Tetamu Kehormat...

December 10, 2011

Sejarah Hitam Rafidah Aziz Berulang!

Walaupun sewaktu Shahrizat menentang Rafidah Aziz untuk merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia, saya secara berterus-terang menyokong beliau. Tetapi pada kali ini..saya sependapat dengan Tun Mahathir dan Bung Moktar, bahawa Shahrizat harus segera berundur daripada kerjaya politiknya. Isu NFC tidak boleh lagi ditutup dengan daun kelapa - ia sudah terdedah kepada umum dan Shahrizat mesti melepaskan semua jawatan politik yang disandangnya sekarang. Beliau harus mengakui, bahawa sememangnya wujud skandal kewangan dalam isu NFC ini, ia tidak boleh dibohongi lagi. Sejarah seakan-akan berulang. Rafidah Aziz tewas di tangan Shahrizat kerana isu AP yang dicanang semaksimum mungkin oleh musuh-musuhnya - Rafidah tersungkur, Shahrizat naik. Dan sekarang, isu mereka berbeza tetapi bentuk penyelewengannya tetap sama. Apakah hukum Karma sudah menerjah Shahrizat? Wallahualam.

KUALA LUMPUR, 9 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya. Bekas perdana menteri berkata, Ketua Wanita Umno itu perlu meninggalkan sebelum “dihalau” keluar oleh partinya.

“Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa.

“Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri,” kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan. Shahrizat, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai mendapat sokongan daripada kedua-dua sayap Pemuda dan Wanita Umno ketika perhimpunan agung tahunan minggu lalu selepas menafikan wujud salah guna kuasa dalam projek berkenaan yang menggunakan dana awam RM250 juta.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dua kali menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan. Ketua Umno Cheras juga menggesa beliau berundur.

7 comments:

NAZRUL AZAT said...

kau xfaham2 ke aku dh cakap jangan tinggalkn apa2 link pasal politik dekat blog aku !!!!!
aku x minat !!!!
susah sangat ke nak faham !!!

Anonymous said...

Bro... link untuk cerita lucah ble ker???

Anonymous said...

linkkan virus aje. Berlagak. Tak kasi orang link, tutup le link. Budak baru belajar nak berblog, eksyen.

Anonymous said...

inilah penting nyer dasar diluruskan.. undur sorang, naik yg baru, itu jugak natijahnya... walhasil balik asal..

Muhammad Azli Shukri said...

Nazrul azat engko jgn pulak nak buat fitnah kat blog aku...aku xpernah jenguk pun blog ko harap faham. apatah lagi nak tinggalkan apa-apa komen di dalam blog ko. Cuba selidik elok2 jangan main tuduh dan hentam org sahaja. Engko pun aku tak kenal siapa sebenarnya.

NAZRUL AZAT said...

sy minta maaf ye, xberniat nak serang encik azli & ada apa2 ptelingkahan, tp sy pelik, dr awal sy berblog kadang kala entry sy akan ada link dgn latest entry blog encik azli, mcm ada org pautkan, latest entry blog lain xde pulak link dgn entry sy,tu je, sy pelik mcm mana boleh link, sy minta maaf sbb berkasar, apapun teruskan usaha encik azli, sy sokong!!

praha2 said...

eden nak cakaplah -kato oran putih "the pot calling the kettle black" ini yang terjadi pado shahrizat. dulu oran suruh dio buet keputusan samo ado nak tanding ketuo atau tim? dio tak buet apo apo. jadi oran yang buet kan -macam kato oran "push to the cliff" jadi lawan lah rafidah. nah kali ini kono pado diri sondiri. nisihat eden- BERUNDUR lah.