Tetamu Kehormat...

December 19, 2011

Milik Siapakah Kebiadaban Ini?

DS Najib tidak perlu gusar dengan ugutan budak-budak hingusan seperti ini. Mereka bukanlah mahasiswa yang seratus peratus mewakili seluruh mahasiswa universiti. Masih terlalu ramai mahasiswa yang mahu belajar dan berjaya dalam pengajian mereka. Sekiranya dibuat bancian dan undian, puak-puak ini pasti akan tersisih dengan agenda kotor mereka yang mahu menyertai politik bagi tujuan "membodek dan mahu cepat dapat kerja melalui cara mendampingi tokoh-tokoh politik." Golongan mahasiswa seperti ini sangat berharap - sekurang-kurangnya selepas tamat belajar dengan keputusan yang cukup makan, mereka akan dilantik sebagai Pegawai Khas, Setiausaha Politik atau jawatan-jawatan politik lain. Fikiran mereka mudah dibaca, kerana itulah yang pernah dilakukan oleh Azmin, Ezam dan lain-lain tokoh politik muda dewasa ini.

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Golongan mahasiswa hari ini memberi kata dua kepada Datuk Seri Najib Razak sama ada tidak lagi beretorik untuk melakukan transformasi atau berdepan hilang undi mahasiswa. Bercakap pada satu sidang media di ibu negara hari ini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razak berkata, mereka telah muak dengan janji populis Najib selama ini yang dilihat tidak lebih sekadar mempermainkan rakyat.

"Kita beri kata dua kepada perdana menteri, jika tidak ada transformasi drastik, kita akan bergerak sama ada melalui undi pilihan raya atau ruang-ruang demokrasi lain yang ada," katanya.

Ianya termasuk janji pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun tetap digunakan menangkap 10 orang rakyat Sabah pada November lalu. Selain itu, Najib juga cuba memperlihatkan retorik beliau apabila beliau sendiri mempertahan Bil Perhimpunan Aman 2011 biarpun didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Manakala yang terbaru hasrat untuk meminda sekseyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) namun pada masa sama kerajaan juga memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi merujuk semula keputusan Mahkamah Rayuan bahawa seksyen 15 Auku bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

"Hari ini kita hanya turunkan bendera (gambar PM), jika tidak ada perubahan drastik, tidak mustahil anak muda akan jatuhkan regim ini untuk diganti dengan kerajaan lebih baik," katanya.

Turut serta pada sidang media dia Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pagi tadi termasuklah mantan Pengerusi SMM, Shazni Munir Mohd Ithnin. Kata dua yang berbaur amaran itu dilontarkan dua hari selepas ratusan mahasiswa berarak di ibu negara menuntut kebebasan akademik Sabtu lalu yang turut menyaksikan bendera gambar Najib di hadapan ibu pejabat Umno diturunkan dan diganti dengan bendera kebebasan akademik selama beberapa minit.

Dalam perarakan itu dua memorandum turut diserahkan masing-masing kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

4 comments:

Anonymous said...

Golongan pelajar memang jenis idealistik dan radikal. Bila dah duduk kerusi empuk kelak baru jadi realistik sikit. Tapi, golongan ini yg mengoncang Suharto, begitu juga di Korea Selatan, Amerika Selatan masa dulu.
Semakin ditekan & diperlekeh semakin naik syok menentang. Kena guna kaedah reverse-psycho dengan golongan ini.

Shamshul anuar said...

Saudara azli,

Saya ingin mengulas mengenai cara Krajaan Malaysia menangani isu isu panas .

Satu ketika dulu Anwar Ibrahim keliling dunia dengan bangganya mengistiharka bahawa Kerajjan Malaysia akan tumbang pada Sept 16,2008.

Apa tindakan Kerajaan Malaysia? Hanya menafikan sahaja. Sepatutnya Adullah sebagai PM ketika itu menggunakan kuasanya sebagai Ketua kerajaan dengan menangkap anwar.

Dan lebih baik bila Sept 16, 2008 berlalu dan beliau masih PM, Abdullah boleh gunakan isu Anwar mahu jatuhkan Anwar dengan menjatuhkan kerajjan PR contohnya Kerajaan Pulau pinang. Kerana terbukti mereka mengkhianat.

TETAPI INI TIDAK DILAKUKAN

Ketika Ambiga bising bising mahu adakan BERSIH 2.0, Kerajaan hanya bagi nasihat jangan sertai perhimpunan. Beribu lpuran polis dibuat. Namun satu tindakan tegas pun diambil.

hIshamudin boleh tangkap ambiga, Mohd sabu. Apatah lagi dah dapat skongan Yang DiPertuan agung yang tidak mahu segala jenis demonstrasi dilaksanakan.

TETAPI INI TAK DILAKUKAN

Seorang budak biadap persendakan Islam, lagu negaraku, orang Melayu, wanita bertudung . Timbul cadangan supaya didakwa atau digugurkan kewarganegaraan, Satu cara munasabah yang mana mana kerajaan di dunia akan buat.

TETAPI INI TIDAK DILAKUKAN

Seorang budak muda dengan biadap menurunkan gambar PM. Hanya perasaan kesal disuarakan. Tiada siasatan polis dilakukan. Sepatutnya beliau dibuang universiti. Dan elok juga kita tengok muka emak bapa nya sekali. Bagaimana cara mereka didik anak sampai begitu teruk perangai anak .

TETAPI INI TIDAK DILAKUKAN

Seorang Ketua Menteri dari parti perkauman DAP menuduh PM sebagai seperti Hitler. Masyallaah. Semua orang tahu ianya mengarut. Gua Eng biadap .

PM sepatutnya bertanya Guan eng di depan wartawan adakah beliau mahu dia dan keluarganya dilayan seperti Hitler melayan org yang menentangnya( dimasukkan dalam gas chamber atau ditembak mati ).

TETAPI INI TIDAK DILAKUKAN.

Sikap enggan bertegas menberi gambaran bahawa orang itu penakut dan lembut lembai. TIada siapa hormst pemimpin begini. Kerana tiada tindakkan diambil terhadap satu budak biadap yang turunkan gambar seporang Ketua Kerajaan, maka pelajar lain jadi lemak dan bersikap biadap.

Jika saya jadi Menteri, saya akan arahkan Adam dibuang Universiti. Baru jadi pengajaran.

Adalah bodoh untuk Najib atau Hishamuddin untuk begitu dengar segala sampah sarap dari pelajar yang menentang beliau DAN SEBALIKNYA tidak peduli nasihat orang yang pertahankan beliau.

Ini bukan strategi lautan biru. Ini strategi LAUT MATI.

Anonymous said...

aku setuju...pemimpin kita kena bertegas sepertimana zaman TUN M dahulu kala...

..tEam PenGGeMpur.. said...

sedih melihat bakal2 pembangun negara menjadi tak bertamadun...ini melambangkan para bakal2 yg mungkin menjadi penaraju negara menjadi kepada negara yang tidak menghiraukan keamanan dan kesejahteraan negara yg kita miliki,dimanakah sifat sebagai seorang penuntut..mcm xberwibawa..sedih dan memalukan... kepada rakyat lain yg telah melihat perilaku2 mereka itu..jadikanlah sebagai iktibar untuk memulihkan nama baik institut..