti Ini

Saya mengambil kesempatan secara peribadi mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Hamad Kama Piah yang baru sahaja menerima anugerah Pencapaian Seumur Hidup daripada majalah perniagaan berpengaruh dunia - The Leaders. Sememangnya beliau sangat layak untuk menerima anugerah yang berprestij tersebut. Sekali lagi saya ucapakan syabas dan diharapkan beliau terus berusaha membangunkan ekonomi orang Melayu-Islam ke persada antarabangsa. Doa saya semoga kesihatannya sentiasa terpelihara dan persahabatan kita terus berkekalan.

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menerima anugerah Pencapaian Seumur Hidup pada majlis Anugerah Kepimpinan Global di sini.

Hamad Kama Piah, yang mempunyai pengalaman 30 tahun di bidang pelaburan dan pengurusan unit amanah, membangunkan PNB dengan aset di bawah pengurusan meningkat berganda dari RM40.7 bilion pada Disember 1997 kepada hampir RM150 bilion, ketika ini.

Dua tokoh lain menerima kategori anugerah yang sama. Mereka ialah tokoh sukan legenda dunia Muhammad Ali dan Pengarah Urusan Kumpulan Oriental Holdings Berhad Datuk Robert Wong Lum Kong. Anugerah disampaikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bernama Online melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dianugerah ‘Visionary CEO of the Year’, dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Naza Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dianugerah ‘Young Achiever of the Year’.

Duta Pelancongan dan pereka kasut terkemuka dunia Prof Datuk Dr Jimmy Choo dan angkasawan pertama Malaysia Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor masing-masing menerima anugerah ‘Fashion Icon of the Year’ dan anugerah ‘Special Achiever’. Majlis itu dianjurkan oleh The Leaders International, sebuah majalah bisnes berprofil tinggi berpangkalan di Kuala Lumpur dengan pejabat di Dubai.

Pemalsu Facebook Ungku Aziz Akan Dikenakan Tindakan Undang-Undang?


Syabas sekali diucapkan kepada blog MyMassa atas pendedahan berharga ini. Sudah ratusan kes yang kita dengar berhubung penipuan Pakatan Haram di alam siber. Terbaru nama Ungku Aziz pula dikaitkan. Tanpa rasa berdosa, tergamak mereka mencipta fake Facebook untuk Prof Diraja Ungku Aziz. Memang dah keje pembangkang buat fitnah sampai pak ungku yang baik macam ni pun kena. Yang bestnya, fake profil ini digunakan untuk menghentam Kerajaan seolah-olah datangnya daripada Pak Ungku.

Terdesak nak cari sokongan sampai macam tu sekali. Yang bodohnya adalah penyokong pembangkang yang percaya bahawa kata-kata itu datang dari Pak Ungku sendiri. Ini bukan kali pertama pembangkang menggunakan cara keji, mencipta fake FB. Untuk mencapai matlamat menfitnah DS Najib, pembangkang menggunakan kaedah yang sama kononnya ratusan ribu membenci PM sedangkan semua yang sokong itu adalah fake FB.


Selain itu, fake FB ini juga digunakan untuk menunjukkan ramai orang bengang kepada kerajaan. Caranya adalah dengan memberi komen kepada artikel dalam Malaysiakini.


Yang peliknya, semua penipuan ini boleh diterima oleh penyokong pembangkang. *Alahai...mudahnya nak tipu penyokong pembangkang. Patutlah sampai mati jadi pencacai tua pengangkat najis pembangkang.

Yang Buta Mata Hati Jangan Baca

Oleh ROSLAN LATIF, Presiden Alumni Melayu Amerika Utara (ALMA). Pada minggu lepas penulis amat tertarik dengan dua artikel tulisan anak muda, satu di The Edge mempersoalkan tentang apa salahnya rakyat hendak berhimpun dan kenapa perlu takut pada komunis. Satu lagi artikel tentang hak rakyat untuk berhimpun, dibenarkan undang-undang negara dan beliau yang kebetulan lahir di negeri yang tidak beraja mempersoalkan tentang peranan Yang di-Pertuan Agong yang dianggap mencampuri urusan politik.

Kedua-dua pemuda ini tak dapat dinafikan memang cerdik, cuma kurang pandai membaca yang tersirat. Kali pertama penulis ikut berdemonstrasi pada tahun 1973 di hadapan Bangunan AIA , di Kedutaan Amerika Jalan Ampang sempena lawatan Thanom Kittikarchorn. Pertama kali juga penulis dengar pidato Anwar dengan perkataan "imperialis," "Yahudi" disorak oleh pelajar-pelajar berambut panjang termasuk Hishamudin Rais, Kamaruzaman Yaakub, tak ketinggalan Mat Sabu, wakil Persatuan Siswa Utara.

Beberapa bulan selepas itu, kami dikerah lagi untuk demonstrasi kelaparan di Baling. Selang beberapa bulan selepas Demonstrasi Baling, sekali lagi kami dipaksa berarak ke Parlimen menuntut taraf Institut Teknologi Mara (ITM) ke taraf universiti yang disertai majoriti penuntut ITM.

Yang jelas, selepas 38 tahun orang yang sama kembali ke jalan raya, tunjuk perasaan - Anwar Ibrahim, Hishamudin Rais, Mat Sabu, Syed Husin Ali, Malik Husin dan beberapa muka lama yang nampak masih belum berubah dengan hobi lama mereka. Sebahagian besar mereka ini pun tidaklah 'bersih' sangat.

Kalaulah orang Pas ingat apa yang telah dikhianati oleh orang berkenaan pada pilihan raya 1982 setelah beria-ia berpakat dengan Pas dan CCC kemudian lari meninggalkan pakatan tersebut setelah nampak yang mereka akan kalah teruk, tak mungkin mereka boleh bersekongkol dengan beliau.

Namun bila matlamat sudah menghalalkan cara dan agama dijadikan barang dagangan, halal dan haram sudah tidak menjadi persoalan. Tambahan pula Pas sekarang dikuasai oleh golongan yang dikatakan profesional.

Anehnya beberapa pemimpin - ulama bukan, profesional pun bukan yang terpilih menerajui parti yang bercita besar menjadi alternatif, lupa bahawa mereka hanya bertanding 65 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Sememangnya berhimpun dan berarak untuk kebaikan tidak ada salah. Malah semasa 16 tahun dalam kerajaan pun Anwar sering berarak semasa Maulidur Rasul, bersalawat, pasti pahala yang melimpah ruah hinggakan dalam masa singkat mampu naik hingga menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Semasa berkuasa, Anwar begitu rapat dengan ramai lagi tauke besar. Penulis masih ingat semasa orang tersebut berkunjung ke Gerik merasmikan Persidangan Pemuda Bahagian tahun 1985, dia datang dengan helikopter Genting Highland, bukti betapa rapatnya hubungan pemimpin Islam itu dengan tauke-tauke besar.

Mungkin juga Anwar terlalu sibuk dengan politik hendak menjatuhkan Tun Ghafar Baba dan Dr. Mahathir Mohamad di samping menjaga kuncu-kuncunya yang terlibat dengan pelbagai bisnes, mungkin wakil-wakil rakyat pembangkang terlupa tentang bos mereka pernah terlibat meluluskan IPP. Sekarang melalak di Parlimen, menyalahkan orang lain.

Begitu juga dengan projek-projek penswastaan yang lain termasuk hingga terlupa tentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sewajibnya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Anwar atas sikap keperihatinannya sebagai pejuang kebebasan, dengan kuasa yang ada mampu memperbaiki sistem pilihan raya ke taraf yang paling baik seperti yang beliau perjuangkan sekarang, tapi dia lebih banyak berpolitik daripada bekerja.

Berdasarkan rekod, tak nampak cacat cela sistem pilihan raya yang ada. Sistem inilah yang memenangkan Dato' Onn Jaafar bertanding sebagai calon Parti Negara di Kuala Terengganu Selatan pada tahun 1959, memenangkan Khadijah Sidek sebagai calon Pas di Dungun di mana kemudiannya Pas haramkan calon wanita bertanding.

Sistem yang sama yang telah mengekalkan keluarga Anwar di Permatang Pauh bermula dari ayahnya, Ibrahim Abdul Rahman yang memenangi kerusi Seberang Tengah pada tahun 1959 dan 1964 kemudiannya dimenangi oleh Mustafa Husin atas Parti Gerakan pada tahun 1969, Ariffin Daud (BN ) tahun 1974 dan Haji Zabidi Ali (Pas) tahun 1978.

Bermula dari 1982 selepas Anwar melompat masuk UMNO, Permatang Pauh sekali lagi dikuasai oleh keluarga Anwar dan isterinya Wan Azizah. Sistem yang sama juga telah memenangkan V. David sebagai calon Bebas di Bangsar, Yeo Tat Beng di Bruas pada tahun 1959, begitu juga Quek Kai Dong di Seremban Barat dan Chin See Yin di Seremban Timur juga sebagai calon Bebas.

Sistem SPR yang sama jugalah Nik Aziz dan Lim Kit Siang sudah 42 tahun menjadi wakil rakyat walau pun tak ada apa sangat yang dibuat selain mengkritik dan mencari kesalahan orang.

Sistem yang sama juga membolehkan keluarga Karpal Singh dan keluarga Kit Siang mampu menang dan menjadi wakil rakyat. Malah Dr. Mahathir pernah kalah kepada Yusuf Rawa di Kota Setar Selatan pada tahun 1969 juga atas sistem sama yang kini dipertikaikan.

Pilihan raya bergantung kepada faktor 'persepsi dan populariti.' Pada pilihan raya 1990, Angkatan Perpaduan Ummah menang hampir 90 peratus di Kelantan kerana rakyat ketika itu yakin dengan kombinasi Pas dan S46, samalah pada tahun 1999 Pas hampir menang semua di Terengganu kerana rakyat negeri itu mahu merasa duduk di bawah kerajaan Islam.

Tetapi persepsi rakyat bahawa Pas terlalu rakus, merampas tanah, menutup tadika akhirnya tahun 2004 Pas pula yang bungkus. Jelas rakyat lebih cerdik dan rakyatlah yang membuat keputusan siapa yang mereka suka.

Sebenarnya tidak ada apa yang kurang dengan sistem yang ada jika dibanding dengan sistem pilihan raya di Amerika Syarikat apabila kemenangan George W Bush di Florida semasa menentang Al Gore terus dipertikaikan.

Apa yang tersirat sebenarnya bukanlah soal pilihan raya yang tidak adil atau tidak, sebaliknya kumpulan ini cuba bersiap sedia untuk menjadikan SPR sebagai kambing hitam sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU 13 akan datang dan ini adalah ekoran kekalahan dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu termasuk pilihan raya Negeri Sarawak.

Persepsi pengundi juga nampaknya memihak kepada BN ekoran pendekatan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sering mendekati rakyat serta kejayaan program NKRA dari segi membendung jenayah, membenteras rasuah, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah dengan program Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, mempertingkatkan pencapaian pendidikan, mempertingkatkan infrastruktur luar bandar serta memperbaiki pengangkutan awam bandar.

Program-program seperti Rumah Pertamaku, penubuhan Parlimen Belia serta Himpunan Sejuta Belia membuktikan golongan muda menerima program transformasi kerajaan dan inilah yang sebenarnya menjadikan pembangkang menggelabah.

Jadi sebelum kalah di padang atas kelemahan mereka sendiri, pengadillah yang menjadi sasaran walaupun mereka sedar pasukan mereka sememangnya lemah dan tidak punya semangat berpasukan.

Apa yang lebih menakutkan, kalau dilihat dari apa yang berlaku di Algeria, Mesir, Yemen, Syria dan beberapa negara Arab yang lain punya kaitan rapat dengan apa yang ingin dilakukan di Malaysia.

Dalam satu Forum "US and Muslim World" di Doha pada Mac 2009, Anwar duduk semeja dengan Madeline Albright. Dalam ucapannya, Anwar bukan saja memuji melambung-lambung Presiden Barack Obama tetapi menggesa rakyat di Asia Barat bangkit menentang kezaliman dan menggesa Obama supaya menumpu usaha mempercepatkan proses demokrasi di Asia Barat dan di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dan secara sukarela menawarkan diri untuk melaksanakan proses tersebut.

Mungkin juga ini hanyalah secara kebetulan tapi kalau dilihat dari rangkaian mereka ini, kita patut berfikir dua kali kaitan puak-puak ini. Yang ditakuti bukanlah Pengerusi Bersih 2.0 S.Ambiga, tetapi siapa di belakang Ambiga dan Bersih?

Tengku Razaleigh Hamzah - Nama Yang Tertinggal!

Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan sebuah NGO baru yang dipanggil sebagai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) - apakah tujuannya masih tidak ketahui secara nyata. Namun demikian, yang pasti NGO ini lebih kepada mengembalikan nostalgia zaman pentadbiran Tun Abdul Razak. Pada saya, lebih elok rasanya beliau isytihar sahaja masuk Pakatan Rakyat, banyak prinsip perjuangan beliau yang sudah tidak secocok dengan UMNO. Baca di sini..

July 21, 2011

Isu Ijazah Dr Asri : Fitnah Atau Kebenaran?


Benarkah Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah berbohong dalam isu Ijazah Sarjana Mudanya selama ini? Dr Asri perlu segera tampil bagi menjawab tohmahan yang semakin tersebar luas di alam maya ini. Jika tidak - sekali lagi fitnatul kubra akan bermaharajalela atas nama beliau. Terdapat dua isu besar di sini, iaitu :

1. Siapakah nama sebenar Dr Asri? Mohd Asri BIN Zainul Abidin atau Mohd Asri Zainul Abidin BIN Uthman? Ada dua kemungkinan di sini - pertama, sijil di atas adalah sijil palsu yang sengaja disebarkan bagi memburukkan nama Dr Asri, kedua, pihak Universiti Jordan telah tersalah menulis nama sebenar Dr Asri. Dan yang ketiga, sijil di atas adalah milik orang lain yang seakan-akan sama namanya dengan Dr Asri.

2. Persoalan kedua yang perlu dijawab oleh Dr. Asri ialah - Sekiranya sijil beliau di atas adalah asli, maka jelaslah bahawa bidang pengkhususan Dr Asri adalah Bahasa dan Kesusasteraan Arab/Syariah Islamiyah dan bukannya Bahasa Arab dan Syariah Islamiyah. Dengan lebih tepat, pengajian Syariah bukanlah teras pengajian Dr Asri di Universiti Jordan (Mungkin, Major Bahasa Arab dan Minor Kesusasteraan Arab+Syariah). Soalnya, mengapa beliau mengaku bahawa beliau memiliki Ijazah Rarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab dan Syariah? Kepakaran beliau sebenarnya ialah bahasa Arab dan kesusasteraan Arab, hadis pun bukan.

3. Sebelum semua ini menjadi fitnah, Dr Asri perlu segera membetulkan keadaan. Saya tidak memihak kepada sesiapa. Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang mempertikaikan pandangan dan pemikiran Dr Asri yang dikatakan begitu berlawanan dengan pandangan ulama-ulama salaf. Semoga pertikaian ini segera diselesaikan. Wallahualam. Sambung bacaan anda di sini..

Raja Petra Serba Boleh! Go Petra Go!


Oooo inilah jenis manusia yang sangat "istiqamah" memperjuangkan demokrasi, kebebasan bersuara, dan macam-macam lagi "jenis" perjuangan untuk rakyat Malaysia? Inilah jenis generasi muda yang kononnya hendak dilahirkan oleh portal Malaysia Today dan Malaysia Kini? Inilah agaknya kumpulan yang mahukan sebuah Malaysia yang lebih adil dan bebas dalam pelbagai segi? Inilah manusia yang menulis kisah fitnah tentang pembunuhan Altantunya dan yang terbaru kes kematian Ahmad Sarbaini Mohamed? Inilah jenis manusia yang diterima segala sumbernya bulat-bulat, dan segala kisah yang ada di dalam portalnya dihadam oleh juak-juak Pakatan Haram, seolah-olah seperti sebuah kitab petunjuk dan dijadikan kiblat mereka dalam berhujah, walaupun mereka tahu, ia penuh dengan lendir, kudis dan nanah yang busuk lagi membusukkan. Nasihat saya, memanglah tidak salah menghantar anak belajar ke Middlesex University (salah sebuah universiti popular di UK) tetapi pakaian yang menjolok mata itu tetap salah! Ada mana-mana ulama PAS nak tegur? Jangan nampak Rosmah sahaja yang tidak bertudung. Ada faham? Baca juga sumbernya di sini..

Laaa Rupanya Bunuh Diri...


Satu lagi pembohongan jijik, kotor lagi hanyir permainan DAP terlondeh - ternyata kematian Teoh Beng Hock sengaja disensasi dan dipolitikan demi kepentingan parti racis tersebut. Sudah bertahun kisah ini dijaja bagi memburukkan imej SPRM pada kaca mata masyarakat awam, dan hari ini Allah menunjukkan segala-galanya. Apa lagi yang DAP mahukan? Apa lagi yang tidak memuaskan nafsu serakah ahli-ahli DAP? Kerajaan perlu bertindak tegas pada kali ini. Sesiapa sahaja yang sengaja menjadikan kematian Beng Hock sebagai isu politik harus segera ditangkap. Kerja Anwar Ibrahim dan DAP tidak habis-habis menghasut dan menipu rakyat 24 jam sehari. Semua perkara hendak dipolitikan. Jika tidak percaya, selepas ini yakinlah akan muncullah para peguam keluarga Teoh Beng Hock yang membuat kenyataan media kononnya Suruhanjaya Menyiasat Kematian Beng Hock telah dibayar oleh UMNO/BN bagi menutup kes sebenar - padahalnya dari awal-awal lagi satu Malaysia tahu Beng Hock mati kerana bunuh diri!, tetapi puak-puak Pakatan Haram ini tidak pernah mahu insaf dengan fitnah yang mereka sebar setipa hari, sehinggalah maut menjemput mereka. Wallahualam. Takbirrrr.....Allahuakbar!!! Sambung Bacaan di sini..Bernama

Berakhirnya Kejahatan

SEPANJANG JULAI LALU terdapat beratus siri demonstrasi di seluruh dunia. Hampir semuanya mempunyai korban tersendiri. Sama ada korban dari segi kerosakan harta benda awam, kerugian perniagaan dan yang paling malang ialah kehilangan nyawa. Itu risiko yang berlaku dalam setiap demonstrasi, rusuhan, tunjuk perasaan mahupun perhimpunan haram.

Tindak-tanduk liar para peserta, pertembungan dengan pihak berkuasa dan perbalahan dengan kumpulan yang menentang pasti akan meninggalkan kesan fizikal. Situasi yang berlaku di seluruh dunia memberi gambaran cukup jelas bahawa apa juga bentuk demonstrasi, perhimpunan, perarakan dan rusuhan tidak pernah meninggalkan kesan yang elok.

Sama ada di negara maju yang kononnya bertamadun, di negara membangun seperti Malaysia mahupun di negara-negara miskin. Demonstrasi sentiasa datang bersama masalah. Yang membezakan sama ada ia kecil atau besar. Pihak yang bertanggungjawab menganjurkan aktiviti seperti itu sepatutnya sedar akan kesan yang bakal berlaku.

Mengambil contoh di Bahrain misalnya, sejak Februari lalu sebanyak 33 nyawa telah terkorban ekoran demonstrasi oleh puak Syiah yang menentang keluarga diraja Hamad bin Isa al-Khalifa. Di Syria pada 17 Julai lalu, sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam apabila penentang dan penyokong Presiden Bashar al-Assad bertempur.

Yang paling dekat dengan negara ini ialah pertempuran antara kumpulan baju merah dan baju kuning di Thailand tahun lalu yang menyebabkan aktiviti ekonomi di Bangkok dan industri pelancongan di negara itu lumpuh selain banyak nyawa terkorban. Pada April tahun lalu, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh ekoran demonstrasi antikerajaan oleh kumpulan baju merah yang menuntut supaya parlimen di bubar.

Walaupun pada tahun ini Parlimen negara itu dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan baru, namun ia tentunya tidak setimpal dengan nyawa yang melayang. Bak kata bidalan 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. Itu juga yang berlaku di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Perhimpunan haram yang diketuai oleh Datuk S. Ambiga menimbulkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Kejayaan tertinggi perhimpunan haram itu ialah kematian Baharuddin Ahmad, 55, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur setelah dikatakan rebah dekat KLCC. Ambiga - bekas Presiden Majlis Peguam yang terkenal kerana 'penampilannya' dalam beberapa kes murtad - sebagai ketua perhimpunan haram yang majoritinya disertai oleh orang Melayu beragama Islam itu tentu sedar bahawa akan ada tindak balas daripada pihak berkuasa jika ia diteruskan.

Tetapi kerana memikirkan publisiti yang bakal diperolehi terutama daripada media luar negara, maka hanya pertimbangan peribadi yang diambil kira. Tidak ada pihak berkuasa di mana-mana negara pun di dunia ini yang akan hanya duduk berdiam diri memerhatikan dari jauh apabila ada kumpulan berarak secara besar-besaran menentang kerajaan.

Sedang penonton bola sepak pun di kawal rapi oleh pihak polis, inikan pula perhimpunan haram yang sudah pasti akan mendatangkan lebih banyak masalah daripada kebaikan. Di United Kingdom (UK) - yang medianya menghentam cara polis Malaysia mengendalikan perhimpunan haram 9 Julai lalu itu - polisnya turut membelasah para penunjuk perasaan antikapitalis yang diadakan di ibu kota London.

Sebahagian besar daripada mereka ditangkap dan dihumban dalam penjara tanpa dibicara pun. Tidak ada pula jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat tindakan polis terhadap penunjuk perasaan di negara itu. Tetapi situasi di Malaysia berbeza. Pihak yang menyertai perhimpunan haram hingga menyusahkan jutaan penduduk Kuala Lumpur, yang menyebabkan perniagaan di tutup, kenduri dan majlis kahwin terjejas serta kerosakan harta benda awam tidak bersalah.

Yang bersalah ialah polis yang mahu mengekalkan ketenteraman awam. Orang yang mencetus huru-hara, kacau bilau, yang membaling batu, yang berkumpul di tengah-tengah jalan hingga menggugat ketenteraman awam adalah wira yang perlu mendapat pembelaan.

Selepas bertungkus-lumus memastikan ketenteraman dan harta benda awam terpelihara ekoran perhimpunan haram 9 Julai lalu, kini polis dibebankan pula dengan dakwaan kononnya mereka bertindak ganas terhadap kelompok peserta perhimpunan yang melanggar undang-undang tersebut. Sedangkan berbulan-bulan sebelum perhimpunan itu berlangsung pelbagai amaran telah dikeluarkan supaya orang ramai tidak menyertainya.

Malah polis sejak awal lagi telah melakukan sekatan supaya para penyokong perhimpunan haram itu tidak berkumpul. Tetapi semua itu tidak diendahkan. Atas nama demokrasi dan hak asasi, mereka melanggar semua amaran dan larangan tersebut. Seolah-olah kumpulan itu sengaja meletakkan diri mereka supaya dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh para pengikut Ambiga itu seolah-olah disengajakan. Supaya ia boleh dijadikan modal untuk memburuk-burukkan pasukan polis. Kini nyata kerana yang dipersalahkan ialah polis. Polis bersalah kerana melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan peserta perhimpunan haram itu. Polis bersalah kerana menggunakan meriam air. Yang paling serius kini polis dituduh membunuh salah seorang peserta perhimpunan itu.

Daripada laporan-laporan yang disiarkan di Internet memberi gambaran seolah-olah polis tidak berhak berada di ibu negara pada hari perhimpunan haram itu. Kerana 'kesalahan' yang dilakukan oleh pihak polis itu, maka terpaksa ditubuhkan enam jawatankuasa bagi menyiasat kemungkinan berlakunya keganasan dan tindakan keras.

Penemuan oleh jawatankuasa itu selepas ini kemungkinan akan menyaksikan beberapa anggota polis yang bertugas untuk mengekalkan keamanan pada hari itu dikenakan tindakan atau mungkin kehilangan kerja. Sedangkan mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram itu yang mendakwa dikasari polis enak menikmati hidangan yang disediakan di Pulapol.

Inilah nasib pasukan polis di negara ini. Kerja keras mereka menjaga ketenteraman awam pada 9 Julai lalu langsung tidak dihargai. Sebaliknya mereka dikecam dan dilempar dengan pelbagai tuduhan termasuk membunuh. Perkara ini tentu tidak berlaku jika tiada perhimpunan haram yang diketuai Ambiga pada 9 Julai lalu. Ambiga dan konco-konconya tentu tersenyum puas kerana matlamat peribadi mereka telah tercapai.

Rencana ini hasil tulisan Aznan Bakar klik di sini.

July 19, 2011

Razali Akhirnya Dipecat!

Orang yang cakap betul kena pecat...tapi..ahli DAP yang hina Islam dan tidak hirau sensitiviti umat Islam di Malaysia, dibiarkan bermaharajalela. DAP ini parti yang tiada main amaran-amaran, kalau tak suka sahaja, pecat, ikut suka hati mak bapak mereka. Baca berita di bawah :

PULAU PINANG 18 Julai - Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini dipecat daripada parti itu. Menurut Mohamed Razali, 42, beliau menerima surat pemecatan bertarikh 6 Julai 2011 yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai Katanya, berdasarkan surat berkenaan yang diterimanya Rabu lalu, beliau dipecat kerana telah menjatuhkan imej parti.

"Saya terima surat pemecatan pada 13 Julai lalu yang dihantar ke rumah lama saya menerusi pos.

"Dalam surat tersebut, alasan saya dipecat adalah kerana telah menjatuhkan imej parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ditanya mengenai pemecatan tersebut, Mohamed Razali memberitahu, beliau percaya DAP tidak dapat menerima hakikat bahawa terdapat di kalangan ahlinya mempunyai pendirian yang bertentangan dengan dasar perjuangan parti.

"Namun saya percaya, ada hikmah di sebalik semua ini," ujarnya.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu. Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu. Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.

July 17, 2011

Lepas Guna Hadis Palsu - Haji Hadi Tipu Kita Lagi!

Tahniah kepada blog MyMassa tentang pendedahan di bawah ini... tak perlu ulas panjang-panjang. Elok pembaca tengok sendiri gambar yang kami dah kumpulkan. Adakah benar negara demokrasi lain benarkan demonstrasi?

Polis Anti Rusuhan UK

Polis Anti Rusuhan Korea Selatan

Polis Anti Rusuhan Sepanyol

Polis Anti Rusuhan Perancis

Isu Saidina Umar Pernah Berdemonstrasi : Haji Hadi Guna Hadis Palsu! Syeikh Ali Hasyisy Ada Jawapannya!

Pada bahasan ini para pembaca akan disuguhi bahasan ilmiah tentang hadits kisah demonstrasi yang dipimpin Hamzah dan Umar rahimahullâhu, agar mengerti benar akan hakikat kisah yang masyhur ini, yang mana mereka yang gemar berdemostrasi menjadikan hadits ini sebagai dalil yang mensyariatkan demonstrasi. Di bawah ini adalah tulisan seorang ulama Hadis, Syeikh al- Muhaddits Ali Hasyisy

Pertama : Matan (teks) kisah.

Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab radhiyallâhu ‘anhu, beliau berkata : “Allah melapangkan hatiku untuk memeluk agama Islam, lalu aku mengatakan : ”Allah, tiada sesembahan yang berhak disembah kecuali Dia, Dia memiliki al-Asmâ` al-Husnâ (nama-nama yang baik), tidak ada di bumi seseorang yang lebih aku cintai melebihi Rasûlullâh Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam”. Aku bertanya : “Di mana Rasûlullâh Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam?” Saudara perempuanku menjawab : “Dia berada di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam di as-Shofa”.

Lalu aku mendatangi rumah itu, pada waktu itu Hamzah bin Abdul Muthalib duduk bersama para sahabat Nabi lainnya di lingkungan rumah, sedangkan Nabi berada di dalam rumah, lalu aku ketuk pintu rumah. Tatkala para sahabat Nabi mengetahui kedatanganku mereka pun datang bergerombol, lalu Hamzah bertanya kepada para sahabat Nabi : “Apa yang terjadi dengan kalian?” mereka menjawab : “Ada Umar bin Khattab”.

Kemudian Umar melanjutkan ceritanya : “Lalu Rasûlullâh Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam datang, dan memegang baju Umar dan mendorongnya, maka Umar pun terjatuh di atas kedua lututnya, lalu Nabi bersabda : “Wahai Umar apa yang kamu inginkan.?” Lalu aku menjawab : “Saya bersaksi bahwa tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah semata, tiada sekutu baginya, dan saya bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya”.

Mendengar hal ini para sahabat Nabi yang berkumpul bertakbir dengan takbir yang didengar orang-orang yang berada di Masjidil Haram. Aku pun berkata pada Nabi : “Bukankah kita berada di atas kebenaran baik kita mati atau hidup?” beliau Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam menjawab : “Benar, wahai Umar, demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya kalian di atas kebenaran baik kalian mati atau hidup”.

Aku menyahut : “Lalu mengapa kita bersembunyi, demi Allah yang telah mengutusmu dengan kebenaran kita akan keluar (terang-terangan menampakkan ke-Islaman)”. Lalu kamipun keluar dalam dua barisan, Hamzah pada salah satu barisan dan saya pada barisan lainnya. Hingga kami memasuki Masjidil Haram (Ka’bah). Maka orang-orang dari suku Quraisy melihat kepadaku dan kepada Hamzah, lalu merekapun bersedih hati dengan hal ini dengan kesedihan yang tidak pernah mereka alami sebelumnya.”

Kedua : Takhrij hadits

Hadis di atas ini dinukil Abu Nu’aim di dalam kitab “al-Hilyah (1-40)”, ia berkata : “Telah bercerita pada kami Muhammad bin Ahmad bin al-Hasan, telah bercerita pada kami Muhammad bin Utsman bin Abi Syaibah, telah bercerita pada kami Abdul Hamid bin Shalih, telah bercerita pada kami Muhammad bin Aban dari Ishâq bin Abdullâh dari Aban bin Shalih dari Mujahid dari Ibnu Abbas dari Umar bin al-Khattab. Aku berkata : “Dengan sanad inilah Abu Nuaim mencantumkan dalam kitab “ad-Dalâ`il” hal. 194.

Ketiga : Tahqiq (verifikasi)

Kisah ini adalah kisah tidak benar, di dalamnya terdapat perawi yang tidak boleh diterima periwayatannya (cacat) yaitu : “Ishâq bin Abdullâh”.

1. Al-Imam al-Mizzi menyebutkan namanya di dalam kitab “Tahdzîbul Kamâl” (2-57-362) dan ia berkata : “Ishâq bin ‘Abdullâh bin Abi Farwah meriwayatkan dari Abân bin Shâlih dst”.

2. Al-Imam an-Nasâ`î berkata dalam kitab “Ad-Dhu`afâ’ wal Matrûkîn” tentang riwayat hidup perawi ke (50) : “Perawi ini tidak diambil periwayatan haditsnya”.

Ulasan saya : “Ini adalah istilah al-Imam an-Nasâ`î, makna istilahnya itu adalah sebagaimana dijelaskan Ibnu Hajar dalam kitab “Syarh an-Nukhbah” hal (69) : “Madzhab/metode an-Nasâ`î adalah ia tidak meninggalkan hadits (tidak mengambilnya) sampai benar-benar para ulama bersepakat untuk tidak diambil (hadits tersebut)”.

3. Al-Imam al-Bukhârî berkata dalam kitab “Ad-Dhu`afâ’ al-Kabîr” tentang riwayat hidup perawi ke (20) : “Ishâq bin ‘Abdullâh bin Abi Farwah, para ulama hadits meninggalkannya”.

4. Al-Imam ad-Dâraquthnî berkata dalam kitab “Ad-Dhu`afâ’ wal Matrûkîn” nomor (94) : “Ia perawi yang tidak diambil haditsnya”.

5. ‘Alî bin al-Hasan al-Hasnajânî berkata dari Yahyâ dia berkata : “Ia (Ishâq bin ‘Abdullâh) pendusta”. Demikianlah disebutkan dalam kitab “Tahdzîbul Kamâl” (2-61).

6. Ibnu Hibbân berkata dalam kitab “al-Majrûhîn” (1-131) : “Ia sering membalikkan riwayat hadits dan sering menjadikan riwayat yang mursal (dari tabi’in) menjadi marfû’ (sampai kepada Nabi) dan Ahmad bin Hanbal melarang dari mengambil haditsnya”.

7. Ibnu Abî Hâtim berkata dalam kitab “al-Jarh wat Ta’dîl” (2-228) nomor (792) : “Saya mendengar ayahku berkata : “Ishâq bin ‘Abdullâh bin Abi Farwah adalah perawi yang haditsnya tidak diambil”. Kemudian Ibnu Abî Hâtim menyebutkan dengan sanadnya dari Yahyâ bin Ma’în, ia berkata : “Ishâq bin Abi Farwah adalah pendusta’.

Dan dengan sanad lainnya dari Yahyâ, bahwasanya ia berkata : “Ishâq bin Abi Farwah adalah pembohong besar. Kemudian Ibnu Abî Hâtim berkata : Saya mendengar Abû Zur’ah berkata : “Ishâq bin ‘Abdullâh bin Abi Farwah adalah seorang perawi yang haditsnya tidak diambil”. Kemudian Ibnu Abî Hâtim menyebutkan dengan sanadnya sampai kepada ‘Amrû bin ‘Alî asy-Syirâfî, bahwasanya ia menceritakan bahwa Ishâq bin ‘Abdullâh bin Abi Farwah adalah perawi yang tidak diambil haditsnya”.

8. Saya (Syaikh Hasyîsy) berkata : “Ibnu ‘Adî telah menjelaskan hal ini (pendapat para ulama hadits tentang tidak diambilnya riwayat Ishâq bin ‘Abdullâh bin Abi Farwah dalam kitab “al-Kâmil” (1-326) (154-154) dalam biografi yang mencapai lebih dari 80 baris, ia menutupnya dengan ucapan : “Dan Ishâq bin Abi Farwah ini saya tidak menyebutkan hadits-haditsnya dalam kitab ini dengan sanad-sanad yang telah aku sebutkan, karena tidak seorangpun menukil sanad-sanadnya dan tidak pula matannya, dan seluruh hadits-haditsnya yang tidak aku sebutkan menyerupai berita-berita yang aku sebutkannya, dan ia telah menerangkannya dalam kitab “ad-Dhuafâ`”.

Ulasan saya (as-Syeikh) : Dengan penjelasan ini telah jelas hal-hal berikuti ini :

1. Bahwa metode an-Nasâ`î adalah tidak meninggalkan hadits seorang perawi sampai sepakat para ulama untuk meninggalkannya.

2. Jelaslah hakekat riwayat Ishâq bin ‘Abdullâh bin Abi Farwah, tidak ada dalam kalangan ulama yang mengambil sanad dan matan hadits darinya.

3. Berdasarkan hal ini, maka kisah di atas tidak berdasar, dan sanad hadits ini cacat, dan riwayat ini palsu.

Keempat : Hal-hal yang mendukung akan tidak benarnya riwayat kisah ini

1. Al-Imam al-Bukhârî telah membuat bab dalam Shahîh-nya kitab “Manâqib al-Anshâr” bab nomor 35 : “Islamnya Umar bin Khattab Radhiyallâhu ‘anhu“, dan ia menyebutkan di dalamnya hadits ke 3865 dari hadits Abdullâh bin Umar Radhiyallâhu ‘anhumâ ia berkata : لَمَّا أَسْلَمَ عُمَرُ، اجْتَمَعَ النَّاسُ عِنْدَ دَارِهِ وَقاَلُوْا : صَبَأَ عُمَرُ- وَأَنَا غُلاَمٌ فَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِي- فَجَاءَ رَجُلٌ عَلَيْهِ قُبَاء مِنْ دِيْبَاج، فَقَالَ: قَدْ صَبَأَ عُمَرُ، فَمَا ذَاكَ فَأَنَا لَهُ جَارٌ؟. قَالَ: فَرَأَيْتُ النَّاسَ تَصَدَّعُوْا عَنْهُ، فَقُلْتُ: مَنْ هَذَا؟ فَقَالُوْا: العَاصُ بْنُ وَائِل

“Tatkala Umar bin Khattâb masuk Islam, orang-orang berkumpul di rumahnya, dan berkata : “Umar telah menjadi pengikut agama Shobi – dan pada waktu itu saya masih kecil, saya berada di atap rumah – lalu datanglah seorang laki-laki memiliki sapu tangan besar terbuat dari sutera, dan berkata : “Tidak mengapa Umar memeluk agama Shobi`i (ia tidak akan dibunuh atau dihalangi), dan saya melindunginya dari orang yang berbuat zalim terhadapnya)”. Ibnu Umar berkata : (setelah mendengar ucapan tokoh Quraisy itu) aku melihat orang-orang bubar”. lalu aku pun bertanya : “Siapa orang itu?” mereka menjawab : “Al-Ash bin Wail (tokoh Quraisy)”.

2. Al-Hâfizh Ibnu Katsîr menyebutkan dalam kitab “al-Bidâyah wan Nihâyah”(3-81) tentang Islamnya ‘Umar bin Khaththâb : Ibnu Ishâq berkata : “Nâfi’ hamba sahaya Ibnu ‘Umar telah bercerita padaku dari Ibnu Umar, ia berkata : لَمَّا أَسْلَمَ عُمَرُ قَالَ: أَيُّ قُرَيْشٍ أَنْقَلُ لِلْحَدِيْثِ؟ فَقِيْلَ لَهُ : جَمِيْل بْنُ مَعْمَرٍ الجُمَحِي. فَغَدَا عَلَيْهِ. قَالَ عَبْدُ اللهِ : وَغَدَوْتُ أَتْبَعُ أَثَرَهُ، وَأَنْظُرُ مَا يَفْعَلُ وَأَنَا غُلاَم أَعْقَلَ كُلَّ مَا رَأَيْتُ، حَتىَّ جَاءَهُ فَقَالَ لَهُ : أَعْلَمْتُ ياَ جَمِيْل أَنِّي أَسْلَمْتُ وَدَخَلْتُ فِي دِيْنِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم ؟ قاَلَ : فَوَاللهِ، مَا رَاجَعَهُ حَتىَّ قَامَ يُجِرُّ رِدَاءَهُ، وَاتَّبَعَهُ عُمَرُ، وَاتَّبَعْتُهُ أَنَا، حَتَّى إِذَا قَامَ عَلىَ بَابِ الْمَسْجِدِ صَرَخَ بِأَعْلَى صَوْتِهِ: يَا مَعْشَر قُرَيْشٍ، وَهُمْ فِي أَنْدِيَتِهِمْ حَوْلَ الْكَعْبَةِ، أَلاَ إِنَّ ابْنَ الْخَطَّابِ قَدْ صَبَأَ. قَالَ : يَقُوْلُ عُمَرُ مِنْ خَلْفِهِ: كَذَب، وَلَكِنِّي قَدْ أَسْلَمْتُ، وَشَهِدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَثاَرُوْا إِلَيْهِ فَمَا بَرِحَ يُقَاتِلُهُمْ وَيُقَاتِلُوْنَهُ حَتىَّ قَامَتِ الشَّمْسُ عَلَى رُؤُوْسِهِمْ. قاَلَ: وَطَلَحَ فَقَعَدَ، وَقَامُوْا عَلَى رَأْسِهِ وَهُوَ يَقُوْلُ : افْعَلُوْا مَا بَدَا لَكُمْ، فَأَحْلَفَ بِاللهِ أَنْ لَوْ قَدْ كُنَّا ثَلاَثُمِائَة رَجُلٍ لَقَدْ تَرَكْنَاهَا لَكُمْ، أَوْ تَرَكْتُمُوْهَا لَنَا. قاَلَ: فَبَيْنَمَا هُمْ عَلَى ذَلِكَ؛ إِذْ أَقْبَلَ شَيْخٌ مِنْ قُرَيْشٍ عَلَيْهِ حُلَّة حَبَرَة وَقَمِيْصُ مُوْشَى، حَتَّى وَقَفَ عَلَيْهِمْ، فَقَالَ: مَا شَأْنُكُمْ؟ فَقَالُوْا: صَبَأَ عُمَرُ. قَالَ: فَمَه؛ رَجُلٌ اخْتَارَ لِنَفْسِهِ أَمْرًا، فَمَاذَا تُرِيْدُوْنَ؟ أَتَرْوْنَ بَنِي عَدِي يُسْلِمُوْنَ لَكُمْ صَاحِبَكُمْ هَكَذَا؟ خَلُّوْا عَنِ الرَّجُلِ. قَالَ: فَوَاللهِ، لَكَأَنَّمَا كَانُوْا ثَوْبًا كُشِطَ عَنْهُ. قَالَ : فَقُلْتُ لأَبِي بَعْدَ أَنْ هَاجَرَ إِلَى الْمَدِيْنَةِ: يَا أَبَتِ، مَنِ الرَّجُلِ الَّذِي زَجَرَ الْقَوْمَ عَنْكَ بِمَكَّةَ يَوْم أَسْلَمْتَ وَهُمْ يُقَاتِلُوْنَكَ؟ قَالَ : ذَاكَ أَيْ بُنَيَّ، العَاصُ بْنُ وَائِل السهمي.

“Tatkala Umar masuk Islam, ia berkata : “Siapa dari kalangan suku Quraisy yang cepat dalam menyampaikan berita?” Lalu dikatakan padanya : “Jamil bin Ma’mar al-Jumahi”. Lalu ia pergi menemuinya. Abdullâh bin Umar berkata : “Akupun ikut pergi mengikuti ayahku, untuk melihat apa yang akan ia lakukan dan aku adalah seorang anak (kecil) yang memahami apa saja yang aku lihat, hingga sampailah Umar ke tempat Jamil bin Ma’mar al-Jumahi, maka ia berkata padanya : “Aku memberitahukan padamu wahai Jamil, bahwa aku masuk Islam dan memeluk agama Muhammad Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam.

Abdullâh bin Umar berkata : “Demi Allah, Jamil pun segera menyingsingkan selendangnya berangkat menuju masjid dan Umar mengikutinya, akupun mengikutinya, hingga tatkala Jamil sampai di pintu masjid ia berteriak dengan teriakan lantang : “Wahai kaum Quraisy, pada saat itu kaum Quraisy sedang duduk-duduk dalam majelis mereka disekitar Ka’bah, ketauhilah bahwa Umar bin Khattab telah memeluk agama Shobi-i. Abdullâh bin Umar melanjutkan ceritanya : “Saat itu pula Umar menyahut dari belakang Jamil : “Jamil telah berdusta”, aku tidak memeluk agama Shobi-i tapi aku telah memeluk agama Islam”.

Dan Umar pun mengucapkan syahadat laa ilaa ha illallah wa anna muhammadan Rasûlullâh, maka segeralah orang-orang Quraisy menganiaya Umar dan Umar melawan mereka hingga siang hari. Abdullâh bin Umar berkata : “Umar pun kecapekan lalu duduk, dan orang-orang Quraisy mengerumuninya sedang Umar berkata : “Lakukanlah apa saja, aku bersumpah demi Allah kalau kami berjumlah tiga ratus orang laki-laki, kami pasti akan melawan, kami menang atau kalian yang menang (sekarang saya sendirian tidak dapat berbuat apa-apa, pent)”.

Abdullâh bin Umar berkata : “Di saat suasana seperti itu, tiba-tiba datang seorang tokoh Quraisy berpakaian bagus berdiri dihadapan mereka, lalu berkata : “Ada apa dengannya?” Mereka menjawab : “Umar bin Khattab telah memeluk agama Shobi-i”. Ia pun berkata : “Seseorang bebas memilih urusannya sendiri, lalu apa yang kalian inginkan? Apakah kalian mengira bahwa Bani Adi (suku Umar bin Khattab) akan membiarkan tindakan kalian ini? Tinggalkanlah laki-laki ini”. Abdullâh bin Umar melanjutkan : “Demi Allah, setelah mendengar ucapan tokoh Quraisy itu seolah-olah mereka adalah pakaian yang dilipat olehnya.

Abdullâh bin Umar berkata : “Maka akupun bertanya kepada ayahku setelah hijrah ke Madinah : “Wahai ayah, siapakah laki-laki yang membubarkan orang-orang darimu di Makkah pada hari engkau masuk Islam dimana mereka ingin membunuhmu?” Umar menjawab : “Wahai anakku, itu adalah al-Ash bin Wail as-Sahmi”.

Riwayat ini sanadnya kuat, dan kisah ini menunjukkan bahwa Umar bin Khattab bukan kalangan sahabat yang masuk Islam pertama kali. Karena ketika Ibnu Umar mengajukan diri untuk ikut perang Uhud, saat itu usianya 14 tahun, dan perang Uhud terjadi pada tahun 3 hijriyah, sedangkan saat ayahnya masuk Islam Ibnu Umar adalah anak kecil yang baligh.

Maka masuk Islamnya Umar adalah sekitar 4 tahun sebelum hijrah, yang demikian itu 9 tahun setelah kenabian. Wallahu ‘alam. Ulasan saya : “al-Hâfizh Ibnu Katsîr juga mengutip kisah ini dalam kitab “as-Sîroh an-Nabawiyyah” menukil dari Ibnu Ishâq lalu menyebutkan tahqiq ini. Demikian pula, Ibnu Hisyam menjelaskan dalam kitab “as-Sîrah an-Nabawiyyah” (1-437) (334) juga menukil dari Ibnu Ishâq, demikian pula Ibnu al-Atsîr menyebutkan dalam kitab “Asad al-Ghâbah” (4-150) menukil dari Ibnu Ishâq, lalu al-Hâkim menyebutkan dalam kitabnya (3/85) dari jalan Ibnu Ishâq, dan ia berkata : “Riwayat ini Shahîh dengan syarat Muslim”.

Dan adz-Dzahabî menyepakatinya sebagaimana yang telah kami jelaskan di atas, dan Ibnu Katsîr berkata : “Dan sanad riwayat ini adalah kuat”. Ulasan saya : “Sanad riwayat ini bertambah kuat, dengan pencantuman riwayat ini oleh al-Bukhârî (3864) dari jalan lain dari Zaid bin Abdullâh bin Umar dari ayahnya, ia berkata : “Ketika Umar di rumah dalam keadaan takut ….” Hadits dengan lafadnya sebagaimana di atas.

Kelima : Sabar dan tegar saat terjadi kesulitan dan bukannya demonstrasi

Diriwayatkan oleh Bukhârî dalam Shahîh Bukhârî (hadits ke 3852) dari hadits Khobâb bin al-Arat, ia berkata : “Saya pernah menemui Nabi, saat itu beliau mengenakan selimut di Ka’bah – dan saat itu kami mendapatkan gangguan yang sangat dari kaum musyrikin- lalu aku berkata : “Wahai Rasûlullâh, tidakkah engkau mendoakan kami kemenangan?” lalu beliau duduk dan wajahnya memerah, lalu berkata : “Sungguh orang-orang yang beriman sebelum kalian ada yang disiksa dengan sisir besi hingga terkelupas kulit dan dagingnya dari tulang, namun siksaan itu tidak membuat mereka murtad. Dan ada juga yang digergaji dari kepala hingga terbelah menjadi dua, namun hal ini tidak membuat mereka murtad. “Sungguh Allah akan menyempurnakan urusan ini, hingga seorang pengendara tidak merasakan takut kecuali takut kepada Allah tatkala melakukan perjalanan dari Shan’a ke Hadramaut”.

Ulasan saya (as-Syeikh) : Imam Bukhârî juga menyebutkan hadits ini pada nomor 3612 dari hadits Khobab, Rasûlullâh Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda : وَاللهِ ليَتِمَّن هَذَا الأَمْرُ حَتَّى يَسِيْرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاء إِلَى حَضَرَمَوْت لاَ يَخَافُ إِلاَّ الله أَوْ الذِّئْب عَلَى غَنَمِهِ وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُوْنَ “Demi Allah, sungguh Allah akan menyempurnakan urusan ini hingga seorang pengendara dari Shan’a ke Hadramaut tidak merasakan ketakutan dalam perjalanannya kecuali hanya takut kepada Allah atau seperti ketakutan seseorang atas kambingnya dari serigala, akan tetapi kalian terburu-buru”.

Ulasan saya (as-Syeikh) : “Hadits ini menerangkan kepada kita bagaimana pendidikan Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam kepada para sahabatnya tatkala tertimpa musibah berat yaitu bersabar, kokoh dan yakin akan janji Allah dan tidak terburu-buru ingin berjaya, dalam rangka mengamalkan firman Allah ta’ala : “Dan Bersabarlah kamu, Sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu.” (QS. Ar-Rum : 60) “Maka Bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul Telah bersabar”. (QS. Al-Ahqaf : 35)

Keenam : Berdoa ketika tertimpa kesulitan dan bukannya malah Demonstrasi

Pertama, Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam berdoa ketika dilempari kotoran. Imam Bukhârî menyebutkan hadits nomor 3854 di dalam kitabnya “Shahîh Bukhârî” dari Abdullâh bin Mas’ud Radhiyallâhu ‘anhu, ia berkata : بَيْنَا النَّبِي صلى الله عليه وسلم سَاجِدًا وَحَوْلَهُ نَاسٌ مِنْ قُرَيْشٍ، جَاءَ عُقْبَةُ بْنُ أَبِي مُعِيْط بسلى جَزُوْر فَقَذَفَهُ عَلَى ظَهْرِ النَّبِي صلى الله عليه وسلم فَلَمْ يَرْفَعْ رَأْسَهُ، فَجَاءَتْ فَاطِمَة عَلَيْهَا السَّلاَمُ فَأَخَذَتْهُ مِنْ ظَهْرِهِ وَدَعَتْ عَلَى مَنْ صَنَعَ، فَقَالَ النَّبِي صلى الله عليه وسلم : اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْمَلأ مِنْ قُرَيْشٍ، أَبَا جَهْلِ بْنِ هِشَام، وَعُتْبَة بْنُ أَبِي رَبِيْعَة، وَشَيْبَة بْنُ رَبِيْعَة، وَأُمَيَّة بْنُ خَلَف، فَرَأَيْتُهُمْ قَتْلَى يَوْم أُحُدٍ فَأُلْقُوْا فِي بِئْرٍ غَيْر أُمَيَّة بْنِ خَلَف تَقَطَّعَتْ أَوْصَالُهُ فَلَمْ يُلْقَى فِى الْبِئْرِ

“Ketika Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam sujud dan di sekitarnya ada orang-orang Quraisy, datang Uqbah bin Abi Muith membawa sekeranjang kotoran kambing lalu melemparkannya ke atas punggung Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam. Namun beliau tidak mengangkat kepalanya dari sujud, hingga datanglah Fâtimah alaihassalam membersihkan kotoran itu dari punggung beliau, kemudian ia mendoakan keburukan pada orang yang melakukannya.

Maka Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam berdo’a : “Ya Allah, Engkaulah yang membalas perbuatan orang-orang Quraisy, yaitu Abu Jahl bin Hisyam, Utbah bin Abi Rabi’ah, dan Syaibah bin Rabi’ah, dan Umayyah bin Khalaf. Saya melihat merekapun terbunuh pada hari uhud, lalu mereka dilempar di sumur, selain Umayyah bin Khalaf yang jasadnya terputus-putus, ia tidak dilempar di sumur.

Kedua, Nabi berdoa (qunut naazilah /kutukan) kemudian beliau tinggalkan. رَعْل وذَكْوَان وَلِحْيَان وعُصَيَّة عَصَتِ اللهَ “Suku Ra’lun, Dzakwan, Lihyan dan Ushaiyyah telah mendurhakai Allah”. Anas bin Malik berkata : “Ayat di atas adalah ayat yang Allah turunkan kepada mereka yang terbunuh di sumur Maunah[1], kami membacanya hingga ayat itu mansukh/dihapus setelah ayat : بَلِّغُوْا قَوْمَنَا أَنْ قَدْ لَقِيْنَا رَبَّنَا فَرِضِيَ عَنَّا وَرَضِيْنَا عَنْهُ. “Sampaikanlah kepada kaum kami (kaum muslimin), kami telah bertemu dengan Rabb kami, dan Dia ridha terhadap kami, dan kami pun ridha terhadap-Nya”.[2]

Ketujuh : Seruan jihad bukanlah Demonstrasi

Imam Bukhârî menyebutkan dalam “Shahîh Bukhârî” hadits nomor 3077, demikian pula Muslim dalam hadits nomor 1353 dari hadits Ibnu Abbas, ia berkata : Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada hari penaklukkan kota Makkah : لاَ هِجْرَةَ بَعْدَ الْفَتْحِ وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فَانْفِرُوْا

“Tidak ada hijrah lagi setelah ditaklukkannya kota Makkah, akan tetapi yang ada adalah jihad dan niat, dan jika kalian diperintah berjihad (oleh Ulil Amri) maka pergilah”.

Allah ta’ala berfirman : “Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia Ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.” (QS. At-Taubah : 38)

“Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS. At-Taubah : 39)

Ulasan saya (as-Syeikh) : “Ini adalah sunnah di saat tertimpa musibah yang berat, yaitu : sabar, tegar dan yakin serta tidak tergesa-gesa, khususnya dalam kondisi lemah. Kemudian menyeru kepada jihad dalam kondisi umat sudah memiliki kekuatan dan selalu berdo’a pada setiap keadaan. Adapun demonstrasi tidak lain hanyalah gemuruh hiruk pikuk suara saja. Sekian makalah ini, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallâhu ‘alaihi wa Sallam. Ini semua adalah petunjuk Allah, dan Dia lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kita.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(Sumber : Situs Majalah at-Tauhid, Anshârus Sunnah al-Muhammadiyah Mesir) [1] 70 orang ahli Qur’an dari sahabat Nabi terbunuh oleh kabilah Ra’lun, Dzakwan, dan Ushaiyyah karena dikhianati. [2] Di dalam shahih Bukhari dari Anas : دَعَا النَِّبيُّ عَلَى الَّذِيْنَ قَتَلُوْا أَصْحَابَهُ بِبِئْرِ مَعُوْنَة ثَلاَثِيْنَ صَبَاحًا، يَدْعُو فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ عَلَى رَعْل وَذَكْوَان وَلِحْيَان وَعُصَيَّة، وَيَقُوْلُ : عُصَيَّة عَصَتِ اللهَ، فَأَنْزَلَ اللهُ تَعَالىَ عَلَى نَبِيِّهِ قُرْآنًا قَرَأْنَاهُ حَتَّى نُسِخَ بَعْدَ : بَلِّغُوْا قَوْمَنَا أَنَّا لَقِيْنَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَرَضِيْنَا عَنْهُ، فَتَرَكَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُنُوْتَهُ. “Nabi berdoa qunut (kebinasaan) kepada mereka yang membunuh para sahabat beliau di sumur Ma’unah” selama tiga puluh hari.

Beliau berdoa qunut (mendoakan kejelekan) tatkala shalat subuh atas suku Ra’lu, Dzakwan, Lihyan dan Ushaiyyah, beliau mengatakan : “Ushaiyyah telah durhaka kepada Allah”. Maka Allah turunkan kalimat itu sebagai ayat al-Qur’an kepada nabi-Nya, dan kami baca ayat itu hingga manshukh (dihapus), setelah ayat : “Sampaikanlah kepada kaum kami, bahwa kami telah bertemu Rabb kami, maka Dia meridhai kami dan kami pun ridha pada-Nya”, lalu Nabi tinggalkan doa jeleknya itu (setelah turun ayat yang melarang). (HR Bukhari 586).