Tetamu Kehormat...

November 4, 2011

Mahathir Mula Serang Muhyiddin

Seperti yang dijangkakan ramai pihak - legasi terakhir Tun Mahathir adalah PPSMI. Ketegasan Muhyiddin mempertahankan bahasa Melayu dalam pembelajaran sains dan matematik sejak akhir-akhir ini membuatkan Mahathir menghalakan muncung meriamnya kepada Muhyiddin. Baca berita ini. LANGKAWI, 4 Nov — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih boleh menghalang timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dasar yang diperkenalkan oleh pentadbirannya.

Dr Mahathir yang masih dilihat sebagai pemimpin yang berpengaruh dalam Umno selepas berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun berkata, Najib boleh berbuat demikian demi negara. Beliau berkata demikian di sini hari ini. Semalam, Muhyiddin berkata keputusan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI muktamad.

Mengulas desakan beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Muhyiddin berkata, tidak akan diadakan sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada 2009.

“Ia sudah pun diputuskan oleh Kabinet pada 2009 selepas dibincangkan di banyak peringakt, telah diluluskan di Parlimen, malah disokong oleh pembangkang. Tiada reaksi negatif ketika itu. Saya tidak tahu mengapa ia dibawa kembali,” kata beliau lagi.

“Kemungkinan mereka (pihak yang mendesak) sudah ketinggalan zaman,” kata beliau sambil menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan satu kumpulan kecil.

Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak. Beliau dijangka mengumumkan perkembangan penting berkaitan dasar itu petang ini.

PAGE sebelum ini mendesak kerajaan agar mengekalkan PPSMI dengan mendakwa bahawa ramai kalangan ibu bapa mahu supaya PPSMI terus dikekalkan atau memberi pilihan kepada ibu bapa yang masih mahu mengekalkan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bagi anak-anak mereka. PAGE juga menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya kelmarin.

Muhyiddin juga percaya dasar MBMMBI yang dilaksanakan mulai tahun ini bagi murid Tahun 1 melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu itu akan membuahkan hasil dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

12 comments:

Anonymous said...

KATA2 MUHIDIN AGAK KASAR APABILA MENGATAKAN ORG YG MENYOKONG PPSMI INI KETINGGALAN ZAMAN...TUN M PENGASAS PPSMI MESTILAH TUN M TERASA DGN KATA2 MUHIDIN....MUHIDIN HARUS SEGERA MOHON MAAF...DASAR PPSMI HENDAK DITAMATKAN HARUS DITERIMA KERANA INI KEHENDAK MAJORITI TETAPI JANGANLAH SAMPAI MENGHINA SEBEGITU

Anonymous said...

Pihak minta PPSMI dikekalkan boleh buktikan mereka bukanlah kumpulan kecil dengan mengadakan himpunan seperti yang dibuat oleh pembangkang beberapa tahun dulu bagi menuntut PPSMI di mansuhkan dan susulan dari itu ia menjadi kenyataan (pemansuhan).

Ini bagi mengelakkan persepsi pihak mahukan PPSMI seumpama pahat yang berbunyi sedangkan rumah telah berdiri.

Sekadar Cadangan

mami said...

Bila pendidikan dipolitikkan inilah jadinya...yang pening budak2 sekolah... cuba letak diri menteri2 politik ni jadi budak sekolah..suka tak kalau 2-3 tahun tukar...tukar menteri tukar lagi...

Anonymous said...

Muhyuddin sungguh angkuh dalam hal ini. Yang menerima akibat dari pemansuhan ini adalah anak-anak kita. Setelah menelaah Sains and Maths dalam BI selama 8-9 tahun, sekarang ini terpaksa pula belajar dalam BM. Kalau nak mansuh PPSMI, mulakan dari Tahun 1, bukan separuh jalan. Untuk anak-anak kami, biarlah mereka menghabiskan pengajian Sains dan Maths dalam BI sehingga SPM. Berilah mereka pilihan.

Guru Bahasa said...

Benar kata TS Muhyiddin Yasin bahawa pihak-pihak yang membantah PPSMI adalah ketinggalan zaman. Kajian telah dibuat dan statistik telah dicapai membuktikan bahawa pengajaran-pembelajaran mata-mata pelajaran ini merugikan pelajar luar bandar dan tidak menaikkan mutu penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka. Namun, sudah tiba masanya mata pelajaran Bahasa Inggeris diberi taraf wajib lulus untuk mendapatkan sijil seperti Bahasa Melayu dan juga sistem, mutu serta keberkesanan pengajaran tenaga-tenaga pengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris pada ketika ini perlu dipantau dan disemak semula oleh Kementerian Pelajaran dengan secara yang paling serius dan menyeluruh.

Anonymous said...

Cikgu yang tukang ajar maths sama sains tu pun english pun takat boleh yes no all right saja habih camno?

Anonymous said...

Ckp byk x gune;besok ko da kije ko tau la bagus ke x terror english..time tu la akan pandang hina org2 yg x tau hahajaha keje pegawai tp surat taip beterabur lg memalukan
Nama saya azinuddin sekian tenkiu

kentang said...

Aku sokong Mahathir dan aku generasi first Matrikulasi guna bahasa inggeris. Walaupun dulu aku fail sampai kena repeat matrik tapi sebab polisi ni jugakla skrg bila aku nak cari notes dari universiti luar negara macam Cambridge, relax je aku faham. sebagai orang yang merasa nikmat transformasi pembelajaran bahasa inggeris untuk subjek math dan science then aku menyuarakan pendapat aku. thx~

Anonymous said...

Salam.
1) penggunaan bahasa asas/ibunda utk menerangkan pelajaran yg sukar difahami sangat membantu mempercepatkan pemahaman
2) penggunaan BI akan berkesan sekiranya persekitaran juga menggunakan BI (contoh: sekolah luar negara atau ibu bapa, rakan yg menggunakan BI)
3) BI memang penting, namun cara yg berkesan ialah banyakkan bacaan dan wujudkan persekitaran/kemahiran berbahasa terutamanya di sekolah
4) Tun M memang negarawan ulung, tapi tak semestinya segala yg diilhamkannya berkesan.

Anonymous said...

Apa salahnya wujudkan kedua-duanya sekali. Siapa nak ppsmi ada. siapa nak bm pun ada. Habis cerita. Jadi x ada ketegangan. Mengapa cari masalah?

Anonymous said...

ramai org dlm dan luar negara respek tdm di atas ketegasan dan kebijaksanannya mengurus negara,mempopularkan m'sia di mata dunia..w/pun begitu ada beberapa isu besar termasuk ppsmi yg menyebabkan beliau kehilangan byk sokongan dr org melayu terutama dr pegawai/k.tangan k'jaan termasuklah dr sebahagian besar guru!!!

Anonymous said...

guru maths sci yg bermasalah dlm BI shj yg tak suka/ sudi dgn ppsmi tetapi guru2 yg kantoi BI ni jugak yg mati2 nak anak depa pandai BI, maths ngn science supaya anak2 mrk blh pergi belajar luar negara!! hipokrit!!!

ahli2 politik pun begitu jugak. anak2 depa pandai2, boleh bg segala kemudahan utk kuasai BI tp biar anak2 orang kg terus tertinggal...

anak2 muhyidin pandai BI, tentu takdak masalah maths ngn sci dlm BI, kan?