Tetamu Kehormat...

December 22, 2011

Mahfuz Serang "Ahli Badar" PAS : Satu Percaturan Silap!

Mahfuz Omar menghalakan tembakannya kepada Hassan Ali dengan mendakwa bahawa Hassan Ali sudah pun mengisytiharkan perang ke atas parti tersebut - Izinkan saya membetulkan kenyataan beliau tersebut. Hassan Ali memang telah mengisytiharkan perang, tetapi bukan sebarang perang. Perang yang disytiharkan oleh Hassan Ali ialah perang jihad menentang golongan sekular yang menempek di dalam PAS atas nama Islam dan cuba merubah perjuangan PAS yang selama ini sudah tertanam di dalam benak orang-orang yang ikhlas mahu melihat tertegaknya daulah Islamiyyah di bumi Malaysia ini.

Mahfuz Omar tidak perlu tersinggung dengan sindiran pedas Hassan Ali tersebut. Sememangnya gelombang ketidakpuashatian dalam kalangan ahli PAS terhadap slogan "Negara Berkebajikan", "PAS Ganti UMNO" dan "PAS For All" sudah semakin menyerlah, semenjak PAS bersikap terlalu liberal dan mengikut telunjuk DAP.

Alangkah indahnya jika slogan-slogan tersebut digantikan dengan hakikat sebenar perjuangan PAS tanpa perlu memakai topeng munafik, bukankah lebih jelas perjuangan PAS sekiranya slogan seperti, "Negara Islam", "Islam For All" dan "Islam Ganti Sekular" dijadikan sebagai tonggak utama terhadap mesej Islam yang hendak diperjuangkan oleh PAS selama ini? Mahfuz Omar dan juak-juaknya harus menerima hakikat ini - sesungguhnya PAS sudah semakin hilangan sokongan hanya kerana terjerat dengan gaya politik Anwar Ibrahim. Apabila orang kafir harbi dijadikan kawan, maka inilah jadinya. Dan apabila Islam diletakkan di dalam peti undi maka tunggu sahajalah kehancurannya. Wallahualam. Takbiirrrr!!! Allahu Akhbar!!

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali semalam sebagai satu pendirian “mengisytiharkan perang” ke atas dasar dan keputusan muktamar parti Islam itu.

“Berdasarkan apa yang beliau perkatakan semalam, saya sifatkan, saya anggap bahawa beliau sudah mengisytiharkan perang ke atas PAS, mengisytiharkan perang ke atas keputusan muktamar, ya, dasar-dasar PAS,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Sambil berkata Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor tidak menyerangnya semalam, Mahfuz berkata, apabila beliau mempersoalkan dasar negara Islam dan konsep negara berkebajikan bermakna pemimpin itu sudah “menolak keputusan muktamar (tahunan pada Jun lalu) yang bersetuju dengan ucapan dasar presiden.”

Ucapan dasar Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden kali ini bertemakan negara berkebajikan. Konsep itu bagaimanapun dikritik oleh pemimpin-pemimpin Umno. Baru-baru ini, susulan kepada dasar ucapan itu Hadi melancarkan gagasan “Negara Kebajikan Tawaran PAS” dalam bentuk buku.

“Muktamar dihadiri oleh Mursyidul Am, Presiden, Majlis Syura dengan perwakilan mereka, Dewan Pemuda dengan perwakilan mereka, Dewan Muslimat dengan perwakilan mereka, dan perwakilan-perwakilan dari kawasan yang mempersetujui konsep negara berkebajikan... bermakna dia telah mengisytiharkan dia sudah hilang kepercayaan dan menolak keputusan yang dibuat (oleh muktamar) dan menolak dasar PAS,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Kata Mahfuz, beliau tidak kisah jika Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, mengkritik soal-soal teknikal.

“Bukannya mempersoalkan dasar PAS, macam dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno,” kata beliau sambil menambah, sekiranya Hasan sudah mengeluarkan kenyataan bersifat mengisytiharkan perang ke atas PAS, maka “beliau sudah patut membuat keputusan untuk diri beliau.”

“Beliau seorang yang berpendidikan tinggi, ada PhD, seorang pakar motivasi, sepatutnya boleh membuat keptusan untuk diri sendiri.

“Orang lain tidak patut membuat keputusan untuk diri beliau, patut dia boleh keputusan” katanya lagi. Justeru Mahfuz menegaskan, jika beliau berada dalam kedudukan Hasan, yang mengkritik dasar parti, beliau sepatutnya sudah lama keluar dari parti.

“Kalau saya dalam keadaan beliau, saya sudah lama angkat kaki,” katanya lagi.

“Kalau beliau mengatakan PAS sudah tergelincir landasan, nak tunggu apa lagi?” katanya merujuk kepada kenyataan Hasan semalam.

Semalam, sambil menegaskan beliau bukan “duri dalam daging” bagi PAS, Hasan mahu parti itu kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar. Hasan turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.

“PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.

“Saya berjuang bagi memastikan matlamat PAS diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan PAS,” katanya pada sidang media.

26 comments:

Anonymous said...

pihak yang kerjanya asyik tegur pihak lain tanpa mempedulikan sama ada teguran berkenaan membina atau tidak, rupa-rupanya adalah pihak yang sukar menerima perbezaan pandangan. lebih jelik apabila pihak yang menongkah arus sewenang-wenangnya dianggap sebagai gunting dalam liputan dan musuh dalam selimut.

PEMERHATI

Anonymous said...

lagi banyak halangan dibuang makanya lagi mudah untuk politikus mukmin memajukan diri sendiri

kah kah kah

Anonymous said...

Strategi dan fasa perjuangan PAS sekarang berasaskan senario semasa ialah mula-mula ABU, PAS ganti UMNO, PAS for All, negara berkebajikan, Islam itu Rahmat dan seterusnya seperti termaktub dlm perlembagaan PAS dari tahun 1951 lagi.

Anonymous said...

BERDASARKAN kepada penjelasan dan pendirian serta teras perjuangannya seperti mana yang dinyatakan dalam program soal jawab di TV3 semalam saya tidak percaya kalau Hasan Ali akan menyertai Umno. Tawaran kepadanya untuk menyertai Umno akan sia-sia saja dan tidak lebih dari hemburan perasaan marah kerana beliau bersikap menyusahkan parti.

Menurut Hasan Ali dia dididik sejak dari kecil lagi dengan Islam. Ayah dan ibunya adalah guru Quran. Keluarganya banyak ke Timur Tengah. Ini bermakna dia sudah diasuh mengenali budaya yang dicerminkan dalam Quran dan berpegang kepada ayat-ayat Quran seawal usianya. Tidak ada guna kalau kita hafiz Quran tetapi tidak mahu mengikutinya. Saya tidak fikir Hasan hanya seorang orientalis.

Tiga asas besar yang ada dalam diri Hasan dan menjadi matlamat perjuangannya; Islam, bangsa Melayu dan menjaga institusi raja-raja Melayu. Sekaligus ini juga teras yang diperjuangkan oleh Umno pada masa kini walaupun Umno dilihat hanya bermain dengan ketiga-tiga teras dan matlamat yang serupa dengan Hasan itu sebagai memasung sentimen orang Melayu semata-mata

Anonymous said...

Umno memang diwujudkan untuk memperjuangkan Melayu. Tetapi kita semua dapat menilai dan mengkaji sejauh mana Umno telah membawa Melayu keluar dari serkup tradisi dalam segala bidang. Umno tidak jujur dengan janji perjuangannya. Usahkan ekonomi, dari segi kebudayaan pun Melayu sudah hilang identiti. Agama jauh sekali. Jadi bagaimana boleh kita katakan Umno mengotakan janji perjuangannya.

Umum juga tahu macam mana persendaan Umno kepada Islam, kepada raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu Umno hanya menjadi modal dan perlindungan saja tatkala parti itu bermasalah. Raja-raja Melayu adalah tali hayat kepada Umno. Peristiwa penghinaan ke atas raja-raja pada Umno di era Mahathir sudah tercatat dalam sejarah. Tetapi nasib baik Raja-raja Melayu bukan golongan yang emos

Anonymous said...

Ingatkan dalaman Umno saja hebat berpolitik, rupa-rupanya dalaman Pas lebih hebat dari Umno. Dari sini dapatlah disimpulkan bahawa usaha Pas nak ganti Umno adalah "real" malah setakat ini Pas lebih Umno dari Umno sendiri.

Cumanya apa yang Pas tak perasan ialah, dalam diam-diam, usaha Dap untuk mengisi vakum yang ditinggalkan oleh Pas yang ori kian menjadi realiti.

Pelayar Blog Politik

Anonymous said...

dan kemuncak dari persaingan isi mengisi, ganti mengganti ini adalah politiking menang tetapi agama tergadai.

kik kik kik

Anonymous said...

FORMULA BARU:

PAS = O + ALL = PAS FOR ALL

*ALL = fanatikus + anggus-anggus - (Hassan Ali + Nasaruddin)?

Anonymous said...

1-Orang Kafir - memang Tak Nak HUDUD

2-Orang ISLAM - Negara ISLAM,HUDUD adalah WAJIB

3-Orang FASIK -Memang kita ISLAM,tapi kita belum bersedia melaksanakan HUDUD.

Anda DI MANA?

Anonymous said...

Yb bukit lanjan di peluk sakan dan di berikan keistimewaan duduk di depan tok guru sorang sama sorang.

al-malangnya penentang arak dan murtad tidak menerima sokongan sedemikian rupa dari tok guru.

siapa muafiq?

Anonymous said...

Para ahli boleh melakukan perkara yang jelik (seperti berguling atas jalan raya) dan meskipun ianya memalukan 'parti for all' (PFA) tetapi kalau ianya dilakukan demi parti rakan/parti biadap (PB) maka pihak parti tidak akan ambil apa-apa tindakan.

Sebaliknya kalau para ahli menentang kebobrokan yang dibawa oleh PB dan meskipun penentangan terhadap PB ada kaitan dengan agama yakni satu tindakan murni, namun PFA tidak teragak-agak meletakkan hukum atau buat apa saja terhadap ahli berkenaan seolah-olah ahli tadi adalah musuh.

Kalau ini berterusan, pihak yang untung atas angin adalah PB. PFA akan diberikan gelaran keldai taat sementara agama dilihat sebagai telah di pinggirkan yakni bertepatan dengan persepsi awam bahawa ia (agama) sejak sedari asal hanyalah sebuah topeng?

khik khik khik

Anonymous said...

dalam parti islam tak ada pihak harus menongkah arus. kalau ada makanya ia adalah perishtiharan 'perang' terhadap parti.

sama macam di Barat. tidak ada negara kecil boleh menongkah arus. kalau ada makanya Barat akan istihar perang terhadap mereka.

soalnya siapa tiru siapa?

PEMERHATI

Merahnya Saga said...

Dalam perkara ini orang UMNO jangan masuk campur. Tak perlu balas komen sama ada menyokong atau menentang.

Biar orang PAS nak maju atau lingkup itu urusan mereka.

Mereka adalah terdiri daripada orang-orang yang bijak pandai dalam Ilmu agama maupun pentadbir dunia.

Parti mereka tiada cacat cela Ketua2 mereka adalah suci dari segala noda dan dosa. Martabat mereka adalah cukup tinggi di kacamata orang2 mereka.

Siapalah UMNO yang dianggap kafirkan dan jahil selama ini.

Mereka nak bersekongkol dengan sesiapa sahaja terpulang kepada mereka.

UMNO boleh berkawan dengan sesiapa sahaja dari belasan Parti Komponen. Mereka baharu saja berkawan dengan DAP. Tak perlu nak heboh. Biarkan.

Ulamak kah liberal kah itu hak mereka. Bukankah mereka parti orang2 bijak pandai.

UMNO mana ada membangunkan Islam selama 50 tahun lebih. Cuma PAS sahaja yang bersungguh-sungguh. UMNO cuma memundurkan Islam dan Melayu.

Sebab itulah orang2 Melayu bodoh cuma orang-orang PAS yang tiada ras keturunan Bangsa sahaja yang diterima disisi Allah swt.

Kasut selipar pun ada yang dari Jepun. Sebab itulah dinamakan selipar Jepun. Bangsa Arab, Parsi, Rom, Ansar, Cina, Tatar dan dsbnya.

Ini semua tak penting yang penting PAS adalah ISLAM.

Tetapi yang bersungguh2 merebut Putra Jaya itu untuk apa ia?

Anonymous said...

sekajap kata sokong tetapi tak lama selepas itu apabila keadaan berubah, keluar pulak kenyataan: "bila pulak kami sokong sepolan-sepolan"

Memang Letih Dibuatnya, Yoep.

Shamshul Anuar said...

Azli,

Menyatakan bahawa PAS kini sudah tersasar adalah silap.

PAS tak pernah tersasar. Sebab PAS tak pernah perjuangkan Islam. Yang PAS buat ialah jadikan Islam satu senjata yang berkesan untuk "memenjarakan" orang Melayu.

Cuma dulu PAS sebut mahukan Islam. Tetapi kini PAS lebih berterus terang. Kalau dulu kata mahu tegakkan Islam walaupun berceramah memaki hamun, memfitnah KINI PAS cakap bahawa tiada lagi perjuangan islam. Yang ada ialah Negara Berkebajikan.

Yang lain masih sama. Ceramah masih diteruskan. Fitnah bermaharajalela . Baca saja Harakah dan kita tahu betapa dari dulu sampai sekarang PAS tidak penah mengorak langkah mahukan atau usahakan Islam.

PAS dari dulu sampai sekarang masih maki hamun UMNO . Mulut cakap mahu kan Islam tetapi jadikan segala fitnah dari fasik, munafik dan kafir sebagai seolah olah "wahyu". terus diterima tanpa mahu menyelidik.

Apa yang terjadi sekarang adalah hasil puluhan tahun "tarbiah" yang menjadikan agenda memusuhi UMNO sebagaui matlamat utama.

Jika mahukan perpaduan Islam, PAS akan segera menyahut seruan Mufti Perak , Harunsani, untuk bentuk Kerajaan di Selangor dan Perak. Apatah lagi jawatan MB ditawarkan untuk PAS.

Sebenarnya UMNO tak perlu buat demikian. Dengan 27 kerusi di perak dan PAS 6, maka sesiapa saja akan kata biar UMNO jadi MB. Tetapi demi perpaduan, UMNO sanggup beralah.

Sebaliknya PAS lebih percaya DAP. Inilah hasil Tarbiah PAS yang begitu membenci UMNO tetapi "menyintai" parti perkauman DAP ni.

Kenapa tak jadikan Nabi Muhammad SAW sebagi idola. Bagnda berfirman menolak segala pangkat, kemulian, wanita yang ditawarkan jika berhenti menyebarkan Islam.

PAS sebaliknya . Tak ditawarkan apa apa. Cuma ditawarkan jawatan "melukut di tepi gantang", apa saya sanggup dikorbankan. Hatta, yang orang tak suruh pun sanggup gadaikan.

Tu dia. Dahsyatnya penangan DAP.

Anonymous said...

Selain PAS, terdapat beratus lagi platform yg memperjuangkan Islam samada dalam bentuk jabatan, agensi kerajaan, NGO, pertubuhan, persatuan dan persendirian. Contohnya Jakim, Yadim,Perkim, Abim, pendakwah bebas dll. Perjuangan yg dilakukan samada dlm bidang dakwah, iktisad, pendidikan, kepenggunaan dan penerbitan.
Semua ini merupakan sinergi demi matlamat yang satu.Tapi, realiti hari ini ialah bidang yg paling dominan dlm muamalat dan maslahat ummah ialah politik. Kuasa politik boleh menentukan blue-print dlm sistem pendidikan dan penyiaran maklumat yg merupakan medium paling berkesan untuk dakwah. Kuasa politik menentukan dasar kewangan dan ekonomi sebagai instrument penting dlm aktiviti harian rakyat yg bebas riba dan rasuah. Keadilan ekonomi hanya tercapai jika riba dan rasuah diperangi habis-habisan.
Namum, kuasa politik hanya ditentukan bilangan kerusi melalui pilihanraya. Tapi, masih ada umat Islam yg menganggap kesucian tercemar jika terpalit dengan sistem politik hari ini.
Dan, politik hanya berjaya mengikut kehendak populis pengundi. Ini memang satu perjuangan yg sukar, tapi terselit rahmat besar yg tersembunyi.

Zek said...

Komen saudara shamshul Anuar perlu direnungi. Banyak kebenarannya.

Anonymous said...

UMNO juara HIBURAN

Anonymous said...

saya ingin membetulkan Anon 2;34pm yg mana ia mengatakan bahawa UMNO menghena Raja2 semasa DM jadi PM. apa sebenarnya belaku ialah DM ingin melihat Raja2 Melayu terus dimuliakan dan dihormati itu sebab UMNO tarek kuasa2 Raja yg kita rasakan tidak boleh dikekalkan yg mana boleh menyebabkan rakyaat marah kpd Raja2 kemudian hari.kuasa yg diperlukan untuk Negara dan rakyat maseh dikekalkan.Bab Islam apa yg UMNO x lakukan, Api Air Jalan Raya, rumah kediaman, klinik hospital, surau Misjid, Sekolah Univisiti, Bank Islam Takaful Islam, Pusat Islam , Tabung Haji dll yg x dpt saya sinaraikan, cuma HUDUD saja yg belum dilaksanakan, tapi kita ada undang2 dlm negeri yg boleh dipakai utk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat dan ianya selari dgn kehendak Islam juga.Berkenaan nasib org melayu sudah banyak progrem yg dibuat oleh UMNO utk org melayu, kita tengoklah sendiri perbezaan kehidupan org2 melayu sekarang dgn terdahulu, tpi itu bukan membuatkan UMNO berpuas hati kami maseh banyak aginda bangsa yg hendak dilaksanakan Jadi janganlah disebabkan tidak meleksanakan HUDUD sudah hendak dihukumkan UMNO x berguna fikir2 kan lah

Merahnya Saga said...

Alhamdulillah... dari komen2 yang bernas tentang cara UMNO membangunkan Islam tahulah kita bahawa media aternatif telah dapat menyiarkan luahan pemikiran rakyat selama ini.

Masih ramai rakyat yang berfikiran terbuka mana betul dan yang mana salah.

Shamshul anuar said...

Zek,

Masalah orang Melayu ialah kita taksub. Jika dah suka, perkara mengarut pun kita boleh terima.

Jika dah benci, kebenaran yang terpampang depan mata pun ditolak. Berkali kali Allah SWT mengabulkan permintaan kita untuk dapatkan kebenaran. ianya didepan mata kita. Buka sekali. Berkali kali. Namun masih kita enggan melihatnya.

Orang melayu masih enggan sedar bahawa segala yang mereka ada bergantung pada kuasa yang mereka miliki. dan mereka masih mimpi bahawa kuasa akan kekal hinhgga akhirat.

Mereka terlupa kuasa boleh ditarik sekelip mata. 100 tahun dulu, pemimpin Arab yang mengkhianati Sultan Turki mungkin tak terjangka pemikiran bahawa kesan dari perbuatan mereka akan sebabkan mereka jadi pelarian di negara sendiri.

Kita semua masih mimpi yang parti yang dari bukan Umat Nabi Muhammaed SAW yang satu ni, DAP, macam kita. Kita sering diingatkan betapa belas kasihan dan keadilan sebahagian dari Islam.

Kita pun ingat semua parti macam tu juga. Silap. Cuma sebab mereka tak berkuasa maka mereka tak dapat jalankan apa yang Yahudi buat.

Kita terlupa yang Yahudi bukan hanya di tAnah arab. Disini pun banyak. Cuma kita tak perasan sebab kita sedang berkuasa.

Budak budak muda sering cakap apa salahnya beri peluang PR( maknanya DAP) satu penggal berkuasa. Mereka masih mudda.

Mereka masih mentah untuk tahu bahawa itu semua samalah seperti suruh Yahudi pertahankan orang Melayu.

Jika PAS betul betul mahukan Islam, perkara pertama yang perlu ia buat ialah jujur. Satu perkara yang tiada dalam PAS dari dulu sampai sekarang.

Selagi PAS enggan pergi pada kejujuran, selagi itu negara Islam hanya mimpi . Jujurlajh pada diri sendiri dan menyedari bahawa orang melayu muak dengan perangai PAS yangh sebenarnya"berperang" dengan Islam sekarang ini.

husna said...

=) macam-macam...
sejak bila pla PAS xjujur..ana jujur dgn diri sendiri,puan mencari mana betulnya umno sampaikan ramai yang fanatik umno nak sehinggakan pantang nampak parti pembangkang mulalah naik angin,fanatik Pas nampak tp org fanatik umno xnmpak..malah ana pernah beberapa kali menyertai hari membuang undi di beberapa tempat,apa yg ana lihat hanyalah kerosakan akhlak perayu undi umno,sblm kutuk Pas turun padang dulu tengok dengan mata kepala sendiri bukan sekadar mengkaji dari pembacaan terhadap tulisan2 yg berat sebelah oleh umno...
dari pemakaian shj sdh membuktikan betapa umno tidak mentarbiyyah rakyat.. yang disediakan hiburan dan hiburan,lihat sahaja pada dato masyitah yg semakin hari semakin ranggi,inilah dia hasil didik umno..
sblm mengatakan PR adalah DAP kaji dahulu perjanjian PAS sblm bersetuju bergabung dalam PR..

Anonymous said...

UMNO memang jujur dan adil. Duit royalti dijadikan duit ihsan di Terengganu. Seronok sapa jadi pimpinan UMNO Terengganu masa itu, boleh bagi goodies kat rakyat mcm santa claus.
UMNO memang jujur dan adil, hasil gas di Kelantan dah sedut dari tahun 2006 lagi, tapi tiada royalti dgn alasan 3 batu nautica. Mujur bukan 2 batu.
Kasihan orang melayu di Kelantan dan Terengganu. Nak pilih yg tidak-jujur atau royalti. Tapi, orang Kelantan pilih juga yg tidak jujur.

Shamshul Anuar said...

Husna,

Sebab itu kita orang Islam jangan taksub. yang salah ditegur. yang betul mestilah diterima tak kira dari UMNO, PAS atau sesiapa saja walaupun dari bukan Islam sekali pun.

Adakah dengan saudara menunjukkan kelemahan UMNO maka apa yang saya cakap pasal PAS itu salah. Dan saya tak perlu media untuk tunjukkan kebenaran.

Di depan mata sendiri saya melihatnya. Hanya kerana media melapurkan perkara buruk pasal PAS tidak bermakna media berat sebelah.

Kalau ISLAM itu penting untuk PAS, maka tetapkan pendirian. Jangan salahkan MCA kalau dia tak percaya hukum hudud. siapa orang bukan Islam yang mahu percayakan hukum Islam jika mereka tengok perangai PAS.

Sekejap kata mahu Islam. Sekejap mahu Negara Kebajikan. skejap memcabar UMNO suruh tunjukkan mana ada pendirian pasal Negara islam dalam perlembagaan PAs( seperti yang Nizar buat).

Tak usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun ramai menyampah tengok PAS. Bukan kerana tak mahu Islam. Cuma tak percayakan PAS.

Tak percayakan PAS bukan bermakna menolak Islam. PAS dan ISLAM adalah 2 perkara berbeza.

Anonymous said...

Bank Islam pun bukan bermakna bank itu agama.

Adik Sayang said...

(( Azam Tahun 2012 )) - 'Sumpah, Saya Mahu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7!'

http://www.youtube.com/watch?v=MuzXGijU-Yo
http://www.youtube.com/watch?v=ZzJu-rbaeyk
http://www.youtube.com/watch?v=8DINrETryqc
http://www.youtube.com/watch?v=NDqgi3BtZ6M
http://www.youtube.com/watch?v=h4WhMjwio1c
http://www.youtube.com/watch?v=0CA1NbRSjfk
http://www.youtube.com/watch?v=weDQbnJrvNo
http://www.youtube.com/watch?v=67xAH1GtbXM
http://www.youtube.com/watch?v=FwBAVDN5CdU
http://www.youtube.com/watch?v=7Ty4GsbxgUI
http://www.youtube.com/watch?v=B5pHUI-wMG8


Dengan Nama Tuhan yang Maha Esa, saya bersumpah tidak akan mengundi Barisan Nasional (termasuk UMNO, MIC, MCA dan parti-parti komponen yang lain)selagi transformasi besar kepada generasi muda tidak berjaya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional secara jelas dan nyata.

Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, jika saya mengundi Barisan Nasional sebelum transformasi besar kepada generasi muda betul-betul terjadi sebelum PRU ke-13, saya telah mengkhianati generasi baru secara jelas lagi nyata.

Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, saya tetap akan mengundi Pakatan Rakyat (PAS,PKR dan DAP) jika transformasi besar kepada generasi muda tidak pernah terjadi.

Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, saya tidak akan berjuang untuk generasi muda, generasi baru, parti mahupun negara jika Barisan Nasional tidak terkubur selepas PRU-13 kerana transformasi besar kepada generasi muda tidak pernah terjadi.
Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, saya tidak sama sekali menarik kembali sumpah saya kini dan selamanya..

-----
Sumpah!! Saya sokong Dato' Seri Abdul Hadi Awang jadi Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia selepas PRU-13..

Tapi, betulkah generasi muda dan generasi baru berpuas hati?
Tak mungkin... Sudah tentu mereka mahu 'orang mereka' yang diangkat.... (( jangan nak tipu, mereka bukan bodoh ))



Ok fine... fine... KAMU tentu bodoh sombong kan?
OK.... Saya STOP setakat ni je.. Saya tak mahu buat apa2 lagi.. Saya tak mahu ambil kisah apa2 lagi..
Disebabkan KAMU bodoh sombong, KAMU teruskan buat 'benda2' bodoh ni semua sendiri sampai generasi baru betul2 lingkup jelas depan mata KAMU sendiri..
Mulai saat ini, saya hanya mahu fokus kepada diri sendiri, keluarga dan kerja2 saya sahaja..

Bye..bye....



Perrrgghhh!!! Memang Terrrbaaekkkk laaaa

Terima kasih sangat2 korang memang terbaekk!! Terharu aku~ huhuhuhu

SAYA SAYANG KAWAN SAYA