Tetamu Kehormat...

November 17, 2011

Penipuan Di Persimpangan...

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Barisan Nasional (BN) mendalangi siasatan terbaru ke atas beliau berhubung isu Datuk T mempertontonkan video seks Mac lalu sambil mendakwa pesaing politiknya mahu menghidupkan misteri si lelaki dalam rakaman itu. Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau tidak akan tunduk kepada tekanan sedemikian, sebaliknya akan melawan dakwaan-dakwaan yang dibawa ke atas dirinya.

“Ini yang mereka lakukan. Insya-Allah, kami tiada pilihan tetapi akan terus melawan, lawan mereka dalam pilihan raya.

“Mereka gementar untuk berhadapan dengan kita dan jadi, ini taktik kotor dan jahat yang mereka gunakan,” katanya lagi.

Anwar bercakap kepada pemberita di pekarangan balai polis Kepong. Beliau diminta memberi kenyataan ekoran laporan polis bahawa telah memberi maklumat palsu berhubung siasatan awal ke atas kes rakaman video seks yang dipertontonkan oleh Datuk T.

Anwar tiba di balai polis Kepong kira-kira pukul 3.15 petang dengan ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR sebelum memberi keterangan kepada polis selama sejam. Anwar dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam terhadapnya. Akhir Mac lalu, Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, dan dalam laporan itu, Anwar menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

4 comments:

Anonymous said...

apa pasai lu ckp ini mcm...gua tak mau ckp byk amoi mcm lu la....lu ada nampak gua punya lutut goyang ka....mengaku je la jgn buat bising2 kat sini.......kl gangster...ha....ha...

Anonymous said...

hahaha..aku ingat dialog Sofie Jikan "Kalau aku sembelih kau 18, baru kau tahu tentang penyesalan..tau tak?£ hahaha

Anonymous said...

Aku tengah syok tggu tok laki shahrizat mencipta ayat2 power untuk menjawab 'tohmahan' melampau. Lagi syok tggu komen Zahrin, Brahem Ali, Zul Nordin sepertimana suara lunak mereka bertali arus perdana ketika melibatkan isu 2 3 ratus hinggit pembangkang. Yg penting Gani bila nak mula kes. SPRM tengah menggeliat, sambil tgn menepis2 je lagaknya. Maklumlah rakan2. Ye tak? Ramai Blogger pun turut jadi bisu dan pekak kerana terkasima.

Anonymous said...

Satu lg Satim Diman kawan baik biras aku yg aku kenal diwar2kan sebagai VIP yg low profile. Low profile pun bukannya bererti tak dak nafsu. KHalid gagap kata Satim beliau pernah terima tanah untuk PKPS ke hapa ntah untuk buat pst sains, pastu jual kat diri sendri dan pastu jula pulak ke PKNS, mcm rounbout Sh Alam. Untung tu. Kalau Khalid Gagap tak sebut, org kg medan dan sebagainya nganga je apa yg dia cakap dan sikap profilenya. Untuk makluman semua, kalau xdak nafsu mentedghah duit, tobat org tak masuk UMNO pun, kecuali tiap2 bulan ada cabtan bertuah..itupun duit juga. Tolak la sapa naik pun..matlamatnya itu. Yg bawah cuma seronok kerana ada kawan org VIP. Yg rapat dapat la tempias. Yg jauh dapat bola takraw dan kadang2 jersi..tupun puas p mintak.