Tetamu Kehormat...

December 5, 2011

Chua Soi Lek Jangan Kurang Ajar!


Chua Soi Lek jangan biadab! Inilah jadinya apabila ajaran Ambiga dan Anwar Ibrahim dijadikan kiblat perjuangan politik. Asas ajaran Ambiga dan Anwar Ibrahim dalam politik ada dua macam - pertama "anda bebas berkata apa-apa sahaja" kerana ini negara demokrasi bebas bersuara. Kedua, "anda bebas tunjuk perasaan dan buat apa-apa sahaja yang anda suka, termasuk hubungan seks sejenis" kerana ini negara demokrasi hak asasi manusia.

Sebab itu apabila Nga Kor Ming baca ayat al-quran dengan tajwid yang salah pun, mereka akan kata "tak apa, ini budak baru belajar, dia bukan orang Islam", dan apabila orang Kristian begitu agresif memurtadkan umat Islam mereka akan dakwa pula, "ini tentu rancangan jahat UMNO". Jadi - Chua Soi Lek jangan cakap sebarangan. Walaupun anda orang Barisan Nasional, itu bukan bermaksud anda akan disokong walaupun anda telah melakukan kesalahan. Jangan hina hukum Hudud! Anda akan diserang hebat oleh para bloggers. Ajaran "cakap ikut sedap mulut" tiada tempat dalam Barisan Nasional - itu ajaran Ambiga dan Pakatan Rakyat. Masih ingat Karpal Singh hina hukum Hudud dan negara Islam? So, nasihat saya kepada Chua Soi Lek agar jangan terlalu bercakap ikut sedap mulut! Cara BN/UMNO berbeza dengan Pakatan Rakyat. Ada faham?

11 comments:

akubekaspkr said...

DAP kurang ajar cara DAP,
MCA kurang ajar cara MCA
PKR kurang ajar cara PKR,

Semua sifat kurang ajar puak2 ni sepatutnya menyedarkan Melayu/Islam untuk bersatu dan bermuzakarah sesama kita.

Bangkitlah Melayu/Islam....Bersatu kita bersatu...

Anonymous said...

UMNO pun tolak HUDUD

Anonymous said...

saya tak pernah dengar umno tolak hudud sejak mahatir lg. yg sy dengar dokumen huhud yg pas buat itu bnyk kelemahannya dan wajib disemak semula. buktinya selepas 20 tahun baru poknik nak cek sebelum boleh dijalankan....tak GILA NAMANYA TU????

Anonymous said...

kah kah kah..

ada berani UMNO kata kepada MCA seperti tuan guru Nik Aziz kata kepada DAP...

kami (PAS ) akan laksana hudud dan kalau DAP nak keluar Pakatan di persilakan...

UMNO kalau ada telor sila halau MCA keluar dari BN....

Anonymous said...

Kalau ada orang Islam murtad maka agamawan akan kata kaji dulu kelemahan sendiri sebelum menuding jari kepada pihak yang memurtadkan ummah!

Makanya dalam konteks hudud, kalau ada pemimpin bukan Islam masih gentar dengan hudud kenapa pulak MCA dipersalahkan tetapi bukannya ummah?

Kesimpulannya: Ummah jangan double standard dalam hal agama. Kalau dalam kes murtad ummah disaran bermuhasabah diri kenapa pula dalam kes murtad puak kafir disuruh bermuhasabah diri?

Observer

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Umno dilihat berada dalam keadaan terdesak serta bertekad memperjudikan agama Islam apabila sanggup menghina hukum hudud di pentas kendalian MCA.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkely Ahmad yang dihubungi Harakahdaliy memberitahu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin amat mengejutkan dan mengecewakan.

Mohd Kamal Sadin semalam dilaporkan mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Beliau yang bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, semalam berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

Bagi Dr Dzulkefly, sepatutnya seorang yang mempunyai latar belakang agama perlu menyemarakan nilai-nilai murni Islam terutamanya hukum hudud dengan menonjolkan perkara-perkara yang baik sebagai menghilangkan kesangsian orang bukan Islam.

"Perkara yang perlu dilakukan olehnya, sepatutnya menghilangkan kesangsian orang bukan Islam tentang sebenarnya hudud bukannya memperlekehkan kemuliaan hukum tersebut.

"Perkara yang ditimbulkan oleh beliau itu sudah dijelaskan sewaktu di parlimen dan juga oleh tokoh-tokoh ulama, tetapi apa yang dilakukan oleh beliau adalah sebaliknya sehinggakan sanggup memperjudikan hukum Allah dan juga agama Islam," jelasnya yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor. - Hrkh.

Anonymous said...

kalau nama Allah parti isle sanggup jual apa sangatlah tentangan terhadap definisi dan cadangan hudud yang mahu dibawa oleh parti isle. tak gitu?

Anonymous said...

sepatutnya perkataan kurang ajar dilontarkan kepada pihak yang memurtadkan ummah dan bukannya pada CSL sorang saja. janganlah berpilih-pilih dalam menentukan siapa kurang ajar dan siapa tidak. tak gitu?

Anonymous said...

'perpecahan' dlm UMNO apabila nak PRU13 lebih kronik daripada perpecahan PAS dgn UMNO. Masakan dipujuk, diugut utk tidak tikam belakang. Kena baiah lagi. Petua untuk bersatu hati ialah mencintai Allah dan perjuangan di jalanNya dan ganjaran syurga nan abadi, bukannya mencintai parti yg lebih kurang macam organisasi koperasi dan korporat nak cari makan.

Anonymous said...

pas minta Dap keluar dari pakatan kalau tolak hudud.

sekarang ini Dap dah tolak hudud.

jadinya siapa yang sepatutnya keluar pakatan?

Pas atau Dap?

Anonymous said...

kalau dulu parti lawan tolak hudud Pas tetapi kini parti rakan sendiri yang tolak.

kalau dulu parti lawan dijaja kerana tolak hudud Pas tetapi kini kenalah Pas jaja rakan sendiri.

soalnya, sampai bila Pas akan bergantung pada faktor penolakan parti lawan dan parti rakan sendiri?