Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Apabila Tehran Adalah Mesir!

Setelah pemerintah Mesir dan Tunisia tersungkur rebah ke bumi kerana kebangkitan rakyatnya - kini, gelombang kuasa rakyat menyular ke Iran pula. Sentimen anti-Ahmeddinejad semakin galak kedengaran. Golongan muda Iran mahukan Ahmeddinejad segera berundur daripada tampuk kuasa. Masalah kemiskinan dan ekonomi yang membelengu negara teluk itu, dikatakan berpunca daripada kegagalan Presiden Iran tersebut dalam menguruskan ekonomi negaranya. Baca laporan dan artikel menarik yang ditulisn oleh Zin Mahmud pada tahun 2009 di bawah : TEHRAN 15 Feb 2011. - Berpuluh-puluh penyokong pembangkang Iran ditahan ketika mengambil bahagian dalam sebuah perhimpunan haram di sini bagi menyokong pemberontakan penduduk yang berlaku di Mesir dan Tunisia, semalam. Laman web pembangkang Iran, Kaleme melaporkan, seorang saksi mengatakan bahawa pasukan keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan beribu-ribu penyokong pembangkang yang berarak menuju ke

Hari Kekasih 2011 : Hantu Yang Terkebil-kebil!

Saya tertarik untuk berkongsi berkenaan sebuah artikel menarik yang saya petik daripada portal Malaysia-Intinct di bawah ini. Elok rasanya umat Islam di negara ini kembali merenungi agenda tersembunyi DAP dalam berpolitik. Sudah terlalu banyak DAP memperbodohkan umat Islam dan orang Melayu. Cukup rasanya selama ini kita dipermainkan oleh Lim Kit Siang kuncu-kuncunya. Baca rencana tersebut di bawah : 1. KALAU SUDAH NAMA parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini. 2. Di mana logik tuduhan liar seorang pemimpin yang mahu meniru pentadbiran Khalifah Abdul Aziz ini. Rakan-rakan Islam dalam Pas dan PKR elok nasihatkan Gu

Menyanggah Pandangan Asri : Pergilah Tidur Kecelaruan!

1. Saya yakin sepenuhnya, apa-apa yang berlaku di Mesir, sehingga tersingkirnya Hosni Mubarak dari tampuk kuasa, sama sekali tidak akan berlaku di bumi Malaysia. Saya menolak sekeras-kerasnya kenyataan Mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainol Abidin, yang mendakwa kuasa rakyat yang berlaku di Mesir boleh berlaku di Malaysia, seandainya kebebasan bersuara rakyat disekat oleh pemerintah. 2. Hujah Asri yang menyandarkan bahawa sekatan terhadap "kebebasan bersuara" mampu menyebabkan rakyat bangkit dijalanan untuk menggulingkan kerajaan Malaysia - pada hemat saya merupakan hujah yang dangkal lagi mengarut. Tiada satu pun kerajaan di dunia ini yang digulingkan oleh kuasa rakyat, datangnya daripada dakwaan "rakyat bangkit dijalanan untuk menjatuhkan kerajaan, semata-mata kebebasan bersuara yang disekat". 3. Sekiranya kita jujur, kita akan temui fakta ini - kuasa rakyat hanya akan bangun secara bersatu dan serentak tanpa putus-putus, seandainya sesebuah negara it

Ramalan Terbaru Tun Daim : Beban Sejarah Yang Tergalas!

Mungkin ramalan Tun Daim kali ini sedikit menggusarkan Pakatan Rakyat - atau setidak-tidaknya membuat Pakatan Rakyat melihat kembali tinggi rendahnya bumi dan langit ini. Lufti Othman ada coretan tentang hal ini. Baca laporan di bawah : BEKAS MENTERI KEWANGAN , Tun Daim Zainuddin jarang bersuara tetapi sesekali beliau membuat ramalan politik, agak menarik juga untuk disorot. Setahun sebelum PRU12, beliau menjangkakan BN akan menghadapi tentangan cukup sengit di beberapa kawasan panas, iaitu Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Hasilnya BN tersungkur di tiga negeri berkenaan, ditambah satu lagi Perak. Baru-baru ini, dalam wawancara dengan akhbar China Press, Daim meletakkan Kelantan dan Pulau Pinang sebagai negeri selamat buat Pakatan Rakyat. Meskipun media yang dikontrol BN sering menggambarkan pentadbiran Lim Guan Eng tidak henti-henti berdepan masalah dan rungutan rakyat, Daim melihat kerajaan Pulau Pinang tetap kuat dan tiada petanda akan berlaku peralihan ku

Bencana Cinta!

Tiada kata-kata yang lebih baik daripada memuji dan mengucap kesyukuran kepada Allah atas keputusan kerajaan Malaysia yang dengan berani melancarkan program anti-Valetine bermula esok. Setinggi tahniah dan sekalung penghargaan juga saya berikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom atas pengumumannya tersebut. Ini merupakan titik mula ketegasan kerajaan terhadap aktiviti maksiat yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kepada DAP, ini amaran saya, kalau benar parti tersebut menghormati ajaran Islam, maka tunjukkan sokongan terhadap program anti-Valetine yang dianjurkan oleh kerajaan ini. Baca berita di sini...

Mahathir Tidak Berdosa!

Akhirnya kebenaran terselah juga - kenyataan terbaru daripada mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang mengesahkan bahawa Tun Mahathir tidak bersalah sama sekali terhadap penangkapan dan penahanan 106 ahli-ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987, sebaliknya tindakan tersebut adalah atas kehendak pihak polis yang melihat suasana dan keadaan yang boleh mengancam keselamatan negara pada ketika itu. Kenyataan Tun Hanif Omar ini secara tidak langsung menjawab kritikan pedas Lim Kit Siang semalam, yang mendakwa kononnya Mahathir telah berbohong dalam isu tersebut. Saya secara peribadi lebih menyakini kata-kata Mahathir daripada Lim Kit Siang. Maka jelaslah bahawa sepanjang Tun Mahathir mentadbir negara ini, beliau telah memimpin dengan penuh amanah serta tidak suka melakukan campurtangan dalam hal-hal pentadbiran yang berada diluar kemahiran dan kepakarannya. Baca laporan di sini...

PAS Akui Putrajaya Terlalu Jauh...

Akhirnya - kesombongan PAS yang sering mendabik dada kononnya rakyat sudah bersama-sama dengan mereka untuk menuju ke Putrajaya, semakin meleset. Nada para pemimpin PAS tidak lagi sebongkak dahulu - sudah ada tanda-tanda "berpijak di bumi nyata" setelah melihat perkembangan terkini sokongan orang Melayu kepada BN di DUN Tenang beberapa hari yang lalu. Sebelum ini, PAS dilihat begitu ego dan bongkak, serta terlau yakin kononnya formulasi "perpaduan PAS-DAP" mampu meranapkan higemoni UMNO/BN di seluruh negara ini. Tetapi ternyata - perpaduan mungkar yang jelas bertujuan untuk menghancurkan saudara SeIslam itu tidak akan menjadi kenyataan - hal ini adalah kerana niat PAS sudah berubah, daripada jihad ikhlas kerana Allah, kini sudah bertukar untuk mengejar kuasa dan menghancurkan saudara sendiri. Baca laporan di bawah : KUALA LUMPUR, 1 Feb — Keputusan kerusi Tenang yang menyaksikan kekalahan keempat dalam lima pilihan raya kecil sejak setahun lalu dan s