Tetamu Kehormat...

November 24, 2011

Alang-alang Kasi Mahasiswa Universiti Berpolitik, Baik Kasi Juga Semua Kakitangan Awam Boleh Berpolitik

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda bagi membolehkan pelajar pusat pengajian tinggi menyertai parti politik. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini. Najib berkata pindaan akan dibuat ke atas Seksyen 15 AUKU bagi membolehkan penuntut-penuntut berusia 21 tahun ke atas bergiat aktif dalam parti-parti politik.

“Untuk menghormati hak pelajar kita yang sudah dewasa, di bawah Perlembagaan, kami akan meminda Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mereka menjadi ahli parti politik,” kata beliau ketika membentangkan usul memansuhkan tiga deklarasi berkaitan darurat di Dewan Rakyat hari ini. Pengumuman Najib itu mendapat sokongan anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun menurut Najib, kerajaan akan meneruskan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober lalu yang mengumumkan bahawa Seksyen 15 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Najib juga berkata di bawah AUKU politik akan dilarang sama sekali di kampus universiti.

“Keputusan ini adalah ekoran keprihatinan kerajaan dan memahami aspirasi rakyat dan (menunjukkan) bagaimana kami mendengar suara mereka.

“Ini bukan retorik murahan. Ini adalah hasil iltizam politik dan keberanian moral,” kata beliau di Parlimen.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan membuat rayuan kerana keputusan mahkamah akan ada implikasi ke atas sistem perundangan negara ini. Akhir bulan lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 15 (5)(a) AUKU 1971 yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan dalam aktiviti politik sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara. Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membenarkan rayuan empat penuntut jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menghadapi tindakan disiplin kerana didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 24 April tahun lepas.

Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza dalam saman pemula mendakwa mereka menerima notis dari UKM untuk menghadiri Lembaga Disiplin UKM bagi menjawab tuduhan melanggar Sesksyen 15(5)(a) AUKU. Bagaimanapun, mereka didapati tidak bersalah oleh lembaga itu. Kesemua mereka itu telah menamatkan pengajian masing-masing September lalu.

10 comments:

Didi Malika said...

Pulak dah ...
Dato Seri, janganlah kata tiba2 pinda AUKU sebab nak dekat pilihanraya kot?? rosak, rosak student melayu macam ni ...nak lahirkan sorang lagi yang macam anwar ibrahim ke??

Anonymous said...

nak kata bodoh tak juga.
nak kata pandai bingai.
kalau semua ikut kehendak pembangkang bagus buat apa jadi pemerintah.
Islam is the best.

Anonymous said...

nak kejar number pengundi, tak akan tercapai...jiwa org muda zaman sekarang nie,amat berbeza dgn pendedahan pelbagai isu di media baru dan pandai menilai..lain ler kalau penuntut di universiti tu semuanya jiwa tua...yg di kejar tak dapat,yg di kendung berciciran..talian hayatpn dh nk sampai.Asyik nk ikut telunjuk pembangkan jer..tak payah jd pemerintah

matts said...

Harap harap DS Najib 're-consider' balik keputusan untuk meminda Sek 15 AUKU tapi kalau beliau berpendapat jika pindaan dibuat lebih baik dari sebaliknya...well, it okay...after all saya percaya keputusan yang dibuat adalah secara 'colective' semuga yang terlibat dapat menerimanya secara positif.

Tertido said...

umur ditetapkan boleh bpolitik 21thn,kan mengundi pun diwajbkan 21 thn jugak,takde masalah,lgpun dah ada akta phimpunan aman,menang atau kalah tk bsangkut paut dgn auku,itu qada n qadar,bab mahasiswa(?)yg nk politik sampai lupa blajar atau kantoi tu masalah dia,risiko masing2,ye la dh masuk u,kena waras dan matang,jgn kristian pgg lilin,dia pgg lilin gak,jenis ikut mcm lembu cucuk hidung

Anonymous said...

bukan calang-calang ilmu yang diikuti...sains politik tu weh!

logiknya kalau pelajar ini buat kerja politik pasti menjadi.

kalau 4 pelajar sains politik buat kerja untuk si B, gerenti si B berjaya!

itulah yang berlaku di Hulu Selangor! usaha 4 pelajar sains politik telah membuahkan hasil!

usaha pintar politikus kampus telah berjaya menumbangkan pembangkang di HS!

usaha gigih pelajar sains politik menyaksikan MIC menumbangkan Goliath di halaman Pakatan Rakyat!

Syabas anak muda!

kah kah kah

Syabas

abu idris said...

arrayah.info - Tanggungjawab Berdakwah, Pelajar Perlu Masuk Parti Politik Islam

Anonymous said...

3:39,

Islam adalah agama bukan parti politik.

Parti politik adalah untuk hal ehwal keduniaan -- kafir dan bukan kafir terangkum di dalamnya.

Akhir sekali, kalau orang Islam boleh masuk Dap, kenapa bukan Islam tak boleh masuk parti politik yang dianggotai oleh majoriti Islam?

Anonymous said...

Islam itu satu tetapi yang menjadikan Islam berpuak-puak adalah umat sendiri.

Kini dengan adanya parti Islam A, B, C sampai Z makanya bertambah-tambahlah kepuakan itu.

azmira said...

AUKU tak payah pinda pun tak pe.

Kalau UMNO/BN buat program kat U tak pe pun...tarik le seramai mungkin pelajar2 U masuk Umno.....

HARAMKAN TERUS PARTI PAS KAT U...

ini yg UMNO mahu kan? adil kan?