Tetamu Kehormat...

November 13, 2011

Apa Salah Ambiga?

Cuba kita semua baca sendiri bagaimana fahaman puak-puak pejuang hak asasi manusia ini melihat isu-isu hak asasi manusia - khususnya yang melibatkan perbezaan seksualiti - otak mereka penuh dengan nanah dan najis - serta golongan pejuang perbezaan seksualiti ini adalah golongan sakit jiwa yang bukan sahaja perlu diubati - bahkan jika memudaratkan masyarat, mereka perlu sahaja dikurung demi kebaikan hidup manusia. Baca rencana tulisan Stevie Ong di bawah, bertajuk "Apa Salah Ambiga?"

Oleh: Stevie Ong : Ambiga Sreevanasan, atau wajar digelar wanita besi, atas semangatnya berjuang menentang arus. Beliau mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan hak asasi manusia. Untuk itu, beliau telah dikritik dan diprovokasi berbagai pihak tetapi beliau berjaya meraih penghormatan dan menerima penghargaan dari berbagai pihak juga.

Atas kesungguhan beliau memperjuangkan pendiriannya, beliau telah menerima anugerah International Women of Courage pada tahun 2009 oleh kerajaan Amerika, dan hanya baru-baru ini, pada 23 September tahun ini, beliau menerima anugerah tertinggi Perancis Chevalier de Legion d’Honneur (Knight of the Legion of Honour) daripada kerajaan Perancis.

Amatlah ironi sekali apabila pihak yang sebelum ini menentangnya iaitu ketika beliau memperjuangkan kemurtadan Lina Joy, juga telah berarak di belakangnya dalam Bersih 2.0. Dan kini, pihak yang sama juga, bersama-sama dengan beberapa pihak lain sekali lagi ‘menggila’ kerananya apabila beliau merasmikan Festival Seksualiti Merdeka.

Apakah kesalahan yang dilakukan Ambiga? Apakah kita semua menyokong hak asasi manusia atau tidak? Jika ya, kenapa ada dwistandard? Kenapa hak sesetengah orang diiktiraf dan sesetengah lagi tidak pula?

Apa salahnya Ambiga merasmi dan menyokong pesta untuk meraikan perbezaan seksualiti?

Ambiga sentiasa konsisten dalam memperjuangkan hak asasi manusia – tidak kira sama ada hak untuk menukar agama, hak untuk berdemonstrasi di jalanan atau hak untuk mempunyai selera seks songsang atau luar tabie.

Pakatan Rakyat, sebagai sebuah parti politik yang meletakkan hak asasi sebagai perjuangan utama wajib menunjukkan sokongan yang nyata terhadap Ambiga dalam isu ini.

Homoseks, lesbian, biseksual bukan lagi perkara ‘taboo’ termasuk di negara-negara konservatif. Telah dilaporkan bahawa hanya semalam, pasangan lesbian pertama telah dinikahkan di Nepal. Negara tersebut baru sahaja mengiktiraf hak kumpulan LGBT dan telah meminda undang-undang untuk mengelak diskriminasi terhadap golongan tersebut. Pasangan tersebut, Courtney Mitchell 41, dan Sarah Welton, 48 dari Denver Colorado telah diraikan dalam adat perkahwinan Hindu di kuil Dakshinkali di selatan Kathmandu.

Malaysia, walaupun begitu pesat membangun, ternyata jauh ke belakang dalam isu-isu hak asasi manusia. Golongan LGBT di Malaysia tidak mungkin mampu memperjuangkan hak mereka tanpa platform politik.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat perlu menyatakan pendirian tegas dalam isu ini dan tidak harus takut kehilangan sokongan dari golongan jumud dan terkebelakang. PAS, mungkin menjadi masalah tetapi mereka telah membuktikan yang mereka mampu bertoleransi dan mengalah dalam banyak perkara termasuk dalam hal-ehwal agama Islam, dengan itu bukanlah masalah besar untuk mereka bersikap lebih terbuka terhadap isu LGBT jika DAP dan PKR menangani mereka dengan cara yang betul.

Dengan Pakatan Rakyat di belakang Ambiga, LGBT akan mempunyai peluang yang lebih untuk mendapatkan hak mereka di negara ini. Justeru, Pakatan Rakyat tidak harus menghampakan mereka. Kita mengharapkan Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan besar ini terhadap Malaysia. (Sumber : Di sini).

5 comments:

mad naf said...

Yes we believe in human rights, the Islamic human rights according to the Cairo declararation. Please read http://www.oic-oci.org/english/article/human.htm

Abd Razak said...

ini lah orang yang kuasa barat nak jadi pemimpin malaysia.macam mana pemimpin arab yg kena cucuk hidung oleh amerika.kuasa barat nak jadikan malaysia negara bebas dan mengikut telunjuk mereka.tugas barat untk memperondak perandakan malaysia supaya kita tidak maju dan mengimpot segala barangan mereka..kayalah syarikat mereka.mari selamatkan malaysia dari di jajah oleh barat.sesungguhnya kekayaan hasil bumi kita untuk syarikat kita bukan syarikat barat

Anonymous said...

..Ambiga ni ada anak ke ?..tentu hebat party kawin anak lelaki gay atau lesbian dia nanti

MymassaVoice said...

Salam tuan,

Blog tuan telah dilink di blog kami.

Mohon link blog MyMassa di blog ini.

http://mymassa.blogspot.com

Terima kasih.

YB Raz said...

hak asasi manusia yek? so kami orang islampun ada hak asasi juga. Hak kami adalah menghalang LBGT.amacam nak lawan tak puak kafir?