Tetamu Kehormat...

November 23, 2011

Sebab Itu Islam Haramkan Demonstrasi...Hosni Mubarak Dah Tak Ada..Pasal Apa Rakyat Mesir Masih Tak Puas Hati?

KAHERAH 22 Nov. - Kabinet Mesir semalam meletak jawatan selepas tunjuk perasaan yang menuntut perubahan politik mengakibatkan 29 maut serta menyebabkan pemerintahan tentera terpaksa mengadakan rundingan krisis. Empat hari selepas demonstrasi besar-besaran diadakan iaitu yang terburuk sejak kejatuhan rejim bekas Presiden Hosni Mubarak, Kabinet mengumumkan peletakan jawatan semalam.

"Kerajaan Perdana Menteri Essam Sharaf telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada pemerintahan Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) Mesir," kata jurucakap Kabinet, Mohammed Hegazy dalam satu kenyataan.

Stesen televisyen memetik satu sumber majlis sebagai berkata, peletakan jawatan itu ditolak, tetapi Menteri Penerangan Osama Heikal memberitahu agensi berita MENA, sebarang keputusan berhubung perkara itu masih belum dibuat. Peletakan jawatan Sharaf jika diterima, boleh menangguhkan pilihan raya Parlimen yang dijadual pada 28 November ini, yang pertama selepas kejatuhan Mubarak.

SCAF melalui satu kenyataan yang dilaporkan MENA menyatakan, pihaknya menjemput semua kumpulan politik dan kebangsaan untuk satu dialog tergempar bagi melihat punca krisis terbaru itu serta cara menyelesaikannya secepat mungkin.

Majlis itu juga telah meminta Kementerian Kehakiman membentuk satu jawatankuasa untuk menjelaskan tentang keganasan yang berlaku dan menyeru tentera serta rakyat supaya bertenang bagi meneruskan proses politik. Menurut pasukan perubatan, dua lagi penunjuk perasaan dilaporkan maut pagi ini di bandar Ismailiya, di Laut Merah, menjadikan angka korban kini mencecah 26 orang. Pertubuhan Amnesty International mendakwa, SCAF gagal mengotakan janji-janjinya dan telah melakukan penyalahgunaan hak yang lebih teruk berbanding semasa pemerintahan Mubarak. - AFP

30 comments:

Anonymous said...

Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a.

"Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah)"...

Anonymous said...

termasuk arab saudi ke syeikh 11:22?

Anonymous said...

Tuan blog ni ambil ayat mana pulak kata demo tu haram...

1. Demo tu Haramjadah kalau pemimpin atasan arah Mata-mata pukul rakyat yg tak berdosa.

2. Demo tu haramjadah kalau pemimpin UMNO suruh bedil gas pemedih mata.

3.Demo tu lagi haramjadah kalau hospital pun di bedil gas pemedih mata.

4. Namum demo itu di boleh kan bila rakyat menyuarakan rasa mereka kerana tak puas hati dengan pemimpim UMNO yg zalim dan menipu rakyat.

Ini hadis yang membenarkan demotrasi..

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Anonymous said...

Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah

Anonymous said...

“Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).

1. Menipu kunun nya ISA akan di hapuskan tetapi menahan 12 org di Sabah di bawah ISA.

2. Menipu kunun nya Perhimpunan aman akan di berikan, tetapi membentang kan akta yg sangat zalim untuk menghalang.

3. Menipu wang rakyat, seperti projek lembu dll.

sekian " pesanan untuk ha(ji) Nakempru..

Anonymous said...

dizalimi sesangatkah manusia di malaysia ini sehingga patut dirobohkan segalanya dan membiarkan musuh yg telah lama mengidamkan tanah bertuah ini mengambil peluang menjajah tanah ini semula? bukankan apa yg berlaku di dunia arab itu umpama 'menang jd abu, kalah jd arang?'? contoh terbaikkah yg di irak, mesir, libya dll itu? kalau melayu yg lembik dan dungu jahil dgn agama ini dijajah, rasanya tak sampai setahun tak tinggal benih lg dah, lebur ler semuanya apatah lg dengn musuh dalaman lg yg telah sekian lama bersedia me'ngap'apay yg kaum bumi miliki. puak melayu yg nak peruntuh malaysia ini dah rasa hebat sgt dah ke nak berlawan dgn puak kapir yg dah sekian lama hebat dlm ekonomi dan kemahiran? banyak2lah beristighfar wahai saudara2ku...

Anonymous said...

wahai saudara ku kamu tonton lah ini, kamu lihat lah kezaliman Israel merampas, menghalau dan merobohkan rumah rakyat dan MASJID ..

Lihat lah...saksikan lah di sini, pasti kamu akan sedar

http://www.youtube.com/watch?v=JRc0LQsO3fU

aidil said...

Assalam tetuan,
Jangan main petik je Sayyiduna Rasulullah kata itu dan ini. dari mana kita ambil kata Sayyiduna Rasulullah tu?

Baca kitab rujukan kedua umat silam selepas Al-Quran iaitu sahih bukhari. Buka bab fitnah. Tengaok apa Sayyiduna Rasulullah kata tentang kewajipan mentaati pemimpin islam meskipun pemimpin itu zalim. Jangan main sedap mulut je kata. Hadith sohih ni. x ada nafi2 lagi..

Rasulullah dah nampak, kalau memberontak, negara akan kucar kacir. Bukti dah depan mata, Iraq, mesir, syria, yaman. Sebab tu Islam suruh taat pada pemimpin, sebab x nak jadi mcm ni la..

Anonymous said...

Golongan Khawarij dan Syiah Rafidhah serta munafik pelopor demonstrasi di zaman pemerintahan Saidina Uthman pasti marah dgn artikel ni. Mereka keluarkan ayat2 Quran dan hadis yg sesuai dgn hawa nafsu mereka ttp menyembunyikan ayat2 yg brtentangan dgn hawa nafsu mereka.

Sudah terbukti, demonstrasi tidak pernah membawa kebaikan di mana2 negara di dunia ni, termasuklah di negara2 barat pelopor demokrasi. Demonstrasi itu bkn dari Islam, ia adalah ciptaan Barat yg diagungkan oleh puak Khawarij dan Syiah. Semoga umat Islam x terpengaruh dgn dakyah mereka.

Lihat apa trjadi di negara2 umat Islam skrg? Akibat trlalu degil, xmau pd Al-Quran dan Sunnah, inilah jadinya. Kasih sayang dah hilang dari qalbu mereka. Yg herannya, mereka berentap sesama Islam, tetapi memuja/mengagungkan Barat kafir. Mereka beli senjata dari orang kafir utk bunuh saudara Islam.

andi said...

jap gelak sikit hahahahaha...hari tu konon demo sebab pemimpin tak bagus, lepas lantik pemimpin kononnya bagus...sekrang demo lagi bising lagi pemimpin tak bagus, tapi yang pelik kali pemimpin tu pemimpin yang buat demo sama2 dulu tu...demokrasi sangat.

ini contoh menyalah gunakan hadis

petikan anon November 23, 2011 11:27 AM

"“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih)."

dalam hadis yang dirawaytkan, adakah nabi bersabda berkumpullah kamu ramai2 buatlah huru-hara sehingga menyusahkan orang lain agar dapat mencapai cita2 kamu????

ambil petikan hadis yang sama

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”.

tu fahamkan, dalam berdemo juga ada batasan yer...bukan ambil barang buat huru hara supaya orang tertipu yang ko tu buat kerana demokrasi, berlakon mati supaya orang kata "gila kejam dorang ni"

ingat kita ni beragama macam mana demokrasi atau terbuka fikiran pun batasan tu sentiasa ada..

bukan main tibai sebab ada orang kata kat facebook jom kita gi piket ramai2 kasi jatuh itu pemimpin, lepas tu lantik yang kita suka, lepas tu kalau tak suka kita piket lagi, kalau mati pun tak per syahid...demokrasi..

mana punya ajaran dia pakai pun tak tau lah...

Anonymous said...

sedih bila aku tengok link dari anon 12.03 , ...jahat sungguh Israel laknatullah apabila meroboh dan memusnah rumah & masjid ,,,...doa aku semuga Allah swt membalas mereka dengan seburuk-buruk balas......

Anonymous said...

"kelebihan" orang Islam ialah mereka ada 'ayat power' untuk backup hujah meskipun hujah berkenaan adalah untuk menjustifikasikan rampasan kuasa.

dalam konteks kafir dan Islam, AS faham sangat gelagat umat, lalu tak akan berhujah dengan puak sebegini sebaliknya AS terus hantar peluru dan bom buat mereka.

BUKU DAN RUAS

Cheguman said...

Muhammad Uthman El-Muhammady UIA kata: demonstrasi haram mengikut ahli sunnah.

Anonymous said...

Macam mana rakyat nak puas hati kalau yang naik itu naik dengan mudah (ikut jalan pintas).

Anonymous said...

Saya percaya rakyat Arab termakan dengan fitnah yang tersebar di internet menyebabkan mereka naik darah dan marah terhadap pemimpin mereka. Yang seronok orang Barat bersedia untuk menghirup hasil minyak dari bumi Arab. Memang tidak boleh dipandang remeh fitnah dari negara Barat. Berhati-hatilah dengan peperangan cara baru oleh pihak Barat. Mereka fikir lebih senang jika rakyat negara itu sendiri yang menjatuhkan pemimpin. Ada terbaca dalam media Barat bahawa mereka mengharapkan rakyat Libya akan memberikan mereka hak untuk mengendalikan minyak mereka sebagai tanda terima kasih. Nah, sudah terang lagi bersuluh memang merekalah dalang selama ini.

Anonymous said...

Macam mana pulak hukum demostrasi bersiri di Penang tu?

Anonymous said...

demonstrasi untuk menyatakan keluhan dan keresahan tidaklah memudaratkan tetapi demonstrasi yang menjadi topeng kepada rampasan kuasa pasti memudaratkan di akhirnya. telah banyak kali terbukti tetapi manusia tidak pernah ambil iktibar. almaklum pihak mana tidak mahu 'kuasa terpijak' beb!

PEMERHATI

Anonymous said...

Bagi marhaen, mereka mengharapkan KHALIFAH yang naik, tup-tup puppet yang naik. Patutpun mereka rasa tidak puas hati dan bara.

Bayangkan perasaan anda kalau penganjur katak-lompat yang naik tocang di daerah anda tiba-tiba jadi ketua daerah secara ekspres, walhal anda telah memberi undi pada orang lain untuk jadi ketua daerah?

Sudah tentulah anda tidak puas hati dan menunjukkan 'jari tengah' kepada ketua daerah yang naik secara ekspres, kan? kan?

kah kah kah

Anonymous said...

kalau demonstrasi adalah satu bentuk penyelesaian bagi semua kemelut sudah tentu ianya dicatatkan dalam semua kitab suci.

oleh kerana tidak dicatatkan sebagai kaedah penyelesaian masalah dalam mana-mana kitab suci maka dapatlah disimpulkan bahawa demonstrasi dalam konteks menghalalkan cara bukanlah kaedah yang dianjurkan oleh mana-mana agama.

namun, seperti biasa, 'agamawan oportunis' akan alatkan agama seolah-olah agama yang anjurkan sesuatu perkara walhal semua itu hanyalah reka-rekaan agamawan oportunis semata-mata.

Anti-Oportunis

Anonymous said...

Demonstrasi di Mesir sekarang mahu kuasa tentera masih yg dikuasai mereka dibawah Mubarak dulu kepada pemerintahan awam. Jadi, 'Mubarak' masih ada.
Di rantau Arab selama ini memang ada ruang demokrasi utk pilih kerajaan, tapi syarat & kekangan nak masuk & bertanding di pilihanraya itu juga menyempitkan demokrasi lalu demonstrasi dijadikan alternatif yg ada. Demostrasi tak da dlm kitab suci, begitu juga demokrasi terpimpin ala diktator selama ini.

Pakteh said...

Apabila HAK ASASI DIANGGAP AGAMA...inilah jadinya.

Demostrasi ini takkan berhenti kerana setiap orang ada stanndard tertentu malah mana mungkin boleh memberi kepuasan kepada semua orang. Jika ikutkan kehendak orang yang tidak pernah berpuas hati, takkan ada pemimpin yang benar-benar layak.

Sebarang alasan boleh diberikan, sebarang hujah boleh diletakkan, petikan hadis boleh ditunjukkan TETAPI....bukankah mengelakkan yang buruk itu lebih baik dari melaksanakan yang buruk?. Maksudnya mengelakkan demostrasi tu lebih baik dari berdemo.

Eh eh...hak asasi membenarkan...itulah maksudnya hak asasi dah jadi agama bagi kaum ini.

- Mata-mata pukul rakyat yang tak berdosa (engkar arahan pemerintah untuk gugat keamanan tak berdosa?

- Mana2 pasukan keselamatan dibekalkan gas pemedih mata untuk halang petualang menggugat keamanan.

- Jika hanya kebetulan ada TER lepas ke hospital dianggap zalim sehingga sanggup menghancurkan negara..inilah buktinya kaum ini sudah dikuasai syaitan.

- Hujah hukum akal sendiri, inilah bukti ketaksuban dan kesesatan yg dibawa oleh kaum hak asasi manusia ini. Untuk hancurkan UMNO...segalanya dihalalkan.

Insaflah pengganut agama hak asasi, tidak semua yang kita inginkan akan kita dapat kerana semuanya dikongsi bersama oleh lebih 27 juta rakyat Malaysia.

Kami cintakan keamanan dan BENCI demostrasi khufar.

Anonymous said...

Jangan pulak dikatakan hancur UMNO musnahlah bangsa dan agama. Kitab mana kata macam tu ?

Anonymous said...

agama tidak hancur kalau UMNO hancur tetapi agama hancur kalau agamawan peralatkan agama untuk kepentingan diri, parti dan golongan kafir yang diangkat sebagai 'khalifah'.

Anonymous said...

Mukmin nampak mukmin lain sebagai diktator walhal apabila dia pulak yang naik tidak pulak nampak ketidakdiktatorannya.

Ini menunjukkan betapa mudahnya label negatif dilontarkan terhadap lawan bagi tujuan menjatuhkannnya tetapi bukan kerana ikhlas membawa sesuatu yang baru.

Atas sebab itu empayar ummah terus merosot dan pupus meskipun ianya terus digantikan dari semasa ke semasa dengan pelbagai teori dan pendekatan. hasilnya tak ke mana.

Dalam pada itu, mukmin nampaknya suka menjatuhkan mukmin lain yang dianggap sebagai zalim, diktator dsbnya, bukan atas keupayaan sendiri tetapi dengan bantuan diktator dunia (Barat).

Akhirnya mukmin yang kononnya mahu lari dari si Bobrok A tetapi dek kerana tamak/bebal lantas masuk mulut 'ibu segala diktator' (Kuasa Barat).

BIJAKKAH MUKMIN DALAM MENEMPUH GELORA POLITIK DUNIA?

Anonymous said...

Dalam ramai bijak pandai muslim yg ada kenapa kerajaan melayu-Islam UMNO melantik APCO yg tidak jelas lagi was-was sebagai perunding dlm bidang yg kritikal buat negara ? Siapa sebenarnya yg terjerat dan menjadi bidak catur agen luar ?

Anonymous said...

Anon 12:05,

tak jelas pada siapa?

apakah jelas atau tidak harus bersandar pada tafsiran mukmin pembangkang semata-mata?

was-was pada siapa?

apakah was-was perlu bersandar pada satu pihak? yakni haramis buat lawan tetapi halalan kroniks buat pembangkang?

shamshul anuar said...

Saudara anonymous,

Meluahkan perasaan tak salah. namun mestilah ada adab .

Janganlah samakan Malaysia dengan Israel atau negara Arab atau negeri orang putih. Kerajaan kita memanglah ada salah tetapi mereka pun bukan zalim ketahap kita sampai mahu memberontak.

BERSIH katanya mahukan pilihanraya yang adil. adil yang bagaimana? kalau tak adil, bagaimana boleh dapat Selangor pada PR( yang dikuasai DAP yang bukan Umat Nabi Muhammad SAW).

Kelantan berpuluh tahun dibawah PAS? Tak adil kah pilihanraya?

Yang kita dok ingatkan ialah berhati hati supaya tak tertipu dengan tipu dayaYahudi, Nasrani atau munafik begini.

Kenapa saudara terlalu marah pada saudara seugama( UMNO) tetapi terlalu percaya bulat bulat pada orang berperang dengan Islam sendiri.

Pandai mengkritik tetapi dibuai taksub. Menyerang tetapi enggan langsung mendengar pandangan saudara seugama. Menuduh tetapi menolak untuk dengar penjelasan KECUALI KALAU DARI YAHUDI, NASRANI atau KAFIR.

Ada Nabi suruh berperang begini. Ada kerajaan kita halang kita beribadat. ada kerajaan tak tolong pelajar miskin . ada kerajaan tak beri khidmat kesihatan hebat?

Tegurlah tetapi faham setiap manusia (termasuk Nabi) pun ada kelemahan. Kalau dah takj suka, buang dalam pilihanraya.

Janganlah terpukau dengan suratkhabar orang putih. Mereka memanglah tak suka kalau yang menguasai negara ni orang yang dari Umat Nabi Muhammad SAW.

Bagi mereka yang paling afdal ialah jika Orang melayu hilang kuasa.

BOLEHLAH ROBOHKAN SURAU UNTUK BUAT TEMPAT LETAK KERETA.

Anonymous said...

UMNO perlu digasak dan didesak untuk berlaku adil di atas neraca agama, bukannya arrrogant di atas bangsa, bukan menjadi korup di atas absolute power sehingga teguran audit dibuat pekak lembu (bukan badak lagi)

Anonymous said...

jangan gasak dan desak Umno saja. gasak dan desak pembangkang juga. ini kerana bukan Umno saja ada kuasa malah pembangkang juga ada amanah perlu dijaga dan ianya sama besar nilainya dengan apa yang Umno pikul.

Anonymous said...

Agama haramkan depa halalkan. Bukan saja demonstrasi malah banyak lagi.