Tetamu Kehormat...

December 20, 2011

Aduh...Aduh..Tolooong, Tolong, Panas..Panas..Cukup Hassan..Kami Tak Tahan

Kritikan demi kritikan Dr Hassan Ali terhadap dasar perjuangan PAS yang dilihat semakin tergelincir jauh daripada landasannya, sejak parti tersebut bersahabat baik dengan DAP, sudah tidak mampu dihalang lagi. Bahkan, terdapat sebahagian ahli-ahli PAS yang seolah-olah "kepanasan" dengan kritikan Hassan Ali tersebut. Golongan ini umpama syaitan yang sedang dibakar dengan Surah Yassin - menjerit-jerit dan meraung-raung kepanasan. Inilah akibatnya, apabila Islam diletakkan di dalam peti undi dan demokrasi. Kuasa jadi lebih utama daripada niat suci untuk menegakkan kalimah Allah. Syabas Hassan Ali, semoga Allah memberi kekuatan kepada tuan! Takbirrrr Allahu Akhbar!!!

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Sambil menegaskan beliau bukan “duri dalam daging” bagi PAS, Datuk Dr Hasan Ali mahu parti itu kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar. Exco kerajaan negeri Selangor ini turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.

“PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.

“Saya berjuang bagi memastikan matlamat PAS diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan PAS,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Menurut Hasan, pihaknya mempunyai bukti penyokong PAS semakin berkurangan kebelakangan ini akibat persekitaran sedemikian.

“Penyokong mula menarik diri dari PAS, mereka bukan seperti lembu yang dicucuk hidung, mereka adalah insan yang berbudaya, bertatasusila dan beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual dan laras berfikir yang matang dan mesti dihormati,” katanya mempertikaikan dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali baru-baru ini bahawa dirinya terlibat menghasut penyokong PAS bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak lagi memperjuangkan Islam.

Jelas Hasan, beliau menghormati peranan golongan profesional dalam parti, tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka turut sama berjuang mengembalikan parti kepada matlamat asal perjuangan menegakkan teras Islam.

“Perjuangan saya turut mendapat respons positif Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Tantawi, mereka menyokong usaha saya meletakkan semula PAS di landasan awal,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan yang diambilnya sekarang adalah untuk mengukuhkan parti supaya tidak dilihat terumbang ambing dan tetap konsisten memperjuangkan menegakkan Islam.

“Dari segi kronologi, penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat bersama-sama PKR dan DAP memang menjadi punca perubahan polisi parti daripada perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan, tetapi itu bukanlah faktor utama, terdapat lagi faktor lain yang mempengaruhi perubahan tersebut.

“Namun begitu, saya tidak pernah menyuarakan hasrat PAS perlu keluar dari Pakatan untuk kembali kepada matlamat perjuangan asalnya,” tegasnya lagi. Menurut Hasan, beliau sendiri terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar kerana dilihat memberikan pandangan yang begitu negatif dan mengandungi niat jahat terhadap dirinya.

“Datuk Mustafa terus menyerang saya dengan nada yang agak personal, di mana beliau menimbulkan isu-isu yang tidak berkaitan dengan isu pokok, bahkan memberi gambaran kedudukan saya dalam parti tidak bertahan lama,” jelas Hasan menyuarakan kekecewaannya.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, dirinya bukanlah duri dalam daging kepada parti dan beliau sendiri tidak begitu gemar menggunakan istilah tersebut.

“Tidak timbul isu duri dalam daging dalam PAS, tetapi itu merupakan perbezaan pendapat, yang pada saya harus dihormati,” katanya lagi.

No comments: