Tetamu Kehormat...

November 17, 2011

Tengku Razaliegh "Gunting Dalam Lipatan"?

Akhirnya - melalui buku tulisan terbaru Syed Husin Ali berjudul, "Memori Perjuangan PolitikSyed Husin Ali" mendedahkan secara sinis dan mungkin juga secara berterus-terang siapakah sebenarnya gunting dalam lipatan yang selama ini cuba menjatuhkan kepimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara kotor lagi jahat. Pakatan Rakyat yang cuba merampas konsensus demokrasi pilihan rakyat secara zalim, cuba berselindung di sebalik "keizinan" undang-undang yang membenarkan kejatuhan sesebuah kerajaan pilihan rakyat secara "lompat parti" - melalui agenda jijik 16 September Anwar Ibrahim.

Di sisi lain, peranan Tengku Razaleigh yang samar-samar dalam agenda hanyir 16 September dan tidak pernah pula bersuara, mahu pun bersetuju dengan segala laporan daripada pihak Anwar Ibrahim - menampakkan lagi seakan wujud sikap "tunggu dan lihat" dalam menentukan arah kiblat politik masing-masing. Dan kejujuran Syed Husin dalam bait-bait tulisannya yang berbunyi.. "Sebahagian besar ahli parlimen yang bersetuju meninggalkan BN itu adalah bukan bumiputera Islam" - Membuktikan kewujudan anasir "kawan tikam kawan" dan tahap ketidakbolehpercayaan terhadap MP bukan Islam yang jelas lebih mementingkan perut sendiri.

Kehancuran sistem demokrasi yang dilacurkan oleh Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat diubah hanya dengan menulis sebuah lagi memori - "demokrasi", "kuasa rakyat" atau "hak asasi" hanyalah sekadar tuala mandi Anwar Ibrahim yang digunakan untuk membersihkan dirinya yang penuh dengan selut dan lumpur - sejak mula-mula beliau dipecat daripada jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO - segala punca nasib malang yang menimpa dirinya diletakkan kepada "Sihir Jahat UMNO" - tidak ada satu pun salah beliau, seolah-olah UMNO/BN terlalu berkuasa dan boleh melakukan apa-apa sahaja terhadapnya! (Baca laporan ini).

5 comments:

Anonymous said...

apa kelayokan engkau mengulas pasal Tengku Razaliegh!!

-Tengku Razaliegh sepatut nya sudah lama jadi PM kalau tidak di tipu oleh mamak kutty Madey belukang.

-Madey belukang lah bapak pemusnah, pemecah melayu.

BUJANG SENANG said...

idung tahi masin betul mamat nie....

Anonymous said...

Kuli sesuai jadi kuli jer...

Dato' SRK Melaka said...

Elok sikit berbicara anon 4.43,

Sila selidik sebelum berbicara...kuli dah diberi peluang menjadi Menteri Kewangan & byk kepentingan2 yg telah beliau sapu di zaman kegemilangan..utk memajukan negara & rakyat bukan dlm agenda
Tun Mahathir telah membuktikan dakwaan kau salah..tak perlu aku bg contoh..kau yg celik pun tau..melainkan hati kau telah menafikannya...

Anonymous said...

Alah..... ini Kuli kalau dia kawan atau ada macai macam ASPAN ALIAS yang kencing sana, kencing sini.... sama jelaj... ASPAN tu reflection KUli...