Tetamu Kehormat...

December 13, 2011

Husam Musa Saman Dua Bloggers UMNO

KOTA BHARU, 13 Dis: Doktor pakar Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Ahmad Shawani Mohd Sidek, 40 memberitahu mahkamah beliau pernah merawat bapa blogger Umno, Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad. Ketika memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini katanya Roban Ahmad Samsir dirawat di wad pada 27 September hingga 4 November 2009 kerana menghidapi penyakit kencing manis.

Katanya, beliau boleh mengingati pesakit terbabit memandangkan namanya agak unik, dan kebetulan pula mendapat panggilan telefon anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menanyakan nama pesakit terbabit.

“Sekadar memberi nama pesakit tidak menyalahi peraturan dan saya bukannya memberitahu lanjut jenis penyakit,” katanya menjawab soalan peguam defendan Adly Abdul Manas,” katanya.

Kes tersebut dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Husam diwakili peguam Hisham Fauzi turut dibantu Zainal Abidin Mustafa dan Rosilawati Zakaria. Bagaimanapun Zainal tidak hadir kerana ada kes lain di Putrajaya. Naib Presiden PAS itu menyaman Faisal kerana menyiarkan tulisan berunsur fitnah dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009.

Rencana tersebut bertajuk “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.” Husam dalam pernyataan tuntutannya sebelum ini menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan mengelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya. Ekoran itu plaintif melalui peguam mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.

Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama dan membayar ganti rugi RM500,000. Faisal yang hadir bersama keluarganya dijangka menjadi saksi pihak defendan pada perbicaraan yang akan disambung pada 7 dan 8 Mac tahun hadapan.

Manakala prosiding kes Husam saman seorang lagi blogger mesra Umno, Kickdefella akan diadakan pada 18 Disember depan juga di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Pada pengurusan kes sebelum ini Kickdefella, nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon memindahkan kes tersebut ke Kuala Lumpur, namun dibantah plaintif.

No comments: