Tetamu Kehormat...

November 2, 2011

Apa Kata Anwar Ibrahim?

Saya melihat Majlis Peguam Malaysia acap kali terlepas pandang dengan bertindak tanpa mengambil kira sensitiviti ribuan ahlinya yang juga terdiri daripada Peguam-peguam yang beragama Islam.

Contoh yang terbaru adalah dalam perihal sokongan secara terbuka Majlis Peguam dalam kempen "Seksualiti Merdeka".

NONEAgama Islam secara terang-terangan mengharamkan homoseksual, baik yang bergelar gay mahupun lesbian di mana pengamal homoseksual ini dilaknat sekeras-kerasnya oleh agama Islam.

Namun, ia bukan bermakna saya menentang hak rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing sepertimana yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, saya sedar agama-agama lain juga tidak menyokong kepada sesuatu perkara yang boleh mengharu-birukan institusi kekeluargaan dan menambahkan barah kepada moral masyarakat.

Malah, terdapat pendapat di dalam agama Kristian sendiri yang mengatakan perhubungan homoseksual adalah suatu dosa di mana ia dinyatakan di dalam ajaran-ajaran seperti Gereja Roman Katolik, Gereja Eastern Orthodox, Gereja Methodist dan lain-lain lagi.

azlanJusteru, atas faktor apakah Majlis Peguam menyokong kempen yang sebegini tatkala banyak lagi isu moral di kalangan masyarakat yang boleh diketengahkan?

Saya sebagai salah seorang peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam melihat tindakan seumpama itu mencerminkan sikap tidak profesional badan berkenaan yang membelakangkan kehendak ribuan ahlinya yang beragama Islam.

Seharusnya Majlis Peguam sedar bahawa setiap tindakannya yang menyokong kempen sebegini sedikit sebanyak memberikan tempias kepada para peguam yang berada di bawah naungannya.

Tatkala keluar berita sebegini, rata-rata masyarakat akan menunding jari kepada kami sebagai peguam Islam umpamanya kami menyokong kempen sebegini dan kami tidak sensitif dengan agama Islam.

azlanTidakkan Majlis Peguam sedar bahawa kami malu berhadapan dengan masyarakat apabila kami turut dipersalahkan walaupun hakikatnya kami tidak bersetuju dengan tindakan mereka menyokong kempen sebegini?

Kesimpulannya, Majlis Peguam harus lebih peka dengan kehendak ahli-ahlinya dan bukannya “syok sendiri” demi kepentingan peribadi.

Majlis Peguam Malaysia harus lebih merakyat dengan peguam-peguam di bawahnya dan peka dengan kehendak para peguam secara keseluruhannya, baik yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Noorazmir Zakaria adalah seorang peguam.


1 comment:

Anonymous said...

Apa kata menteri agama, Jamil Khir ? Apa kata khalifah ummah melayu Islam, Muhyiddin Yassin ? Mereka ini tidak perlu berkata-kata lagi, hanya bagi arahan sahaja. Kuasa sudah ada dalam tangan.