Tetamu Kehormat...

December 12, 2011

Matinya Seorang Syuhada

Kalau ada 1000 ahli PAS seperti Hassan Ali ini - InsyaAllah aman dan sejahteralah negara tercinta kita. Meletakkan Allah terlebih dahulu daripada politik, kuasa dan demokrasi merupakan tuntutan sunnah dan menjauhi sifat munafik. Kesetiaannya kepada Allah dan bukan kepada parti atau Nik Aziz bakal memperkukuhkan lagi kesatuan ummah. Kita memerlukan lebih ramai lagi Hassan Ali dan bukan Nik Aziz. Wallahualam.

KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Datuk Dr Hasan Ali enggan mengatakan sama ada kesetiaan beliau terletak pada PAS dan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya menegaskan beliau hanya setia kepada Allah. Pada masa yang sama bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini berkata, beliau akan bekerjasama dengan sesiapa saja yang berjuang untuk Islam.

Laporan media terbaru mengatakan bahawa beliau akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia. Tetapi ia dinafikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam. Exco Kerajaan Negeri Selangor ini berkata beliau komited untuk mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi diraja.

“Saya setia kepada Allah. Kepada umat, dalam konteks ini, saya tidak suka menggunakan istilah setia, tetap bekerjasama.

“Bekerjasama dengan rapat untuk membantu mereka dan mereka membantu saya,” kata beliau pada sidang media di rumahnya hari ini. Hasan berkata laporan kononnya beliau akan digugurkan daripada bertanding semua pilihan raya akan datang bukanlah penentu akan meninggalkan PAS.

Menurut beliau, tindakan meninggalkan parti adalah satu tugas sukar. Kata beliau, persoalan sama ada beliau kekal atau digugurkan sebagai calon pilihan raya tidak akan menghalang perjuangannya memartabatkan bangsa Melayu, mengagungkan agama Islam dan mendaulatkan institusi raja.

“Sama ada saya dicalonkan atau tidak, itu bukan menjadi halangan, pendirian saya tidak pernah berubah terhadap tiga perkara berkenaan.

“Bahkan isu ini menjadikan saya lebih kental untuk terus berjuang dan saya yakin, ramai yang memahami dan menjiwai semangat saya,” tegasnya. Menurutnya lagi, pihaknya sendiri tidak mendapat maklumat daripada peringkat PAS pusat berkaitan isu tersebut, sebaliknya hanya mendapat maklumat daripada media.

“Saya tidak menyalahkan saudara Shaari Sungip berkenaan kenyataan tersebut tetapi saya ingin membuat penegasan bagi mengelakkan kekeliruan bahawa hal-hal pencalonan mesti diputuskan oleh PAS Pusat setelah melalui penilaian oleh Majlis Syura.

“Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak untuk mendahului kepimpinan tertinggi dalam parti berkaitan hal ini dan saya harap kepimpinan dapat memantau ahli di setiap peringkat agar tidak membuat kenyataan mendahului kepimpinan parti,” katanya lagi.

Jelas Hasan, pihaknya juga khuatir sekiranya perkara demikian adalah konspirasi dalaman yang cuba menjatuhkan dirinya. “Saya rasa macam ada sedikit gangguan di peringkat negeri, tetapi saya harap konspirasi itu tidak berlaku,” katanya lagi.

“Perjuangan kita ikhlas, saya redha dengan apa jua tindakan PAS Pusat, tetapi sekiranya mereka tidak redha dengan saya, itu hak mereka, keutamaan saya adalah mendapat keredhaan Allah,” tegasnya. Semalam, PAS menafikan laporan Mingguan Malaysia bahawa Hasan dan Nasharudin Mat Isa telah digugurkan daripada bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13.

Hadi berkata, partinya belum memuktamadkan senarai calon yang bakal bertanding kali ini. Hasan turut menjelaskan, jumlah pencalonan daripada setiap cawangan bukanlah penentu seseorang calon itu layak bertanding atau tidak, tetapi turut diputuskan mengikut budi bicara pimpinan pusat.

“Setakat ini memang saya mengetahui pencalonan dari peringkat cawangan diambil kira, tetapi ini bukanlah faktor penentu kerana wujudnya pertimbangan lain. “Saya sendiri ditunjuk untuk bertanding di DUN Gombak Setia pada 2008 bukan atas dasar pencalonan cawangan, begitu juga Ketua Penerangan PAS Negeri sekarang, yang bertanding di DUN Hulu Klang, juga tidak mengikuti proses penerimaan calon peringkat cawangan,” katanya lagi.

4 comments:

Anonymous said...

parti politik kebanyakannya hipokrit, makanya atas sebab itu agama lebih sesuai di naungi bawah payung sultan.

hudud yang dijaja oleh Pas dimomokkan sebagai 'hudud Pas' kerana dalam politik apa yang lawan buat adalah politik belaka.

umat harus sedar bahawa pergelutan antara Hassan Ali dan parti induk beliau adalah bukti hidup bahawa politik dan agama tidak kemana-mana.

ANTI HIPOKRASI

Panglima Perang Cyber said...

KitA bela sesiapa sahaja yang pertahankan Islam.

Takbir !!!

Anonymous said...

Tempat sewajarnya untuk Dr. Hassan Ali berjuang ialah di PERKASA yang tidak perlu tunduk kepada muslihat politik. Jika mahu pure dakwah, boleh ambil pentas YADIM, Perkim yg disokong jentera dan dana oleh kerana, dgn misi zero-murtad.

belang said...

Dia memahami perjalanan anak islam.
Kalaulah dunia yg dia inginkan, Sajak saja dia dgn pangkatnya dahulukala.
Kadangkala manusia tertipu dgn indera mata, menganggap hanya bulan shj harus dipuja.
Namun bulan punya perahu langit raya.
Maka citanya kubur tanpa tanda.
Mungkin dirinya tidak gundah gulana sementelah tahu mana berada.
Kerana dia amat perjalanan anak islamnya.