Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Siapa Punya Kerja Ini?

Siapakah sebenarnya yang memulakan penghinaan terhadap Islam, ulama dan al-Quran melalui lukisan karikatur?

Vendetta Tidak Lagi Selamat!

Serangan penggodam terhadap 41 portal agensi kerajaan Malaysia berjaya ditangkis sejak awal pagi tadi. Serangan dikatakan bermula jam 3.30 pagi setelah berakhirnya gerhana bulan sehingga jam 9.00 pagi tadi. Dalam serangan tersebut, tidak kurang 10 portal rasmi kerajaan Malaysia berjaya dibedil oleh para penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai "Anonymous". Namun demikian, dengan kuasa Allah Yang Maha Besar, portal-portal kerajaan Malaysia ini masih selamat dan boleh dilayari, kecuali Sabah Tourism yang masih dalam penutupan sementara. Antara portal yang dibedil ialah : SabahTourism.com, ASEAN connect, Bomba, Perbendaharaan Malaysia, Parlimen Malaysia, JobsMalaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Majlis Sukan Negara. Inilah "perangai" dan wajah sebenar pejuang demokrasi bebas tanpa batasan. Mereka tidak pernah peduli kebebasan orang lain, yang mereka mahu dan perjuangkan hanyalah kebebasan yang mereka takrifkan sendiri berdas

Tanpa al-Quran dan as-Sunnah Sebagai Sumber Tertinggi, Negara Berkebajikan PAS Tiada Makna!

Elok benar cadangan daripada Mufti Perlis kepada Haji Hadi, agar PAS segera membentangkan konsep negara berkebajikan yang dilaung-laungkan dalam muktamar mereka baru-baru ini. Sekiranya dalam konsep negara berkebajikan yang dicadangkan oleh PAS itu tidak meletakkan al-Quran dan Hadis sebagai sumber perundangan tertinggi - maka, eloklah PAS tukar sahaja nama parti mereka menjadi Parti Kebajikan Nasional (PKN), itu lebih kelihatan amanah dan jujur dengan rakyat. Jangan diulangi pembohongan kononnya mahu menegakkan negara Islam dan hukum Hudud - semua itu dijadikan retorik politik yang penuh dengan tipu daya dan ketidakjujuran. Tiada maknanya PAS menawarkan negara berkebajikan, sekiranya al-Quran dan as-Sunnah tidak diletakkan sebagai sistem perundangan tertinggi negara. Tanpa menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai asas pembentukan negara berkebajikan, maka negara tersebut sama sahaja dengan negara kebajikan yang dicanang oleh kaum kuffar yang lain. Wallahualam. Baca ber

Kenyataan Juanda Jaya : Dosa Selepas Jumaat

Dalam hal ini - saya agak bersetuju dengan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang mahu PAS mengetuai Pakatan Pembangkang. Sudah begitu lama, PAS dijadikan sebagai kuda tunggangan DAP dan PKR bagi bertembung dengan UMNO - hakikatnya orang Melayu juga yang rugi. Sejak setahun lalu, PAS sudah mencanang agenda "PAS Ganti UMNO" - soalnya apakah PAS mampu menjadi parti tulang belakang dan mengetuai Pakatan Rakyat sebagaimana UMNO mengetuai Barisan Nasional? Jika PAS tidak mampu menjadi "ketua" dalam Pakatan Rakyat, maka jangan bermimpi mahu menggantikan UMNO. PAS seharusnya terlebih dahulu membuktikan bahawa mereka benar-benar disegani dan mampu menerajui Pakatan Rakyat, dan bukannya masih berkepit di celah ketiak DAP dan Anwar Ibrahim. Realiti yang sedang berlaku sekarang sama sekali tidak menunjukkan bahawa PAS mampu menggantikan UMNO. Sekiranya PAS masih bersujud dan mengikut rentak tari politik Anwar dan DAP, hal ini bermakna PAS masih lemah dan terpaksa mena