Tetamu Kehormat...

December 2, 2011

Joget Angan Tak Sudah

Oleh Dr. Mohd Puad Zarkashi (PENULIS ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia). PADA 1969, Pas memecat Ahli Parlimennya, Hashim Gera kerana berjoget di Parlimen. Tetapi pada hari ini, apakah Pas berani mengambil tindakan yang sama jika ada ahlinya melakukan perbuatan serupa.

Ketika itu Pas amat rigid dalam soal agama. Di depan Jawatankuasa Disiplin, Hashim memberitahu ulama Pas, joget adalah tarian bersih. "Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Bagaimanapun Pas menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat.

Kini kefahaman pemimpin Pas terhadap makna joget sudah berubah. Kalau UMNO datang Pas lari, kalau DAP datang Pas tidak lari. Pas sanggup bersentuhan dan berpeluk cium dengan DAP. Sebab itu ada kebenarannya apabila Timbalan Presiden UMNO mendakwa, Pas tidak mungkin ganti UMNO, tetapi DAP mungkin ganti Pas.

Pas semakin liberal dalam banyak hal mengenai hukum agama. Apabila Mat Sabu didakwa atas tuduhan berkhalwat, Pas tuduh ia adalah konspirasi UMNO. Dalam kes video seks Anwar, Haji Hadi berdalih pula, 'besi tidak boleh jadi saksi'.

Semua jawapan itu adalah jawapan nafsu akal. Sebab itu dalam kes gambar bogel Elizabeth Wong, Pas paling kuat membelanya. Hujah Pas, berdosa hukumnya apabila mengaibkan peribadi seseorang. Tetapi jika berkaitan dengan orang UMNO, mereka akan telanjang habis habisan walaupun ia adalah fitnah. Perkara yang makruf pun mereka sanggup putar belit, contohnya memfitnah ibadat haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Pas pengecut bila berdepan dengan DAP. Itu puncanya dia menjadi liberal. Pas sanggup korbankan orangnya sendiri demi menjaga hati DAP. Dr. Hassan Ali ialah mangsa joget terbaharu ini. Beliau disisih kerana berbeza pandangan dalam soal rampasan arak dan isu memurtadkan orang Islam di Gereja Methodist Damansara Utama.

Dalam isu negara Kristian, Pas bacul dan mendiamkan diri. Siasat pun tidak, komen pun tidak, bagi amaran lagi tidak berani. Hakikatnya, sikap Pas sudah terbalik. Pas melanggar fatwa lama Haji Hadi, 'politik suku agama suku', iaitu agama dan politik tidak boleh bercampur aduk. Kenapa Pas tidak berani menyertai 'Himpunan Sejuta Umat' walaupun ia dianjurkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO)?

Himpunan itu bertujuan menyedarkan umat Islam tentang bahaya gejala murtad. Pas mahu menjaga hati DAP, walaupun tindak-tanduk DAP sering menyakitkan hati orang Islam. Keputusan DAP untuk meletakkan calon Melayu berkelulusan agama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 mewajarkan keyakinan kita bahawa DAP mungkin mengambil alih peranan Pas. Kejayaan Mat Sabu menumbangkan Nasaruddin bagi jawatan Timbalan Presiden Pas membuktikan golongan agama dan ulama semakin tersisih dalam Pas.

Pokoknya, Pas tidak akan dapat mengganti UMNO, kerana Pas didokong oleh ahli yang taksub pada pemimpin bukan perjuangan. Sedangkan UMNO parti yang didokong oleh 'Orang UMNO'. Menurut Presiden parti, satu daripada ciri penting orang UMNO ialah, dia cinta dan kasih pada perjuangan. Perjuangan mendarah dan mendaging pada dirinya. UMNO bermula kerana perjuangan. Terus hidup kerana perjuangan. Itulah UMNO, iaitu UMNO-Perjuangan.

9 comments:

Anonymous said...

BN = 54 TAHUN PERINTAH + 5 TAHUN JIKA MENANG LAGI = 59 TAHUN.
PR = 0 TAHUN PERINTAH + 5 TAHUN JIKA MENANG = 5 TAHUN.

(YANG MANA PILIHAN ANDA).

UMNO BN TELAH PERINTAH 54 TAHUN + 5 TAHUN JIKA MENANG LAGI JADI 59 TAHUN.

TIDAK DINAFIKAN PEMBANGUNAN YANG DIBAWA DAN TIDAK DINAFIKAN JUGA PENIPUAN KEPADA RAKYAT YANG DIBUAT.

JIKA KITA PILIH PAKATAN RAKYAT UNTUK 5 TAHUN MAKA BERI MEREKA PELUANG UNTUK BUKTIKAN MEREKA INI LEBIH BAIK DARI UMNO BN DAN JIKA MEREKA GAGAL KITA KUBURKAN MEREKA PADA PRU 14.

TIDAK SUSAH BUKAN...KITA PERLU ADIL PADA DIRI KITA SENDIRI...BERI PELUANG PADA PAKATAN RAKYAT BUKAN SATU KESALAHAN DAN KEGAGALAN....KITA TELAH BERI PELUANG PADA UMNO BN UNTUK 54 TAHUN DAN KITA DAPAT YANG KITA CARI DAN KITA JUGA HILANG APA YANG KITA MILIKI....

Anonymous said...

Betul anon 5:10 pm,

Bukan sahaja kita perlu memberi peluang Pakatan Rakyat pula memerintah,

Tetapi yg lebih penting ialah memberi peluang Pakatan Rakyat berkhidmat menabur bakti bagi memnyapu, membasuh dan membuang segala sampah sarap yg telah di sembunyikan di bawah " Permaidani " oleh kerajaan BN selama lebih 54 tahun mereka memerintah.

Saya percaya jika kita memberi peluang mereka memerintah lagi, bukan sampah sarap yg berada di bawah permaidani yg akan mereka buang tetapi mereka akan menambah pula dengan bangkai dan pelbagai jenis benda yg teramat busuk, kebawah permaidani tersebut.

Kesimpulannya, usah kita mengharap kerajaan BN akan berubah kearah yg lebih bersih kerana mereka menganggap usaha membongkar segala sampah yg di sorok di bawah permaidani tersebut sebagai usaha menderhaka kepada pemerintah.

SPRM, Peguam Negara,dan seterusnya Mahkamah, sudah di arahkan supaya tidak mendakwa pesalah terhormat ini dan jika pun ada yg di dakwa, itu semua hanya sekadar lakonan semata-mata, sekurang-kurangnya itulah persepsi org ramai ketika ini.

Begitulah buruknya gambaran yg kerajaan BN perolehi sekarang ini akibat dari sikapnya yg suka menyorok sampah di bawah permaidani itu.

Di dalam keadaan yg sedemikian rupa apakah kita masih mahu memberikan undi kita kepada calon BN lagi....?

Cukup-cukuplah dan berubahlah....di PRU 13 ini.

ANAK CUCU TOK PELITA said...

54 TAHUN PENERAPAN NILAI ISLAM, NAMUN IBARAT MENCACAH TATOO DI LENGAN. SETAKAT ISLAM DI KULIT TAPI TIDAK PADA ISI DAGING. MAKA HASILNYA TELAH JELAS KELIHATAN SEKARANG!!! TOLONG SAMPAIKAN PESAN KU INI KEPADA ISTERI PEMIMPIN UMNO YANG SENGAJA MELUKAI PERASAAN AHLI YANG MASIH TEGUH BERIMAN DENGAN SIKAP DEGIL UNTUK MENAYANGKAN AURAT WALAU BARU BALIK DARI WUKUF DI ARAFAH. MEREKALAH YANG AKAN MENJADI FAKTOR UTAMA TUMBANGNYA UMNO DI PRU13 NANTI!!!!!

Mohd Zairi said...

Dulu di PP, Selangor, Perak dan Kedah mereka berkata: "Berilah kami peluang, sepenggal pun cukup la! tak puas hati menangkan balik BN"

Sekarang mereka berkata, "Sepenggal mana cukup, berilah lagi sepenggal untuk kami buktikan kami lebih baik dari BN"

Menjelang PRU 14 mereka akan kata, "Dua penggal mana cukup, berilah lagi sepenggal untuk buktikan kami lebih baik dari BN"

Lepas PRU 15, 16, 17 dan seterusnya.... "Masih belum cukup. dulu BN pun diberi peluang yang lama"

Kesudahannya, lihatlah contoh terbaik masalah air di kelantan. 22 tahun tak selesai. nak kena tunggu 2027 baru pas nak selesaikan. takpalah, rakyat kelantan penyabar, sanggup menunggu.

Kesimpulannya, Malaysia tiada alternatif. yang ada hanya pembangkang, yang cuma tahu membangkang. bila dah dapat kuasa, mereka hanya tahu menyalahkan kerajaan terdahulu, bukannya menyelesaikan masalah yang ada. Oleh itu, kekalkan kerajaan yang ada. Insyaallah malaysia akan aman sejahtera selamanya.

Azli, macam kata Dr Puad, dulu, PAS sanggup pecat ahli parlimennya sebab joget di parlimen. sekarang ni, kalau ahli parlimen (apa lagi penyokong PAS) joget di disko pun, itu semua tak mengapa, demi perjuangan la katakan :) sah la DAP dah ganti PAS!

Anonymous said...

Dah bagi peluang selama 20 tahun lebih kpd kerajaan PAS Kelantan. Kenapa sampai sekarang hukum hudud tak mampu dilaksanakan? Dulu cakap pasal ISLAM, sekarang dia seribu bahasa. Cakap pasal kebajikan pulak. Kebajikan tang mana? Air bersih pun tak mampu nak berikan, inikan pula soal pendidikan, sosial, ekonomi dll.

Kalau babi kat PR 5 tahun, hancur la. Tgk macam Kedah skrg. Habis balak ditebang. Tu je sumber ekonomi yang mudah bg PAS Kedah? Pelaburan lain tak ada ke?

Cukuplah 1 penggal kita bagi kat PR. Bak kat ore kelate, "tok se doh, pade doh, lama sangat doh rasonya".

Anonymous said...

Mohd Zairi dan Anon 6:55 pm,

Pelik di ketika semakin ramai rakyat sedar bahawa BN sudah tidak releven lagi, masih ada rupanya yg masih menyokong BN.....

Usah sdr berdua jadi org terakhir yg menyokong BN sudahlah......

Blog Mamak Pedukang said...

Gambar Apex Bersama Awex Tayang Buah Dada @ http://mamakpedukang.blogspot.com/

Muhammad Azli Shukri said...

UMNO dan BN tetap relevan

Anonymous said...

Selepas 20 tahun memerentah,Pas telah hilang negara Islamnya diganti dengan negara berkebajikan hasil dakwah DAP.
Nak bagi peluang apa?

Penyokong BN Terakhir