Tetamu Kehormat...

December 17, 2011

"Aib" Hassan Ali dan Nasharudin Mula Didedah! Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi

Kempen memburuk-burukan Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Dr Hassan Ali sudah bermula. Gendang perang sudah berbunyi. Sayang - isu ketidakhadiran mereka dalam mesyuarat PAS Pusat dan negeri dijadikan "aib" bagi menunjukkan kelemahan kedua-dua tokoh yang rasional ini. Malang sungguh nasib Hassan Ali dan Nasharudin. Ukhwah Islamiyyah yang terbina dalam kalangan pemimpin utama PAS selama ini, hancur berkecai kerana kehadiran DAP dan PKR. PAS kini mabuk kuasa, dan yang sebenarnya terperangkap dalam agenda halus musuh Islam ialah Mustafa Ali sendiri. Beliaulah yang tidak sedar bahawa PAS sudah pun berubah haluannya. PAS hari ini bukan lagi sebagai sebuah parti Islam, sebaliknya ia tidak ubah lagi seperti "Biro Agama" yang bernaung di bawah DAP dan PKR - itulah hakikatnya. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan. Mustafa berkata demikian dalam wawancara khas dengan wartawan Harakah dan Harakahdaily semalam.

Ekoran laporan mengenainya oleh Harakahdaily semalam, pelbagai pihak menghubungi Harakahdaily dan Mustafa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Dalam wawancara itu, Mustafa melahirkan rasa kesal dengan kedua-dua pemimpin itu dan menyifatkan mereka sejak akhir-akhirnya terperangkap dalam agenda Umno.

"Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat.

"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat).

"Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir," beritahu Mustafa dalam wawancara khas itu. Ekoran beberapa tindakan dan kenyataan kedua-duanya sejak akhir-akhir ini Mustafa membuat kesimpulan mereka terperangkap dalam agenda musuh.

"Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS," katanya.

6 comments:

Anonymous said...

Dr. Hassan Ali dan Ustaz Nasa tidak perlu risau, mereka akan ada platform yg lebih luas dan hebat untuk menjawab balik. Dr. Hassan Ali akan sirih pulang ke gagang di forum perdana Ehwal Islam di TV1, Ustaz Nasa boleh jadi kolumnis di Utusan Malaysia.

Anonymous said...

ye,, setuju dgn komen diatas.ruang yg lebih luas tersedia untuk menjawab apalagi menghentam pas,tibitiga sentiasa menunggu........

Anonymous said...

ya jadi kolumnis kat paper bapak fitnak dgn paper citer blue...
pejuang islam kat mingguan malaysia... ya... jadi panel forum perdana... komfirm arak tak jual kat shah alam dan murtad kat selangor tak dak kalau masuk umno ... hahahaha
antara PAS dan UMNO..
kita boleh nampak mana lebih islamik...

Anonymous said...

Biasa la.. mana2 yang tak sebulu dengan anwar, kena catas.

Cuba2 ambil hati anwar maca Joe Bedul (gi makeup di siam mcm p.ramlee celup), komferm leh jadi calon.

U berjaya pikat anwar, u dapat jadi calon.

Isu nama Allah, hanya Harun Din tak kena gugur, tapi kena tutup mulut.. bekas Imam masjid negara, Suruhanjaya Pas III kena gugur gara-gara belasah anwar dalam parlimen fasal nuar setuju guna nama/perkataan Allah dalam Injil Bahasa Malaysia untuk ganti Tuhan.

Abis la..ikut sangat pendokong kesamarataan agama bernama Nuar tu.

Orang kafir dok gelak2.. misi perang salib moden berjaya

Anonymous said...

Kalau mahu pokok rambutan berbuah lebat tahun depan, kena cantas dulu dahannya. Cantas dahan nak makan buah itu strategi politik, lebih-lebih lagi dahan itu ada dedalu.

Anonymous said...

Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK

MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA

Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK