Tetamu Kehormat...

December 5, 2011

Maaf Tan Sri..Yang Ini Kami Tiada Jawapan

Maaf..bab ini saya mengaku kalah..tak boleh nak backup lagi. Mohon Tan Sri jawab sendiri..Kadangkala kebenaran mesti kita telan walaupun pahit rasanya. Yang salah, tetap salah - saya tiada kompromi. Keluarga merupakan asas penilaian masyarakat terhadap kualiti seseorang pemimpin. Ingat, kita diperhati dan diteladani. Dalam soal ini...saya tiada jawapan. (Baca di sini).

32 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah mentransformasikan Najwa jadi gadis solehah.

Anonymous said...

ini isu lumrah rentas zaman yakni bukan khusus buat masa ini saja.

realitinya, bukan senang jaga pewaris yang sudah dewasa, bro.

alangkan anak nabi sendiri ada yang 'sesat' inikan pula anak orang biasa.

janganlah terlalu mengharap kesempurnaan walhal manusia biasa tiada yang sempurna.

PEMERHATI

Anonymous said...

isu ini adalah "cakap tak serupa bikin"

namun dalam hal cakap tak serupa bikin susunlah prioritinya:

1. rasuah
2. rasis
3. seleweng

soalnya: apakah dia rasuah, rasis atau seleweng?

kalau tak ada apa nak kecohkan, bro.

PEMERHATI

YB Raz said...

adoii sepatutnya Muhyiddin ni janganlah kasi anak dia jadi artis.kalau nak juga, tunggu Muhyiddin letak jawatan atau bersara dari politik.

semua ni boleh jadi point pada pembangkang lah..sayapun tak boleh nak backup apa dah kalau macam ni.

Isu Rosmahpun dah penat nak backup, ini bertambah lagi masalah.

Anonymous said...

Puak puak yang di atas sana saya ingin berpesan supaya kurangkan lah atau jangan lah mencetuskan polimek-polimek yang boleh menjadi isu kepada pembangkang, kami yang di bawah ini tak menang dah nak tepis.

Yang orang lain nak sibuk pasai apa? jika anak tidak bertudung, dosa tidak ditanggung oleh orang lain. Jika isteri tidak bertudung dosa di atas bahu si suaminya, kenapa kita perlu sibuk dengan dosa orang lain?

Aku masih ingat zaman 70an dulu boleh dikatakan 90% wanita islam tidak bertudung ketika itu. Semalam aku sempat meneliti gambar staff (guru) yang bersama-sama aku dalam foto tersebut. Tidak ada seorang pun guru-guru melayu Islam ketika itu yang bertudung, Umur cikgu-cikgu itu ketika itu sudah mencecah 30tn ke 40tn.Tapi yang aku amat kecewa ialah mereka-mereka ini lah yang banyak menunding jari kepada orang-orang muda di zaman ini yang tidak bertudung, mereka sudah lupa di zaman muda mereka dulu pun mereka tidak bertudung.

Menutup aurat itu adalah perkara wajib.

Warga sebelum merdeka

Anonymous said...

Dalam 'perang' era digital sekarang, apa-apa perkara yang kecil tapi memberi persepsi yg besar akan digunakan sebaik dijadikan peluru menembak 'musuh'. Watch your back & zip !

Anonymous said...

1] Sesiapa ada anak dara , tahulah bagaimana perangai dan keinginan mereka ! setiap anak ada sifat dan kegemaran masing2 , ada fiil masing2 , bahkan ada pepatah lama , jaga kerbau sekandang lagi mudah daripada jaga anak dara seorang !


2] Mungkin sang anak ini berkaraoke dirumahnya , dalam rumah sendiri berpakaian sebegini apa salahnya ? kenapa kita perlu hebohkan seseorang yg berhak dalam rumahnya sendiri ? anak kita sendiri adakah bertudung 24 jam dalam rumah ?

3] kita kena waras dan adil dalam menghakimi , masalahnya fikiran pertama yg menerpa masuk dalam otak kita apabila melihat gambar anak TPM sebegini adalah fikiran negatif dan buruk sangka ! sekaligus melambangkan hati kita dan diri kita yang sakit sebenarnya .

4] anak TPM salahnya cuma kedapatan berpakaian sebegini dalam rumahnya sendiri atau dalam majlis bersama kawan2 nya , walau tidak dinafikan pengaruh gambar ini ada kesan pada hayat dan imej politik ayahnya , pun demikian janganlah kita suka menyambung fitnah itu menjadi lebih menyakiti !

5] Kita kena belajar menjadi sebutir garam yg dengannya boleh menyedapkan masakan , jgn kita menjadi sekor lalat yg dengannya boleh membusukan seluruh makanan !!

MelayuBersatu said...

Kalau Najib diserang kerana Rosmah, Muhyiddin akan diserang keana anaknya, isteri muhyiddin tak ada hal. Harap Najwa tak calarkan imej bapaknya. {andai bawa diri, dia dah besar pun. Pakai biarlah sopan sikit.

Anonymous said...

Disini nampak Sgt bn tak berjaya dlm mendidik anak walau pun cicit ulama..itulah ujian Allah Dan memberi peringatan pada masayarakat betapa lemahnya pendidikan ugama pada keluarga dari saorg bapa. Ini disebabkan ugama dikemudiankan Dan bangsa didahulukan

Anonymous said...

Bagaimanakah mahu jadi pemimpin untuk memimpin rakyat yang banyak, sedangkan Isteri atau anak seorang pun tak mampu nak pimpim?

1. Seorang suami di kira dayus bila tak mampu menegur, menasihati, dan memimpin isteri ke arah kebaikan.

2. Orang dayus tidak berbau syurga.

Anonymous said...

Palin bakal meneruskan saingan untuk kerusi presiden AS meskipun anak-anaknya dibebani masalah moral.

Ini menunjukkan masalah moral anak ada kategorinya yang boleh dikira sebagai penghalang impian ibu-bapa dan ada yang tidak.

Janganlah dikritik moral ahli mana-mana keluarga sedangkan moral ketua keluarga di pandang sebelah mata.

Makanya tidak salah mengkritik tetapi pastikan isunya adalah jelas, signifikan dan universal.

Anonymous said...

ANON 7.55 (05/12), BERBEZA ANAK NABI YANG KUFUR KEPADA SURUHAN ALLAH DIBUANG OLEH NABI TETAPI ANAK TPM DIBERI GALAKAN LAGI OLEH BAPANYA.

ANON 1.16 (06/12),MASALAHNYA ANAK TPM NI BUKAN MEMBUKA AURAT DAN BERKARAOKE DI DALAM RUMAHNYA SENDIRI. DIA TELAH MENYERTAI SATU PERTANDINGAN SENI (MENYANYI) DAN DIPANCARKAN KE SELURUH NEGARA MALAH TELAH DIANUGERAHKAN SEBAGAI PENYANYI HARAPAN TERBAIK (KALAU TAK SALAH SAYA).NAMPAKNYA ANON 1.16 TAK IKUT PERKEMBANGAN ATAU KETINGGALAN DALAM HAL-HAL SEMASA.

SOKONG TUANPUNYA BLOG, SEBAGAI ANAK SEORANG PEMIMPIN TERTINGGI NEGARA JAGALAH PERIBADI.KALAU MINAT SENIPUN CARILAH YANG TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AGAMA CONTOHNYA BANYAK ARTIS YANG BERJAYA DALAM BIDANG NASYID.

Anonymous said...

Jawapannya ialah KAU bukan ORANG AKU

Anonymous said...

jangan tunggu semua line 'clear' baru nak buat itu dan ini. kalau nak tunggu line clear alamatnya sampai kucing bertanduk kerja tak bermula.

dalam konteks jihad, kemaksuman dan kesempurnaan bukanlah pra syarat wajib sebelum melaksanakan jihad.

dari sudut politik, Pas masih berbangga jaja hudud meskipun Mursyidul Am Pas dan Naib Presiden masih diselubungi kebejatan.

dalam konteks didikan, kalau semuanya dah diberikan tetapi kalau si anak masih tak menjadi, jangan pulak ada pihak lebih sudu dari kuah!

PEMERHATI

Zek said...

Puan Sri Noraini boleh main peranan untuk menasihati anak supaya berpakaian sesuai dengan pakaian seorang gadis Islam.

Saya berdoa semoga anaknya dapat petunjuk dan hidayah dari ALLAH. Amin!

Anonymous said...

zek,

kenapa doakan kebaikan untuk seorang muslimah saja? kenapa tidak doakan kebaikan untuk ramai lagi muslimah yang sewaktu dengannya?

Zek said...

Anon 12.08 PM

Bukankah kita sedang membicarakan tentang anak TSMY. Maka saya doakan untuknya.

Anonymous said...

PEKARA INI PATUT DI BINCANGKAN DI PERSIDANGAN LEMBU-LEMBU TEMPOHARI DI PWTC ...
kahkahkah


perhimpunan agong lembu lembu baru sahaja selesai
dalam perhimpunan tahunan ini banyak lembu telah
melembukan sesama sendiri

sorang lembu dari kondo le botique bangsar telah bosan
dengan apa yang telah berlaku diperhimpunan tersebut
lalu membuat bantahan

lembu ini membantah perangai lembu yang lain
akhirnya untuk membuktikan bantahan nya
lembu ini telah meninggal kondo kediamannya di bangsar
dan berpindah kesebuah banglo yang juga tidak jauh dari bangsar

rumah kediaman baru ini amat dekat
dengan pucuk pucuk kayu
yang boleh di capai dari tepi tingkap
untuk terberak juga amat senang
kerana apabila hujan turun
beraka lembu ini akan dibasuh hujan
dan terus mengalir diatap!

Anonymous said...

Salam Dato Azli, Yang kes Tan Sri hebat kita ni, Teman pun Tak dapat nak menolongnya. yoshhhh.. Tapi banyak juga artis sekarang ni dah berubah dengan mendalami islam mudah-mudahan anankandanya Tan Sri Hebat kita ini akan sedemikian pada satu hari nanti, sekarang ni dunia hiburan, jadi tak kira sapapun akan terpengaruh dengan hiburan, senang je haramkan jual jual tv,astro dan semua rankaian...macam dulu-dulu....yosh...

Anonymous said...

Setiap insan bebas memilih pakaian sendiri. Hak ini diiktiraf sebagai hak asasi.

Makanya dalam konteks hak asasi, Bar Council harus pertahankan hak gadis ini untuk pakai pakaian yang di rasakan wajar.

kah kah kah

Anonymous said...

Ada baiknya kalau takutkan persepsi lawan. Namun biarlah ada skopnya.

Kenapa bimbangkan persepsi lawan dalam aspek moral?

Bukankah pembangkang terima pemimpin yang jelas telah hilang moral?

Makanya dalam aspek ini PR tak ambik pot, sebaliknya pencacai Umnu beranggapan PR ambik pot?

khik khik khik

Anonymous said...

Sudahkah Marina dan Ambiga baca isu ini? Kalau sudah, korang tak rasa ke mereka (Marina dan Ambiga) akan kritik korang balik?

kah kah kah

Anonymous said...

Kalau gadis ini tahu akan haknya, dia akan pergi berjumpa dengan PR (pejuang merdeka dalam kain), Bar Council, Sisters in Isle dan Marina and the geng untuk dapatkan "imuniti".

Anonymous said...

salam,mohon mencadang mentransformasikan industri hiburan dan di sertakan kod etika kpd non-muslim.Bagi org muslim ia ada perenggan dan adapnya yg tersendiri dan lebih dr islamic.

Anonymous said...

Apa yang menjadi isu adalah sesuatu yang diluar jangkaan masyarakat yang bertamadun yang seharusnya menghormati hak di antara satu sama lain.

Sekiranya menjadi penyanyi atau penghibur itu adalah menjadi kesalahan dari aspek undang2 negara malahan Moral umpama menjadi penari bogel dan sebagainya mungkin ianya relevan.

Yang relevan disini mari kita "ijtihadkan" karier Penghibur atau penyanyi itu Haram atau Hina atau sebaliknya.

Negara berbangga dengan P Ramlee...negara menjadikan Sudirman ikon Penghibur antarabangsa.Itu satu pengiktirafan.

tiba2 pencapaian seorang Penyanyi dicemari kerana dia menjadi penyanyi atau secara hukuman alternatifnya dia anak Timbalan Perdana Menteri.

Kalau begitu cara masyarakat kita menghukum sesdaorang itu terutama berdasarkan standard parti PAS yg pernah mengkafirkan UMNO satu masa dulu maka akan adalah kesilapan anak2 Pemimpin walau apa sekali pun profession mereka.

perlu diingat tuk Guru Nik Aziz iaitu "Ulamak Besar" PAS dulunya memberikan lampu hijau untuk MAWI mengadakan pertunjukan di Kelantan dengan syarat2 yg ditetapkan.

Kalau inilah Isu besar maka mari kita kembali ke zaman di mana tiada TV dan teknologi canggih agar tiada unsur2 "Jahat" dalam kehidupan seharian.

Anonymous said...

Malah wajar Tan Sri berbangga dengan pencapaian anaknya itu...menjadi penyanyi adalah satu karier dan tak semua orang boleh menjadi penyanyi walaupun terhegeh2 nak popular seperti sekerat dunia artis yang ada paras rupa dan terkinja2 minta diraikan.

Kita semua seronok P Ramlee berkarya sampai cucu cicit pun kenal P Ramlee.agaknya kalau P Ramlee ni anak Perdana Menteri maka tak bolehlah beliau berkarya sebab dia anak PM.atau sebab dia lelaki?so OK lagi lah..

Samada itu isu politik yang boleh digunakan, saya mengambil pendekatan mudah iaitu itu bukan masalah saya tapi masalah ahli2 politik yang hendak menang bertanding tanpa memperdulikan apa2 peraturan untuk kekal dengan kuasa yang ada.

Kalau kita bersetuju ianya isu maka kita bersetuju bahawa inilah kelas rakyat Malaysia yang masih terkial2 dengan isu2 remeh serta cepat melatah apabila sesuatu perkara yang berlaku itu diluar kebiasaan atau standard norma2 asas mereka yang kerap diperkatakan samada diwarung2 tepi jalan hinggalah di Coffee House.

Anonymous said...

Asasalam
muzik dah jadi sebahagian culture rakyat Malaysia sejak mungkin selepas merdeka. Hari raya dihidangkan muzik sampai sekarang. Jadi salah siapa dan memang betul ibu2 pada era 50an ramai tak pakai tudung, dan kalau tengok cerita P. Ramlee, begitulah contohnya dan pakain sendat2. Tapi sekarang bertudung dan berpakaian sendat. Mungkin tidak terlambat untuk pemimpin sekarang berbuat sesuatu?, tapi sekarang perempuan bertudung tapi menyanyi, jadi apa bezanya? Sesetengah ulamak mengatakan muzik itu haram. Saya pernah menetap dan mengembara di luar negeri. Kalau di USA, boleh dikatakan ramai convert samada white atau black, akan menyimpan janggut mengikut sunnah nabi, dan pendakwah2 disana kebanyakan memyimpan janggut ( bukan sejemput ye), tapi di Malaysia, pendakwah2 yang ada, ada yang hafiz,tak da jangut, bukankah itu sunnah nabi dan perlu dituruti, Itu yang perlu dicontohi dan sesetengah ulamak (bukan di malaysia) mengatakan menyimpan janggut itu wajib, Tapi di Maalysia ia seperti bukan satu ikutan. Kalau kita tengok ramai penduduk US semasa era civil war menyimpan janggut, Abraham Lincon put ada janggut. Kita boleh tengok cerita civil war, begitulah rupa askar2 pada masa itu. Sekadar berkongsi.

Anonymous said...

nik aziz a.s. pasti akan maaf kan nya seperti mana dia maaf kan eli wong yg halal jika telanjang dalam rumah.

DAP pasti maafkan nya sebab selepas berita dan gambar 'palsu' ni keluar anak TPM kene tukar sekolah akibat tekanan emosi yg kuat.

PKR, tak yah cakap la. korang letak la alasan amende pun.

Anonymous said...

Nak tanya dalam kitah Al Quran.ada ke ayat2 yang menyuruh muslimah memakai tudung? ??

Anonymous said...

susah komen pasal isu ini...

tapi sebagai manusia biasa aku sependapat dengan anon 1, 2 dan beberapa lagi.

Kita yg x menjadi penyanyi pun belum tentu tempatnya di mana. Bersederhanalah.

Anonymous said...

ok la sikit dari anak azmin ali... atau baka anuar?...opssss... kalau ada pembangkang tak puas hati, secara official buat DNA test... ada berani?

tobeng said...

Eleh izzah anak nuar tu pun kaki main gitar jugak.Kalau tak tumpang populariti bapak dia jadi politikus aku ingat sekarang dia dah join yuna buat show merata.

Bezanya cuma dia pakai tudung,bab lain takdelah islamik manapun,kaki hiburan jugak macam anak2 muda yg lain.