Tetamu Kehormat...

December 7, 2011

Banjir di Kajang Peringatan Untuk PAS



Pada hemat saya - banjir yang tidak pernah terjadi seteruk ini di kawasan Kajang, merupakan peringatan yang sangat jelas daripada Allah agar jangan sesekali umat Islam menjualkan agamanya hanya untuk mendapat secebis habuan dunia. Isu murtad, isu berleluasanya penjualan arak dan terkini, kewujudan rumah-rumah urut di Selangor seperti cendawan tumbuh selepas hujan masih belum dapat diselesaikan hanya dengan ceramah dan maki hamun sesama umat Islam. Sepatutnya, selepas Pakatan Rakyat menguasai Selangor - PAS sudah mampu mempengaruhi dan mendominasi pentadbiran kerajaan negeri, agar beralih kepada cara dan budaya hidup Islam. Tetapi, apa yang sebenarnya terjadi, PAS kelihatan lebih gemar menjaga hati DAP dan kaum kafir, demi undi serta kuasa. Bersekongkol dengan orang kafir bagi menjatuhkan orang Islam sendiri sama sekali tidak akan menjadikan Islam lebih kuat. Banjir di Kajang merupakan muqadimah peringatan daripada Allah, agar umat Islam bersatu dan meninggal musuhnya yang nyata lagi merbahaya. Wallahulam.

14 comments:

Anak Cucu Tok Pelita said...

Salam, Nampaknya tuan berjenaka lagi, tuan mempertikaikan PAS bersahabat dengan DAP yang kononnya rasis dan anti Islam. Namun nampaknya sahabat tuan iaitu bos MCA terang-terangan mempamirkan sikap anti hukum Islam seperti hudud. Kalau kita sendiri tidak mampu melaksanakan suruhan tuhan maka janganlah pulak kita mengutuk dan mengetawakan orang lain yang berusaha melaksanakannya. Dengan menjadikan isu banjir di Kajang untuk menghentam PAS rasanya suatu tindakan kurang bijak kerana pastinya soalan itu akan berbalik ke UMNO. Antara jawaban pahit yang sukar di telan ialah mungkin juga banjir itu untuk mencuci noda dan dosa pemimpin UMNO sebilangan besarnya hipokrit Islam dan cakap tak serupa bikin. Saya mulanya teruja bila mengetahui Tan Sri Muhyiddin adalah anak seorang ulamak Johor, namun saya kecewa akhirnya dengan penampilan anaknya sebagai artis yang tidak menutup aurat. Pak Lah pun sama! cukup baik dengan penampilan Islam Hadhari tetapi jika melihat ahli keluarga wanitanya, saya ragu adakah benar beliau cucu seorang ulamak tersohor? Dato' Najib lagi lah barai dengan imej isteri yang malas saya nak sebut di sini sehingga bualan ramai yang mengatakan Rosmah ialah suami Najib. Saya sebagai Muslim sederhana yang memiliki kad keahlian UMNO kini memikirkan samada patutkah saya mengekalkan keahlian saya itu setelah melihat dengan tempoh panjang selama 54 tahun, namun UMNO masih gagal sebagai pejuang Islam dan seterusnya memartabatkan ekonomi orang Islam sebaris dengan pencapaian kaum lain. Adakah benar UMNO membela nasib orang melayu atau membela (menternak) orang melayu terutama golongan miskin sebagai aset pilihanraya semata-mata??? Wallahualam.

Anonymous said...

nasihat/pandangan yang diutarakan oleh saudara sangatlah baik,mahukah? puak-puak ini menggunakan akal untuk menerima nasehat itu.Bagi saya mereka lebeh mementingkasn nafsu daripada segala-segalanya.telah sesat dan lagi menyesatkan.mereka dan pengikut-pengikut mereka sajalah yang boleh menukarkan hala tuju,inilah kezaliman yang nyata mereka lakukan keatas diri mereka,bukan orang lain?.

Anonymous said...

Macam mana pulak dengan ribut angin kencang pukul 11 pagi di Port Dickson tempoh hari semasa PM hadir perbarisan julung-julung kali antara Polis dgn ATM, apa firasat tuan ?

Anonymous said...

BENCANA ALAM DITERJEMAH DAN KAITKAN OLEH MANUSIA MENGIKUT SELERA DAN KEPENTINGAN DIRI DAN PUAK-PUAK TERTENTU.

DALAM KONTEKS INI, PEMBLOG TAK BOLEH DIPERSALAHKAN SERATUS PERATUS SEMENTELAHAN PARTI ISLAM TELAH LAMA MENJADIKAN BENCANA ALAM SEBAGAI ALAT UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN PIHAK LAWAN.

ANTI-HIPOKRASI

Anonymous said...

Saudara/Saudari,

Bencana alam kalau nak dikaitkan dengan kebejatan manusia mestilah kebejatan yang besar impaknya terhadap tamadun, melata atau bakal menjejaskan kelangsungan manusia itu sendiri.

Contohnya ialah:

1. Apabila khidmat sang cinadol diangkat lebih utama dari khidmat sang suri. Ini bakal meruntuhkan 'masjid' dan merosakkan pewarisan.

2. Apabila aktiviti seks songsang dibuat secara terbuka dan mendapat sokongan moral yang 'bawa rebah'. Dalam konteks ini makhluk bakal pupus macam dinosaur kalau 50% populasi ambil ia sebagai landasan pemuas nafsu.

3. Apabila golongan anti agama diangkat sebagai "khalifah" oleh para polikader maka terpancarlah hipokrasi beragama. Apa tidak hipokritnya kalau polikader tergamak mengambil puak 'anti agama' sebagai kiblat politik.

Pelayar Blog Politik

Anonymous said...

Banjir di kajang ada kaitannya dengan janji pada orang India yang tidak ditunaikan oleh pemerintah PR?

Anonymous said...

Macam mana pula dengan kebejatan rasuah dan riba melata-lata sehingga dadah mudah diperolehi macam tepung gandum ?

Anonymous said...

Kalau di era para anbia boleh berlaku banjir. Apatah lagi di lain-lain era.

Apabila politikus hipokrit mengalatkan agama semata-mata untuk dapatkan sokongan.

Apabila sokongan yang diraih, dibalas dengan 'melepaskan batuk di tangga'.

Apabila kebejatan dipandang sebelah mata tanpa amal makruf, walhal parti Islam tidak sepatutnya macam itu..

Haha Tak Cukup Petanda Lagi Ke?

Anonymous said...

Banjir di kajang sama saja macam banjir yang melanda Segamat pada 2006 dan 2010. Semua orang terkesan dan marah pada awalnya. JPS bertungkus lumus nak betulkan sungai yang sempit sediakan kolam tadahan banjir.
Dan adakah kerana banjir ini semua orang perlu melatah mencari kambing hitam. Bagaimana pula dengan sikap masayarakat yang suka membuang sampah ke dalam sungai, tidak sembahyang jemaah ketika di pusat banjir..perlu salahkan parti atau pemikiran masyarakat.

Anonymous said...

Kejadian yg lumrah mengikut musim boleh kita katakan itu bencana alam, tapi apabila luar dari kebiasaan, itu boleh kita bertelaah samada bala atau tidak.
Berada dlm nikmat sampai lupa tuhan itu juga satu bala.

Anonymous said...

Mungkin warga Kajang sedang mencari petunjuk dari banjir ini. Semoga mereka ketemukannya!

Anonymous said...

Penduduk Kota Sodom satu masa dulu tidak sedar bala yang akan datang pada mereka.

Mereka sebenarnya cuba memupuskan generasi mereka sendiri dengan amalan tidak sihat.

Tanpa mereka sedar Tuhan boleh melakukan lebih baik dari mereka dan dalam sekelip mata saja.

Mereka mungkin tidak nampak itu semua tetapi kita yang celik dan sedar sepatutnya nampak dan diambil sebagai panduan hidup.

PEMERHATI

Anonymous said...

kenapa kita sesama kaum mahu berbahas berpanjangan. knp tidak kita sesama saudara islam yang mempunyai ukhwah tidak bersepakat dan berganding bahu memperjuang dan mempertahankan kaum kita sendiri drp saling mengata n kena mengena sesama sendiri?? allahuakhbar! allah yg satu.

Anonymous said...

Azli mahu tahu kenapa banjir kerap terjadi di Kajang. Pada zaman BN memerintah dahulu, semua tanah milik kerajaan di bandar Kajang telah diberikan kepada satu pemaju (kroni BN). Maka pembangunan pun terjadi dengan rancaknya. Hampir-hampir tanah terletaknya Masjid Jamek Kajang pun mereka nak serahkan kepada pemaju tersebut. Akibatnya BN telah tewas di kawasan KAJANG pada pilihanraya tahun 1999 kerana orang Islam/melayu KAJANG telah hilang kepercayaan kepada UMNO/BN.Pemaju tersebut telah membangunkan tanpa memikirkan tentang kesan kepada masyarakat dan alam sekitar dikawasan KAJANG. Mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata (WANG!!!!!!!!!!!!). Diharap para BLOGGER jangan tulis sesedap rasa/nafsu. Tak tahu tanya, jangan jadi bodoh sombong.Dari Orang Kajang.