Tetamu Kehormat...

December 11, 2011

Baru Karpal Singh Tahu...


Konvensyen tahunan DAP Pulau Pinang hari ini menjadi medan bagi Karpal Singh bagi membidas timbalan ketua menteri P Ramasamy berhubung kenyataan “godfather” atau “bapa angkatnya”.

Pada ucapannya di konvensyen itu, Karpal yang juga adalah pengerusi DAP Pulau Pinang menuntut timbalannya, Ramasamy untuk memohon maaf atas keceluparannya dan menjaga akhlaknya serta menghormati sumbangan pemimpin veteran.

penang dap convention 111211 1"Siapa yang bina DAP? Pemimpin veteran yang membina parti dan jangan sekali-kali lupa pengorbanan pemimpin-pemimpin ini.

"Parti ini tidak akan berada di kedudukan sekarang tanpa pengorbanan pemimpin-pemimpin veteran dan pemimpin-pemimpin hari ini tidak akan menjadi pemimpin tanpa pengorbanan mereka," katanya.

Karpal juga membidas Ramasamy kerana menyertai parti itu dan cuba melakukannnya mengikut caranya sendiri.

Katanya, tiada siapa pun yang boleh menjadi pangliman perang dalam DAP, termasuk Ramasamy dengan cuba menamakan nama calon-calon pilihannya.

Ramasamy telah berulang-kali menafikan dakawaan itu seperti yang disiarkan di akhbar berbahasa Tamil dan berkata beliau cuma menyatakan bahawa agihan kerusi adalah preregotif jawatankuasa pusat eksekutif DAP.

Karpal juga membidas Ramasamy kerana melabelkan dirinya sebagai ‘bapa angkat”.

No comments: