Tetamu Kehormat...

November 4, 2011

Orang Ini Bila Pula Nak Dihalau Keluar?

ALOR SETAR 3 Nov. - Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah (Pemikad) mencadangkan agar pihak penganjur dan penyokong program seks bebas Seksualiti Merdeka 2011 dihalau keluar dari Malaysia kerana mengancam nilai dan budaya negara ini. Yang Dipertua Pemikad, Abdul Ghani Mehat berkata, golongan itu jika dibiarkan boleh merosakkan rakyat dan generasi akan datang.

"Mereka ini tidak perlu ditahan, sebaliknya wajib dihalau sahaja keluar dari Malaysia.

"Kalau mereka ini di luar negara maka terpulanglah kepada negara yang menerima kehadiran mereka untuk membenarkan penganjuran program tidak bermoral seperti itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris semalam yang mendesak Jabatan Peguam Negara supaya mengambil tindakan terhadap Datuk S. Ambiga kerana sikapnya yang semakin melampau apabila menyokong program Seksualiti Merdeka 2011.

Abdul Ghani berkata, tindakan menghalau golongan berkenaan tidak akan menjadi satu bebanan kepada kerajaan berbanding jika mereka ditahan dalam negara ini. Menurutnya, golongan itu juga telah banyak menyusahkan negara dan cuba mempromosikan budaya yang bertentangan dengan hukum Allah. Sementara itu, katanya, Pemikad 'angkat topi' kepada Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S. Nallakaruppan yang mengingatkan orang Melayu agar bersatu padu demi menjaga keamanan dan keharmonian Malaysia.

"Bagi Pemikad, beliau adalah satu-satunya pemimpin bukan Melayu yang menghargai pengorbanan orang Melayu dan begitu prihatin terhadap perpecahan orang Melayu di negara ini," katanya. Abdul Ghani ketika mengulas kenyataan Nallakaruppan kelmarin yang mengingatkan orang Melayu berhati-hati dan tidak terikut-ikut dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab mahu melihat orang Melayu berpecah demi kepentingan peribadi mereka.

4 comments:

Anonymous said...

Orang ini ( Anwar Berahi, Ambabiga ) bukan setakat dihalau keluar dari negara ini, bahkan patut dinyahkan terus dari muka bumi ini ( mampuslah maksudnya ). Bikin ribut negara ini jer!!

Anonymous said...

Associate kuat Ambiga dlm forum gay ini adalah anak bekas PM yg menjadi legasi dlm UMNO dan idola buat blogger pencacai bukan ??

Anonymous said...

Salam
1) Memang jelas anaknya berfikiran 'songsang' tapi tidak bermakna kata2/idea bapanya tak guna langsung. Bapanya negarawan ulung, banyak berjasa pada negara, walaupun ada kekurangannya tapi yang jelas bapanya bukannya golongan songsang, malah menentang dan tak membenarkan aktiviti songsang ini semasa dia berkuasa. Kita ambil yang baik darinya sahaja, apa yg berlaku pada anaknya, hanya allah lebih mengetahui.
2) Apa pandangan AI, anak, isterinya dan kaum kerabatnya mengenai kes ini...mereka ini pemimpin yg dipilih rakyat...

AAA

Anonymous said...

Kenapa nak bising bising kerana kalau tak silap saya ini tahun ketiga mereka menganjurkan acara ini(maksudnya ini adalah acara tahunan)Jadi kenapa selama ini di benarkan?????????cuba jawab.Jadi apabila selama ni di benarkan orang akan mengganggap ianya tidak akan membawa apa apa polimik.Jadi tidak salah kalau Ambiga bersetuju untuk bersama meraikannya.Kalau benda ni salah humbankan mereka yg telah meluluskan acara ni untuk tahun tahun terdahulu barulah pegawai yg terlibat akan merasa takut serta akan lebih berhati hati di kemudian hari...ini tidak senyap sunyi saja dan tiada apa apa tindakan di maklumkan kepada khalayak.