Tetamu Kehormat...

November 15, 2011

Jangan Ambil Mudah Ancaman Ini!

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mendakwa beliau ada maklumat pihak-pihak tertentu telah mempelawa pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah menjadi perdana menteri jika pembangkang menang atau wujud keadaan 50:50 pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya, bagi menjayakan usaha itu pihak terbabit sedang mencari sekurang-kurangnya 20 ahli politik Melayu berpengaruh, memiliki reputasi tinggi dan intelek untuk dicalonkan bertanding di kawasan majoriti kaum itu yang ditandingi semua komponen Barisan Nasional (BN) kecuali Umno.

“Mereka sedang mengenai pasti tokoh seperti ini di seluruh negara dan jika berjaya mendapat orang ini dan berasaskan bakal wujud keadaan 50:50 antara BN dan pembangkang, mereka dikatakan mampu menjadi penentu siapa bakal menjadi pemerintah selepas pilihan raya umum ke-13,” katanya lagi.

Dakwaan sedemikan sebenarnya bukan baru kerana ada tanggapan sedemikian sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Rahim berkata demikian pada program penerangan isu-isu semasa anjuran Biro Penerangan Umno Alor Gajah di Alor Gajah kelmarin. Turut menyampaikan ceramah ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Rahim dan Shazryl merupakan antara trio Datuk T yang mempertontonkan video seks pada Mac lalu, yang si lelaki didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dipetik Berita Harian, Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata pendedahannya itu adalah sebagai peringatan kepada semua pihak bahawa usaha tersebut tidak boleh diterima di negara ini terutama BN.

“Perancangan berkompromi seperti ini boleh menggugat kestabilan politik dan menjadikan pemerintahan negara ke tahap lemah pada masa depan.

“Saya pulangkan kepada pucuk pimpinan tertinggi Umno membincangkan perkara ini supaya BN menang dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 tanpa boleh dikompromi,” kata bekas ketua Pemuda Umno ini.

Pada minggu lalu, Tengku Razaleigh berkata beliau menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), yang dilancarkan Julai lalu, kerana tidak mempunyai ruang bersuara dalam Umno.

Bagaimanapun kata pemimpin veteran ini, beliau akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.

Tengku Razaleigh berkata Amanah yang telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan bulan lalu akan merancang program dan menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.

1 comment:

kuanderas said...

Perpaduan Melayu, bilakah ia Akan berlaku? Dari 222 kawasan parlimen hanya 46 majority Cina, Serta tiada majority India. Namun perpecahan Melayu menyebabkan kita menjadi minority politik!!!!