Skip to main content

Tahniah Tuan Presiden!

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini, dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

“Kami mahu kerajaan mengadakan perundingan dengan Cuepacs, kami mahu sistem ini dikaji semula... kalau boleh, tangguh melaksanakan SBPA, ada orang kata naik gaji 1 Januari, tetapi mana yang penting, naik gaji 1 Januari atau mendapatkan maklumat betul dan tepat, faedah yang baik.

“Kenaikan gaji 1 Januari boleh dianjakkan satu dua bulan lagi, katakan Mac, kita bayar tunggakan gaji, tiada masalah,” kata Omar pada sidang media sempena perhimpunan bantahan dan taklimat SBPA di Pusat Konvensyen CIDB di sini petang ini.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pertemuan pada Khamis ini.

“Soal penangguhan itu bagi kami, itu perkara kedua dan ketiga, tetapi kami mahukan hak perundingan, mahu hak perundingan dikembalikan, sistem gaji ini dikaji semula, berunding dengan kami,” kata beliau sambil menegaskan urusan opsyen SBPA perlu ditangguhkan.

“Kami meminta ahli-ahli kami tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai,” kata beliau sambil menambah sekitar 900,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam mendapat perlindungan menerusi perjuangan Cuepacs.

Bagaimanapun Cuepacs tiada maklumat berapa ramai yang sudah menandatangani opsyen SBPA setakat ini.

“Kami tiada statistik buat masa sekarang,” kata beliau yang turut menambah, pihaknya belum memaklumkan pendirian penangguhan pelaksanaan urusan opsyen kepada JPA lagi. Cuepacs membuat pendirian itu pada mesyuarat majlis kongres di Perlis Khamis lalu. JPA membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia akan ditutup pada 30 Disember.

“Tempoh 15 hari tidak cukup, kami mahu ia dilanjutkan,” kata Omar sambil menambah, pemimpin-pemimpin Cuepacs sendiri tidak jelas tentang kandungan SBPA.

“Kalau kami sendiri tidak jelas, bagaimana hendak dijelaskan kepada ahli-ahli kami.

“Kalau kami diberikan maklumat, kami sendiri boleh lakukan jelajah taklimat tanpa JPA, kami boleh buat, kami boleh tolong. Tetapi ini tidak berlaku, tetapi kami tidak dibawa bersama dalam taklimat mereka,” katanya lagi.

Sekitar 2,000 ahli jawatankuasa kesatuan gabungan Cuepacs menghadiri perhimpunan hari ini. Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji. Beliau mengakui ada kakitangan awam diugut supaya menerima SBPA dan dikatakan tidak boleh masuk pejabat jika enggan menerima SBPA.

Apabila diberitahu bahawa ada kakitangan yang sudah dimaklumkan mengenai tangga gaji, Omar berkata:

“Kami tidak diberikan buku sifir gaji sepenuhnya. Masa kami tanya pada taklimat JPA (bulan lalu) dikatakan rahsia, tetapi sekarang tidak dikeluarkan.

“Memang ada kakitangan diberitahu, tetapi kebanyakan tidak tahu. Ada juga agensi yang tidak ada kesatuan.” Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia.

SBPA akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia. Pekeliling rasmi mengenainya dikeluarkan pada 7 Disember lalu.

“Ini kali pertama dalam sejarah, saya sudah berkhidmata selama... ini kali pertama dilaksanakan tanpa hak perundingan, tiada maklumat terperinci,” katanya lagi.

Mengulas mengenai pendirian kekesalan mereka, Omar berkata, pihaknya hairan kerana kerajaan mengetepikan peranan Cuepacs dan perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kami amat kesal mengapa ia berlaku sekarang, apabila hendak melaksanakan SBPA. Dulu ketika hendak melaksanakan opsyen berkaitan berpindah dari skim KWSP kepada skim pencen, Cuepacs diajak berunding.

“Begitu juga ketika memansuhkan sistem penilaian PTK dan digantikan dengan Prospek, kami diajak berbincang tetapi sekarang tidak, maklumat disembunyikan, tidak diajak berbincang dan dikatakan sulit. Kami amat kesal,” katanya lagi.

Kata Omar lagi, Cuepacs merasakan tidak wujud ketelusan dalam pelaksanaan SBPA. Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya. Ada yang mendakwa menerima perubahan gaji bawah peratusan itu.

“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” katanya.

Comments

Tuan,
kalau dilihat pada kawan-kawan dalam profession perguruan, rata-ratanya menyambut baik SBPA ni. Camna tu?
Anonymous said…
apa ke bodohnya tuan presiden, 15 Hari tak boleh buat keputusan, kalau kena serang dari luar negara, takkan lah mintak chop.. chop... aku nak masa tambahan.

kalau tak nak senang je kekal je dengan sistem lama, tiada paksaan, cuma nak kena pilih sendiri.

* agak-agaknya diorang otak dah beku kot.
chan Hasse said…
tuan presiden dah pencen senang la cakap.....
Anonymous said…
Sepatutnya Cuepacs lah yang perlu jelasakan kepada kakitangan kerajaan kenapa perlu ditangguhkan biar kami faham. Bahagian mana yang tak kena, bahagian mana yang tak betul.

Aku tetap dengan pendirianku bahawa aku akan sokong apa saja dasar kerajaan selagi ianya ada penambahbaikan. Aku ada seorang kawan yang tidak menandatangani SSM, dan sekarang ini beliau masih berada pada skim yang lama. Aku tetap akan tandatangan kedua-dua opsyen itu walaupun Cuepacs minta ditangguhkan.

Warga sebelum Merdeka
Anonymous said…
presiden kopek ni nak tunjuk dia hebat je bukan apa pun...semua kakitangan awam sambut baik sbpa ni..takan la org melayu dalam jpa tu nak tipu ktgn awam. najib dah plan baik punyer utk ktangan awam..nak tolong orang melayu
azlishukri said…
tuan tenggara..diakui ada kebaikan dalam profesion tertentu. namun demikian, ia tidak menyeluruh melibatkan skim2 lain yang telah dijumudkan.
Anonymous said…
Udah-udah lah tu Omar. Pencen jer lah!!!. Nak tunjuk hebat ke? Tak hebat mana pun. Asyik nak naik gaji, asyik nak bonus, asyik nak cuti kerja tak hendak. Kalau hang dalam private sector dah lama kena buang dah!!!. Dah dapat Dato' pun membebel lagi.
(( Sumpah Laknat )) - UMNO Menuju Kehancuran Yang Dahsyat

>>UMNO Menuju Kehancuran Yang Dahsyat<<<
-----

"Kehancuran Generasi Baru - Bala besar untuk BN"


PRU Ke-13 - Mohon ramai Adun Dan MP BN 'Mati'

Media BN Media Porno - Wartawan2 BN B.ODOH dan T.OLOL T.OLOL

Alat BN - Blogger-blogger BN hanya jadi Anjing..

'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling BO.DOH ( dalam BN ) ...

Penyalahgunaan kuasa, politik wang, akhbar porno, transformasi palsu, penghinaan akar umbi - UNDI BN UNDI HARAM

----

Dengan Nama Tuhan yang Maha Esa, saya bersumpah tidak akan mengundi Barisan Nasional (termasuk UMNO, MIC, MCA dan parti-parti komponen yang lain)selagi transformasi besar kepada generasi muda tidak berjaya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional secara jelas dan nyata.

Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, jika saya mengundi Barisan Nasional sebelum transformasi besar kepada generasi muda betul-betul terjadi sebelum PRU ke-13, saya telah mengkhianati generasi baru secara jelas lagi nyata.

Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, saya tetap akan mengundi Pakatan Rakyat (PAS,PKR dan DAP) jika transformasi besar kepada generasi muda tidak pernah terjadi.

Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, saya tidak akan berjuang untuk generasi muda, generasi baru, parti mahupun negara jika Barisan Nasional tidak terkubur selepas PRU-13 kerana transformasi besar kepada generasi muda tidak pernah terjadi.
Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, saya tidak sama sekali menarik kembali sumpah saya kini dan selamanya..

p/s: Aku memang ahli UMNO tapi dah tak berminat dan tak hingin langsung nak berjuang utk UMNO, generasi muda mahupun generasi baru ( jangan perasan wahai pemimpin2 BN yang B.ODOH dan T.OLOL )..


--------
Wartawan2 BN Bo.doh, P.uki.mak,si.al, but.oh. b.abi. anjing..
( Anak2 ko pun P.ukimak, sial, anjing macam Ko )..

Pergi Mampus wartawan2 Porno BN..



Babi Betul!

Bodoh. Pukimak. Anak haram. sial. butoh. babi. anjing

Pantat mak kau la~

Butuh Pak Hang!

Pegi Mampos La Bodoh!

Bapak Ulamak , Anak Pukimak



Lancau la lu

tidak semua mat rempit jahat!!saya sokong mat rempit

Saya suka berak sambil hisap rokok ~

MaSUk AIr Lah KOU

Sengal~

P.ukimak hang !

Pergi mampos lah kau s.ial

KO Pehal P.ukimak
Mohd said…
Pembangkang memang tidak akan setuju dgn SPBA sebab ianya memberi lebih banyak kenaikan gaji dpd Buku Jingga.
Dgn SPBA, peluang utk kaki lepak dlm perkhidmatan awam utk terus ada kerja adalah nipis sekali.
Ini akan memberi kemenengan yg besar kpd BN dlm PRU13 nanti serta meningkatkan mutu perkhidmatan awam.
Tuan Presiden ni dapat banyak duit ke dpd Anwar utk berbuat macam ini?
Anonymous said…
Biar Cuepacs dengan pendiriannya, mari kita sama-sama tengok berapa ramai kaki tangan kerajaan akan mengikut arah mereka atau akur dan menendatangani skim baru dan opsyen pencen itu.

Kalau cakap berdegar-degar sapa pun tak mau berunding, kalau nak berunding biarlah berhemah.

Warga Sebelum Merdeka
Anonymous said…
cuepac kerja utk pekerja...tentu demi kebaikan pekrja dia perjuangkan...ape kerajaan BN buat tu betul belaka ke?...sedarlah KERAjaan BN tu kuat menipu...kome yg buta je tak nampak...dpt gaji ciput pun dah terhutang budi,jiwa raga dgan KERAjaan BN..
sasha2020 said…
Org lain ok aje. Kenapa susah sgt nak faham pasal SBPA? Kalau tak setuju, jgn sign senang aje. Ini bukan paksaan.

Betul ke ada pegawai atau staf yg dipaksa utk sign skim baru ni? Buktikan lah!! Aku memang tak percaya.

Jgn halang org lain yg nak penambahbaikan. Memang dlm skim baru ni tiada ruang utk org yg malas. Saya sokong skim baru ni.
Anonymous said…
Sama sama kita tengok berapa ramai nak ikut Ceupacs berapa ramai nak terus tandatangan. Kalau tak mau sign tak payah sign lah. Wahai 10:14pm. Awak adalah diantara orang-orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat. Aku yang hidaup sebelum merdeka aku tahu akan susah payah. Melainkan orang seperti anda yang tidak sedarkan diri. Boleh jalanlaaaaa

Warga sebelum Merdeka
Anonymous said…
nak marah buat apa. presiden persatuan bercakap hak dia selepas berunding dengan jawatankuasa. memang la tak ada peluang langsung nak tanya persatuan. kita ada persatuan. mesti la sokong persatuan. menentang kerajaan lain dengan keinginan berunding. sbpa ni bukan dibuat oleh pm, cuma dimaklumkan oleh pegawai jpa. adala yang kurang, cuma persatuan nak berbincang. salah ke? bukannya menentang pm. berunding.jpa tak mau berunding, pm nak jumpa, kira ok la tu.
Anonymous said…
tahniah tuan presiden, kerajaan hari ini nampak tergesa-gesa dalam membuat keputusan, menteri tak kaji dahulu terus umum,paksa suruh sain masa 15 hari,subramaniam buat apa? begitu juga penyenaraian felda dibuat tergesa-gesa paksa peneroka supaya setuju, sesei penerangan pun tak di buat , isa samat buat apa?nfc tak selesai lagi,shsrizat masih lagi menteri,bila nak turun?ppsmi dahulu pun dibuat tergesa-gesa dipaksa terima apa jadi? ibrahim hj sabri 0162192460
Anonymous said…
...dah nama pun xde paksaan...suka hati akulah nak sain...gaji aku pun jpa yg bayar bukannya ceupacs yg bayar pun? Presiden tu cume irihati jpa x ajak dia berunding? Klau x paham...kan ada talian bebas tol bole tanye...1800 gi mampus.
Anonymous said…
taklimat tempohari oleh pihak kementerian pengajian tinggi jelas dan nyata seluruh warga UTM amnya amat2 bersetuju dengan SBPA. semua menyambut dgn baik dan taklimat tempohari pun ada menyatakan tiada paksaan utk sesiapa pun utk sign ataupun tidak. apa yang tidak jelas sepatutnya CEUPACS nyatakan. hanya yang jadi isu apabila kakitangan awam yang mendapat prestasi rendah tidak naik gaji itu pun masih ada peluang dinilaikan semula dalam tempoh 6 bulan. jadi kenalah up up kanlah prestasi kerja masing2. kalau prestasi 65 pun bleh naik gaji rata2 akan rasa marah juga ialah prestasi tak memuaskan pun boleh naik gaji..
Anonymous said…
Dalam profesion perguruan, SBPA ni nampak lebih baik dari SMM...semakan gaji dan perubahan tarikh kenaikan gaji telah disemak dan diselaraskan dengan agak baik...berbanding dahulu, guru siswazah makan hati dengan kenaikan gaji tahunan bukan siswazah.(Logik ka kategori yg lebih tinggi menikmati kenaikan tahunan yg lebih kecil).

Mana yang dulu dah tersilap telah ditambah baik dan dikira semula...

option2 yg lain pun boleh diterima dengan baik. Kami seluruh sekolah sudah terima dan tandatangan SBPA.

Memang Ceupacs dari dulu sering memperjuangkan hak para pekerja terutama di peringkat bawah. Apa pun TQ Ceupacs!
Anonymous said…
Blog 1 Malaysia said...

apehal sumpah dengan nama tuhan then mencarut? bertaubatlah
Anonymous said…
Kumpulan ini merangka pelarasan gaji yang cukup tidak munasabah,kalangan mereka mendapat kenaikan gaji yang tinggi dan difahamkan kenaikan gaji melibatkan KSN hingga mencecah RM80,00 sebulan gaji pokok dan belum masuk elaun sedangkan kumpulan Sokongan 1 dan 2 hanya mendapat kenaikan gaji sekitar RM60-hingga ke RM 200. Pelarasan gaji apa kalau ini sahaja jumlahnya?Ini bentuk pelarasan yang menindas penjawat awam.

Mengapa pihak Ketua Setiausaha Negara (KSN) ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA ) merahsiakan Lampiran C yang tertera bagaimana cara gaji dinaikan hingga penjawat awam tidak tahu dan tidak boleh tahu bagaimana pelarasan gaji dilakukan dan apakah rahsia sangat hingga tidak boleh didedahkan kepada umum bagaimana proses kenaikan gaji itu berlaku? Mengapa ini mahu dirahsiakan daripada penjawat awam?Apa motifnya sedangkan itu adalah hak penjawat awam?
Anonymous said…
ketika ditaklimatkan, kata ada sifir kenaikan gaji, tp tak ditunjukkan, kenapa tak tunjuk? rahsia jwbnya. kenapa rahsia kan itu hak kami, sbb.......ADA AGENDA NAK JATUHKAN NAJIB,

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh