Tetamu Kehormat...

December 11, 2011

Isu Zahid Hamidi Dan Papagomo : Lain Kali Hati-Hati

Tanpa bersikap prejudis - saya mempunyai pandangan yang rasional dalam hal ini. Sebagai rakan lama Papagomo, bersama-sama beliau pada tahun-tahun awal berblog, saya berpandangan agak kurang tepat sekiranya Zahid Hamidi mendedahkan secara berterus-terang bahawa Papagomo dijemput untuk menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak baru-baru ini. Hal ini hanya menimbulkan fitnah dan memberi bola tanggung kepada pembangkang untuk "membantai" kita semula.

Seharusnya para blogger bekerja di belakang tadbir dan bukan secara terang-terangan berhadapan dengan musuh. Sekali pun Zahid Hamidi berminat mahu menggunakan kepakaran atau kepopularan mana-mana blogger pro-UMNO sekali pun, elok rasanya dilakukan secara bijak dan memberi garis panduan agar blogger tidak melakukan kesilapan teknikal yang akhirnya menjejaskan nama Zahid Hamidi sendiri. Para blogger juga harus pintar, sekiranya memperoleh peluang yang sukar diperoleh blogger lain, elok sembunyikan rasa gembira tersebut. Yang utama adalah menyampaikan fakta dan maklumat yang tepat berkenaan isu yang sedang diputarkan dan bukan untuk menunjukkan diri kita mendapat keistimewaan daripada pihak tertentu. Wallahualam.

8 comments:

Anonymous said...

kan ke zahidi hamidi ini orang Anwar dalam UMNO???

Anonymous said...

Salah blogger tersohor tu la. kecoh satu twitter kunun dia blogger pertama diiktiraf bkn zahid yg kecoh

Anonymous said...

bukan zahid hamidi la yg dok bercerita... blogger perasan bagus tu sendiri yang dok kecoh-kecoh!! kalau nak salahkan pun salahkan setpol zahid hamidi si shahrul tu, dia yg bawa blogger perasan bagus tu tanpa approval zahid sendiri pun!

Anonymous said...

Zahid takut diserang Blogerr..dan macai dia pun jemputlah... sorang dua yang "bagus" tapi lupa ada beratus yang "tak bagus" dok tunggu nak serang zaid...

Anonymous said...

Very bad analysis by Zahid`s PolSec.

Anonymous said...

papagomo ni gila publisiti. dah pau menteri-menteri banyak. kereta pun baru. blogger bapak ayam yang lacurkan blogger bawahan dia untuk pakai fortuner

Anonymous said...

Bloger adalah rakyat biasa. Makanya dalam konteks rakyat biasa, kenapa jeles kalau satu atau dua orang rakyat biasa dapat peluang naik kapal selam?

Anti Jeles

Anonymous said...

Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK

MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA

Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK