Tetamu Kehormat...

December 4, 2011

Sekarang Baru Nak Sedar?

Pada awal 1981 Anwar Ibrahim menggemparkan negara. Pemimpin belia yang dilihat paling dinamik dan berbakat mencorakkan lanskap politik Malaysia mengumumkan dirinya menyertai Umno.

Perisytiharan itu dibuat oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Perdana Menteri keempat Malaysia yang baru sahaja menaiki takhta beberapa bulan sebelumnya.

anwar ibrahim interview 241104 denialNegara terkesima. Takjub. Bagaimana Anwar yang belum lagi sempat melangsaikan perjuangan memimpin lebih 60 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika itu menentang pindaan Akta Pertubuhan yang dilihat mengongkong kebebasan berpersatuan boleh memilih menyertai parti kerajaan?

Maka pada sidang akhbar di Jabatan Perdana Menteri itu, wartawan tempatan dan antarabangsa bingkas bertanyakan prinsip perjuangan Anwar. Apakah sikapnya terhadap peraturan dan pelbagai akta yang mencengkam kebebasan dan hak rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah berubah?

Anwar menjawab ringkas tetapi tegas dan jelas : “Dulu kerajaan tidak mahu mendengar suara rakyat. Sebab itu, saya tentang. Tapi sekarang kerajaan (Dr Mahathir) lebih responsif terhadap tuntutan kita, maka kita harus bersikap lebih bertanggungjawab (responsible)”.

Bersorak Umno khasnya dan rakyat jelata amnya. Dr Mahathir pula meraih dividen politik yang amat besar dalam tempoh paling singkat memimpin Umno. Harimau muda dalam politik Malaysia itu berjaya dijinakkan dan rela bekerjasama dengannya.

anwar ibrahim breaking fast function 061006 ezamUmumnya, sambutan terhadap pemikiran politik itu mendapat respons positif. Bayangkan anak muda yang bersuara lantang dan pernah ditahan di bawah ISA selama 22 bulan itu tiba-tiba menyuluh harapan baharu bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara lebih demokratik.

Hal ini disifatkan agak menakjubkan kerana tidak lama sebelum itu, Angkatan Belia Islam (Abim) yang dipimpin oleh Anwar membuat keputusan membenarkan beberapa pemimpin kanannya untuk menyertai PAS demi mengukuhkan gerakan Islam menawarkan alternatif kepada politik sekular di Malaysia yang ditunjangi Umno.

Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Datuk Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim mendewasakan diri dalam arena politik dengan meninggalkan Abim untuk menyertai PAS. Datuk Fadzil Noor diterima baik oleh PAS hingga dilantik menjadi presiden parti itu akhirnya.

Nakhaie pula selepas meningkat kedudukan dalam PAS hingga menjadi naib presiden berpatah balik dengan menyertai Umno untuk menuruti jejak Anwar.

opposition boycott by-election 110107 anwar ibrahimApa yang dapat diketengahkan di sini ialah pegangan dan prinsip politik Anwar. Oleh kerana ketika itu kata-kata “apabila kerajaan responsif maka rakyat harus bersikap bertanggungjawab (responsible)” keluar dari mulut seorang pemimpin muda maka ia menyimbahkan harapan baru untuk politik Malaysia.

Saingan Anwar dalam politik, terutama di kalangan Umno, amat berhati-hati dengan pemikiran politik yang bersih dan ikhlas Anwar itu. Enam bulan kemudian Anwar bertarung jawatan Ketua Pemuda Umno dan menang dengan majoriti 10 undi.

Kawan seperjuangan baik dalam Abim dan PAS kaget. Memang berkesan dan jelas pendirian politik Anwar hingga dihormati dalam Umno dan serangan terhadapnya pun mula mengendur. Kedudukan Anwar dalam Umno pun semakin kukuh hingga meningkat menjadi timbalan presidennya. Malah Anwar pun berpeluang memangku jawatan perdana menteri .

Namun agak mengecewakan apabila Anwar secara tidak terhormat terpaksa meninggalkan Umno, sikap bertanggungjawab beliau kerana meyakini kerajaan Mahathir yang responsif masih belum menjadi kenyataan. ISA tetap terus menghantui lanskap politik Malaysia.

najib special address malaysia day 150911Lebih menyedihkan ialah apabila pada 15 September lalu Perdana Menteri keenam Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan hari ini bersedia memansuhkan ISA (sesuatu yang tidak berlaku di zaman Mahathir yang berjaya melenturkan pegangan politik Anwar), bekas pemimpin Abim ini tidak lagi mahu bersikap bertanggungjawab (responsible) seperti yang dilafaz pada 1981.

Malah beliau mengatakan ia adalah gula-gula politik menjelang pilihanraya umum ke-13 yang di ambang mata. Anwar juga menganggap pengumuman Najib itu adalah tindakan terdesak kerana diasak oleh gerakan BERSIH 2.0. Soalnya, ke mana perginya sikap bertanggungjawab Anwar?

Adakah Anwar ini terlalu serik diperlakukan pelbagai rupa oleh Umno hingga sudah hilang kepercayaan terhadap konsep politik luhur bahawa jika kerajaan responsif terhadap kehendak rakyat, maka rakyat pula (termasuk Anwar) perlu bertanggungjawab seperti yang dicanangkan 30 tahun lalu?

azlanBegitu juga dengan Akta Polis yang dipinda dan mungkin diambil alih oleh Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011. Jika sebelum ini hanya polis berkuasa mutlak mengeluarkan permit berhimpun, kini melalui Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, permit polis tidak perlu lagi kecuali jika perhimpunan dilakukan di tempat yang dilarang.

Di samping itu, dalam usaha untuk menyalakan idealisme generasi pewaris kepimpinan negara terhadap sistem politik, Kerajaan hari ini sudah pun merintis jalan untuk membuat pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Ini dilakukan berikutan keputusan mahkamah bahawa AUKU bertentangan dengan semangat perlembagaan negara.

Sekali lagi kerajaan bersikap responsif, namun mengapa Anwar dan rakan-rakan Pakatan Rakyatnya masih tidak bersikap bertanggungjawab? Adakah ini boleh dianggap politik luhur? Jika dalam tempoh 30 tahun keluhuran dan keikhlasan kenyataan dan pernyataan politikus seperti Anwar boleh dikenalpasti berubah-rubah, bayangkan bagaimana nanti menghadapi Allah?

anwar ibrahim parliament pc on budget and najib 131008 05Berlaku jujurlah. Janganlah menanamkan harapan pada rakyat bahawa keputusannya menyertai Umno kerana percaya Dr Mahathir akan melupuskan ISA dan melakukan pelbagai lagi untuk memperbaiki amalan demokrasi Malaysia pada 1981. Namun hakikatnya Anwar sendiri tahu bahawa bukan sahaja Dr Mahathir tidak mengotakan katanya malah Anwar sendiri ditendang keluar Umno.

Hari ini, Najib sudahpun mengorak langkah melakukan apa yang Mahathir dan Anwar sendiri tidak berani dan berupaya melakukan. Tunjukkanlah sikap bertanggungjawab itu, Anwar!

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu.

9 comments:

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Kesalahaan terbesar RR Mahathir ialah beri "layanan diraja" pada Anwar. Anwar dimasuk kedalam UMNO dan diumumkan sendiri oleh Dr Mahathir.

Pada hal orang lain masuk UMNO dengan isi borang saja. Dan Dr Mahathir juga menyokong budak "muda"" ini menentang Suhaimi kamaruddin untuk jawatan Ketua pemuda UMNO . Tak cukup lagi, walaupun UMNO Pulau pinang berat hati, Dr mahathir mencalonkan anwar pada pilihanraya 1982.

Tak cukup dengan itu, Dr Mahathir berdiam diri bila Anwar menentang Tun Ghaffar setelahg memberitahu satu dunia( tanpa ditanya pun) bahawa ia menghormati Tun Ghaffar seperti seoirang bapa.

Saya kira inilah silap perkireaan Dr mahathir yang terbesar. Dr mahathir mungkin terlupa bahawa TUn Ghaffar banyak berjasa pada beliau. Ramai orang Melayu masih sokong UMNO selepas krisis 1988( UMNO diharamkan) kerana orang seperti Tun Ghaffar.

Dan barangkali Tun juga lupa bahawa UMNO dapat ke Sabah kerana Tun Ghaffar. Jika DR Mahathir hantar wakil lain ke Sabah untuk pujuk Tun Datu Mustapha, nescaya gagal.

Tun Datu Mustapha percaya pada Tun Ghaffar kerana sifat Tun Ghaffar yang jujur dan setia.

Apa pun semuanya sudah berlau. semoga UMNo sedar bahawa Anwar memang bawa malapetaka pada Melayu.

Anonymous said...

buat ap[a artikel nostalgia macam ini chor !!!!

Tamingsari said...

Anwar adalah Dajjal yang dulunya bertopeng seorang ulama...

Doa seluruh umat Islam di Malaysia ke pada RabbulJalil dimakbulkan kerana kalau tidak dajjal senyap ini bakal menjadi pemimpin no. 1 negara.

Tq Ummi Hafilda kerana membuka lembaran mendedahkan siapa manusia bernama "Anwar Ibrahim" ini.

Kama At-Tarawis said...

anon 1.59 - article yang membawak nostalgia ni adalah untuk mereka yg tidak (atau tidak mahu) mendalami politik dulu nuar brahim. sejarah mengajar kita tapi kita yg kadang2 takmau belajar dari sejarah.

Anonymous said...

Hajjah Ummi...Kita tengok je la lepas PRU13 nanti, mitos melayu tenggelam dlm bumi tu betul ke terjadi..Atau kita dapat PM yg lebih baik. Kalau tak baguih kalu..kita kasi tukar balik pd BN. Mcm la PRU 13 tu yg terakhir didunia. Atau takut hilang benda lain?

Anonymous said...

Cuma ada satu soalan..Adakah akan ada lagi PRU14. Kalau ada kenapa kita teramat takut berhadapan dengan rakyat. Adakah selepas PRU13 Askar melayu juga turut ditelan bumi.

Az said...

Saya fikir saya tidak sanggup berubah2.. Nanti carca marba jadinya.. Lumrah orang asia untuk menjauhi risiko.. oleh itu saya fikir lebih baik memilih sesuatu yang mempunyai sejarah rekod yang meyakinkan dari memilih sesuatu yang samar2..

Anonymous said...

apa..ingat tukar2 kerajaan ni macam tukar chinadoll ka?

Shamshul anuar said...

Saudara anonymous(3;41),

Semoga saudara faham bahawa jika kuasa politik hilang, kemungkinan besar untuk selama lamanya.

Dan bila ianya sudah tiada, kita akan dapati bahawa perksara yang kita ambil mudah akan ditukar. Contohnya Ketua Polis Negara akan dilantik dari bukan Umat Nabi Muhammad SAW.

Dan buat apalah ada Sultan Sultan Itu perkara pertama akan dibuang. Yang dilantik juga dari berbilang bangsa( maksudnya berbilang bangsa kecuali Melayu). Dan ugama islam pun bukan ugama rasmi.

Kakitangan kerajaan dilantik dari bukan Melayu. Melayu jadi kuli saja sebab mereka Melayu .

Dan hubungan diplomatik pun dibuat dengan Israel serta mungkin ada rancangan jadikan Malaysia pengeksport babi terbesar di dunia.

Masa tu lah kita akan menyesal. Tetapi kertika sudah tidak berguna lagi. Janji Allah SWT pasti tiba pada Umatnya yang tidak mahu beringat.