Tetamu Kehormat...

December 18, 2011

Isu Mahathir Pinjam Bank Dunia - Isu Basi Yang Sudah Selesai! Baca Berita Tahun 1999 Ini


KUALA LUMPUR 2 Jul 1999 - Bank Dunia menyifatkan Malaysia sebagai antara negara peminjam yang terbaik dalam keberkesanan penggunaan dana dan pembayaran balik pinjaman. Pengarah Dasar Sosial dan Kawal Selia Bagi Rantau Pasifik dan Asia Timur Bank Dunia, Katherine Marshall, berkata keadaan itu berdasarkan kepada prestasi Malaysia daripada aspek kemajuan dan keputusan projek yang dilaksanakannya menggunakan dana yang disalurkan bank itu.

"Saya tidak dapat mengulas perhubungan khusus kami (Bank Dunia) dengan Malaysia, tetapi Malaysia sentiasa menjadi antara peminjam yang mempunyai prestasi terbaik dari aspek keputusan dan kemajuan (projek)," katanya selepas menyampaikan ceramah di jamuan malam anjuran The Kuala Lumpur Society and Integrity di Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Bank Dunia berpuas hati cara Malaysia menggunakan pinjaman yang diperolehinya daripada bank itu. Menurut laporan kewangan Bank Dunia berakhir 30 Jun lalu Malaysia memperolehi tiga pinjaman berjumlah AS$404 juta (RM1.54 bilion) daripada bank itu.

Sebahagian besar pinjaman itu berjumlah AS$244 (RM927.2 juta) adalah bagi bidang pendidikan membabitkan pembinaan 60 sekolah, asrama dan perumahan untuk kakitangan perguruan. Kira-kira AS$100 juta (RM380 juta) pula disalurkan kepada Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan (Mampu) bagi mengatasi masalah Y2K di agensi kerajaan. Sebanyak AS$60 juta (RM228 juta) lagi adalah untuk program sosial seperti pembinaan pusat jagaan harian, tadika untuk golongan miskin dan pusat perlindungan wanita.

Marshall berkata, adalah menjadi dasar Bank Dunia untuk memastikan pinjaman yang diberikannya digunakan sepenuhnya bagi projek yang dinyatakan di dalam permohonan dan dengan cara yang berkesan. "Kami akan membuat penilaian dan jika timbul keraguan pinjaman tidak akan dikeluarkan," katanya sambil menambah ada banyak kes yang bank itu tidak berpuas hati dengan bil yang dihantarkan kepadanya tidak menepati piawaian yang ditetapkan. "Apabila ini berlaku, kami (Bank Dunia) tahu kemungkinan berlakunya perbuatan rasuah sistemik," katanya.

Beliau berkata, walaupun sukar untuk mengawal kegiatan berkenaan tetapi adalah menjadi tugas Bank Dunia untuk memastikan dana yang dikeluarkannya digunakan secara jujur. Katanya, ini kerana penyelewengan penggunaan dana pinjaman yang diberikan hanya akan merugikan pembayar cukai. Katanya, rasuah dan penyalahgunaan sumber sememangnya menyebabkan pinjaman yang disalurkan tidak diterima sepenuhnya oleh penerima akhir iaitu rakyat.

Sebelum itu, dalam ceramahnya Marshall berkata, Malaysia adalah contoh yang baik bagi Afrika Selatan dalam melaksanakan reformasi sosial dan ekonominya. Katanya, Afrika Selatan kini menghadapi cabaran yang besar dalam menangani masalah ketidaksamaan dalam pengagihan ekuiti antara kaum kulit hitam dan putih. - Berita Harian

4 comments:

Anonymous said...

1-Orang Kafir - memang Tak Nak HUDUD

2-Orang ISLAM - Negara ISLAM,HUDUD adalah WAJIB

3-Orang FASIK -Memang kita ISLAM,tapi kita belum bersedia melaksanakan HUDUD.

Anda?

Muhammad Azli Shukri said...

Orang kafir - tak kisah untuk mencarut, mengumpat, memfitnah dan mencari kesalahan umat islam

Orang Islam - mengumpat, mengadu domba, mencarut sesama saudara seIslam hukumnya haram

Orang Fasiq/Munafiq - mengumpat, mengadu domba, mengutuk, mencaci saudara seIslam yang berada dalam UMNO adalah harus/wajib hukumnya

Anda pula?

Anonymous said...

KEPADA ORANG PAS - UMNO BERKONGSI KUASA DENGAN MCA DAN MIC HUKUMNYA KAFIR.

TETAPI MEREKA BERKONGSI KUASA DENGAN DAP (KAFIR HARBI) HUKUMNYA HARUS.

WAHALALUN BAGI PAS DAN WAHARAMUN BAGI UMNO ATAS PERKARA YANG SAMA. DAN YANG SEDIHNYA PENYOKONG PAS TERIMA TANPA SOAL.

MAKA JADILAH SOLAT JUMAAT DUA IMAM.
SEMBELIHAN ORANG UMNO TAK BOLEH MAKAN. NIKAH OLEH ORANG UMNO TAK SAH DAN MACAM-MACAM LAGI YANG TAK SEPATUTNYA BERLAKU.

BILAKAH ORANG ISLAM DI MALAYSIA INI BOLEH BERSATU SEBAGAIMANA KEHENDAK AJARAN ISLAM YANG SEBENAR.

PRU 13 said...

Habis tu, macamne skrg ni? Aku dah pening ni.. Haha