Tetamu Kehormat...

December 12, 2011

Hasan Ali Sokong Perpaduan UMNO-PAS

27 comments:

Anonymous said...

inilah pejuang islam sebenar

Anonymous said...

Melayu dan Muslim bersatu demi Islam.

Dato Hasan Ali, lead the way.

Anonymous said...

Rais Yatim ketika berucap dalam satu majlis ramah mesra dengan Orang Asli di suatu tempat meminta orang Melayu meniru sikap Orang Asli dalam memberi sokongan kepada BN.

Mungkin bagi orang Umno bersetuju sangat dengan cadangan itu kerana orang Umno yang tahu status dan juga maruah diri mereka

Cadangan Rais itu telah meletakkan orang Melayu jauh lebih rendah tahap pemikiran siasahnya dari Orang Asli. Pasti orang Melayu Umno sajalah yang melompat-lompat gembira dengan cadangan itu.

Anonymous said...

Untuk bersatu, UMNO dan PAS mesti mempunyai kerangka visi dan misi perjuangan yg seiring. Langkah pertama ialah, UMNO mesti menyokong dan membuka jalan kepada perlaksanaan syariah Islam secara menyeluruh.Lebih spesifik lagi, mengambil langkah pertama perlaksanaan hukum Allah dan kerja-kerja amar maaruf nahi mungkar terutamanya amalan rasuah,judi dll yg menjadi dosa besar di sisi Allah. Kalau bersatu semata utk menguatkan bangsa melayu sahaja, itu lari dari manhaj perjuangan yg dibuat oleh Rasulullah SAW, dgn kata lain bersatu utk bangsa saja, bukannya demi Islam.Berlaku polariti kaum dan perpaduan rakyat menjadi longlai dan mudah tercetus api permusuhan kerana masing-masing curiga-mencurigai. Kes terburuk seperti berlaku pembunuhan etnik di Eropah Timur dahulu. Islam dominan, agama dan bangsa lain menumpang rahmat. Melayu angkuh, bangsa lain menaruh lukah.

Anonymous said...

Saya sokong dan berada dibelakang Dato Hasan Ali

Anonymous said...

Melayu mesti bersatu.. berpandukan Islam... tapi nape UMNO tak terima undang-undang Islam ... sedangkan Brunei negara kecil akan laksakan hukum hakam yang telah diperintahkan oleh ALLAH.... Bak kata YAB Dato Seri Najab....berubah atau rebah.. kalau UMNO tak mahu berubah meninggalkan undang-undang Britain..kepada undang-undang Islam ..MUNGKIN UMNO AKAN REBAH.

Anonymous said...

Saya turut menyokong pendirian Dr. Hassan Ali.

Arip Sepina said...

Soalan keempat dari mahasiswa yang tidak sempat dijawab sewaktu Forum di UIAM bersama Ust Fathul Bari Mat Jahya dan Dr. Roslan Mohd Nor tempohari. Soalan itu berbunyi : Kenapa PAS Tidak boleh bergabung dengan UMNO.

Jawapannya :

1. Penyatuan secara asasnya adalah suci malah dituntut. Tiada siapa yang mahu berpecah dan berpisah tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh.

2. Namun .... sungguhpun Islam menggalakkan malah menyuruh supaya ummatnya bersatu padu, Islam meletakkan syarat serta garis panduan yang jelas bagaimana penyatuan itu wajar dilakukan atau sebaliknya. Antaranya Firman Allah:
Wahai orang - orang yang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar - benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan kamu tunduk menyerah diri kepada Allah swt. dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah dan jangan sekali - kali kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika dulunya kamu saling bermusuhan maka Allah telah menyatukan hati - hati kamu, lalu dengan nikmat Allah itu kamu bersaudara sedang kamu telah berada di jurang api neraka, lantas Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah dijelaskan oleh Allah kepada kamu ayat - ayatNya, mudah - mudahan kamu beroleh petunjuk.

Surah Aali Imran 103

3. Ayat di atas jelas meletakkan syarat utama untuk tidak berpecah belah ialah berpegang teguh dengan Tali Allah iaitu Al Quran atau Al Islam bukan bangsa atau warna kulit jauh sekali harta benda, pengaruh dan pangkat. Lantaran penyatuan manusia adalah melibatkan penyatuan hati dan hati tidak boleh dijinakkan dengan harta benda dunia. Firman Allah swt :

Dialah [Allah] yang telah menyatukan antara hati - hati mereka. sekiranya engkau membelanjakan keseluruhan apa yang ada di atas muka bumi ini, nescaya engkau tidak boleh menyatukan hati - hati mereka akan tetapi Allah swt telah menyatukan antara mereka sesungguhnya Ia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Surah al Anfaal 63

4. Islam adalah asas penyatuan. Tanpa Islam bagaimana mungkin penyatuan itu boleh direalisasikan. Sementara kebajikan dan taqwa pula menjadi objektif utama kepada penyatuan yang dianjurkan oleh syariah. Firman Allah swt :

dan bertolong bantulah kamu dalam perkara yang membawa kepada kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara yang mengundang dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah swt sesungguhnya balasan Allah sangat dahsyat.

Surah al Maaidah 2

5. Ayat di atas pula bukan sahaja menyuruh kita bertolong bantu, bekerja sama dan bersatu padu untuk melakukan amal kebajikan dan bertaqwa kepada Allah [ dengan melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah swt dan meninggalkan apa jua yang telah dilarang oleh Allah swt.] tetapi nas di atas juga melarang sebarang kerjasama dan penyatuan yang menumbuhkan bibit dosa serta menyuburkan permusuhan sesama ummat manusia.

Arip Sepina said...

Sambungan komen saya

6. Demikian asas yang perlu difahami oleh semua mengenai konsep perpaduan. Apabila ditanya mengenai penggabungan antara PAS dan UMNO, maka saya harap semua dari kalangan kita merujuk kepada prinsip dan konsep yang telah saya jelaskan di atas dengan jujur dan adil.

7. ...... pun begitu, untuk aman, damai, sejahtera, harmoni dan sebagainya buat masa ini, jika UMNO mahu terus kekal dengan dasar partinya hari ini, maka PAS dan UMNO terus menjadi parti yang berbeza lalu wujudkan suasana check and balance.

8. Keperluan utamanya ialah kematangan dalam berpolitik. Elakkan politik fitnah dan adu domba. Begitu juga dengan politik dedah aib dan politik caci maki. Sebaliknya amalkan politik yang diperkaya dengan akhlak. Politik berteraskan hujjah dan fakta. Politik yang matang dan berhikmah.

9. Saya mengharapkan generasi muda hari ini boleh memulakan politik jenis ini. Politik baru ke arah masa depan negara dan ummah yang lebih bertamadun. Hentikan persengketaan dengan menamatkan pencabulan dan penindasan.

10. Sebagai satu contoh mudah, Kerajaan persekutuan yang ditulang belakangkan oleh UMNO mestilah mengembalikan semula royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu dan Kelantan kerana ini antara punca persengketaan antara UMNO dan PAS. Lebih klasik, persengketaan antara PAS dan UMNO ialah pada perbedaan dasar dan manhaj perjuangan. Maka janganlah UMNO mempersendakan hasrat PAS untuk melaksanakan syariat Islam khasnya di Kelantan.

Aznan Isa said...

Azli Shukri tak paham ape yang dimaksudkan. Dato' Paduka Hassan Ali kata kalau perpaduan itu bersandarkan pada dasar Islam dia tak kisah. Nak tanya Azli ni. Umno ni berlandaskan syariat Islam ke? Fikir2kan lah....

Anonymous said...

nak tanya aznan isa dap dan pkr berdasarkan syariat islam ka

Anonymous said...

Dengar cerita CEO NFC (suami Sharizat) dpt gaji 100k sebulan, anak sulung (age 31) dpt gaji 45k sebulan, anak kedua (age 27)dpt 35k sebulan, anak ketiga (age 25) dpt 35k sebulan. Jika ini betul, ia sesungguhnya memalukan. Ambil duit rakyat buat bayar gaji besar.

Anak saya pun graduate juga. UPSR, PMR, SPM dapat semua A. Umur 24 tahun. Kerja swasta. Dia pun work hard. Balik kerja paling awal jam 9 malam. Kadang2 sampai 1 pagi. Gaji dia RM2,700/sebulan. Adakah anak saya akan sokong BN/Umno kalau begini keadaannya? Saya dah tahu jawapannya. Umno tak boleh kelentong orang cerdik. Umno is not capable of changing, not with the current leaders.

When more than 50% of our working population is earning less than RM2k/month, tak tahu malu ke mereka-mereka ini. Merompak siang dan malam, 7 hari seminggu. Perompak Ali Baba P Ramli pun ada cuti hujung minggu

kahkahkah
kahkahkah
kahkahkah
kahkahkah

Orang melayu yang sukung umno ni mesti tahap pemikiran dia macam org asli..kahkah....bukan aku kata ayah dino..rais yatim yg kata

Anonymous said...

Anon December 13, 2011 12:41 PM tulis -

nak tanya aznan isa dap dan pkr berdasarkan syariat islam ka

Jawapan juga utk Arip Sepina.

Kan lebih baik bila kita duduk semeja ... cari ape yg kita boleh buat bersama utk kebaikan org Melayu/Islam.

Nani Cheras.

Anonymous said...

Melayu mesti bersyukur, kan akan dapat RM500 duit BR1M nanti..

Anonymous said...

Elok juga Pas dan Umnu tak bersatu, dapat juga golongan kafirun jadi PM. Kalau Pas dan Umnu bersatu memang takdak can lah kafirun duduk kat kerusi berkenaan.

Pencacai BN dan PR sebenarnya berfikiran terbuka macam orang AS yakni Obama jadi presiden pun tak apa asalkan agenda pro Zionis terlansung tanpa henti.

khik khik khik

Anonymous said...

Dulu masa umno menang besar mengapa tak ajak PAS bersatu. Mengapa surah bersatu hanya di baca bila PAS Kuat dan UMNO lemah....

Sekarang bubar UMNO dan semua join umno. kita tegak syiar Islam...

Anonymous said...

nak tanya aznan isa dap dan pkr berdasarkan syariat islam ka

December 13, 2011 12:41 PM

Komen:

gaharu cendana pula; dah tahu bertanya pula.

kan jelas bahawa PR tidak ikut syariat agama.

apa yang PR pegang adalah kitab kandungan kitab jinggay.

sekian wassalam.

Anonymous said...

Islam di dahulukan melayu bersama nya.Bukan Melayu di dahulukan dan Islam mengikut nya.Kalau melayu di tegak kan atas akidah kebangsaan nya maka Melayu Sesat dan Islam terpinggir. Ini lah kecuaian UMNO dulu kini dan selamanya. Hingga runtuh nya insitusi agama di negara ini.

Kita melihat hari ini umat islam di negara ini sangat lemah, buang anak merata-rata, zina merata-rata. disko kelab malam dadah , arak, judi dan pelbagai lagi membukti kan kegagalan UMNO.

Ini adalah menegak kan Melayu dan islam mengikut nya. dalam erti kata lain melayu dulu baru Islam.

Anonymous said...

Anon 2:36,

ko nak kata Umno itu dan ini, itu ko punya pasal tapi ko jangan hina orang Asli Ok?

ko hina Umno, Umno boleh balas dan sebaliknya Umno hina Pas/PKR, ko boleh tolong jawab.

tetapi kalau ko hina Orang Asli, nanti Tuhan yang akan balas perbuatan ko tu.

Ada akai?

Anonymous said...

4:15,

habih ko nak ikut stail serambi pok nik atau stail rumah cinadol ketua umum baru ko yakin semua gejala mungkar terhapus? gitu ke?

Anonymous said...

Pada 2 September 1998, media seperti Utusan Malaysia atau nama timangannya "Utusan Meloya" serta TV3 menyiarkan berita dan afidavit penuh dari beberapa individu bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam perlakuan liwat. Kebanyakan penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat pada ketika itu tidak mengenali Anwar, begitu juga dengan saya. Semua dalam keleliruan.

Tetapi, saya mula menyoal kalau betul Anwar bersalah, pasti dia bukan begini peribadinya. Orang bersalah tidak akan berani berceramah di hadapan khalayak ramai, apatah lagi untuk bertentang mata dengan ribuan manusia. Sebagai manusia berakal, saya perlu mencari kepastian. Ketika itu, dari dua hingga ke 20 September, setiap malam di rumah Anwar diadakan ceramah.

Pada satu malam, saya berkesempatan untuk kali pertama mendengar ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di rumahnya di Bukit Damansara. Siang itu, penulis ucapan beliau Dr. Munawar Anees ditangkap.
Ceramah beliau pada malam itu mematikan keraguan saya termasuk satu baris pidato yang sangat penting dan signifikan.

Kata Anwar, merujuk penangkapan Dr Munawar, lebih kurang begini: "Kenapa tangkap orang-orang saya? Tangkap saya. Saya pemimpin!!!".

Hanya mereka yang "berani kerana benar" boleh berbicara seperti itu. Kata-kata seperti ini tidak mampu lahir dari mulut seorang yang bersalah. Atas kebenaran ini, dia berdiri tegak dan mencabar para rangkaian konspirator. Atas kebenaran ini, dia menerjang segala risiko demi membela orang yang dipimpin.

Saya percaya kalaulah situasi ini dihadapi oleh Dr Mahathir, sejak awal beliau sudah lari ke kandang kuda di Argentina dan membiarkan pengikut-pengikutnya menghadapi segala risiko. Dan kalau Najib mungkin sudah lama lari ke Mongolia.

Maka Mari lah kita Menyokong PKR untuk Datuk Seri Anwar Menjadi Perdana Menteri.......

Kita lihat pemimpin lembu ..bila kena serang oleh lembu gila maka hanya mampu selak kain..kahkahkah

Anonymous said...

siapa agaknya yang lari ke kdutaan Turki itew???

Anonymous said...

tertuduh adalah mantan menteri elit dalam sebuah negara islam. malu lar kalau lari.

ZAJAH said...

Aku masih tak faham kenapa ada lagi orang yang menyokong Anwar walaupun telah terang, jelas dan nyata bahawa dia kaki pembohong yang tiada tolak bandingnya dalam peristiwa 16 Sept. 2008.

Rakan baiknya yang sedar akan penipuannya semua sudah meninggalkannya kerana tidak mahu terus tertipu. Bekas peguamnya sendiri Dato Zulkifli Noordin, Dato Zahrain, Dato Nalla, Dato Zainur Zakaria, Dato Ezam Mohd Nor, dan puluhan pemimpin2 PKR termasuk Ahli Parlimen dan Ahli DUN semua tela meninggalkannya.

Mereka sudah tidak rela lagi terus tertipu. Tetapi pelik dan hairan masih ada yang suka kena tipu. Alangkah bodohnya mereka ini.

Anonymous said...

sebagai penyokong tegar Anutuh, depa pasti mahukan Anu dapat balik jawatan lamanya. wajiblah tu.

tetapi bukanlah semudah itu kerana penyokong BN tak akan serahkan kerusi berkenaan begitu saja pada juak PR.

oleh itu juak PR hanya boleh tunggu dan berharap

kata putus?

haha sebenarnya terletak dalam genggaman golongan atas pagar (GAP). kalau golongan ini pilih A makanya A lah juara. kalau pilih B makanya B lah juara.

ATAS PAGAR

Anonymous said...

Susahnya nak jumpa orang macam Hasan Ali ni. Mempunyai prinsip dan tak gila kuasa. Saya memang dari dulu respect dengan beliau. Syukur alhamdulillah beliau tidak terpedaya dengan ujian habuan dunia yang ditawarkan DAP. Syabas Hasan Ali. Memang pemikiran orang yang berpelajaran dan berpandangan jauh berbeza dengan mereka yang berfikiran cetek.

hitch said...

sebenarnya....depa yg dilembukan oleh nuar adalah lembu2 yg x berotak....itu pasal depa ni still digelar lembu....
Lembu2 mcm ni....hanya mngikut kata tanpa ada soal...hanya angguk dan tonggeng.....

itu aje la keja lembu2 si nuar ni...