Tetamu Kehormat...

November 30, 2011

Sebab Itulah Ramai Yang Meluat Dengan UMNO

Bila cakap nanti...Wanita dan Puteri UMNO akan marah dan naik angin. Inilah salah satu sebab mengapa ramai orang semakin meluat kepada UMNO. Tokoh dan idola yang diangkat sebagai ikon diambil dalam kalangan artis dan selebriti - tokoh ulama dan ustazah dibiarkan pula..macam manalah UMNO mahu memikat hati pengundi muda. 10 tahun kemudian selepas puas dengan rezeki dalam "industri seni suara", puak-puak nie pun bertaubat dan masuk PAS. Jadi muslimah PAS bergelar ustaz atau ustazah, kemudian "bantai" UMNO cukup-cukup. Kutuk puas-puas wanita UMNO tidak Islamik la...UMNO sesat la..dan macam-macam lagi. Sebab itu saya tidak bersetuju langsung puak-puak selebriti, artis atau pelakon diangkat dan diiktiraf sumbangan mereka. Puak-puak nie tak boleh percaya. Memang dah jelas lagi terang kerja-kerja sebagai pelakon, pelawak dan penyanyi memang tidak secocok dengan Islam. Tolonglah..UMNO harus menggelakkan aktiviti seperti ini, demi kelangsungan parti keramat yang sudah lama berjasa kepada negara. Wallahualam.

35 comments:

Anonymous said...

kesian dgn ko azli...
ko cube mengislamisasikan umno...
tapi umno xkan dpt trima hari ini dan selamanye

Megat Alam Gempita said...

Setiap orang ada selera masing-masing. Manusiakan dijadikan Allah pelbagai ragam dan citarasanya. Macam Bang Nuar jugak...seleranya luar biasa kerana Jijah gagal menjinakkannya.

Anonymous said...

come lah....it's a fact of life lah..siapa yg org2 akan kenal kalau bukan selebrities...aku tak lah membangkang apa yg kau cadangkan tu, cadangan tu bagus...tapi please look around, ada tak ustazah-ustazah yang muda dan dikenali....none...kalau ada, aku pasti dia orang dah di jadikan ikon muda dah...tapi apa salah celebrity di jadikan ikon? jangan jadi macam sesetengah perempuan, bertudung aje, tingkah laku ntah kemana....ini aku punya point of view saja....umno tetap selamnya...

Anonymous said...

Sdr azli, hang tahu macam jauhari yang dapat mengenal maknikam. Sedih bila puak UMNO tidak dapat membezakan mana yg boleh beri tuah, mana yg bawa padah kpd UMNO. Saya sokong hang. Kena bijaksana bila pilih pemimpin. Wahai PUTERI, jom pikiak sikit. InsyAllah jalan yg lurus akan kita lalui demi survival UMNO.

dino.yp@gmail.com said...

tajuk dan isi tak ada kena mengena. apa isunya ? artis yang menganut pahaman hamPAS lagi teruk perangai. isu kecil macamni tak usah di blog kan. buang masa dan tenaga. isu besar ialah menjatuhkan regim PR di Selangor, PP, Kelantan dan kedah!

Anonymous said...

tak bersetuju tak apa tetapi jangan pulak kritikan sendiri lebih menghina berbanding kritikan artis yang menyarung jersi Pas.

Anonymous said...

Sdr Azli, pendapat hang memang betul. Janganlah jadi perwakilan yang hanya lebih glamour dari sumbangan yang diberi. Janganlah hanya kasut, handphone,rambut atau songkok shj yang lebih menonjol dari ilmu & pengetahuan yg dibincang. kalau rupa nampak hebat, idea pun mesti hebat. Macamtulah harapan adik-adik dikampung bila abang kakak pi perhimpunan diPWTC.macam itu jugalah UMNO akan dipandang tinggi martabatnya oleh semua rakyat, termasuk parti pembangkang.Awas, jaga rupa, jaga UMNO

echah_syed said...

haha..ni la org ckp,marah menantu pukul anak.sindiran sinis yg bagus.i like!

Anonymous said...

Kalau gitu,panggil lah BOB LOKMAN masuk UMNO.

Anonymous said...

Ini adalah strategi marketing utk sektor muda-mudi dlm golongan hedonisma. Tapi, sekarang zaman dah ramai muda-mudi celik politik dan celik agama.

Anonymous said...

UMNO tidak bolih Berubah.

Untuk mencari sebab dan musabab asbab rasional rasion d etre why's logik dll semua sudah tau sadikit sebanyak ...
kalau nak buat forum maya , tak cukup isian catit hujah.

UMNO tidak mampu berubah.

Sdra Dino,
betul tu,pada hakiki nya perjuangan yang sebenar adalah ubah UMNO untuk hadapi PR dan ambil alih kuasa di semua 4 negeri dan 1 negeri yang wajib di sahihkan.
Masaalah nya 3.4 juta sudah menjadi peniaga warong jual telor setengah masak.
Najib kalau betul kuat,sepatutnya mulakan transformasi dalam UMNO, baru pangil Idris untuk ETP KRA KPI liberalisasi dll.
Najib panggil aje Idris untuk buat labororory untuk UMNO, dengan powerpoint mesti semuaorang tergamang dan Najib cakap sikit aja, mesti orang lama undur diri, tak payah suruh suruh di PAU.
Berani kah Najib ?
Saya rasa tidak.
Kerana UMNO tidak bolih berubah.
arjuna waspada
changkat lobak.

azmira said...

Bab ni I setuju dengan you Azli.

You kena lebih Istiqomah memperjuangkan KEBENARAN ISLAM dalam umno....

Wife PM belum pakai tudung, Ketua wanita, tudung nya pun masih nampak rambut, kadang2 x pakai...Putri pun sebahagian belum pakai.

Sambutan hari Raya masih leka dengan Muzik.

acara Majlis2 Perasmian amat membazir....

Ulama-ulama letak ketepi...Langsung tak pakai nasihat ulama...

Umno masih lagi tidak meletakkan Ugama sebagai Tunjang Pegangan Perjuangan...

dan lain-lain.

Wassalam

Anonymous said...

Perjuangan Umno untuk jaga kroni2 saja .... kejar glamour.. bukan agama, bangsa, tanah air (ABTA) ..... ABTA tu gimik saja.. Hilang Umno tak bermakna hilang, .... bersatulah dalam PAS untuk ABTA.....

Anonymous said...

ralat....

Perjuangan Umno untuk jaga kroni2 saja .... untuk glamour, harta, kemewahan.... bukan agama, bangsa, tanah air (ABTA) ..... ABTA tu gimik saja.. Hilang Umno tak bermakna hilang MELAYU, .... melayu & Islam bersatulah dalam PAS untuk ABTA.....

azmira said...

to sdr Dino.

isu ini amat besar. Ini adalah pegangan Ugama Islam yang kita anuti. Sedikit pun tak boleh ada cacat cela.

Saya risau Aqidah dan keImanan saudara tergelincincir nanti...

bandingkan ucapan anda dengan senario ini. Orang yang kata begini boleh jatuh Kafir...

" Aku tak nak potong kuku walaupun ianya adalah sunat..."
(petikan dari kitab)

Cuba tanya Ustaz untuk kepastian...Hukum ALLAH jangan sekali buat main...tak percaya 1 huruf Al-Quran pun dah terbatal Aqidah....

Anonymous said...

sokong cakap Azli , memang sepatutnya puteri umno mengubah selera dan pandangan , bukan hanya artis yg layak jadi ikon , bukan hanya student , tapi dikalangan pelajar agama atau tokoh agama juga , tak kan dalam negara ni sorang pun tak ada Ustazah muda yang layak dinobatkan sebagai ikon ??

ini zaman orang menghukum dan menilai apa kita buat , ini zaman orang mengukur kita melalui apa kita pegang dan apa kita sentuh , jgn marah kalau lepas ni orang akan kata puteri gila sosial !

perbuatan , gelagat puteri akan dijadikan bahan ukur orang ramai , kat anak kearah islamisasi tapi lantik entah apa2 sebagai ikon ??

puteri kena terima pandangan akar umbi , menteri kena dengar suara hati orang bawahan , jgn terlalu ego untuk menolak mentah2 apa saja pandangan akar umbi demi kebaikan bersama ..

muslim yang undi umno/bn said...

setuju sgt...angkatlah orang yang sepatutnya..jika tidak, org yg anda angkat akn menghempap anda...

kami muslim yg mendokong umno memandang berat perkara begini..

sib baik kami masih tahu ketaatan itu milik pemimpin wpun pemimpin yg zalim.

cina umno said...

camnilah...org umno tlg pikir2 ckit.. jgn igt org dlm dunia hedonisme akn sokong klu ko amik selbriti... rmi yg sokong PAS semata2 kerna terperangkap ngn dogma "mudah2an terampun dosa sbb sokong tegakkn islam"

IBM said...

Salam Sdr Azli. Tak tahu apa nak komen. Apapun, teruskan perjuangan kita. Puak2 pembangkang ni, memang cari jln utk memecah belahkan kita.

disamping itu, saya mohon utk linkkan blog saya di sini. Blog tuan telah saya linkkan di blog saya.

Link saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com

PAS Pantai Dalam said...

yg ni aku support azli. tepat dan benar org sedang melihat umno dlm segenap segi

Nok said...

salam...komen dan pandangan saudara saudari di peramati ada yg pro dan kon ,mengambil artis sebagai ikon saya rasa tidak salah...tapi hendak lah di buat tapisan sebelum di war2kan....saya rasa artis yg di pilih sebagai ikon tu dah le tak pakai tudung, ada rekod kena tangkap basah sedikit masa dulu....

kalau ini lah yg nak di jadikan icon putriumno saya rasa amat tidak sesuai ,walau pun pada akhirnya beliau di dapati tidak bersalah oleh mahkamah..tapi di lihat akan di jadikan modal politik oleh pembangkang....tidak bolehkah umno berubah dari segi mental dan spiritual???

pergerakan paradigma yg di buat oleh umno mestilah merangkumi isu sensitive..contohnya isteri2 pemimpin umno hendaklah memakai tudung sebagaimana yg di tuntut oleh islam...ini akan menjadikan "value added" pada UMNO...kalau tidak akan di jadikan kempen politik oleh pembngkang setiap masa...apa susah sgt ke nak pakai tudung tu....berubah lah bagi menarik kepercayaan rakyat kpd umno.....bukan setakat kebajikan tetapi soal spiritual agama...

joegrimjow said...

lisa masuk UMNO? oohh my!

Blog Mamak Pedukang said...

tu dia Mamak Pedukang dok kempen nak jadi calon...

http://mamakpedukang.blogspot.com/

Anonymous said...

Janganlah kita tertipu dengan nilai kekuatan bangsa sampai tidak merasai kekuasan Allah di muka bumi ini. Kalau UMNO guna perhimpunan ini untuk lebih muhasabah di atas amanah memimpin ummah dan manusia lain, maka rakyat lagi kasih. Kalau duk bertepik bersorak bergelak seloka maka rakyat lagi muak.

Anonymous said...

Kita orang juga melihat hamPAS dari pelbagai sudut. Parti islam konon. Tapi mengkafir orang lain yang tak sependapat politik dengan mereka. Jadi selamanya lah korang jadi pemvangkang jer. Jag la kelantan. Kwrsjaan tak dapat kelantan pun tak apa kerana majoriti irang kekantan rela minum air kotor dan busuk seperti mulut tok guru n.ajis dieang tu. Tua kutuk tu nmpk jer pakai serban rapi hati dia busuk macam bau mulut di jugak.

Anonymous said...

Kalaulah akta isytihar harta kepada awam diwartakan kepada jemaah menteri spt di Thailand, rasanya kita dapat tahu di mana kelab yg ada ramai jutawan. Bila dah jutawan isteri baru pun mesti jelitawan macam artis, baru ada kelas macam abang bung kita.

Didi Malika said...

Tuan,
Saya sokong sepenuhnya posting ni. Tu je saya nak tulis.

Anonymous said...

PR terima siapa saja sebagai ahli atau penyokong mereka tanpa mengira apa masalah moral yang dikendong.

apabila landskap politik menuju sistem dua parti, waima mat gian, kupu-kupu malam dan insan hitam metalik diberikan tempat sewajarnya dalam parti.

sesungguhnya era elitis menguasai partai telah berlalu! nak tak nak kenalah ikut perubahan berkenaan. kalau tak ikut makanya, pupus!!!

Observer

Anonymous said...

parti perlu jadi wadah untuk perbaiki ahli bermasalah tetapi bukannya menolak penyertaan dari individu bermasalah seolah-olah tidak mahu ada beban batu digalas.

Anonymous said...

UMNO tak boleh dibetul lagi
buat habis air liur je

Anonymous said...

coba kalo celebriti ni masuk pas...

muahahahahahahaha......

menjejis2 air lior blogger pas kata lisa suryani adalah lambang wanita beriman...

wanita syurga....

wanita berakhlak siti khadijah...

muahahahahahahah....

hipokrit btol la puak2 pas ni, sbb tu aku benci dgn pas...

Aznan Isa said...

selagi mana ulama' itu dijadikan terompah kayu.. hentikan lah mengharap.

Anonymous said...

selagi mana ulamaq diangkat jadi wally terompah, macam mana pulaq?
itu belum diangkat jadi nabi!!??

Anonymous said...

Guna common sense mudah macam ni sahaja , contoh kalau si Mamat atau Minah UMNO (orang UMNO) nak pergi temuduga kerja dalam keadaan serba tak betul - rambut panjang, kusut masai, bau hangit,baju kerepot, cakap tak sopan, tak tutup aurat, watak macam pe nyamun pulak, lawa ada tapi kurang sempurna..Macam ni, Saya nak tanya, pada first impression pun kita patut reject walau dia ada ijazah first class honors. Ingat pesanan , biar kita bersih dan KELIHATAN bersih, biarlah jadi orang UMNO yang tulin dan memang kelihatan macam IKON yg betul betul orang UMNO. Kita dah tak ada masa nak menilai, menapis , menganalisis berjela2 tentang ketokohan ahli UMNO. So, be straight forward , let people make fast and accurate evaluation. Terbaiknya, dapat menolak fitnah dan gossip bodoh. Azli, hang betoi, ada isu orang Melayu, hang kena bangkit. Sallam

Anonymous said...

nampaknya bukan anda seorg shj yg tak bersetuju dgn PAU...

http://sakmongkol.blogspot.com/2011/12/umno-dari-modal-insan-ke-modal-lembu.html