Tetamu Kehormat...

December 8, 2011

Buku Terbaru Lee Kuan Yew Diharamkan!


Lepas ini pasti "riuh" satu negara berkenaan pengharaman buku bapak segala rasis ini...Sudah tentu muka-muka seperti Ambiga, Anwar Ibrahim dan para pejuang kebebasan bersuara akan menyalak ke hulu dan ke hilir menyalahkan pihak kerajaan ekoran pengharaman buku terbaru tulisan Lee Kuan Yew itu. Tidak lupa juga..akan muncul pula para akademik agamawan yang bertaraf profesor atau profesor madya yang lantang mempertikaikan keputusan terkini Jakim tersebut dan akan menganggapnya sebagai satu tindakan yang kolot. Pada hemat saya, sekiranya isu penguatkuasaan terhadap gejala murtad dan ajaran Syiah pun golongan ini berani mempertikaikan tindakan pihak berkuasa agama. Apatah lagi dalam isu seperti ini - sudah tentulah mereka akan bertempik dan melolong menyergah kerajaan, kononnya pihak kerajaan tidak bersikap bebas dan demokratik. Kita tunggu dan lihat - apakah pendirian DAP, PAS dan Anwar Ibrahim dalam soal ini?

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengharamkan buku terbaru bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, yang menggesa agar Muslim republik itu supaya tidak terlalu “ketat” dalam amalan prinsip-prinsip Islam.

Buku “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going” yang merupakan koleksi temu bual dengan beliau, diterbitkan Januari lalu, disenaraikan sebagai antara 15 terbitan yang “diperakukan haram” oleh Jakim dua bulan lalu. Perakuan itu akan dibawa ke Kementerian Dalam Negeri untuk membuat keputusan.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim mengesahkan keputusan itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa penapisan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam Jakim, Oktober lalu. Pengarah bahagian itu dan juga ketua pengarah Jakim tidak respons kepada pertanyaan The Malaysian Insider berkenaan sebab keputusan itu diambil selepas sembilan bulan buku berkenaan berada di pasaran Malaysia.

Pada 9 Februari lalu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, ketika itu ketua pengarah Jakim berkata, Lee sememangnya seorang negarawan yang hebat kerana berjaya memajukan Singapura. Malangnya, kata Wan Mohamad Sheikh, beliau kurang berjaya dalam membangunkan minda keseluruhan rakyat kerana masih terpengaruh dengan landskap 1960-an yang penuh dengan prejudis dan prasangka terhadap penganut Islam.

“Sudah tentu Lee Kuan Yew juga tidak tergamak merosakkan agenda dan pendekatan harmoni yang sedang dibawa oleh Perdana Menteri Singapura sekarang.

“Di samping itu, zaman menyimpan perasaan cemburu tidak berasas kepada negara jiran sudah pun berlalu dan tidak perlu dibangkitkan kerana zaman Lee Kuan Yew juga sudah menjadi sejarah. Sisa usia yang berbaki elok dimanfaatkan untuk mewujudkan rantau yang harmoni,” katanya lagi.

Lee, 88, yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri yang pertama, menteri kanan dan menteri mentor Singapura sebelum bersara Mei lalu berkata dalam buku itu bahawa Muslim di Singapura, dari segi sosial, telah berpisah dan menjauhkan diri mereka dan oleh itu, mereka perlu kurang “ketat” dalam amalan mereka demi membantu integrasi dan proses bina negara negara pulau itu.

Pandangan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan masyarakat Melayu dan umat Islam di Singapura dan juga di Malaysia. Ekoran protes itu, beliau menarik kenyataannya Mac lalu - beberapa bulan sebelum pilihan raya umum.

Anaknya, Lee Hsien Loong yang kini mengetuai parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) hanya memperoleh undi kurang kurang 60 peratus pada pilihan raya umum tahun ini, keputusan paling buruk dalam sejarah negara itu.

Mengikut senarai diperoleh The Malaysian Insider, buku yang turut diperakukan untuk diharamkan ialah 1000 Hikmat (Ali Zulfakar), Methodologi Fiqih Islam Kotemporeri (Dr Ir Muhammad Shahrur), 70 Amalan Benteng Diri, Keluarga dan Kediaman Daripada Manusia dan Jin (Sharhan Shafie), Senjata Mukmin (Abu Mazaya Al-Hafiz), Detik-detik Pembongkaran Agama (NurKhalik Ridzuan), 1001 Mutiara Hikmah dan Hikmah dan Kata Nasihat (Kasmuri Selamat MA), Sebongkah Batu Di Kuala Berang (Faisal Tehrani), Commentary and Translation of the Holy Quran (Hasrath Kambam P.M Peer Muhammad Baghavy), Islam, Kemordenan dan Keindonesiaan (Dr Nurcholish Madjid) dan Islam dan Iman: Aturan-aturan Pokok (Dr Ir Muhammad Shahrur).

Lain-lain ialah Mengenal Diri: Ilmu Peninggalan Tok Kenali (Mohd Yusof Che Wook), The Teachings of the Quran (H.U. Weltbrecht Stanton), Sabda Rasullah S.A.W: Mahdi Aku Ada Dua Tanda (Mohd Zain Hassan) dan Nomad, From Islam to America: A Personal Journey Through the Clash of Civilizations (Ayaan Hirsi Ali).

No comments: