Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Azli Shukri 2011 : Apabila Siang Dan Malam Adalah Sama

Alhamdulillah, akhirnya apa yang saya katakan selama ini terselah kebenarannya - bahawa perbuatan demonstrasi sama ada aman atau pun ganas, adalah haram hukumnya menurut jumhur ulama sunni sedunia. Sebelum ini, kenyataan saya dikritik hebat oleh puak-puak PAS, sehingga ada yang sanggup mengkafirkan saya. Malah, hujah saya berhubung isu diperbolehkan dalam keadaan darurat seorang wanita bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya, juga tidak sunyi daripada kritikan pedas orang-orang yang jahil. Nah, apabila saya menyiarkan pembuktian dalam bentuk gambar Syeikh Yusuf Qardhawi dan mantan Syeikhul Al-Azhar bersalaman dengan wanita yang bukan mahramnya, maka melompatlah puak-puak PAS kerana sukar menerima kebenaran tersebut. Malah, terdapat komen yang begitu jahil sehingga mendakwa Mazhab Imam Abu Hanifah tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Waljamaah. Terlalu ceteknya pengetahuan mereka, sehingga perkara asas tersebut pun tidak mereka ketahui. Tidak kurang saya juga di

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

Rumah GAPENA Diserang!

Belum pun reda isu kontroversi novel Interlok yang dibakar beberapa hari yang lalu - satu lagi provokasi tercetus. Kini rumah Gapena pula "diserang" dan diceroboh oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Motif tindakan tersebut masih belum diketahui. Baca laporan Bernama di bawah ini : KUALA LUMPUR, 20 Jan – Rumah Gabungan Penulis Nasional (Gapena) di Jalan Dewan Bahasa di sini dipecah masuk dipercayai malam tadi, dan beberapa peralatan seperti komputer, mesin cetak dan televisyen LCD dilarikan. Ketua Media dan Pehubungan Awam Gapena Borhan Md Zain berkata kejadian itu disedari oleh beberapa krew drama yang hendak mengambil alat-alat penggambaran mereka kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di premis itu. “Antara yang hilang ialah lima komputer, dua mesin cetak (printer), sebuah televisyen LCD dan dokumen-dokumen berkaitan buku Interlok. Semua komputer itu turut mempunyai maklumat berkaitan Interlok,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata satu lapo

Ranking Terkini 30 Blog Politik Mesra Kerajaan Paling Berpengaruh

Untuk dua minggu berturut-turut, blog GAP kekal dipersada sebagai blog politik mesra kerajaan no 1, diikuti House PK dan Papa Gomo. Manakala blog Ummi Hafilda pula mencanak naik menduduki ranking ke-16 carta. Ramai pemerhati dan peminat blog politik telah membuat rumusan penting bahawa blog-blog politik mesra kerajaan sudah menguasai hampir 55% platform perang siber di alam maya. Ini merupakan perkembangan baik dan perlu diteruskan. Di bawah ini saya paparkan senarai terkini 30 blog politik mesra kerajaan paling berpengaruh di alam siber dan mungkin juga merupakan 30 blog yang paling dibenci oleh Pakatan Rakyat! Syabas kepada semua bloggers yang bersungguh-sungguh berjuang di alam Siber. Semoga Allah memberkati perjuangan tuan-tuan. RANKING PADA TOP RANKING 14 JAN’ BLOG RANKING ALEXA 1 GERAKAN ANTI PKR 334 2 HOUSE PK 400 3 PAPA GOMO 414 4 THE UNSPINNER

UMNO 2011 : Seram Tanpa Hantu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kepimpinan baru UMNO Kedah yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu merampas kembali negeri ini, jika tiada amalan cantas mencantas dalam parti itu. Beliau berkata, hanya satu masalah yang akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal dalam pilihan raya iaitu sabotaj dalaman di kalangan ahli serta pimpinan parti itu sendiri seperti sebelum ini. “Saya yakin (BN) boleh rampas kembali Kedah...boleh memang boleh, tapi jika tidak ada cantas mencantas, kalau tidak sampai bila-bila pun kita tidak akan menang. “Yang ini jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas...bila tak naik ni naik pula yang lain cantas dia, jadi tabiat buruk ini patut dihapuskan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Jubli Perak GIATMARA di GIATMARA Prima Kubang Pasu, semalam. Beliau mengulas peluang BN untuk merampas kembali Kedah selepas pelantikan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang baru iait

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Ridhuan Tee Pertahankan Ali Hashim

1. Cuba kita renungkan seketika sindiran tajam Dr. Ridhuan Tee Abdullah terhadap orang Melayu dalam rencana terbaru beliau ini. SAYA AMAT PELIK dengan politik orang Melayu, hanya kerana kita tidak sukakan seseorang, kita rela bakar jambatan. Marahkan seekor nyamuk kelambu dibakar. Contoh, hanya kerana tidak sukakan batang tubuh Muhammad Ali Hashim, bekas ketua eksekutif JCorp (kini masih memegang jawatan di QSR dan KFC), atau Mohd Khusrin, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (kini dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor), kepentingan umat Islam tergadai. 2. Masa banyak terbuang memikirkan dan membincangkan cara-cara untuk menyingkirkan mereka. Kenapa tidak menjadikan orang yang kita tidak suka kepada orang yang kita suka? Sedang mereka ini seagama dan sebangsa. Cuma latar belakang dan pendirian sahaja berbeza, yang semestinya tidak dapat dielakkan, selagi bergelar manusia. 3. Saya masih teringat kata-kata semangar Zig Ziglar (2000), kita mungkin berkawan

Mengapa Khalid Ibrahim Ditinggalkan Keseorangan?

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim semakin berani dan lantang mempertikaikan penjelasan yang dibuat oleh Baginda Tuanku Sultan Selangor semalam. Cubaan beliau yang terus-menerus mahu meminda perlembagaan Selangor berhubung pelantikan SUK, semakin ghairah dan terus dipertikaikan oleh rakyat jelata. Namun demikian, yang menarik dalam isu ini adalah persoalan di manakah rakan-rakan Khalid Ibrahim yang sepatutnya memberi sokongan moral kepadanya. Di manakah Anwar Ibrahim? Apa komen dan pandangan beliau dalam hal ini? Apakah hendak dibiar Khalid keseorangan dalam bergelut dengan pihak istana dan membiarkan sahaja kedudukan Pakatan Rakyat tergugat di Selangor? Yang lebih pelik, mengapa para pemimpin kanan Pakatan Rakyat semakin senyap dan tidak lagi gah bersuara seperti dahulu? Mana perginya Azmin Ali yang sepatutnya membela Khalid Ibrahim? Mana perginya Nurul Izzah yang sebelum ini begitu lantang mahu mengubah perlembagaan? Mana perginya Wan Azizah yang selama ini berteka

Ranking Terkini Blog Politik : GAP Blog No 1 Mesra Kerajaan

Kedudukan terkini blog-blog politik Malaysia semakin panas dan berapi. Kedudukan blog politik pro-kerajaan dan pro-pembangkang masih terus kekal keadaannya 50-50 untuk 10 blog yang menguasai carta teratas. Malaysia-Today terus kekal dipersada, diikuti TranungKite. Manakala blog politik ke-3 paling popular kini bertukar tangan daripada Tukar Tiub kepada Gerakan Anti-PKR, sekaligus mengadikan GAP sebagai blog mesra kerajaan no 1 sekarang! House PK kekal di no ke-5, diikuti Papa Gomo. Manakala blog Ummi Hafilda pula naik tiga anak tangga daripada no ke-46 ke 43. Di bawah ini saya senaraikan 25 blog politik paling popular di Malaysia, mengikut tarikh semasa 3 Januari 2011 : 1. Malaysia-Today 2. TranungKite 3. Gerakan Anti-PKR 4. Tukar-Tiub 5. House PK 6. Papa Gomo 7. The Unspinners 8. Berita Semasa Online 9. RBF Online 10. Malaysia-Central 11. MyKMU.Net 12. Minda Intelek Melayu 13. The Flying Kick 14. Pisau.Net 15. Kelab Green Boc 16. Perak Today 17. Media Permatang Pauh 18. Gelombang R

Apabila Ridhuan Tee Mula Menyerang

Baca tulisan menarik Ridhuan Tee ini 1. MINGGU INI KITA dihidangkan dengan dua isu permohonan maaf melibatkan dua pemimpin utama negara. Pertama, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahukan mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya. Lebih berat lagi beliau berkata: “Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya”. 2. Kedua, ketua parti ultra kiasu Selangor dan pemimpin Pas Shah Alam mendesak Perdana Menteri memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat PM supaya tidak menonjolkan elemen keagamaan Kristian seperti lambang salib, upacara sembahyang, doa dan nyanyian berunsur Kristian, dalam satu majlis sambutan Krismas (rumah terbuka) yang dihadiri oleh PM, di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur, 25 Disember lalu, anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu. 3. Pemimpin ultra kiasu ini menyifatkan arahan daripada pej

PKR Sabah Lumpuh! Jeffrey Kitingan Keluar Parti

PKR Sabah lumpuh sama sekali tatkala orang kuatnya, Jeffrey Kitingan mengumumkan keluar daripada parti itu. Selama ini, tongkat sakti PKR di Sabah ialah Jeffrey, dan sekarang tongkat sakti tersebut sudah tiada - maka apa yang tinggal lagi untuk PKR di Sabah? Baca berita ini. KUALA LUMPUR, 2 Jan — Bekas naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bulan lalu mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) telah memutuskan untuk keluar parti itu. Beliau akan membuat pengumuman rasmi bersama sekumpulan pengikutnya pada satu sidang media di Kota Kinabalu, Khamis ini. “Ya (saya akan keluar). Apabila saya memutuskan untuk keluar parti, saya akan membuat pengumuman rasmi... sidang akhbar Khamis, ramai lagi (akan keluar),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Bagaimanapun Kitingan tidak menyebut bilangan dan siapa yang akan mengikut beliau. “Ada banyak perkara yang hendak diumumkan pada Khamis ini,” kata beliau ringkas. Beliau tidak bertanding

Kadangkala Cukup Dengan Beberapa Baris Kata