Tetamu Kehormat...

November 10, 2011

Apa Nie Anwar - Mufti Dah Kata Boleh Murtad Sokong LGBT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan hak penganjur dan penyokong festival Seksualiti Merdeka 2011 kerana menyifatkannya sebagai medan perbincangan dan pertemuan bagi golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).

Menurutnya, pada masa sama beliau membidas pihak-pihak yang mengecam penganjuran festival ini terutamanya mereka yang berterusan menghina penganjur dan individu yang menyokongnya. (Bila pulak masyarakat menghina golongan ini? Masyarakat menghina perbuatan mereka yang jelas bertentangan dengan fitrah manusia biasa dan Allah juga mengutuk kaum yang mengamalkan perbuatan kaum Luth ini - soalnya sekarang mengapa Anwar Ibrahim tidak mengutuk perbuatan mereka itu? Apakah Anwar redho dengan perbuatan kaum gay dan lesbian ini? Inilah yang perlu Anwar jawab)

Katanya lagi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun secara tegas tidak menyokong penganjuran program berkenaan kerana ajaran Islam mahupun agama-agama lain jelas dalam isu ini, (Kalau dah tahu Islam menentang perbuatan kaum Luth, maka semua program atau apa-apa sahaja agenda yang menjurus ke arah menyokong gerakan gay dan lesbian tetap dikira haram - Anwar faham atau tidak dalam soal ini?)

"Kenapa kita nak menghukum mereka di atas hal-hal yang mereka tidak sebut? Kita bantah cara kumpulan berkenaan (LGBT) dimalukan dan dihina (Bila pula golongan ini dimalu dan dihina? Siapa yang memalukan diri mereka dan siapa pula yang menghina mereka? Bukankah perbuatan mereka sendiri yang memalu dan merendah-rendahkan martabat diri mereka sendiri? Anjing jantan pun tidak akan mencari anjing jantan yang lain bagi memuaskan nafsunya, Jadi, siapa sebenarnya yang memalukan diri sendiri?)

Pendekatan kita sebaiknya mendekati dan memberi penjelasan kepada mereka, tapi bukannya dengan mencerca," katanya di lobi Parlimen di sini semalam. Ditanya mengenai penglibatan Pengerusi bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang didakwa merasmikan festival ini, Anwar mempersoalkan kenapa Ambiga dilayan seperti penjenayah. (Bila Ambiga dilayan seperti jenayah? Apakah dengan mengambil kenyataan Ambiga oleh pihak polis, maka Ambiga sudah dilayan seperti seorang "jenayah" oleh pihak polis? Pooorahhh)


"Tapi kenapa serang dan layan Ambiga seperti penjenayah? Sokong ataupun tidak bukan lagi isu, tapi isunya ialah serangan kepada golongan LGBT," katanya (Perbuatan kaum Luth sememangnya haram dalam mana-mana agama sekali pun! Ini bukan soal serangan terhadap golongan tersebut, ini soal perbuatan kaum Luth yang sama sekali tidak boleh diiktiraf dalam apa-apa juga bentuk). Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mendakwa, liputan yang keterlaluan oleh media tertentu berkaitan program sebenarnya bertujuan menutup kelemahan dan masalah lain yang berlaku dalam negara.

"Ini semua sengaja dibuat bagi menutup permasalahan lain. Nak alih pandangan daripada isu-isu besar yang lain.

"Jadi kita amat bimbang kerana ia mungkin akan mendorong golongan yang membantah untuk menyerang kumpulan ini," katanya. Pihak polis sebelum ini mengharamkan semua aktiviti dalam program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa dianjurkan bagi mempromosikan kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang termasuk yang diadakan secara tertutup berikutan bantahan pelbagai pihak.

Malah pihak polis turut mengambil keterangan empat individu termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga bagi membantu siasatan. Ambiga sebelum ini turut mengesahkan bersetuju merasmikan program itu hari ini (Rabu) atas kapasiti peribadi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Umat Islam yang menyokong termasuk terlibat dalam menganjurkan program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan seks bebas, disifatkan sebagai syirik kepada Allah. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Islam telah mengharamkan hubungan sejenis, sehubungan itu mana-mana pihak yang mahu menghalalkan perkara yang telah diharamkan di sisi agama adalah dikira murtad.

Justeru, jelas beliau, kerajaan harus bertindak lebih tegas termasuk mengenakan tindakan ke atas pihak penganjur sekiranya mereka masih mahu meneruskan program yang mempromosikan amalan lesbian, homoseksual dan transeksual itu.

"Program ini secara jelas adalah bertentangan agama Islam termasuk agama lain. Kalau sekiranya ada orang Islam yang menyokong, maka hukumnya syirik dan boleh dikira murtad kerana Islam telah mengharamkan hubungan sejenis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Harussani berkata, golongan belia dibimbangi mengalami keruntuhan akhlak yang lebih teruk sekiranya program seumpama itu dibenarkan untuk dianjurkan di negara ini.

"Golongan belia di negara ini kebanyakannya sudah rosak akhlaknya, jadi kita tidak mahu moral mereka lebih teruk jika adanya program seumpama itu," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin menegaskan, penganjur program itu perlu mencari kaedah terbaik untuk membantu golongan lesbian, biseksual, gay atau transgender (LBGT) untuk kembali ke pangkal jalan dan bukannya membuka ruang kepada mereka untuk meneruskan gaya hidup tidak sihat.

Justeru, jelasnya, semua agensi berkaitan perlu memperkenalkan program khas kepada golongan tersebut tanpa memberi keistimewaan khas kepada mereka.

"Jakim telah mengeluarkan buku Manual Islam dan HIV AIDS dua tahun lalu untuk memberi bimbingan bersepadu kepada golongan ini tanpa pertindihan antara agensi dan memberi peluang kepada mereka untuk menjalani gaya hidup sihat selari kehendak syarak.

"Namun agak malang apabila perkara ini tidak diberi perhatian sepatutnya oleh penganjur malah agensi agama dan perundangan negara ini diperlekehkan atas alasan tidak selaras dengan hak asasi manusia," katanya. Menurut beliau, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia perlu merujuk kepada Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang menyebut bahawa setiap maklumat tidak boleh disalahguna sehingga boleh melemahkan secara diam nilai moral dan etika atau menghancurkan masyarakat serta melemahkan imannya.

"Keseriusan Jakim dalam hal ini turut dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2008 yang telah memutuskan bahawa wanita yang berpenampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam," ujarnya.

No comments: