Skip to main content

Tahniah Datuk Baha Zain!

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Tokoh penyair, penulis dan pemikir sastera negara, Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenali dengan nama pena Baha Zain menerima Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena).

Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan Baharuddin semasa menerajui Pena sehingga menjadi sebuah persatuan penulis yang konsisten dalam memartabatkan bahasa dan persuratan di negara ini.

Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan jubli emas Pena yang diadakan serentak dengan Perhimpunan Penulis Muda Nasional Kali Ketiga di sini, hari ini. Selain watikah penghargaan dan hadiah iringan, Baharuddin turut menerima sepersalinan baju Melayu dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan tiga buku baru terbitan Pena yang berjudul Takah Lima Puluh: Antologi Puisi Sempena 50 Tahun Pena; Antologi Karya Sasterawan 2011 dan Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran.

Baharuddin mula melibatkan diri dengan Pena sejak awal tahun 60-an dan memegang pelbagai jawatan termasuk menjadi Presiden Pena pada 2008 hingga 2010. Anak kelahiran Teluk Intan, Perak yang berusia 72 tahun itu berkarya sejak di sekolah menengah dan mula dikenali menerusi karyanya yang berjudul Perempuan dan Bayang-Bayang yang dihasilkan pada 1974.

Antara kejayaan peribadi beliau dalam dunia sastera adalah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada 1980 selain Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa (Persatuan Linguistik Malaysia) pada 2004 dan Anugerah Budaya Gapena pada 2008.

Comments

berasiam said…
tahniah, datuk baha seorang guru yang dedikasi. moga akan terus berjaya.

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup
Penulis bersama Datuk A. Kadir Jasin di Taiping Golf Resort. Apabila Blogger Bertemu Blogger Saya bertemu dengan Datuk A.Kadir Jasin pada Majlis Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort pada bulan Mei tahun lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi MK Land Holdings Tan Sri Mustapha Kamal itu membincangkan bagaimana langkah terbaik bagi membawa usahawan-usahawan Melayu ke persada antarabangsa, kerana pasaran ekonomi domestik sudah semakin tepu dan kecil. Usahawan-usahawan kita, khususnya usahawan Melayu sudah tidak mampu lagi bersaing di peringkat domestik, kerana faktor pasarannya yang semakin mengecil dan terlalu berdaya saing dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini amat saya puji, apatah lagi langkah bijak ini telah dilaksanakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pengerusi majlis tersebut. Usahawan Melayu perlu ke luar negara mencari pasaran baru, tetapi mestilah bijaksana dan bukan membabi buta. Oleh s