Tetamu Kehormat...

November 4, 2011

Sebab Itu Hukum Hudud Juga Wajib Dikenakan Ke Atas Golongan Kafir

Sebab itu hukum Hudud wajib dikenakan juga ke atas kaum bukan Islam. Hal-hal sebeginilah yang kita tidak mahu terjadi - atas nama kebebasan dan hak asasi, mereka cuba menghalalkan perbuatan kaum Lut. Hukum Hudud sudah jelas wajib dikenakan juga ke atas kaum bukan Islam dan tidak hanya dikenakan kepada umat Islam semata-mata. Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” [TMQ an-Nisa (4):105]

Firman Allah lagi bermaksud, “Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan tunduk patuh” [TMQ at-Taubah (9):29].

Dan Nabi bersabda, “Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya”. (Bukhari).

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Umat Islam yang menyokong termasuk terlibat dalam menganjurkan program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan seks bebas, disifatkan sebagai syirik kepada Allah. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Islam telah mengharamkan hubungan sejenis, sehubungan itu mana-mana pihak yang mahu menghalalkan perkara yang telah diharamkan di sisi agama adalah dikira murtad.

Justeru, jelas beliau, kerajaan harus bertindak lebih tegas termasuk mengenakan tindakan ke atas pihak penganjur sekiranya mereka masih mahu meneruskan program yang mempromosikan amalan lesbian, homoseksual dan transeksual itu.

"Program ini secara jelas adalah bertentangan agama Islam termasuk agama lain. Kalau sekiranya ada orang Islam yang menyokong, maka hukumnya syirik dan boleh dikira murtad kerana Islam telah mengharamkan hubungan sejenis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harussani berkata, golongan belia dibimbangi mengalami keruntuhan akhlak yang lebih teruk sekiranya program seumpama itu dibenarkan untuk dianjurkan di negara ini.

"Golongan belia di negara ini kebanyakannya sudah rosak akhlaknya, jadi kita tidak mahu moral mereka lebih teruk jika adanya program seumpama itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin menegaskan, penganjur program itu perlu mencari kaedah terbaik untuk membantu golongan lesbian, biseksual, gay atau transgender (LBGT) untuk kembali ke pangkal jalan dan bukannya membuka ruang kepada mereka untuk meneruskan gaya hidup tidak sihat. Justeru, jelasnya, semua agensi berkaitan perlu memperkenalkan program khas kepada golongan tersebut tanpa memberi keistimewaan khas kepada mereka.

"Jakim telah mengeluarkan buku Manual Islam dan HIV AIDS dua tahun lalu untuk memberi bimbingan bersepadu kepada golongan ini tanpa pertindihan antara agensi dan memberi peluang kepada mereka untuk menjalani gaya hidup sihat selari kehendak syarak.

"Namun agak malang apabila perkara ini tidak diberi perhatian sepatutnya oleh penganjur malah agensi agama dan perundangan negara ini diperlekehkan atas alasan tidak selaras dengan hak asasi manusia," katanya. Menurut beliau, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia perlu merujuk kepada Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang menyebut bahawa setiap maklumat tidak boleh disalahguna sehingga boleh melemahkan secara diam nilai moral dan etika atau menghancurkan masyarakat serta melemahkan imannya.

"Keseriusan Jakim dalam hal ini turut dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2008 yang telah memutuskan bahawa wanita yang berpenampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam," ujarnya.

2 comments:

Anonymous said...

.. hak asasi yang paling utama dan pertama ialah tidak menyalah guna atau mencedera anggota tubuh... mata untuk melihat yang baik-baik, mulut untuk berkata dan makan yang baik-baik begitu juga .. anu tu.. , adalah hak asasi sperma untuk bertemu dengan telur bukan bertemu dengan kunyit.., manusia hanya di beri mandat untuk menjaga sahaja..bukan untuk merosak, itu sebabnya bagi manusia waras mereka tidak membunuh diri kerana hak nyawa adalah untuk bersama tubuh tersebut sehingga tiba tempohnya..

sekira nya benar manusia berperangai songsang ini menyatakan mereka boleh buat apa yang mereka suka atas tubuh badan mereka, cuba suruh mereka makan guna dubur, berak guna mulut, berjalan guna mata dan memegang guna telinga...

jika mereka tidak boleh buat semua itu.. paling asas ialah mereka kena terima hakikat bahawa anggota tubuh mereka juga mempunyai hak asasi nya....

jika terdapat runtunan dalaman menyatakan yang sebalik.. elok lah jumpa pakar jiwa yang benar-benar beretika.. kerana.. sah bahawa mereka sebenarnya mengalami gangguan penyakit..kerana itu bukan sifat sebenar mereka sebagai manusia normal dan waras ..

jika mereka merasakan bahawa mereka masih benar, maka mereka kena terima hakikat bahawa manusia lain yang masih waras dan normal juga mempunyai hak untuk melakukan sesuatu terhadap gulungan seperti mereka...

Anonymous said...

ustaz kazim -
http://www.youtube.com/watch?v=dMEMShovoek