Tetamu Kehormat...

November 11, 2011

Tuan Tak Akan Menang Menentang Anwar Ibrahim!

Satu pesanan yang cukup penting oleh seorang ulama' tersohor Prof Dr Yusuf Qardawi kepada Haji Hadi kini sudah hampir jadi kenyataan. Difahamkan pesanan ini sengaja tidak diwar-warkan oleh pakatan pembangkang kerana pesanan ini melibatkan ketua Umum mereka Anwar Ibrahim.

Menurut saksi Ulama’ Besar Prof Dr. Yusof Qardawi berpesan kepada Tuan Guru Haji Hadi agar “berhati-hati dengan Anwar Ibrahim”. Pesanan ini dibuat sewaktu Presiden PAS dan rombongannya meminta pandangan Ikhwanul Muslimin dalam pertemuan mereka di London sebelum 16 September 2008.

Dr. Yusof Qardawi menjelaskan bagaimana penglibatan Anwar dengan Amerika amat mencurigakan apabila RAND Corporation (US) mendedahkan tentang penglibatan Anwar secara langsung dalam buku yang bertajuk “Building Moderate Muslim Network” terbitan yayasan itu dan ditaja oleh Smith Richardson Foundation.

Dalam buku ini didedahkan strategi Amerika merosakkan Islam dengan menaja kumpulan Muslim Moderat di seluruh dunia. Salah satu ciri Muslim Moderat adalah menolak Mahkamah Syari’ah, mengembangkan pluralisma agama dan menggalakkan dialog antara agama.

Smith Richardson Foundation juga merupakan penyumbang tetap kepada satu pertubuhan Yahudi (Jewish Institute For National Security Affair). Jumlah sumbangan tetap yang disalurkan berjumlah USD 125,000 setahun bagi 2002 dan 2003. Memang licik permainan Anwar ini. Sebenarnya dah nampak sangat dia dah ‘kemaruk’ nak jadi PM selepas PRU12 lalu. Rupa-rupanya ada ‘sponsor’ dari luar sana. (Sumber klik sini).

2 comments:

tauke ikan said...

salam. terima kasih sebab pautkan blog. saya nak bican satu benda sebab tuan banyak membaca. Ada satu artikel milogampang keluarkan mengenai Malaysia sebagai top 20 rakan dagang israel dan list tu dikeluarkan oleh EU. masalahnya saya baca di web EU israel bukan anggota EU. Saya tefikir betulkah EU mengeluarkan list tersebut atau milogampang saja nak buat kecoh? atau pun mungkin EU mengeluarkan list tersebut walaupun bukan negara anggota? Saya dah study tapi masih belum dapat jawapan. apa pula pandangan tuan?

Muhammad Azli Shukri said...

saya akan cuba selidik tuan taukeh ikan..InsyaAllah