Tetamu Kehormat...

November 2, 2011

Siapa Dalang Agenda Gay Malaysia?

Semua pihak tidak mengira ideologi politik perlu turun padang dan bertegas dalam isu ini. Tindakan yang keras termasuk hukuman berat (seperti hukuman bunuh) kepada golongan yang menyeru dan mempromosikan agenda gay dan lesbian di negara ini perlu segera dilakukan tanpa belas kasihan.

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Usaha untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini dilihat semakin melampau dengan wujudnya pelbagai pihak yang masih tegar memperjuangkan agenda golongan itu. Terbaru, kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula hari ini hingga 13 November depan.

Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan program mereka melalui laman web www.seksualitimerdeka.org, kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan tersebut agar diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan. Penganjur menyatakan mereka percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi walaupun mereka termasuk dalam golongan homoseksual.

Jelas mereka, istilah Seksualiti Merdeka digunakan untuk mengingatkan semua pihak bahawa walaupun negara telah berpuluh tahun merdeka, tidak semua rakyat dapat menjadi diri mereka yang sebenar. Difahamkan Seksualiti Merdeka yang berlangsung di Galeri Annexe, Kuala Lumpur ini merupakan penganjuran kali ke-4 sejak pertama kali diadakan pada 2008.

6 comments:

andi said...

gila..lepas satu2 dorang nak cabar. mula2 cabar guna nama ALLAH, sekrang cabar bagi GAY/LESBIAN ada hak sama rata pulak.

PAS tunggu apa lagi? kalau hak ini dibagi, logik ke hudud anda? khalid logik ke hantar anak pergi belajar kat arab sambil tu bagi hak kat golongan gay/lesbian ni?

bob lokman mana perginya tiang agama yang anda perjuangkan? adakah gay/lesbian adalah salah satu daripadanya?

APA PASAL AKU TAK DAPAT BACA PASAL FORUM CELAKA NI DEKAT BLOGER2 PAS NI???

Arip Sepina said...

Tuan Azli.. tumpang shre kat sini ye. hehe...

IPOH, 2 Nov: Esok genap 1,000 hari ‘rampasan kuasa’ yang berlaku di Perak.

Peristiwa hitam itu berlaku akibat pengkhianatan 3 Adun daripada DAP dan PKR yang telah mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh Rakyat.

Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Negeri, Dr Khairuddin Abd Malek berkata, peristiwa itu wajib dikenang dan menjadi pedoman oleh rakyat khususnya di Negeri Perak.

“Rakyat wajib mengenang dan mengambil iktibar daripada peristiwa hitam dalam sejarah moden Perak. BN perlu ingat, rakyat belum lupa dengan peristiwa hitam ini,” katanya pada sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini pagi tadi.

Tambahnya lagi, setelah ‘kerajaan haram’ mengambil alih negeri Perak, negeri ini ketinggalan terutama pendapatan negeri, pengurusan negeri dan kutipan wang zakat berbanding di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang sepatutnya mampu ditandingi oleh Perak.

“Kami begitu kesal kerana tidak sempat untuk mengangkat kemajuan Perak setanding dengan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi.

Justeru, rakyat hendaklah menjadikan peristiwa hitam itu sebagai gelombang semangat bagi menghadapi PRU 13 nanti.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Negeri akan mengadakan Ceramah Perdana sempena 1,000 hari ‘rampasan kuasa’ Perak yang akan diadakan di Markas PAS Chemor dan akan dihadiri oleh ikon rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan pakar undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Arip Sepina said...

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru penganjur dan penyokong program Seksualiti Merdeka 2011 agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka.

“Sedarlah bahawa gaya hidup seperti ini akan berdepan dengan kemurkaan Allah SWT selain ia membuka pintu kepincangan sosial dan budaya negara kita,” kata ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar).

Beliau mengulas mengenai program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung semalam hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.

Program itu kononnya berteraskan perjuangan human right, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Sekilas pandang, kata Nasrudin mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

Justeru itu, ujarnya mereka tidak lagi teragak-agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka.

“Sungguhpun mereka tampil dengan prinsip perjuangan human right, Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara ini, sementara Dewan Pemuda PAS Malaysia berpaksi teguh kepada ajaran Islam, justeru Islam adalah agama petunjuk dari Allah yang mencipta manusia,” tegasnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang-pasangan lelaki dan perempuan.

Justeru itu, katanya lagi perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya.

Tambahnya, sementara perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.

Justeru, tegasnya Pemuda PAS menyeru penganjur dan penyokong program tersebut agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka ke arah menuntut kebebasan pada gaya dan cara hidup barat yang salah dengan norma, tatasusila, budaya dan agama.

“Ia adalah satu bentuk kemungkaran yang tidak wajar diperjuang dan diamalkan, bahkan ia sangat menyentuh sensitiviti ummat manusia yang menjalani kehidupan normal,” jelasnya.

Katanya, Dewan Pemuda PAS yakin, jika mereka mendapat bimbingan wajar dari pihak berkuasa agama dan lainnya yang berkaitan, perkara itu dapat dibendung dengan baik daripada terus menular lalu membentuk satu budaya.

“Inilah rasionalnya Dewan Pemuda PAS menasihati dan menegur pemerintah agar tidak meluluskan penganjuran konsert icon gay Elton John di negara ini sebagai langkah menutup pintu-pintu mungkar yang mengundang kemurkaan Allah SWT,” ujarnya lagi.

Tambahnya, walaupun dikatakan Elton John tidak akan menyeru rakyat Malaysia meniru gaya hidup gaynya, tetapi sudah cukup pengiktirafan yang diberikan kepada beliau menyuburkan budaya gay di Malaysia yang semakin hari semakin menular.

Katanya, kebebasan bukan bermakna manusia bebas melakukan apa sahaja sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama.

Menurutnya, kalaupun seseorang tidak beragama sekalipun, akal yang masih dimiliki tidak mungkin membenarkan manusia melakukan apa sahaja di atas tiket kebebasan.

Sebaliknya, kata beliau manusia mesti hidup berasaskan peraturan-peraturan tertentu yang mengikat komitmen dirinya agar tidak terbabas dari kebaikan dan kemuliaan.

“Secara analoginya boleh saya contohkan seperti memandu kereta. Sungguh pun kereta itu milik kita yang sah, pula kita telah membayar road tax dan insuransnya, maka atas nama kebebasan lalu kita bebas untuk memandu laju tanpa menghirau peraturan lalu lintas.

“Ini sangat merbahaya terutama pemanduan dengan had kelajuan melampau seperti 160 kmj di selekoh tajam yang bertanda 20 kmj.

“Awas! Ini bukan lagi bebas tetapi babas,” katanya.

Arip Sepina said...

Perkongsian istimewa buan UMNGOK!! Saya tumpang share lagi ye tuan azli.

Memalukan apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidur semasa Persidangan Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Perth, Australia minggu lalu.

Laporan AntaraNews.com bertajuk “Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa” itu menyiarkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes empat mahasiswa UKM yang memutuskan Akta Universiti Dan Kolej (AUKU) bertentangan dengan perlembagaan.

Namun gambar Najib yang tidur ketika CHOGM menghiasi laporan itu seolah-olah memperli dan memperlekeh perdana menteri.

Imej tidur ketika menghadiri mesyuarat atau sesuatu persidangan penting sinonim dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah menyebabkan BN mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, apabila lima negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat.

Najib mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat lepas.

Beliau adalah antara 53 ketua-ketua kerajaan yang menghadiri mesyuarat tiga hari itu yang berakhir pada Ahad, dengan bertemakan “Membangun Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global”, dengan sub-tema “Wanita Sebagai Agen Perubahan”.

Anonymous said...

ambiga berani kerana adanya org Islam dan melayu banggang seperti nizar dan abdul aziz bari yg menjadi barua puak2 ni....

aku org bukit gantang yg meluat dgn puak2 ni...ingat hangpa best pi mampuih la...

Anonymous said...

Salam ..arip sepina..

aku nak bagitau kamu..jgn harap fuckatan akan menang di perak..muak dah aku dgn sikap sikap pemimpin pas..macam celaka..dicucuk hidung oleh dap..

si nizar tu bukan ikon..dia adalah pecacai tua kepada nga dan ngeh

hakk tuihhhhhhhhhh...