Tetamu Kehormat...

November 25, 2011

Apabila "Sultan Abdul Aziz Bari" Berkata-kata...

Aziz Bari sudah terlalu hebat lagi kebal - hampir semua pihak seolah-olah tidak berupaya "menyentuh" dirinya lagi - hatta Sultan Selangor pun seakan-akan tidak mampu berbuat apa-apa terhadap segala penghinaan serta kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh Profesor serba tahu ini terhadap kesultanan dan institusi Islam Selangor. Bagi Aziz Bari apa-apa sahaja yang melibatkan tindakan Sultan Selangor hampir semuanya serba tidak kena di sisi undang-undang. Dengan kata lain, hanya tafsiran beliau sahajalah yang betul lagi tepat dari segi perundangan dan kehakiman - pooorahhh.

Sejak beliau "bebas" daripada hukuman UIA - egonya makin menyerlah - sehingga barangkali, rakyat Selangor sudah mula membuat sindiran pedas, "Siapa sebenarnya Sultan Selangor? Aziz Bari atau Sultan Sharafuddin?" Malah ada juga yang sinis berkata, Profesor Undang-undang itu sudah pun memiliki gelaran baharu, iaitu "Raja Abdul Aziz Bari" - hebat, sungguh hebat Aziz Bari. Elok sangatlah Malaysia mempunyai banyak profesor yang menjunjung kebebasan akademik dan bersuara seperti Aziz Bari ini - lagi cepat negara ini lingkup dan jahanam. Di tambah lagi dengan manusia seperti Ambiga - pejuang homoseksual. Lepas ini Majlis Peguam diminta memperjuangkan pula hak asasi kumpulan manusia yang melakukan seks dengan binatang - barulah lengkap!

SHAH ALAM, 24 Nov – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan pensyarah Prof Abdul Aziz Bari kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.

Sultan Selangor bertitah kenyataan itu tidak tepat kerana baginda disembah maklum akaun kedua-dua badan kerajaan negeri itu yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara setiap tahun.

“Beta sangat dukacita apabila Beta dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ada membuat kenyataan bahawa akaun Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor tidak diaudit dan bebas daripada audit.

“Justeru, beta berharap Prof Abdul Aziz Bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum beliau mendapat fakta-fakta tepat dan betul,” titah baginda ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di sini hari ini.

Dalam titah baginda lagi, Sultan Selangor menyarankan agar setiap jabatan dan agensi di Selangor mengambil iktibar daripada kelemahan-kelemahan yang dinyatakan oleh pihak audit agar masalah seperti pemborosan, pembaziran dan penyelewengan dapat dielakkan.

“Beta berharap ketua-ketua jabatan dan agensi di negeri ini sentiasa memberi perhatian kepada hal-hal berkaitan dengan kewangan dan memastikan segala peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi agar tidak ditegur audit,” titahnya.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam ucapannya berkata pembinaan Wisma Audit seumpama ini adalah yang ketiga selepas Perak dan Negeri Sembilan.

19 comments:

Anonymous said...

Baginda Sultan sebagai ketua agama wajib juga menegur dan murka dengan mereka (Baca UMNGOK) yang membuat VCD seks Ds anwar dan mengedarkan di masjid2 di Negeri Selangor.

Perbuatan membuat, mengedar dan menyebarkan VCD seks ini adalah perbuatan syaitan, iblis dan dajjal yang masuk ke dalam Masjid yang mulia.

ikhlas dari Kavita Singh

Anonymous said...

Puak hang yg edar vcd tu untuk fitnah puak lain itulah makanan puak hang kalau tak fitnah tak hidup la parti hangpa.

Anonymous said...

mudahnya pencacai membuat penilaian (berdasarkan kepada kenyataan media) lalu di angkat Profesor Aziz Bari sebagai seorang yang itu, ini dsbnya.

dalam isu video ketua umum dan Eskay di depan sebuah lif, kenapa pencacai yang sama sukar membuat kesimpulan walhal video berkenaan jelas dan terang?

kesimpulannya: penilaian para pencacai tidak konsisten.

Pelayar Blog Politik

Anonymous said...

Profesor yang pintar cerdik dan cerdas bukan saja mampu menghasilkan karya yang diiktiraf dunia malah melahirkan peguam bertaraf dunia.

Anonymous said...

Mampukah akademia di negara membangun menghasilkan cendekiawan kalau mereka asyik berpolitik dan bukan berakademik?

Anonymous said...

Sultan tidak sempurna tetapi disokong oleh sekumpulan penasihat agar ketidaksempurnaan dapat dikurangkan.

Profesor juga sama iaitu tidak sempurna makanya dia juga harus memikirkan bagaimana untuk mengurangkan ketidaksempurnaan.

Pelayar Blog Politik

otaklunyai said...

Bukan masalah kebal atau hebat... ini adalah kebenaran yg dinyatakan dgn berani... perbezaan amat jelas antara org yg berilmu dan beriman dan org yg tidak berilmu tapi nak tunjuk pandai... jadi terserlahlah kebangganggannya...

Kavita kaur said...

Orang mengaji undang2 pergi belajar dengan nya. Lahir nya ramai cerdik pandai undang2 di negara ini adalah hasil didikan beliau. Beliau menegur dengan ilmu nya. Teguran dan kritikan berlandaskan hujah.

Hujah wajib di balas dengan hujah. Hujah tak boleh di balas dengan menonjeng punggung. Hujah tak boleh di balas dengan Vedio seks.

Jangan lah menjadi babi yg menyodol -nyondol tanpa mampu membuka fikrah untuk berhujah dengan Fakta.

Anonymous said...

kalau insan tidak sempurna tetapi berlagak mahu jadi sempurna maka terserlahlah ketidak sempurnaanya itu.

Pelayar Blog Politik

Anonymous said...

Kemampuan seseorang akademia boleh diukur secara objektif menerusi kaedah yang diterima pakai seantero dunia.

Kemampuan akademik seorang Profesor tidak boleh diukur oleh pihak media atau pihak umum tetapi boleh diukur secara objektif oleh pihak universiti.

Pelayar Blog Politik

Dato Muni said...

Nampak ramai pencacai di blog pencacai ini...sila klik nama saya untuk menonton gambar kavita kaur & ketua agama

Anonymous said...

10:59,

KAH KAH KAH

video porno yang jelas dan terang pencacai tak percaya

KAH KAH KAH

makanya apalah sangat sekeping gambar yang sudah tentu boleh didakwa sebagai bertindan.

KAH KAH KAH

KORANG NAK ORANG PERCAYA SEKEPING GAMBAR??

KAH KAH KAH

TETAPI KORANG NAK ORANG TAK PERCAYAKAN SEBUAH VIDEO?

KAH KAH KAH

Anonymous said...

KAH KAH KAH

Ketua Umum dikatakan sebagai tidak kenal Eskay!

KAH KAH KAH

Dalam kata lain:

KAH KAH KAH

video Eskay dan Ketua Umum tidak membuktikan apa-apa?

KAH KAH KAH

makanya apa pencacai mahu buktikan dengan sekeping gambar mati???

KAH KAH KAH

Anonymous said...

Semulia-mulia manusia di sisi Maha Raja semesta alam ialah orang yg bertaqwa yakni orang sangat takut dan warak dengan Allah dan juga pejuang totok amar maaruf nahi mungkar. Sebaik-baik jihad ialah berkata benar di depan kezaliman yg lebih berkuasa. Sebaik-baik dakwah ialah menghapuskan keyakinan bahawa kerajaan manusia boleh menjamin kesejahteraan hidup dunia danakhirat.

Anonymous said...

Dalam bidang profesional, kemampuan seseorang 'guru' dalam konteks ilmuan dinilai menerusi bilangan anak didiknya yang mendapat PHD atau pakar dalam bidang tertentu dan lebih manis kalau PHD atau kepakaran berkenaan diperoleh dari seberang laut. Tidak ada maknanya menjadi bijak tetapi bijak kerana duduk dalam kalangan para dunguan.

Justeru, nilai dan simpulkan di manakah kedudukan sebenar diri anda (profesor membangkang) dalam konteks ini kalau dibandingkan dengan begitu banyak profesor 'diam-diam ubi' yang jauh lebih berjaya (dalam pelbagai bidang) dalam memproduksikan PHD dan pakar dari kalangan anak didik mereka.

AntiTinKosong

pandak leman said...

Bila jadi prof kerja kena bangkang bukan yes atau alright.Kalau tak bangkang depa kata prof bodoh piang.
Kalau warna puteh.Prof kena kata warna hitam.kalau warna hitam prof kena kata puteh.

Anonymous said...

semaklah kat ICJ, apakah nama mamat ini tersenarai?

kah kah kah

Shamshul Anuar said...

Saudara Azli,

inilah sikap Melayu yang 'bijak pandai' sekarang ini. Mereka "berperang" pula dengan saudara seagama mereka dan mempertahankan pula orang yang memusuhi ugama sendiri.

Aziz jelas memfitnah. Beliau dalam ceramahnya berkata Sultan BERTITAH TIADA BUKTI MURTADKAN umat Islam.

Walhal sultan bertitah memang ada usaha untuk murtadkan umat Islam. Namun walaupun ada tetapi Baginda berpendapat bukti tidak cukup untuk pendakwaan.

Sebaliknya Aziz, PAS lebih galak pula memperlekehkan JAIS dan lebih percaya kepada Yahudi dan Nasrani dalam kes ini.

Aziz pertikai Sultan apa hak baginda untuk beri penilaian begitu. Beliau mungkin lupa Sultan sebagai ketua ugama dan sebagai "tuan Rumah" yang telah dirujuk untuk dipinta pendapat.

Aziz berpendapat "sultan yang baik" mestilah "berperang" dengan JAIS . Barulah sultan diiktiraf sebagai memahami undang undang.

Dan orang melayu jenis lupa diri pula pertikaikan titah Sultan dan berkata ( berburuk sangka) ini semua kerja UMNO. Walhal UMNO tiada kuasa di selangor.

Sepatutnya kita bersyukur Sultan pertahanan JAIS. Ini tidak. Ramai pula cukup susah hati kerana siasatan JAIS "melukakan' hati Kristian dan JAIS.

Hati oranmg Islam tak mahu jaga. Peringatan Allah SWT bahawa orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati sehingga orang Islam ikut cara mereka ditolak dipersenda.

Mereka ini ramai belajar tinggi. Namun mereka begitu terpukau dengan Yahudi DAP .

Mereka rasa sudah hebat. Apa apa larangan bertujuan supaya mereka tumpukan perhatian pada pelajaran(AUKU) ditolak.

Mereka terlupa di dunia mana pun ada peraturan . Semasa dibawah tanggungan ibu bapa, ibu bapa sentiasa mahu kita ikut peraturan mereka selagi kita tinggal bersama mereka.

Begitu juga di Universiti. Kalau nak joinj pilihanraya berkempen, tak payah masuk universiti.

Bersabarlah. Ada masa untuk berpolitik. Habiskan pengajian dulu. Niatnya baik. Anda masih muda dan tidak berpengalaman. Tamatkan pengajian dulu.

Selepas tu kalau dah gian berpolitik, tak siapa peduli. Boleh kempen sepanjang masa dan Naib Canselor pun tak peduli.

AUKU tidak jadikan mahasiswa lesu. Yang menjadikan seorang "lesu" ialah peribadi dan sikap serta nilai yang dipegang.

Jika enggan perbaiki diri( dari segi perwatakan) dan enggan pula menimba ilmu dan habiskan duit biasiswa beli Blackkberry, memanglah tak kemana.

Kalau enggan membaca ( selain novel cinta ) dan hanya mahu dengar fitnah semata mata, memanglah diri akan lesu.

Jangan salahkan AUKU. Jangan beri alaan bahawa mahasiswa sudah matang untuk menilai. JIka sudah matang, sudah tentu sanggup bersabar 4 tahun untuk habiskan pelajaran.

Orang melayu suka anggap penentangan terhadap kerajaan( disamping nikmati segala kemudahan) sebagai satu pesta. Merek masih muda dan masih "hijau" untuk fahami bahawa diluar sana, betapa ramai yang termimpi mimpi untuk miliki satu satunya hajat mereka yang masih belum tercapai DAN MASIH DITANGAN ORANG MELAYU: kuasa politik.

Dan bukankan cara terbaik ialah gunakan Melayu sendiri untuk menekan Kerajaan Melayu.

Anonymous said...

Saya berpendapat bahawa saudara Shamsul Anuar kurang membaca. Perbanyakkan bacaan anda sebelum memberi ulasan agar kita berada landasan yang benar, begitu juga dgn tuan empunya blog.