Tetamu Kehormat...

December 8, 2011

Isu Ustaz Azhar Idrus Dihalang Mengajar Di Kelantan : PAS Diingat Jangan Kekalkan Undang-undang Jahiliah UMNO

Sejak bila pula puak-puak PAS ini mementingkan soal tauliah? Bukankah dahulu puak-puak inilah yang mengamuk apabila para penceramah mereka tidak dibenarkan mengajar agama di negeri-negeri tertentu? Kononnya Islam tidak pernah menetapkan tauliah dalam menyampaikan ilmu Allah - tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, baru tahu nak cari tauliah? Mengapa MAIK masih mengekalkan undang-undang jahiliah UMNO yang selama ini sangat dimusuhi oleh puak-puak PAS? Tanyalah kepada para penceramah PAS, semuanya membenci kalau tauliah dikenakan sebagai pra syarat untuk berceramah atau mengajar agama di masjid atau surau. Dan sekarang..apabila Nik Aziz mula dikritik oleh Ustaz Azhar Idrus..maka timbullah isu Ustaz Azhar tiada tauliah untuk mengajar agama di Kelantan, dan...undang-undang zalim UMNO juga yang diambil akhirnya...Hipokrit!

22 comments:

Pak Cu Wel said...

Ini adalah kerja puak2 Wahhabi di MAIK dan JHEIK. Di MAIK semua yang berada di peringkat PEGAWAI 100% adalah WAHHABI.
Mana ada Ustaz di Kelantan yang berceramah membuka peluang bertanya soalan? Bila pula Ustaz Azhar Idrus lari dari Tajuk. Puak Wahhabi bimbang dengan kehadiran Jamaah yang ramai dan Ustaz Azhar adalah berakidah Tauhid Asya'irah Wa Maturidiyyah. Sungguhpun termaktub dalam Enakmen MAIK bahawa amalan Mazhab di Kelantan mengikut FIQH Syafi'ieyah dan Tauhid berlandaskan Asya'rah dan Maturidiyyah namun pegawainya pula adalah dari kalangan Wahhabi. Sekarang sudah ada masjid yang telah ditawan oleh Wahhabi seperti Masjid Langgar dimana AJK masjid yang berpengaruh dari kalangan Wahhabi dan bilangan mereka majoriti.AJK masjid menentukan tenaga pengajar dimasjid.
Pengajaran Tassauf di Masjid Langgar sudah di tiadakan. Jemaah yang ingin Tassauf berpindah mendengar pengajaran di Masjid Muhammadi
Inilah senario yang berlaku di Kelantan sekarang.

Anonymous said...

Sampai macam tu...mana perginya tokoh2 pondok!!

NAZRUL AZAT said...

encik azli, sy nk mintak tlg ye, sy x mau blog anda yg berunsur politik dipautkan pada blog sy, sy xmau ada apa2 kaitan dengan mana2 parti politik, MINTAK TOLONG SANGAT-SANGAT !!!!

Anonymous said...

Bob Lokman ceramah pun kena tangkap dengan JAIS.UMNO memang jahil

Anonymous said...

1-Orang Kafir - memang Tak Nak HUDUD

2-Orang ISLAM - Negara ISLAM,HUDUD adalah WAJIB

3-Orang FASIK -Memang kita ISLAM,tapi kita belum bersedia melaksanakan HUDUD.

Anda dimana?

abu said...

Bila masa ustaz ni kritik NA,dia kritik wahabi adalah.Baru ustaz ni boleh sedor sikit saper yang maing saper..

Anonymous said...

Jangan lupa 40 lanun wahhabi dalam umno,mentor dia MAZA sedang merangka strategi....depa ni nampak mcm berpengaruh..sorry to say...islam di Malaysia majoriti ASWJ bukan wahhabi,mereka status org awam dalam ilmu agama tapi ..org awam yg tidak bergelar ulamak tetap berilmu dan paham masalah khilafiyyah dan masalah dasar iaitu soal aqidah....umno jgn berbangga dgn 40 wahhabi...demi alif ba ta...bukan wahhabi

Muhammad Azli Shukri said...

nazrul azat saya tak pernah minta agar tuan memautkan blog saya kepada blog tuan..harap tuan faham pendirian saya. Tuan boleh padamkan link saya jika tuan mahu. Tak perlu tuan risau atau minta keizinan untuk berbuat begitu daripada saya. harap maklum.

Anonymous said...

tuan azli 40wahhabi tu liabiliti umno sebenarnya...nampak mcm bagus untuk umno tapi tak bagus untuk keseluruhan umat islam dan perjuangan...maybe ahli umno boleh berlapang dada ngan mereka walaupun bukan semua,bukti dan contoh ada diKelantan berapa ramai tok2 guru senyap pasal wahhabi (nikaziz)kerana takut berlaku perpecahan tapi akhirnya meletup juga...40 wahhabi tu liabiliti jangka panjang..mereka hipokrit masuk umno pun sebab menentang ulil amri jheains..dibawah naungan kerajaan umno juga...

abu said...

Agenda wahabi nak tunggang parti,jika benar tauliah tu hanya alasan,utk ustaz azhar tu dikira setimpal kerana asyik celupor dalam ceramah..bior dia sedor pas pun dah kena tunggang,dan dia tu tak ade nilai disisi pas wahabi.

abu said...

yang hentam umno itu sapa,sebahagian geng pulak pura2 sokong umno,nak suara kemudian nak jadi pengerusi majlis ulamak umno yang sendiri cadangkan..harap2 ada ulamak yang mampu halang mereka,apa tugas menteri agama tu.Kita tunggu saja...

abu said...

Tapi andai maklumat Pak Cu Wel itu tak tepat,memang bagus kena ada kebenaran n tauliah dulu...lagi pong ustazc azhar tu bias dan maing politik.

Anonymous said...

setuju dgn abu,sendiri cadangkan majlis ulama umno,sdiri isytihar pengerusi majlis ulama..sedangkan takde perbahasan....40 wahhabi umno syok sdiri.....umno tak perlu termakan provokasi Pas..umno kata berjuang melayu dan islam..secara umum kita tahu islam di Malaysia mengamalkan apa yg telah kita maklum...islam bukan untuk wahhabi...tak perlu terikut2 rentak Pas..Malaysia bukan timur tengah....sistem politik Malaysia walaupun berparti..parti bukan institusi agama...umno telah mempertahankan institusi agama ..walaupun banyak kelemahan dan kejahilan pada ahli...kejahilan bukan bermakna tak tau apa apa langsung pasal agama..

Anonymous said...

harus dipikir dan di ingat...penolakan rakyat dan tsunami politik berlaku dulu bukan kerana masalah perbezaan pahaman agama..kerana nik azizal wahhabi tidak ditentang oleh tok2guru dan ulamak dikelantan hanya kerana kepentingan ummah tok2guru pondok tu pun tak g mengundi nik aziz..hehehe,tsunami politik berlakukerana kos2 sara hidup ..minyak yg di mainkan oleh aljuburi

Nok said...

yg aku tahu kebanyak puak2 wahabi diMAIK dan KHEIK ada yg syiah juga...tapi ada ustaz tempat aku belajar mengatakan kebanyakan ulamak Pas termasuk nik aziz alaihisalam mereka2 ni "ahli punah wallupah" jemaah yg tidak di terima tuhan amalan mereka....oleh kerana mereka ni sesat macam ayah pin, sembahyang mereka pun kita tak boleh jadi makmum......

Anonymous said...

HAHAHAHAHHAHAAHA DULU BILA MAIS TANGKAP BOB PASAL XDER TAULIAH AHLI2 PAS BISING DAN TUDUH UMNO MACAM2 SEKARANG NEGERI PAS SENDIRI MINTA TAULIAH DARI USTAZ PRO PAS SENDIRI.. HAH XKAN NAK MARAH UMNO JUGAK KOT...UNTUK MAKLUMAN SEMUA MAJLIS ULAMA UMNO BELUM LAGI TERTUBUH DAN CUMA BARU CADANGAN SAHAJA....NIE SEMUA BALASAN DARI ALLAH S.W.T UNTUK SEMUA TOTOK PAS

Anonymous said...

USTAZ USTAZ SELAIN DARI USTAZ UGAMA BARU PAS SEMUA NYA IKHLAS MENGAJAR DAN BERDAKWAH, MEREKA MEMBAWA AJARAN ISLAM SEBENAR TIDAK SAPERTI USTAZ-USTAZ PAS YANG SEBAHAGIAN BESARNYA MENGAJAR AGAMA DEMI POLITIK MURAHAN.CONTOHNYA BOB LOKMAN BARU SEPATAH DUA BELAJAR DOA MAKAN DAN BACAAN MANDI JUNUB SUDAH DIANGKAT SEBAGAI USTAZ DALAM JEMAAH TOLOL PAS....BEGITU MUDAH NYA TAULIAH USTAZ DAN ULAMA MENGIKUIT KACAMATA PENGANUT AGAMA PAS...TAHU MENCERCA DAN MENGEJI SUDAH DITABAL USTAZ, TOLOL SUNGGUH PENGANUT AGAMA SESAT PAS...SEBENARNYA USTAZ PAS NI DITIMPA SATU PERASAAN RIAK,SOMBONG DAN PERASAN YANG TIADA UBATNYA...PERASAN DIRI BAIK DAN SEMPURNA PADAHAL SATU SEN PUN TIADA KELAS DAN KELULUSAN MEREKA PUN BOLEH DIPERTIKAIKAN....HANYA TAHU MENGEJI DAN MENGATA ORANG DALAM CERAMAH SUDAH DAPAT TITLE USTAZ KE? HERAN SUNGGUH AKU...AKU PUN ORANG KELATE JUGA TETAPI TIDAK MENGIKUT JEMAAH TOLOL INI.

Anonymous said...

kasihan rakyat kelate, kasihan negeri kelate, ekonomi teruk. sumber alam rosak,sosial parah, akidah punah, apa lg yg tinggal? semuanya dimusnahkan oleh PARTI AJARAN ISLAM DGN WALINYA NA ALAIHISSALAM......YA ALLAH JAUHILAH SEGALA KEMUNGKARAN INI DARIPADA BERTEURSAN. SEDARKANLAH RAKYAT KELANTAN DLM PRU13 NANTI.

Anonymous said...

orang yg sama comment tetapi menggunakan nama berbeza agar nampak ramai penyokongnya.
Melucukan kerana gaya penulisan adalah sama sepatutnya kalau nak menunjukkan ramai yg menghemtam gunakanlah gaya penulisan berbeza2...

Anonymous said...

maik pun ramai umno gak..geng2 sultan dulu

Anonymous said...

setakat saya tahu macam kes bob lokman masa kes tu negeri selangor bawah PR sekiranya PR ada kuasa ke atas majlis agama kenapa mereka tak arahkan supaya bob lokman dibenarkan ceramah?? bukan kah bob masa tu pro PR tepat lg Pas??? sama contoh nya membaca khutbah jumaat menggunakan teks yang disediakan,,semua negeri wajib mematuhi yang memantau adalah majlis agama negeri,,sekiranya Kerajaan negeri ada kuasa kenapa mereka tak halang dari guna teks contoh kelantan???sedangkan ada ura2 mengatakan imam ada unsur2 politik dalam khutbah(condong pada pembankang)???bukankah itu mengutungkan parti contoh Pas?
bukankah ada persamaan dengan kes ustaz azhar idrus??

ore sama

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu