Tetamu Kehormat...

November 15, 2011

Juanda Sila Sertai Politik : Anda Bukan Lagi Ulama Salaf

Secara rasminya saya isytiharkan bahawa Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya bukan lagi tergolong dalam kalangan ulama salaf atau golongan agamawan yang memperjuangkan prinsip-prinsip generasi salaf dalam kehidupan mereka. Juanda semakin hari semakin lari dan jauh daripada metodologi salaf dalam menasihati dan membuat teguran terhadap para pemimpin Islam. Perbuatan Juanda menjadikan MalaysiaKini sebagai platform untuk mengaibkan dan mewujudkan suasana fitnah terhadap Datuk Seri Najib dalam urusan hajinya yang lalu - bukanlah perbuatan seorang ulama salaf yang benar-benar faham bagaimana kaedah untuk menegur para pemimpin muslimin.

Kita diminta menegur dan menasihat pemimpin secara berhikmah dan mengelakkan fitnah - tetapi perbuatan Juanda yang menegur Najib secara terbuka melalui portal pemfitnah no 1 negara, Malaysiakini hanya mengundang buruk sangka, fitnah, kutuk-mengutuk serta caci memaki antara umat Islam. Ini bukanlah perbuatan seorang ulama salaf, tetapi ini ulama pemecahbelah!

Perdebatan dan tuduhan terkini beliau kepada Datuk Jamil Khir sebagai pengampu - juga, merupakan perbuatan buruk sangka yang bukan amalan para generasi salaf. Sekali pun Juanda begitu arif dan bijaksana dalam urusan mengerjakan haji - apakah hak beliau untuk merendah-rendahkan Najib dan rombongan hajinya dalam media elektronik secara terbuka? Mengapa mesti respon terhadap soalan MalaysiaKini yang jelas berniat mahu melaga-lagakan antara ulama dan umara' di negara ini?

Tidakkah Juanda tahu bahawa masih terlalu banyak cara dan kaedah untuk membetulkan kesilapan Najib, sekiranya benar Najib belum menyempurnakan hajinya? Mengapa mesti memilih MalaysiaKini untuk "menasihat" Najib? Sebagai mufti apakah terlalu sukarkan untuk beliau menghubungi Jamil Khir bagi bertanyakan status terkini haji Najib? Inikah cara generasi salaf menasihati pemimpin Islam? Elok gugurkan sahaja perjuangan mahu menegakkan masyarakat generasi salaf - kalau kita sendiri masih gagal menyempurnakan kesalafan kita sendiri. Untuk Juanda, semoga fikir-fikirkan apa yang saya tuliskan ini. Wallahualam.

14 comments:

Anonymous said...

Politik pilihanraya & media massa hari ini tidak ada masa zaman Rasulullah, tapi politik ini menjadi very dominant dalam muamalat malah syiar syariah Islam itu sendiri. Jika terdapat ustaz atau ulama bercakap dlm nada politik janganlah dipandang serong dan jangan dipisahkan dominan agama dlm politik. Kalau orang politik guna media untuk political mileage, apa salah guna media untuk political maneuver. Atau makna politik itu double-meaning bergantung kpd kem masing-masing ?

zackyuell said...

mungkin juga sedara boleh hubungi Dr Juanda utk kepastian adakah apa yg tertulis dlm portal itu adalah 'exactly' apa yg dia ckp...

Anonymous said...

Alah...Si Juanda ni jadi mufti bukan kerana ilmu agama tapi sebab kroni. Lagipun dia bukan ada PhD dlm bidang syariah pun. Dia jadi mufti sebab dia kawan baik si Asri.Si Asri yg ampukan nama dia. Si Asri pulak jadi mufti sebab mengampu Shahidan Kasim..so ni mufti politik kaki ampu lagi besar...

Anonymous said...

salam kawan2 semua...xkan xreti nak beza komen politik @ komen berkenaan hukum2 Islam...bijak lah sikit...xder kaitan dgn politik pon...rukun wat haji...yg tukang komen dok kait dr asri skali tu ape cerita...bnyak dendam puak ni!!

usin said...

tuan empunya blog, jgn cepat melatah. benar ke juanda punya ayat begitu? kalau dlm meloyakini, boleh teka dah kesahihannya. pakar pemutarbelit memang bertambun dlm portal tu...kalaupun blog ini tak bertuan, kredibeliti kena jaga jugak... sama taraf ke dgn blog milo suam2 taik ayam tu?

abufender said...

Sapa kau azli shukri sedap2 nak isytihar kan mufti ni?....apa pangkat kau?...jawatan apa?...pencacai umno?

Anonymous said...

haji pekejadahnye blk msia langgar jgk hukum Allah...bini pn tetap x bertudung...ada otak ko pk sndirila...ker otak pn dah ltak kt lutut...lawak gile tuan blog blog nk melebel mufti...mcmla hebat sgt...bila pembangkang tue kata kt mufti perak korg mrh...korg pn lbh kurg sama jer melebel ulama dan mufti jgk..hahaha...

Anonymous said...

takat tulis blog & kerja pembasuh berak UMNGOK ada hati nak jatuh kan martabat Dr Juanda ...

Anonymous said...

kelakar blogger ni. kena belasah gila babi. ha ha ha..

Anonymous said...

Apa yang sepatutnya dibuat/teguran oleh ulama-ulama kerajaan@pmbangkang dan yang selainnya terhadap pihak pemerintah antara 1 cara :

Mengusahakan pertemuan-pertemuan peribadi secara tertutup, yang dibuat secara istiqamah, teratur dan berakhlak. Cara ini menyelamatkan kedua pihak dari malu atau terhina dan dari bangga dan riyak. Dan mengelak kemungkinan pihak ketiga akan sabotaj atau ambil kesempatan. Perbincangan secara ilmiah penuh hikmah, berakhlak dan contoh-contoh yang baik tentang agama ALLAH, adalah cara-cara yang selalunya memberi kesan dalam hati manusia yang selanjutnya akan mengubah sikapnya, sekalipun golongan pembesar. Sedikit saja yang menolak kerana degil atau hasad dengki.

Bukan seperti yang berlaku di seluruh dunia hari ini, yang mana bila berdepan dengan pemerintah para ulama umumnya:

keterlaluan dalam menegur. Biasanya ulama ini memihak kepada parti pembangkang, lalu menjadi musuh kerajaan. Dengan membuta tuli mereka menyerang kerajaan dari atas-atas pentas, di mimbar-mimbar, dalam seminar, forum dan lain-lain lagi. Yakni dengan mendedahkan segala kesilapan dan kelemahan kerajaan. Tujuannya supaya rakyat jangan undi lagi kerajaan yang ada. Tetapi undilah parti mereka. Kadang-kadang ucapan mereka seperti menghasut rakyat agar jatuhkan kerajaan.

Sepatutnya teguran dibuat bukan dengan kepentingan politik dan dengan rasa sombong di pentas-pentas terbuka; Kalau orang perlakukan kita demikian, kita pun sakit hati juga. Masalah yang lebih pokok tidak juga selesai.

Anonymous said...

kalau Juanda salah komen dah lama dia saman malaysiakini..puak2 al-jub ni bengong kot

Anonymous said...

Juanda & Asri ni sama jer.. dua2 pendakyah kuat puak wahabi muktazilah..

usin said...

yang latest, meloyakini memang dh mengaku auta. semua benda yg juanda jaya katakan dh diputarbelit. niatnya nk melaga2kan pm dgn mufti perlis je. yg korang tertentu asyik belasah najib laki bini tak takut dosa ke? kalaupun tak tutup jambul depan tu dosa, yg korang memaki hamun, mengutuk, menghinapun ada nilai dosa jugak. kalau hari2 nk jumpa tuan guru mintak tolong ampunkan dosa korang, mati kering tak makan pulak tuan guru tu sibuk sgt. nk solat lg, wirid lg, makan nasi bungkus lg, tu semua perlukan masa. sudah2 la. pas Islam, umnopun Islam juga. majoriti melayu. apa pekdah yg korang dpt asyik carutkan saudara seagama...

Anonymous said...

dari awal aku dh rasa MK tu autah..
tuan tanah patut confirm dulu betul ke mufti ckp mcm tue atau ckp die dh kene twisted..

MK dah berjaya melaga2kan kita org melayu/Islam..

-malay 1st.


word verification : phantat < WT..