Tetamu Kehormat...

April 29, 2011

Isu Video Seks Anwar : Sudah Sempurnalah Kebenaran!

Tiada apa-apa lagi yang dapat membela Anwar Ibrahim pada saat ini - Allah telah menunjukkan segala-galanya. Anwar masih tidak mahu bersumpah, walaupun semua orang tahu bahawa bersumpah adalah semudah-mudah perbuatan bagi membersihkan nama daripada fitnah orang lain. Anwar masih tidak mahu mengaku dan masih sanggup menipu dan berbohong. Tiada sesiapa pun yang menfitnah beliau, beliau harus sedar apa-apa yang sedang berlaku terhadap dirinya pada hari ini adalah natijah daripada "perangainya" sendiri. Cukuplah Anwar, bagi kami sudah sempurna segala bukti untuk menghukum kamu dan bukti yang terakhir adalah sumpah mubahalah yang bakal dilakukan oleh Datuk Eskay petang ini. Lihat video seks Anwar Ibrahim full version di di sini..

April 27, 2011

Video Seks Anwar Part II : Apabila Hujan Adalah Air Mata

Kita sudah menghampiri kepastian yang sangat dibenci oleh para pemuja Anwar Ibrahim. Sama ada kita sedar atau pun tidak - sesungguhnya hati kita semua, tidak mungkin untuk sekali lagi menafikan siapakah individu yang terdapat di dalam Video Seks Siri 2 ini. Sudah tiba masanya seluruh ulama Malaysia membuat ketetapan dan fatwa, apakah hukumnya kita menyokong, bersekongkol dan mengundi manusia yang terang-terang wajahnya terpapar di dalam Video Seks Siri 2 ini. Semoga kebenaran akan terdedah juga akhirnya. Lihat di sini..

April 24, 2011

Kita Terpaksa Tanggung Segala Dosa PAS!

Politik Malaysia berhadapan dengan sifat "kemunafikan" yang nyata - tatkala kebenaran tidak lagi menjadi pertimbangan dalam membuat keputusan dan pendirian. Terbaru - PAS menunjukkan ketakutan luar biasanya kepada Anwar Ibrahim, berhubung pendirian parti tersebut yang dikatakan mahu mengkaji semula hubungan mereka dengan Pakatan Rakyat, sekiranya terbukti pelaku seks di dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Malah, pemerhati politik juga berpandangan bahawa ia merupakan titik mula kejatuhan PAS dalam meraih sokongan orang Melayu dalam PRU yang akan datang. Dalam apa-apa jua keadaan, PAS adalah balaci kepada Anwar dan DAP, buktinya Anwar dan DAP sangat mengharap undi dalam kalangan penyokong PAS, tetapi pada masa yang sama dasar Islam parti tersebut ditolak mentah-mentah oleh Anwar dan DAP tanpa kompromi, maka ternyalah PAS sekadar menjadi balaci dan kuda tunggangan kepada Anwar dan DAP - tidak lebih daripada itu. Soalnya, sampai bila "ahli-ahli PAS yang celik" sanggup diperbodohkan oleh para pemimpin mereka atas nama "ketaatan kepada ulama"? Sudah terlalu banyak dosa yang dilakukan oleh PAS sejak parti tersebut bersekongkol dengan DAP dan Anwar Ibrahim. Segala bencana dan fitnah yang melanda negara sejak akhir-akhir ini adalah natijah daripada amalan "talam dua muka" PAS dalam berpolitik demi memperoleh habuan dunia yang sedikit. Baca di sini..

April 22, 2011

DAP 2011 : Kami Mahu Kuasa Ini!

1. Saya tertarik dengan tulisan Susan Lim dari portal Malaysia-Instinct. Sudah tiba masanya DAP diharamkan di bumi Malaysia ini. Ternyata merekalah yang memulakan segala sentimen kebencian antara kaum di Sarawak. Hari ini, pihak BN/UMNO harus serius memikirkan bagaimanakah cara terbaik untuk terus mentadbir negara ini tanpa "terhegeh-hegeh" mengharap undi daripada kaum Cina. Sudah jelas dan terang, masyarakat Cina sama sekali tidak akan mengundi BN dalam PRU yang akan datang. Baca rencana menarik di bawah :

2. DAP SEOLAH-OLAH tidak kisah bermain dengan api. Dengan keputusan yang menggalakan dalam Pilihanraya Sarawak, parti itu semakin nekad untuk terus memainkan isu perkauman. Sikap chauvinis DAP jelas terserlah di Sarawak apabila merkea dengan bongkaknya menyeru kaum Cina agar memikirkan faktor ‘bangsa’ ketika mengundi. Mereka menyerang kaum lain dan memainkan isu agama yang sensitif tanpa sedikitpun peduli jika ianya mengguris hati warga lain.

3. DAP menghina Pehin Sri Taib Mahmud atas dasar suku kaumnya, iaitu Melanau yang mana mencerminkan perasaan sebenar DAP terhadap kaum pribumi termasuk Melayu, terutamanya. Pehin Sri Taib telah berjanji akan mengundurkan diri dan orang-orang Sarawak tidak pernah meragui dasar peralihan kuasa yang lancar yang diamalkan oleh BN. Dengan itu, tidak perlulah sama sekali DAP untuk menghina sesiapa, mana-mana kaum atau bangsa dalam berkempen.

4. Kesombongan DAP begitu menyesakkan di mana mereka cuba untuk meyakinkan kaum
Cina bahawa mereka tidak lagi memerlukan kerajaan. Mereka percaya yang mereka mampu terus maju tanpa melibatkan kerajaan. Ironi sekali kerana di masa yang sama mereka juga mendesak agar negara suara mereka didengar dan tuntutan mereka dipenuhi oleh kerajaan.

5. Akhirnya, DAP berjaya meningkatkan perasaan syak wasangka terhadap kaum Cina dan menjauhkan lagi mereka dari kaum-kaum lain. Bagaimanapun, bukan semua kaum Cina yang terheret dalam permainan merbahaya DAP. Ini dibuktikan melalui statistik di mana 38% dari kaum Cina terutamanya dari kawasan luar bandar dan pedalaman di Sarawak memilih untuk menolak DAP dan mengundi BN. Kaum Cina di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapati bahawa seruan DAP untuk menolak kempen pembangunan BN adalah tidak relevan. DAP gagal melihat bahawa isu pembangunan dan infrastruktur termasuk kemudahan asas seperti air dan elektrik masih relevan dengan penduduk dari kawasan ini.

6. Jelas DAP langsung tidak peduli tentang masyarakat luar bandar yang mereka jangkakan bukan dari kaum Cina. DAP hanya memikirkan tentang kaum Cina yang menjadi majoriti penduduk bandar yang mana telah mempunyai segala-gala yang diperlukan dari segi pembangunan dan infrastruktur. Ini hanya menguatkan lagi hakikat bahawa DAP adalah parti rasis dan ia akan kekal begitu. Memahami hakikat ini, rakyat Malaysia harus bertanya diri sendiri akan soalan-soalan berikut, Bagaimana sebuah parti rasis mampu bertindak adil dan saksama apabila mereka hanya memikirkan tentang kaum Cina dan bagaimana menjadikan kaum Cina yang kaya semakin kaya? Apa akan terjadi kepada masyarakat luar bandar dan pedalaman jika DAP menjadi kerajaan Malaysia? Bagaimana Malaysia boleh menjadi lebih baik di bawah DAP jika ketegangan kaum terus meningkat?

7. Bolehkah kita mengecapi keamanan jika semua kaum terus menyasar, menyalahkan dan menuding jari antara satu sama lain di bawah kepimpinan DAP? Bagaimana kaum Cina boleh terus maju jika mereka sentiasa menjadi sasaran syak wasangka kaum lain sebagai chauvinis dan rasis? Kesimpulannya, kaum Cina harus membuktikan yang mereka bukan chauvinis dan rasis sepertimana yang ditonjolkan oleh DAP. Dan kaum Cina hanya boleh membuktikannya dengan cara menolak DAP dalam Pilihanraya yang akan datang.

April 21, 2011

Anwar Tidak Mungkin Dapat Diselamatkan Lagi!

Kalaulah kita mahu berfikir menggunakan otak yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita, InsyaAllah kita akan temui kebenaran yang sebenar. Baca di sini. Tetapi, malangnya kita lebih mempercayai cerita, kononnya satu dunia cuba melakukan konspirasi bagi menghancurkan masa depan politik seorang insan yang dianggap sebagai "Anugerah Tuhan" ini. Malah, tanpa segan silu, para pemuja Anwar Ibrahim tergamak menggunakan kepala lutut mereka untuk berfikir dan berhujah, agar masyarakat awam mempercayai bahawa Anwar Ibrahim sekan-akan telah dizalimi. Mereka cuba membuktikan seolah-olah wujud konspirasi bertaraf dunia bagi menjahanamkan masa hadapan politik Anwar! Wow hebat benar Anwar, sehingga satu dunia mengambil perhatian dan cuba menjatuhkannya. Menurut para pemuja beliau, terlalu banyak negara yang bersekongkol dengan UMNO/BN bagi memastikan Anwar Ibrahim dihalang menjadi Perdana Menteri Malaysia, buktinya adalah seperti berikut : Kerajaan Thailand (bertugas menyediakan subtitle bahasa Siam di dalam video), Kerajaan Arab Saudi (bertugas menghadiahkan jam berjenama Omega kepada Anwar), Kerajaan Switzerland (bertugas menyediakan jam Omega), Kerajaan China (bertugas menyediakan pelacur yang berstatus pelajar), Kerajaan Taiwan (bertugas menjual jam Omega), Kerajaan Korea (bertugas mengenal pasti lelaki yang melakukan aksi lucah di dalam video) dan Kerajaan Malaysia (mengupah Datuk T untuk memfitnah Anwar) - kesimpulannya, semua kerajaan di dunia mahu menjatuhkan politik Anwar Ibrahim. Hebat betul manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini! Lain kali kalau nak fikir yang lebih logik gunakan pula ibu jari kaki, barulah para pemuja Anwar Ibrahim nampak lebih hebat!

Isu Video Seks : Di Manakah Syaitan?

Saya sangat bersetuju dengan Senator Ezam Mohd Noor yang mahu pelaku lucah di dalam video seks yang sedang disiasat oleh polis baru-baru ini dikenakan hukuman berat. Jangan ada lagi rasa belas kasihan kepada manusia yang terang-terang melakukan perbuatan jijik serta berselindung di sebalik topeng agama dan perjuangan keadilan. Rakyat sebenarnya mahu pelaku lucah itu segera dipastikan identitinya. Sudah terlalu banyak fitnah yang melanda Malaysia akibat daripada terbongkarnya video seks tersebut. Malah, keadaan negara juga terancam andai kata terbukti Anwar Ibrahim adalah lelaki tersebut - apakah bisa kita bayangkan sekiranya pihak agen asing seperti CIA atau FBI memiliki video seks seperti itu? Bukankah mereka boleh mengugut para pemimpin pembangkang agar menuruti segala kehendak mereka atau video seperti itu akan didedahkan kepada masyarakat dunia bagi memalukan Pakatan Rakyat? Kalaulah begitu ramai lelaki di dunia ini yang seiras dengan Anwar Ibrahim, bukankah itu petanda yang buruk untuk negara? Nampaknya, selepas ini mudahlah bagi negara asing untuk "membikin" filem lucah yang mana pelakon lelakinya adalah lelaki yang "sangat" mirip wajahnya dengan Anwar Ibrahim bagi mendesak beliau dan Pakatan Rakyat agar mengikut segala telunjuk mereka sepenuhnya. Fikir-fikirkan. Baca laporan ini...

April 19, 2011

Agenda Jatuhkan Presiden PAS Sudah Bermula!

Gendang perang sudah berbunyi - agenda terancang untuk menjatuhkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah mula kedengaran. Profesor serba tahu dari UIA, Abdul Aziz Bari dalam satu kenyataannya mendakwa bahawa Haji Hadi merupakan liabiliti kepada PAS kerana ternyata gagal menangani beberapa isu penting yang berbangkit. Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan dakwaan Aziz Bari tersebut. Haji Hadi perlu berundur, beliau sebenarnya telah dianggap gagal mengemudi PAS dengan baik - terlalu banyak prinsip dan dasar Islam PAS tergadai semenjak parti itu bersekongkol dengan DAP. Secara jujur - dari sehari ke sehari imej PAS semakin tercalar, malah tahap sokongan orang Melayu juga semakin mengecil. PAS juga berhadapan dengan cabaran getir, sekiranya terbukti Anwar Ibrahim merupakan lelaki yang melakukan aksi seks di dalam video yang sudah tersebar luas itu. Dalam kata mudah - banyak kerugian yang terpaksa PAS tanggung akibat daripada menjalinkan hubungan "haram" dengan DAP dan Anwar Ibrahim. Baca berita ini...

April 18, 2011

Tahniah, Akhirnya Anwar Bebas!

Pihak polis jangan terus bermain teka-teki. Sekiranya mereka sudah mengenal pasti pelaku yang melakukan aksi seks di dalam video itu, maka segera khabarkan kepada rakyat. Rakyat hanya mahu tahu siapakah lelaki yang melakukan aksi seks di dalam video tersebut - itu sahaja. Benarkah "pelakon lucah" itu ialah Anwar Ibrahim atau sebaliknya. Rakyat tidak peduli sama ada pihak polis mahu menyiasat kes tersebut di bawah mana-mana seksyen sekali pun, itu hak mereka. Yang rakyat mahu tahu ialah, siapakah lelaki yang melakonkan aksi lucah itu! Isytihar sahaja namanya. Biar rakyat yang menentukan hukumannya. Bukankah sekarang kita berada di dalam mahkamah rakyat? Rakyat yang menentukan segala-galanya? Jangan biarkan fitnah terus bermaharajalela. Baca di sini...

April 17, 2011

Isu Fitnah Najib : Raja Petra Beri Petunjuk Baru?

1. Membaca tulisan terbaru Raja Petra di bawah ini - sekurang-kurangnya membawa saya begitu hampir dengan kebenaran yang ingin saya cari. Terbukti Raja Petra merupakan seorang blogger yang sama sahaja dengan para blogger lain, yang kadangkala terperangkap dan dijadikan kambing hitam bagi menjayakan agenda politik individu tertentu. Akibat terlalu ghairah untuk mendedah dan mencari isu sensasi, akhirnya Raja Petra terperangkap dalam komplot besar untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau menduduki kerusi empuk Perdana Menteri.

2. Kesalahan utama Raja Petra adalah terlalu mempercayai sumber elit tentera yang mendakwa terdapat dokumen sulit yang membuktikan bahawa Rosmah dan dua Leftenal Kolonel berada di tempat kejadian, semasa Altantuya dibunuh dan tubuh badannya diletupkan. Beliau juga terlalu yakin kononnya beliau akan selamat dan dilindungi, sekiranya beliau sanggup mendedahkan fitnah terkutuk itu di dalam portal popularnya - Malaysiakini. Tetapi ternyata apa-apa yang diharap tidak menjadi kenyataan. Beliau tidak sahaja diburu, bahkan seolah-olah sudah dijatuhkan hukuman terlebih dahulu sebelum dibicarakan.

3. Raja Petra sebenarnya telah dijadikan alat oleh sekumpulan "elit politik" bagi menyekat Najib menuju ke puncak kuasa. Berkali-kali Raja Petra menyatakan rasa hairan mengapa pihak polis tidak menyiasat nama-nama yang telah beliau berikan selama ini sebagai sumber dalam menghasilkan tulisannya yang kemudian dituduh sebagai memfitnah Najib dan Rosmah. Raja Petra tidak upaya menyembunyikan dirinya lagi - beliau tiada pilihan, demi mendesak pihak berkuasa Malaysia agar segera bertindak dan menyiasat ke atas nama-nama sumber yang telah beliau berikan selama ini - akhirnya Raja Petra terpaksa muncul di kaca televisyen, mendedahkan semua nama sumber yang beliau ketahui dalam menghasilkan rencana yang memfitnah Najib dan Rosmah.

4. Satu Malaysia tersentak! Ramai yang tidak menduga bahawa Raja Petra sanggup menggunakan TV3 bagi menyelamatkan dirinya daripada terus "dikambinghitamkan" oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pendedahan nama-nama yang terlibat dalam menyalurkan maklumat sulit kepada pengendali portal Malaysiakini itu - akhirnya membuahkan hasil. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga terkejut besar apabila nama Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin turut terbabit. Dan secara drastik - ATM terus membuat siasatan terperinci terhadap Azmi - soalnya mengapa baru sekarang ATM bertindak? Bukankah nama Azmi sudah lama muncul dalam akuan bersumpah Raja Petra dua tahun yang lalu?

5. Mengapa apabila isu ini sudah tersiar di kaca televisyen barulah semua pihak menjadi kalut dan tergesa-gesa untuk bertindak? Selain nama Lt Kol Azmi - terdapat dua nama lagi yang dikaitkan dengan kes ini, iaitu Lt Kol Aziz Buyong dan isterinya, Lt Kol Norhayati Hassan. Soalnya - apakah tindakan yang sudah dilakukan oleh pihak ATM ke atas nama-nama tersebut? Nama-nama ini bukanlah baru semalam muncul - bahkan Raja Petra sudah lama memaklumkan kepada pihak polis.

6. Sekarang, semakin banyak petunjuk yang membukti bahawa terdapat gunting dalam lipatan bagi menjatuhkan Najib. Sebenarnya, isu pembunuhan Altantuya sengaja direka untuk mengaitkan Najib dengan Rosmah sebagai suspek utama pembunuhan kejam itu - bahkan tidak mustahil, terdapat perancangan rapi untuk membunuh Altantuya dan kemudian dijadikan isu politik bagi mengaitkan nama Najib dan Rosmah demi mencemarkan imej mereka berdua, sekali gus menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri. Kita juga tidak menolak berkemungkinan besar terdapat pembelot dalam ATM dan Polis bagi menjayakan agenda politik seseorang.

7. Hakikatnya - terdapat petunjuk dan mesej tersirat dalam pendedahan yang telah dilakukan oleh Raja Petra. Beliau mahu seluruh rakyat Malaysia mengetahui - semua nama sumber yang telah menyampaikan maklumat kepadanya berhubung bagaimana nama Najib dan Rosmah muncul bagi dikaitkan dalam isu pembunuhan Altantuya tersebut. Yang jelas terdapat pembelot dan pengkhianat di dalam UMNO dan agensi tertentu bagi mensabotaj Najib daripada dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia! Mulai hari ini Najib perlu berhati-hati. Baca tulisan Raja Petra di bawah :

Sometimes we need a storm to get people’s attention. Maybe now the police will do what I have been asking them to do these last three years: that is, investigate my statutory declaration and ascertain the truth behind what Lt Kol Azmi Zainal Abidin alleged.

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

The Umno websites and blogs call me a liar. They say I have signed a statutory declaration falsely accusing Rosmah Mansor and the husband and wife Lt Kols (Aziz Buyong and Norhayati Hassan) as being at the scene of the Altantuya murder the night she was murdered and blown up with C4.

The Malaysian government says the same thing and they arrested me and charged me for criminal defamation. The mainstream media says the same thing: that I alleged Rosmah Mansor and Lt Kols Aziz Buyong and Norhayati Hassan were at the scene of the Altantuya murder the night she was murdered. The online media also says the same thing; even sites like Malayskini, The Malaysian Insider and so on.

For three years I have written article after article explaining the statutory declaration that I signed in June 2008. I have made video recordings on the same matter, which are in Youtube, plus I spoke at ceramahs about this issue all over the place. But until today my explanation has been ignored. They still insist that the story is: I alleged that Rosmah and the two Lt Kols were at the scene of Altantuya’s murder the night she was murdered.

When I was charged in court I told the judge that I refuse to respond to the charges because the charges are both defective and mala fide. The court replied it would then regard this as a not guilt plea. I raised my voice and told the judge that I did not enter a plea of not guilty. What I said was that I refuse to respond to the charges because they are defective and mala fide. The judge ignored me and recorded a plea of not guilty and demanded that I face trial. Not contented with that, they further detained me without trial under the Internal Security Act. During my ten-day interrogation, the senior Special Branch officer, Datuk Zambri, asked me about the statutory declaration that I signed.

I told him the whole story and even named names. I named names because these people had said that if anything happens to me I have their permission to mention their names. In fact, if I were to be put on trial, they were prepared to come forward to testify, they said. And that was what I told the Special Branch. However, after I had told them this, my 60-day detention was cut short and the next day, the tenth day of my detention, I was whisked off to Kamunting under a two-year detention order. It was as if they wanted to bury my story by burying me in Kamunting.

I have, in fact, written about this matter before so it is not a new story. Some readers have even commented that I appear to be repeating myself and it is getting very tiring to read the same old story. Nevertheless, how many times I may repeat myself they still do not seem to understand what I say. They still insist that I alleged that Rosmah Mansor and the husband and wife Lt Kols were at the scene of the Alatantuya murder the night she was murdered and blown up with C4.

When TV3 asked me if I would consent to an interview and that the interview would focus on my statutory declaration, I agreed. I have only once before appeared on national TV. This was the live Blog program on TV1. This time, however, it would be recorded. I realise the danger of recorded interviews as opposed to live shows like the TV1 Blog program. But I know I can handle even the toughest interviews. After all, what I would be saying is going to be the truth anyway. So why worry? Certainly they are going to spin it but then that is a risk I would have to take.

Undoubtedly, a storm is going to be created. I knew that. But maybe I need that storm so that the story of my statutory declaration can be brought back to focus and corrected. Somehow, the statutory declaration I signed and what I actually said in that statutory declaration has been lost. And it has been lost because the focus is on my so-called allegation rather than what I actually said in the statutory declaration.

Most seem to not understand that I did not make any allegation against Rosmah or the two Lt Kols. That was not what my statutory declaration said. I made an allegation against a third Lt Kol. And this third Lt Kol is Lt Kol Azmi Zainal Abidin, the number two in the special branch of the military intelligence. I told TV3 that what I am about to say is not something new. I have written and spoken about this many times before. I have even made my statement to the police during my ISA detention. And this statement was recorded by the police.

But this statement was never made public. What I told the police has been hidden from public view. What I said has been ignored totally. Instead, the story of my allegation against Rosmah and the husband and wife Lt Kols is what is repeated again and again by all and sundry. I really don’t know how much of my more than one hour interview is going to be aired on TV -- probably less than 10% of it. Nevertheless, now that a storm has been created, it allows me to bring back the focus to the story behind that statutory declaration.

Nik Azmi Nik Daud -- or Bul to the MCKK Old Boys (short for Bulat) -- phoned me one day in June 2008 and asked to meet. We met for tea at La Bordega in Telawi, Bangsar. I brought my wife along and Bul brought someone whom he never introduced to me and who sat the entire time as quiet as a church mouse without once opening his mouth even to yawn, cough or sneeze. Bul then related that Lt Kol Azmi Zainal Abidin, the number two in the special branch of the military intelligence, has a confidential report that proves that Rosmah, Lt Kol Aziz Buyong, and his wife, Lt Kol Norhayati Hassan, were present at the scene of Altantuya’s murder at the time she was murdered. Bul told me to expose this.

I told him to let me think about it first. My wife, however, disagreed. She felt that the story is too far fetched and that Bul is not a reliable source. We can only do that if they show us the confidential report. Bul assured me that the report is available but can only be revealed once the police launch an investigation. So I must expose this to provoke the police to launch an investigation.

I decided to do nothing. A few days later, Bul called me a second time and asked to meet again. This time we met for Sunday lunch at the Selangor Club in Dataran Merdeka. Bul asked me whether I was going to expose the story and I told him I would not. I told Bul I would surely be arrested and charged if I do what he suggests. He assured me that if that happens, and he wants that to happen for the plan to succeed (which means I am the bait), then the military intelligence report would surface.

My wife was against it. She thought it was a very risky exercise. Can we be assured that the confidential report would surface if the shit hits the fan? Bul swore that they would cover me. “We will make sure you do not go to jail,” Bul said. I relented and said I would do it. My wife gave me a disgusted look.

“When will you do it?” Bul asked. I would write the article that same night I told him. “No, no article,” Bul said. “The police will just ignore your article. Sign a statutory declaration. The police can’t ignore a statutory declaration. They would have to take action.” I hesitated. An article is one thing but a statutory declaration is very dangerous. This is playing hardball.

I then called up John Pang, who, just like Bul, worked for Tengku Razaleigh Hamzah and I told him what Bul had asked me to do. I told John that I have my reservations about Bul but if Tengku Razaleigh confirms this story then I am inclined to believe it. John came back and confirmed that Tengku Razaleigh knows Lt Kol Azmi very well -- in fact, he often goes to Tengku Razaleigh’s office -- and that Tengku Razaleigh also knows about the story of this confidential military intelligence report concerning Rosmah and the two Lt Kols being at the scene of the crime.

I was still not sure, though. So I called up Din Merican and asked him to check with Anwar Ibrahim about the background of this Lt Kol Azmi. Din called back and said that Anwar knows him very well -- he also often goes to see Anwar -- and that he is very reliable. With that assurance I signed the statutory declaration and the rest, as they say, is now history. And the statutory declaration was signed in the Kuala Lumpur High Court.

However, what I said in my statutory declaration is that I had been informed about the matter. I did not say for sure that I know the trio were at the scene of the crime. I said that I had been informed about it by this person and in my declaration I urged the authorities to investigate the matter to ascertain the truth of the matter. In other words, it could be true or it may not. But only one person can confirm this. And this person would be the source of the information. The police, however, went for me, not for the source of the information. Even after I revealed the name of the source they still did not want to do anything. It was as if I was the source rather than the reporter.

Under the law, if you know or have reason to suspect that a crime has been committed, then it is your duty to make a report. I made more than a report. I made a statutory declaration. When all hell broke loose I contacted Bul and met up with him. I asked him for a copy of the confidential military intelligence report. Bul said that they no longer have it. The entire file has been shredded, Bul said.

Surely they have a back up copy, I said. Sorry, no back up copy. The report no longer exists. In fact, the entire file no longer exists. The whole objective of this exercise was to block Najib Tun Razak from taking over as Prime Minister. If Abdullah Ahmad Badawi can be forced to resign, and if Najib can be blocked from taking over, then Tengku Razaleigh could become the next prime minister.

Earlier, a meeting was held in Tengku Razaleigh’s office. About 30 people attended the meeting cum buka puasa. A few Umno bloggers such as Big Dog and so on were there. PKR people like Adlan Benan Omar and Rafizi Ramli also came. And many others whom you will know if I mention their names also attended (I will leave it to them whether they want to surface, but they know who I am talking about). The purpose of this meeting was to explore how it can be engineered so that Tengku Razaleigh can take over as prime minister. Bul, of course, was the ‘main speaker’ with all the ideas on how this can be achieved.

Today, Bul declares that he is a strong Najib supporter and that he has always supported Najib from way back. Suddenly he is no longer the man who was scheming on how to block Najib from taking over so that his boss, Tengku Razaleigh, can be the new prime minister. Bul, who promised me that he will make sure I will never go to jail and that the military intelligence report would surface the instant the police come for me, today, tells me that the report no longer exists.

The question is, did the report even exist in the first place? And Din Merican, who spoke to Anwar and who assured me that Lt Kol Azmi is very reliable and John Pang, who spoke to Tengku Razaleigh on the same matter and gave that same assurance, have washed their hands of this whole matter. I can understand Din leaving PKR to go back to the other side. He did tell everyone he is disillusioned with the party and he is not the first or the last. John Pang, however, is now with CIMB Jakarta and we all know who owns CIMB.

Suddenly, everyone who was part of the conspiracy to block Najib from taking over is a strong Najib supporter from way back in time. Yes, TV3 gave me that opportunity to tell the story I have always told but no one appears to be listening. Suddenly everyone is listening, thanks to TV3. Sometimes we need a storm to get people’s attention. Maybe now the police will do what I have been asking them to do these last three years: that is, investigate my statutory declaration and ascertain the truth behind what Lt Kol Azmi Zainal Abidin alleged. Now you know what my TV3 interview was all about.

Isu Video Seks Anwar : Kebenaran Di Hadapan Pintu!

InsyaAllah - dalam masa beberapa hari lagi, kebenaran berhubung isu video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim akan terdedah sepenuhnya. Marilah kita cuba belajar untuk menerima kebenaran yang terlalu pahit lagi kelat untuk ditelan ini. Sama ada kita bersetuju atau pun tidak. Hakikatnya adalah jelas - pihak polis sudah mengenal pasti siapakah individu yang terdapat di dalam video seks tersebut. Jika tiada aral melintang, pengumuman rasmi akan dilakukan oleh berkuasa tidak lama lagi. Dan sekarang, harapan kita ialah seluruh ulama di Malaysia akan segera mengadakan persidangan dan menetapkan hukuman terhadap pesalah yang bakal didedahkan oleh pihak berwajib sedikit masa lagi. Bahkan, mungkin dalam masa dua atau tiga hari lagi, klip video seks yang sebelum ini sudah tersiar dalam tempoh dua minit, akan ada sambung penuhnya untuk ditonton oleh rakyat jelata bagi menghakimi Anwar Ibrahim dan para pemujanya.

Kebenaran sudah benar-benar semakin hampir di hadapan kita semua. Semoga Allah membuka hati dan mata kita agar kembali ke pangkal jalan. Dan kepada ulama-ulama yang masih berdegil menyokong Anwar, nasihat saya agar bertaubatlah kepada Allah dan selamatkanlah negara serta rakyat jelata yang selama ini dibohongi dan dipermainkan oleh Anwar Ibrahim. Ingatlah - kita bukan membuka aib Anwar, bahkan kita wajib memberitahu seluruh rakyat jelata akan perilaku Anwar Ibrahim yang sebenarnya, demi menyelamatkan negara daripada tipu-daya syaitan yang mahu melihat umat Islam berpecah-belah. Kepada Allah juga kita berdoa dan berharap. Wallahualam.

Kejutan Yang Masih Belum Hilang!

Walau apa pun hujah dan alasan yang diberikan - saya tetap berpendirian bahawa BN telah tewas dari segi moral. Sentimen pengundi Cina masih tetap berpihak kepada DAP, dan mereka benar-benar mahu melakukan perubahan. MCA telah gagal dalam menarik pengundi Cina agar kembali kepada BN - nampaknya tiada keyakinan pengudi Cina terhadap BN. Soalan yang perlu dijawab adalah, apakah Sarawak masih menjadi negeri selamat untuk BN menguasai kerusi Parlimen dalam PRU yang akan datang? Saya tidak fikir bahawa kerusi parlimen dari Sarawak akan terus menjadi talian hayat kepada BN. Kita harus berhati-hati dalam hal ini. Komitmen masyarakat Cina dalam menyokong DAP sangat menakutkan. Mereka bakal menjadi kuasa penentu dan pendesak yang berpengaruh, sekiranya orang Melayu terus berpecah belah. Di sisi lain pula, sudah tiba masanya kerajaan memberi tumpuan yang serius dan menjaga kepentingan orang Melayu yang setia menyokong BN selama ini. Dan keputusan pilihan raya Sarawak hari ini, sebenarnya mengandungi mesej yang sangat jelas bahawa Pulau Pinang tidak mungkin akan kembali ke tangan BN! Malah, pilihan raya ini juga, adalah bukti nyata bahawa BN menang di atas kertas, tetapi kecundang di medan perang. Yang lebih membimbangkan, bagaimana pula nasib BN di semenanjung? Nampaknya, DAP semakin kukuh, manakala PAS dan PKR pula, tidak ubah seperti seekor kuda tunggangan parti tersebut. Dengan kata mudah - PKR hancur, PAS lebur, DAP subur dan BN kebulur. Kita sebenarnya berada di garis persimpangan. Realiti sekarang mezahirkan politik masyarakat Cina yang tidak lagi menyokong BN!

April 16, 2011

BN Tewas di 13 DUN!

Barisan Nasional dalam keadaan bahaya. Dimaklumkan bahawa BN tewas di semua kawasan tersebut, iaitu : N.2 Tasik Biru, N.5 Demak Laut, N.17 Tarat, N.18 Tebenu, N.19 Kedup, N.31 Layar, N.42 Meluan, N. 50 Dalat, N.52 Tamin, N.53 Kakus, N.57 Belaga, N.58 Jepak dan N.70 Ba'kelalan.

Pilihan Raya Sarawak : BN Mungkin Kecundang!

Khabar angin yang mendakwa bahawa Sarawak bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat bisa dipandang dengan sangat serius - tidak mustahil ia akan berlaku, sekiranya sentimen kebencian terhadap Ketua Menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud terus bergelora dan mendapat tempat di hati para pengundi. Beberapa petunjuk sudah menunjukkan bahawa BN tidak mungkin menang besar di Sarawak - mereka bukan membenci BN, tetapi para pengundi membenci Ketua Menterinya, itu sahaja. Seandainya Taib Mahmud boleh membaca kehendak hati nurani rakyatnya, InsyaAllah BN bakal menang besar di Sarawak. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Walaupun SPR cuba menafikan keputusan tidak rasmi yang sudah tersebar meluas di alam maya - namun demikian, keputusan rasmi yang bakal diumumkan kelak pastinya tidak berubah terlalu jauh! Mahu atau pun tidak - BN sudah tewas dari aspek moralnya. Keputusan terkini di Sarawak menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi, manakala BN pula hampir kehilangan 2/3 majoriti - sekali gus memberi tamparan buruk kepada BN di semenanjung. Dan jangan terkejut - sekiranya sesuatu yang luar biasa akan berlaku di Sarawak malam ini - sama ada Taib Mahmud tewas di kawasan sendiri, atau pun BN hilang 2/3 majoriti. Sama-samalah kita berdoa agar BN terus memerintah. Wallahualam! (baca di sni).

April 14, 2011

Isu Fitnah Najib : Di Mana Ulama Pembela Anwar?

Setelah Raja Petra mengaku bahawa isu yang mengaitkan Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Sariibu adalah pembohongan serta fitnah semata-mata, sekarang timbul persoalan, di manakah ulama-ulama yang sebelum ini begitu galak dan lantang mempertahankan keaiban Anwar Ibrahim dengan alasan bahawa Islam mengharamkan fitnah dan membuka aib saudara seIslam - dan kini, tatkala terbukti bahawa Najib telah difitnah membunuh Altantuya, maka mengapa ulama-ulama ini masih tidak muncul-muncul lagi, demi mempertahankan maruah Najib yang diaib dan menegur Anwar Ibrahim serta rakan-rakannya agar menghentikan segera tuduhan dan fitnah terhadap Najib dan Rosmah? Apakah ulama-ulama ini sudah menjadi ulama Su' (ulama jahat) yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sangat murah?

Apabila keaiban dan fitnah terkena batang hidung Anwar Ibrahim, maka berduyun-duyunlah ulama mempertahakan manusia "Anugerah Tuhan" itu. Sebaliknya, apabila terdapat pemimpin UMNO yang difitnah dan diaibkan, ulama-ulama ini hilang entah ke mana, sunyi sepi tanpa ulasan. Inilah jenis ulama yang terdapat pada zaman ini. Mereka tidak lagi sibuk mempertahankan kebenaran - sebaliknya sibuk mempertahankan individu. Ulama jenis ini bukanlah ulama yang sebenar - mereka lebih takutkan manusia daripada Allah SWT. Wallahualam. Fikir-fikirkanlah. Baca di sini...

Isu Video Seks Anwar : Polis Sudah Mengenal Pasti Pelakunya!

Kebenaran semakin hampir ke penghuju. Pihak polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang melakonkan aksi seks di dalam video yang didedahkan oleh "Datuk T" baru-baru ini. Baca di sini. Soalnya sekarang, bersediakah kita menerima kebenaran sedikit masa lagi? Saya berdoa agar isu seks ini akan selesai dengan segera. Semoga Anwar Ibrahim kembali insaf dan menjadi manusia biasa. Cukuplah dengan segela kehancuran yang telah beliau lakukan selama ini. Wallahualam.

Mengapa Segalanya Berlaku Setelah Solat Hajat?

Apakah untuk kali ini - Tengku Razaliegh (Ku Li) akan menafikan segala pendedahan yang dilakukan oleh Raja Petra Kamarudin semalam, bahawa terdapat konspirasi dalaman untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak? Sebelum ini, tindak-tanduk Ku Li sangat mencurigakan. Bermula dengan serangan bertali-arus beliau ke atas DS Najib berhubung konflik royalti minyak Kelantan yang secara terang-terangan menunjukkan beliau menyebelahi PAS - walaupun semua orang tahu bahawa Kelantan tidak mempunyai hak untuk mendapatkan royalti tersebut (jika tidak, sudah lama mahkamah memberi kemenangan kepada kerajaan Kelantan).

Malah, baru-baru ini, Ku Li juga tampil ke hadapan dengan menafikan sekeras-kerasnya tulisan Tun Mahathir di dalam buku "A Doctor in The House" bahawa beliau menggunakan wang untuk menewaskannya dalam pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987. Saya tidak tahu, apakah Ku Li masih menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia atau beliau cuba bersekongkol dengan musuh-musuh DS Najib? Siapakah yang sebenarnya berbohong? Ku Li atau Tun Mahathir? Kalau benar Mahathir berbohong di dalam tulisan memorinya - eloklah Ku Li mengambil tindakan undang-undang ke atas Mahathir.

Namun demikian, kemunculan semula Raja Petra bersama dengan pendedahan terbarunya ini - sedikit sebanyak mengocak semula sungai politik yang semakin keruh dan kotor - sekali gus menggambarkan "wajah" sebenar Tengku Razaliegh Hamzah dalam arena politik UMNO dan kepimpinan arus perdana. Dalam pada itu, kemunculan video seks hitam-putih yang dikatakan pelakunya adalah Anwar Ibrahim semakin menyedarkan masyarakat siapakah Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Hampir semua rahsia sudah terbongkar. Walauapa pun hujah kita - segala yang berlaku iketika ni telah membuka mata dan hati kita bahawa Allah telah menunjukkan kebenarannya! Selama ini tidak mungkin ada orang yang menyangka bahawa Raja Petra yang sangat setia dengan Anwar Ibrahim, tergamak "berpaling tadah" dan membocorkan segala kisah bohong dan perancangan jahat segelintir manusia yang gila kuasa.

Soalnya sekarang, mengapa segala pendedahan yang berlaku pada saat ini, terjadi setelah ribuan rakyat Selangor mengadakan solat hajat untuk Anwar Ibrahim pada tanggal 28 Mac 2011 di Stadium Melawati beberapa minggu yang lalu? - Apakah ini adalah petunjuk daripada Allah agar kita insaf dan kembali ke pangkal jalan? Semua kisah pelik ini terjadi dengan sangat halus, seakan-akan terdapat mesej penting untuk kita semua pelajari. Soalnya sejauh mana kita sanggup menelan segala kebenaran ini? Wallahualam. Baca di sini...

April 13, 2011

Hujah Zulkifli Noordin Yang Menakutkan!

Inilah antara hujah paling berkesan daripada YB Zulkifli Noordin, MP Kulim Bandar Baru dalam menjawab dan mematahkan hujah para pemuja Anwar Ibrahim serta yang seangkatan dengannya. Baca tulisan terbaik beliau ini. KEBETULAN TEMAN SINGGAH solat disebuah Masjid (nama tidak akan disebut). Selepas solat, kebetulan ada ceramah oleh seorang Ustad kawan teman yang juga aktivitis sebuah parti politik. (juga nama tidak akan disebut). Semasa berceramah, kawan teman ini tidak perasan yang teman ada disitu. Teman pun dok berlonggok dengan para jemaah masjid yang lain, yang ada dalam 30-50 orang, termasuk jemaah wanita (agaknya yang lain ke Sarawak kot).

Ustad kawan teman ini memulakan ceramah dengan membaca Surah Al Hujurat ayat 6 dan An Nur ayat 4. Lalu beliau mengupas tentang isu videoklip dan mendakwa ianya adalah satu fitnah besar menuduh orang berzina (cara dia kupas macam dia yang buat videoklip tu, walaupun sebenarnya dia tengok pun tak lagi). Malah beliau menyebut terus nama manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan sebagai mangsa fitnah zina, dan mendakwa mereka yang menuduh sebagai layak dihukum qazaf. Malah beliau menambah bahawa beliau hairan mengapa YAB Dato' Sri Najib boleh terlepas daripada tuduhan membunuh Altantuya sebaliknya "insan suci" (ni perkataan Ustad tu yop) Anwar Ibrahim terus difitnah.

Kemudian Ustad ni membawa kisah Nabi Yusuf a.s yang turut menjadi mangsa fitnah. Dan cara beliau bawa cerita tu seolah-olah Anwar dan Nabi Yusuf sama taraf yop!!! Kebetulan ada makan-makan disediakan selepas ceramah, teman ambil kesempatan untuk betanya beberapa soalan. Teman tidak mahu bertanya secara terbuka selepas ceramah, khuatir nanti akan meletakkan Ustad kawan teman tu serba salah. Lalu teman pun ambil peluang untuk bertanya sambil makan-makan. Boleh nampak wajah ustad kawan teman itu saperti tidak selesa menyedari teman ada disitu. Lalu bermulalah dialog teman dengan Ustad kawan teman ni: Sambung bacaan anda di sini...

April 6, 2011

Semua Hujah Membela Anwar Ibrahim Terbatal!

Semua penyokong kerajaan dan UMNO diminta bersabar dan izinkan pengikut-pengikut taasub PAS dan PKR secara beransur-ansur menerima kebenaran video seks tersebut. Bukan mudah bagi para pengikut Anwar Ibrahim untuk menerima kebenaran seperti ini. Jangan kita paksa atau marah kepada mereka. Sememangnya bukan suatu perkara yang mudah untuk diterima sekiranya seorang ayah atau ibu, dimaklumkan bahawa anak mereka merupakan seorang perompak atau pencuri. Pelbagai alasan akan diberi bagi mempertahankan si anak tersebut - sehingga sampai ke satu peringkat si ayah atau si ibu tidak lagi mampu menyangkal bukti-bukti yang sedia ada. Dalam isu video seks yang sedang hangat diperdebatkan sekarang, begitu banyak hujah dan alasan yang diberi bagi mempertahankan Anwar Ibrahim - bermula dengan hujah dangkal perut buncit, sehinggalah yang terbaru dengan hujah "tahap bangang" yang menyentuh soal janggut Anwar Ibrahim, memperlihatkan bahawa semua hujah hanyir lagi mengarut ini tertolak 100% tatkala kita secara jujur dan amanah memerhati "watak" tersebut dengan sangat teliti, melalui gerak-geri dan lenggok-ayun tubuh badannya yang benar-benar menyebabkan kita dapat mengecap serta mengesahkan siapakah individu tersebut.

Semua hujah yang cuba membela Anwar Ibrahim terbatal sama sekali tatkala kita berulang kali memerhati segala aspek pergerakan watak tersebut, bermula dengan senyumannya, gaya berjalannya, lenggok percakapannya, memek wajahnya dan keseluruhan gerak-geri tubuh badannya - meyakinkan kita, siapakah individu itu yang sebenarnya! Sekali gus menyanggah semua hujah busuk lagi hanyir para pemuja Anwar Ibrahim. Sekali lagi saya ingatkan - kita harus memberi peluang kepada seluruh ahli Pakatan Rosak agar kembali ke jalan yang sebenar dan memberi sedikit masa untuk mereka menerima kebenaran yang jelas lagi nyata ini. Bukan mudah untuk mereka mengaku "tersilap" menyokong Anwar Ibrahim setelah lebih dua dekad mereka ditipu hidup-hidup! Takbir!

April 5, 2011

Isu Video Seks Anwar : Mengapa YouTube "delete" Kebenaran?

1. Nampaknya kita masih terus berdegil menafikan kebenaran. Kita seolah-olah masih mahu menutup dosa "watak" yang terdapat di dalam rakaman video seks yang sangat mirip dengan Anwar Ibrahim. Pelbagai alasan dan hujah bodoh telah dihamparkan kepada kita untuk menutup aib Anwar Ibrahim, ada yang berkata ia merupakan individu yang hanya mirip seperti Anwar Ibrahim, dan ada pula yang mendakwa kononnya video itu telah diedit serta diubahsuai oleh UMNO/BN. Soalnya mana bukti bahawa UMNO telah melakukan segala pembohongan itu?

2. Walauapa pun hujah dangkal para pemuja Anwar - hakikatnya rakyat sudah boleh menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman terhadap Anwar. Bukankah selama ini merekalah yang sering melaungkan slogan "kuasa rakyat" "rakyat hakim sebenar" dan pelbagai lagi bahasa retorik yang memualkan? Dan sekarang izinkan rakyat menilai sendiri siapakah sebenarnya individu yang terlibat di dalam video seks tersebut. Rakyat akan menjadi hakim dalam hal ini dan bukan Karpal Singh atau ulama-ulama PAS! Tiada amalan yang lebih kotor dan jijik daripada amalan yang mempertahankan kemaksiatan dan kezaliman yang telah dilakukan secara terang-terangan. Jadi, biarlah video itu ditonton oleh rakyat jelata, kerana menurut Anwar dan Pakatan Rakyat, hanya rakyat sahaja yang layak menjadi hakim yang adil serta saksama dalam sistem demokrasi! Biar kuasa rakyat yang menentukan sama ada watak di dalam video tersebut adalah Anwar atau pun sebaliknya. Mengapa kita terlalu gusar dan bimbang?

3. Mendedahkan video seks tersebut bukanlah bertujuan mengaibkan Anwar atau menuduh beliau telah berzina - sebaliknya, pendedahan tersebut merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut mega Anwar Ibrahim yang tidak pernah selesai lebih daripada satu dekad lamanya. Isu seks Anwar mesti diselesaikan segera. Ia sudah terlalu banyak merosakkan keharmonian negara dan pencetus konflik politik yang terlalu lama dan membosankan.

4. UMNO/BN yang acapkali difitnah oleh Anwar tidak pernah mendapat pembelaan daripada mana-mana ulama - skandal-skandal aib yang selama ini melibatkan para pemimpin UMNO/BN yang didedahkan oleh para pemuja Anwar dan Pakatan Rakyat, tidak pernah didakwa oleh seorang ulama pun sebagai "berdosa besar" kerana membuka aib para pemimpin UMNO/BN. Seolah-olah seluruh ulama Malaysia bersepakat secara ijma', sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO yang melakukan maksiat atau dosa zina, tidak menjadi apa-apa kesalahan untuk didedahkan segala aib mereka! Silalah dedahkan segala keburukan dan keaiban Najib Tun Razak, kutuklah sepuas-puasnya Rosmah Manshor kerana tidak memakai tudung kepala, dedahkanlah video V.K Lingam yang mengaibkan badan kehakiman negara, dan hinalah Tun Mahathir sesedap rasa - semua keaiban itu itu halal didedahkan sekiranya para pelakunya adalah dalam kalangan pembesar UMNO!

5. Ayat-ayat Allah yang menerangkan tentang kemunafikan dan azab kezaliman seolah-olah diturukan hanya untuk pemimpin-pemimpin UMNO, manakala ulama-ulama PAS dan Anwar Ibrahim "terlepas" dan bebas daripada sebarang hukuman Allah! Inilah realiti dan minda hanyir yang melanda sebahagian besar umat Islam di negara ini. Ulama dan tok-tok guru di Malaysia terlalu takut untuk menegur Nik Aziz, Haji Hadi dan para ulama PAS yang sangat jelas selama ini begitu celupar memfitnah UMNO serta pemimpinnya dengan pelbagai gelaran munafik dan penghinaan yang keji lagi hanyir! Ada mana-mana ulama peduli? Ada Yusuf Qardhawi peduli?

6. Dikala Tun Mahathir dicaci sebagai Mahafiraun, apakah ada ulama yang bangkit mempertahankan hukum Allah dengan menjelaskan bertapa besarnya dosa saudara seIslam yang melemparkan gelaran munafik sesama mereka? Tatkala buku Shit karya Shahnon Ahmad tersebar dipelusuk negara, apakah ada ulama yang menyanggah bahawa buku tersebut adalah jijik dan berdosa untuk dibaca? Tatkala Najib dan Rosmah dituduh bersubahat membunuh Altantuya, apakah ada ulama yang bangkit menyatakan bahawa haram hukumnya menuduh seorang muslimin tanpa bukti? Tatkala video seks Choi Sok Lek didedahkan di internet, apakah ada ulama yang bangun menyatakan bahawa ia adalah politik lucah yang harus disisihkan? Tatkala UMNO menghulurkan salam perpaduan terhadap PAS, apakah ada ulama yang sanggup berdiri menyambung silaturrahim itu? Atau takutnya mereka kepada Nik Aziz melebih takutnya mereka kepada Allah? Dan tatkala Rais Yatim dituduh memperkosa orang gajinya, apakah ada ulama yang bangun menegur bahawa perlunya 4 orang saksi sebelum tuduhan dilemparkan? Jawablah semua soalan ini! Jawab!

7. Dan sekarang, setelah video seks Anwar disebarkan secara meluas, secara tiba-tiba para ulama ini tersentak dan teringat "Oh! bertapa berdosanya membuka aib orang lain" Sedangkan sudah berkurun lamanya mereka tidak pernah ambil peduli keaiban dan maruah para pemimpin UMNO yang telah mereka cemarkan! Para ulama ini, khususnya ulama-ulama PAS melenting marah dan berhujah bertapa besarnya dosa orang yang membuat fitnah dan membuka keaiban orang lain, seolah-olah ayat Allah dalam hal ini baru semalam diturunkan ke bumi! Sedangkan dalam masa yang sama, lidah ulama-ulama inilah juga yang mencaci, memaki, memfitnah dan berburuk sangka terhadap ahli-ahli UMNO.

8. Tuduhan kafir dan munafik sudah menjadi mainan bibir mereka - seolah-olah semua yang berdaftar sebagai ahli UMNO adalah jahat lagi keji. Apabila doa dan solat hajat mereka diterima Allah dengan terdedahnya video seks ini - para ulama ini melompat terkejut, tidak percaya dan sukar menerima kebenaran. Mengapa tidak terlintas di dalam hati sanubari mereka walaupun sedetik, bahawa "pasti ada sebab tertentu Anwar Ibrahim dihina sebegini rupa" Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, pasti ada sebab dan musababnya. Doa sudah berbakul, solat hajat tidak pernah berhenti, tetapi mengapa maruah Anwar terus dihina dari sehari ke sehari? - Apakah doa orang yang dizalimi selama puluhan tahun masih belum sampai kepada Allah? Bukankah Allah sudah berjanji bahawa doa orang yang dizalimi tidak ada hijab (dinding/penghalang) untuk terus sampai kepada-Nya, sekali pun yang berdoa itu adalah orang kafir! Kita diminta oleh Allah berfikir menggunakan otak yang telah dianugerahkan-Nya dan bukan menggunakan kepala lutut! Kebenaran sudah terlalu banyak dihamparkan kepada kita, tetapi kita masih berdegil dan tidak mahu menerimanya. Takbir!!

April 4, 2011

Klip Video Seks Anwar Ibrahim Sudah Dipadam!


Tepat jam 11.35 malam tadi, Klip Video Seks yang didakwa membabitkan Anwar Ibrahim sudah dipadamkan daripada YouTube setelah 24 jam berada di alam maya. Kepada sesiapa yang sudah menyimpan klip video itu diminta menyimpannya dengan selamat demi menegakkan kebenaran. Sama-sama kita nantikan pula siri kedua klip video tersebut tidak lama lagi.

Video Seks Anwar Ibrahim Terbukti Palsu!

Dengan nama Allah Yang Maha Besar - saya bersaksi sesungguhnya orang-orang PKR dan PAS wajib bertaubat nasuha atas segala sokongan yang telah mereka berikan kepada Anwar Ibrahim selama ini. Tiada dosa yang lebih besar daripada bersekongkol dengan manusia yang terang-terang melakukan maksiat dan kemudian memfitnah orang lain seolah-olah dirinya telah dizalimi. Klik Video ini masih belum tamat. Masih ada baki 18 minit lagi aksi seks ganas yang akan dipaparkan sedikit masa lagi. Dan Anwar boleh melupakan terus hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, di samping seluruh ahli PAS dan PKR wajib melakukan taubat nasuha dan meminta maaf kepada semua ahli UMNO - terutamanya terhadap Tun Mahathir. Anwar Ibrahim telah dimakan sumpah. Sumpah dan doa Saiful Bukhari telah termakbul. Tiada apa lagi yang perlu kita ragukan. Pada hari ini, Allah telah menunjukkan kuasanya kepada kita semua - dan sekarang mari kita bertanya, di manakah Nik Aziz? Di manakah Hadi Awang? Di manakah Azmin Ali? dan Di Manakah Nurul Izzah? Untuk menafikan segala yang telah kita tonton ini? Hampir semua lidah terkelu tatkala melihat video seks ini - bukan terkelu kerana ghairah, tetapi terkelu kerana tidak menyangka - sikap dan tabiat sebenar manusia yang digelar sebagai Anugerah Tuhan ini. Wallahualam. Tonton di sini...

Usaha Terakhir Mufti Perak!

Seluruh umat Islam di Malaysia diseru menyokong sepenuhnya kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani dalam usaha terakhirnya menentang penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Usaha beliau yang tidak pernah kenal erti penat selama ini, harus mendapat sokongan dan dukungan daripada segenap masyarakat Islam - tidak mengira fahaman politik. Saya juga berterus-terang menyokong sepenuhnya perjuangan Harussani dalam memperjuangkan isu ini. Ini adalah jihad yang wajib seluruh umat Islam bersatu. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR, — Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali. Dalam kenyataan dikeluarkan petang kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. “Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris. Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut. Idris berkata, “adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah.” Sehubungan itu kata Harussani, mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

“Apa yang saya tegaskan pasal kalimah Allah... kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain, di Sabah dan Sarawak tidak ada enakmen ini tapi di Semenanjung ada. “Dalam enakmen agama Islam sudah kata haram di peringkat kebangsaan, atas dasar apa kita perlu benarkan? Adakah enakmen ini terbatal? Adakah undang-undang yang kita buat ini secara automatik terbatal? “Kalau kerajaan buat macam ini, batalkan sahaja enakmen agama Islam yang ada ini... saya rasa kecewa apabila kerajaan buat macam ini, undang-undang sudah kata tidak boleh kenapa kerajaan benarkan? Kalau mahu juga batalkan sahaja undang-undang yang sedia ada sekarang,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, selain kalimah Allah, istilah lain yang tidak boleh digunakan bagi agama lain termasuk firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, dan kadi. Selain itu turut dilarang ialah ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi dan syeikh. Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang Syariah yang menghalang penggunaan kalimah Allah sama ada secara lisan ataupun bertulis bagi agama lain.

Harussani antara mufti yang lantang dalam pendiriannya berkata, tindakan Putrajaya masih membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil dalam Bahasa Malaysia itu disifatkan beliau sebagai “menghina al-Quran”. “Bila kerajaan sudah buat macam ini, benarkan agama lain gunakan kalimah Allah, itu sudah menghina al-Quran. “Sebab itu saya berkeras ia tidak boleh digunakan. Apa yang saya tentang adalah pasal kalimah Allah bukan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia,” katanya.

Beliau juga menegaskan buku kitab suci agama lain termasuk Kristian boleh diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dengan syarat tidak menggunakan istilah-istilah yang ekslusif itu. “Mengenai kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, penganut Kristian boleh guna... tiada masalah jika mereka mahu menghormati Bahasa Malaysia. “Itu adalah bahasa kebangsaan, semua rakyat Malaysia boleh guna, jadi kena pegang betul-betul Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sebelum ini Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid juga menegaskan naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang tidak boleh dibenar untuk dilepaskan kerana ia bertentangan dengan enakmen agama Islam negeri itu. Jelas beliau, enakmen agama Islam Selangor menyebut mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.