Tetamu Kehormat...

December 4, 2011

Maslin Sham Razman Calon DUN Bukit Chandan Kuala Kangsar?

Desas-desus yang mengkhabarkan nama Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar, Saudara Maslin Sham Razman sebagai calon ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Chandan semakin bertiup kencang. Berita gembira ini disambut dengan penuh rasa syukur (jika benar). Tanpa berselindung, secara jujur dan amanah, rata-rata anak muda dan jentera UMNO/BN Kuala Kangsar berasa sangat selesa dengan cara dan pendekatan yang digunakan oleh Saudara Maslin sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO KK dan mantan Ketua Pemuda UMNO Perak (dan sekarang EXCO Pemuda UMNO Malaysia).

Perwatakan lembut, senang berurusan serta tidak suka bermusuhan dalam kalangan ahli UMNO - menjadikan Maslin Sham sebagai pilihan tepat untuk calon wakil rakyat DUN Bukit Chandan mewakili BN pada PRU yang akan datang. Tidak banyak bercakap, tetapi kuat bekerja. Disenangi golongan muda dan veteran. Dihormati oleh parti lawan dan kawan. Dan yang penting - tiada skandal! Saya sebagai orang UMNO Kuala Kangsar, merangkap Exco Pergerakan Pemuda UMNO KK menyokong penuh sekiranya Maslin Sham terpilih sebagai calon untuk mana-mana kawasan sekali pun - sama ada sebagai calon ahli Parlimen atau pun ahli Dewan Undangan Negeri.

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya memberi laluan kepada calon-calon baru dengan rela hati. Sebagai orang UMNO katanya, mereka perlu bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan parti termasuk berundur apabila tiba masanya mereka berbuat demikian.

Beliau berkata, golongan itu juga harus sedar bahawa pencalonan mereka sebelum ini sehingga dipilih sebagai wakil rakyat adalah hasil daripada sokongan serta laluan yang diberikan oleh orang lain.

''Saya amat berharap mereka menyokong calon baru sebab semasa mereka naik orang lain menyokongnya dan ada orang lain yang memberi laluan kepadanya. Sekiranya tidak, dia tidak akan naik menjadi wakil rakyat.

''Oleh itu apabila tiba masanya, dia kena berundur atas kepentingan parti. Saya berharap dia faham, akan sokong parti dan terima hakikat serta sedar bahawa satu ketika dulu dia dapat kebaikan hasil sokongan orang lain," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

11 comments:

Anonymous said...

hidup Maslin Sham!

Anonymous said...

Sejak bile maslin sham ni tukor kapal dgn mukhriz...?dulu 2009 die ni sokong calon kp lain. .miker ni tentu publish tp x ambik tau kisah sbenor...

kissdefella said...

Prinsip Maslin Sham mudah jer, semangat SETIAKAWAN tak pernah luntur tetapi transformasi perlu kepada pemuda yang BERANI BERUBAH.

Anonymous said...

Salam Dato Azli, Lama tak join, Pemerhatian saya, Bakal calon ini perlu berhati-hati dengan bahteranya....yosh....

Anonymous said...

Hidup KP Kuale.... hehehehehe... Jangan lupe teman dah le...

MS

Anonymous said...

yang tulis artikel pun x pernah hadir ke program2 pemuda di kuale, name je exco....

Anonymous said...

MB pun xgemo dia yop. paham2 je le.

Anonymous said...

Calon lama masih relevan lagi, sdra nampak ke yang senior dan lebih berjiwa mesra pengundi terutama pengundi2 muda bukan drp umno? Dia bkn pilihan pengundi2 kuala,
Tak Winerba Lansung......hehehe

Anonymous said...

Salah satu kriteria winnerble candidate adalah berpendidikan...takkan la yang ade spm je nak jadi calon....
Pada hemat saya jgn la nak diusik dan kekalkan calon2 di 7 bahagian yang menang 100 peratus...rombakkan di bahagian2 laen...kalau ase BN nak menang la....

Anonymous said...

Biar tidak setinggi mana kelulusan calon, yang ada kelulusan setinggi langit pun, jika dah empat lima penggal menjadi wakil rakyat, asyik dg cerita pembohongan dan janji2 kosong, apa makna nya nak dijadikan calon pru13 ni, kalau dah bn bosan nak memerintah... teruskan cara dg orang lama, nak tenguk dulu 100% dan skrg 0% buat la.

Anonymous said...

Teman sebagai pengundi di kuale cuma akan mengundi BN kalo Maslin Sham jadi calon!!!!!!!