Tetamu Kehormat...

December 9, 2011

Negara Berkebajikan Apa Yang Telah Salahuddin Buat Di Kubang Kerian?

Salahuddin Ayub diminta melakukan "kebajikan" terlebih dahulu di kawasan Parlimennya Kubang Kerian sebelum sibuk berbicara soal Negara Berkebajikan. Seorang pembaca portal Malaysia Insider memberi satu komen yang sangat pedas dalam soal ini..baca komen tersebut.

"Apa pengisian Encik Salahuddin Ayub sebagai pemimpin di kubang kerian? Sejauhmanakah beliau selaku orang Johor benar-benar memimpin puluhan ribu rakyat di kubang kerian? Mengapa datang ke Kelantan untuk mengutip low lying fruits sedangkan agenda Islam di tempat sendiri belum beres dan terbiar? Kebajikan apa yang saudara gemburkan? Jangan ambil kesempatan atas kejahilan rakyat yang tidak tahu untuk bertanya dan menuntut hak sebagai pengundi. Mana hasil kerja saudara selaku pemimpin di Kubang Kerian?

Mana program kebajikan/program rakyat saudara selaku pemimpin sejak bertahun-tahun? Bila berceramah hanya pandai kritik dan sebut salah silap orang, tetapi salah silap sendiri tidak pernah ditanya kepada rakyat. Maksumkah kita?
Saudara tahukah statistik zina, dadah, maksiat, anak yatim, ibu tunggal, judi, rompak dan segala mungkar lagi di Kubang Kerian. Ya, tugas pemimpin ini amat berat dan bahan kesalan di Masyhar. Tetapi nafsu masih mendakwa akulah boleh memimpin. Saudara asal Johor, berlabuh di Kuala Lumpur tapi cuba nak jadi pemimpin kepada puluhan ribu rakyat dan makhluk Allah di Kelantan. Cakap di luar memang sedap. Ingatlah bahawa 40,000 rakyat Kubang Kerian akan soal apa yang saudara buat kepada mereka."

KUALA LUMPUR, 9 Dis — PAS akan melancarkan dokumen berkaitan dengan konsep negara berkebajikan Ahad ini — enam bulan selepas perkara itu ditimbulkan oleh presidennya pada muktamar tahunan parti Islam itu — dilihat sebagai satu lagi persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Dokumen itu, selain menjadi dokumen penting untuk ditatapi dan diperbahaskan oleh masyarakat pelbagai lapisan, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, ia bakal menjadi sebahagian kandungan dalam manifesto Pakatan Rakyat kelak. Pakatan Rakyat dianggotai PAS, PKR dan DAP. Dokumen ini dilancarkan di Shah Alam, Ahad ini.

“Dokumen ini akan memperjelaskan konsep negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS, ia akan memberi maklumat terperinci yang dimaksudkan sebagai negara berkebajikan yang dibawa PAS, yang berbeza daripada negara kebajikan, yang dibawa pesaing politik kita, Umno.

“Dokumen ini akan menjelaskan apa sebenarnya konsep berkebajikan, fokus keseluruhan konsep berkebajikan. Dari sudut politik, ekonomi, keadilan sosial, pendidikan,” kata Salahuddin yang juga pengerusi jawatankuasa penyediaan dokumen berkenaan. Ketika ditanya sama ada dokumen itu akan menjawab kritikan-kritikan Umno selama ini termasuk ketika perhimpunan agung tahunan parti itu minggu lalu, Salahuddin menjawab:

“Ia bukan satu jawapan (kepada kritikan mereka), tetapi dokumen ini memberi penjelasan tentang apa yang dimaksudkan dengan konsep negara berkebajikan yang PAS hendak bawa.”

“Dokumen ini lebih kurang 80 halaman, kandungannya kami akan sertakan bersama manifesto Pakatan Rakyat, yang merupakan sebahagian daripada parti komponen, kami akan berkongsi antara isi penting dokumen ini,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini. Dokumen itu akan dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Pada Ogos lalu, PAS melancarkan Buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Hadi, dilihat menjawab kritikan pemimpin-pemimpin Umno sejak Hadi menghuraikan perkara itu dalam ucapannya pada muktamar tahunan Jun lalu.

PAS juga menggunakan tema itu dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum 2008. Buku itu mengandungi konsep negara berkebajikan berdasarkan panduan al-Quran dan sirah Nabi saw. Ciri-ciri negara berkebajikan, menurut Hadi sebelum ini, berbeza dengan negara kebajikan iaitu negara keangkuhan sebagaimana diamallkan di negara ini. Umno-BN mendakwa dengan mengetengahkan idea negara berkebajikan, PAS sudah lari dari matlamat perjuangan.

1 comment:

Anonymous said...

MEMANG DIA TAK BERPERANAN APA-APA, JAUH SEKALI UNTUK MENJAGA KEBAJIKAN KAWASANYA...DIA HANYA HIDUP MEMAKAN ELAUN WAKIL RAKYAT DAN MENGHIRUP SEGALA NIKMAT DARI CANGKIR RAKYAT KELANTAN YANG TIDAK BERAPA MENGERTI.....AGAMA ALLAH DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT UNTUK PERUT DAN POKET....RAKYAT KUBANG KERIAN HANYA MAMPU MELIHAT KELIBAT MANUSIA TERALIM INI DARI ATAS MOBIL MEWAHNYA RAKYAT HANYA MAMPU MENYEDUT ASAP DARI SYURGA.....KEPADA RAKYAT KUBANG KERIAN YANG TERBACA TULISAN INI TOLONGLAH BERMUHSABAH DIRI DAN CUBA BERFIKIR MENGGUNAKAN AKAL YANG WARAS...SAMPAI BILA KALIAN AKAN DIJADIKAN ALAT DAN DIJADIKAN PELAPIK KAKI MANUSIA DALAM PAS UNTUK MENGAUT DAN MENIKMATI KEMEWAHAN DAN KESENANGAN SEDANGKAN HIDUP KALIAN SEDIKIT PUN TAK BERUBAH......KAIS PAGI MAKAN PAGI KAIS PETANG MAKAN PETANG.....SEDANGKAN PEMIMPIN PAS TERMASUK NIK AZIZ SEKALI KAIS SEPULUH KUTURUNAN PUN MAKAN TAK HABIS......FIKIR FIKIRKAN LAH AKU PUN ORANG KELANTAN JUGA.....AKU BUKAN ANTI AGAMA ISLAM TETAPI AKU BENCI MANUSIA DALAM PAS YANG PANDAI BERPURA-PURA DAN MUNAFIK...ITU SAJA TOLONG DEMO PIKIR HAK MANA MOLEK.....