Tetamu Kehormat...

December 6, 2011

Siapa Calon UMNO Parlimen Lembah Pantai?

PUTRAJAYA, 6 Dis ― Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil wajar terus memegang jawatan politik atau memintanya berundur ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kendalian anak-anak dan suaminya.

Ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Greater Kuala Lumpur/Klang Valley Tender Alert System (G-TAS) di sini, Ketua Umno Lembah Pantai ini berkata, walaupun banyak isu dibangkitkan pembangkang termasuk NFC, keputusan sama ada Shahrizat akan kekal sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno seharusnya diputuskan di peringkat pusat.

Shahrizat tewas dalam mempertahankan kerusi Lembah Pantai tiga tahun lalu. Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang kini disandang oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

“Biarlah pucuk pimpinan yang menentukan kedudukan beliau,” kata beliau.

“Banyak isu yang dibangkitkan pembangkang kebelakangan ini, dan sekarang ini pun siasatan masih lagi sedang berjalan berhubung perkara itu. Jadi biarlah siasatan selesai dahulu,” katanya lagi. Semalam, seorang lagi pemimpin Umno, kali ini dari bahagian Cheras yang terletak di Wilayah Persekutuan mendesak Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi NFC.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata, Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian. Menjelaskan pendiriannya, Raja Nong CHik berkata, terdapat perbezaan ketara antara kerajaan dan pembangkang iaitu pembangkang kerap mengeluarkan isu manakala kerajaan fokus dengan tugas mentadbir negara.

“Pihak sebelah sana (pembangkang) suka keluarkan isu, kita (kerajaan) pula banyak buat kerja, jadi lebih baik kita fokus kepada kerja daripada fikirkan isu mereka,” jelasnya.

Ekoran daripada isu NFC yang dibangkitkan Pakatan Rakyat, Shahrizat menerima banyak desakan supaya melepaskan jawatan yang dipegangnya termasuk ahli parlimen Barisan Nasional sendiri. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti.

Kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika Perhimpunan Agung Umno lalu, tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.

3 comments:

budakkecik said...

Salam bro,

Ni satu lagi isu terkini puak2 pkr cuba timbulkan nak pecahbelahkan orang2 umno. memang dasar taktahu dosa pahala la diorg ni.

diorg tau yang diorg mmg tak bersatu tapi sukahati nak jadi batu api. Link

aboudiabydoo said...

Bro Azli, sebenarnya di Lembah Pantai semuanya OK di kalangan UMNO. Tidak ada puak-puak, semuanya komited nak menang balik Lembah Pantai.

Saya ada menulis di sini ttg hal ini. Kalau ok, boleh saja gunakan ye. TQ.

Hehehe! Pakatan Rongak konspirasi laga-lagakan Sharizat dan Raja Nong Chik di Lembah Pantai. Tak Menjadi!

http://aboudiabydoo.blogspot.com/2011/12/hehehe-pakatan-rongak-konspirasi-laga.html

pengudi lama said...

Sebenarnya UMNO sudah tidak terdaya lagi hendak menutup mulut Pakatan Rakyat dan juga sekelian Rakyat sebagai pengundi.

Sebab itu pemimpin dalam UMNO/BN kena berhati-hati dalam semua kerja.Jangan tamak dan haloba dalam hal-hal projek yg melibatkan kaum keluarga.Lebih-lebih lagi Menteri pula.Tak kan semua nak bolot.

Jangan marah pembangkang dan rakyat sekelian.UMNO/BN kena jaga pintu gol biar kemas jangan terlalu syok.Begitu juga Pakatan Rakyat pun jaga pintu gol sendiri.Siapa cuai terima lah nasibnya.Oleh itu kalau ada pemain yang luka dan cacat eloklah dipanggil keluar relek dibangku penonton pula.

Parlimen Lembah Pantai ini wajar diberi pada calon yang bersih dan terbaik kalau nak menang.