Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Layan Sebentar Tazkirah Tengah Malam

Mereka Akan Dihukum!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa fitnah serta kepalsuan media-media sosial di negara ini. Antaranya, beliau dituduh melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan haji baru-baru ini dan disebabkan itu jemaah lain telah dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan. Tegas beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia merupakan satu fitnah yang amat besar. ''Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Antara kemudahan diberikan apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita. ''Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini sat

Kebenaran Di Dalam Kotak Kaca

ANALISIS, 18 Nov — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan satu perkara — beliau masih tidak jemu-jemu untuk bercakap tentang perpaduan Melayu khususnya kerjasama politik PAS-Umno. Beliau tetap konsisten dengan pendirian mahu mengikat kerjasama politik antara PAS dan Umno — idea yang beliau cuba bawa sejak keputusan pilihan raya umum ke-12. Ekoran kehilangan kuasa Barisan Nasional (BN) di Perak pada 8 Mac 2008, Harussani telah berhubung dengan beberapa pemimpin kanan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan. Pendirian mereka kekal — tidak kepada kerajaan perpaduan membabitkan PAS-Umno. Nik Aziz tidak mahu nasib tahun 1970-an berulang. Dua muktamar tahun PAS yang lalu dengan tegas menyatakan pendirian itu dan mahu kekal dalam kerjasama Pakatan Rakyat. PAS menyertai kerjasama Pakata

Tanda Awal Kematian!

Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini mengumumkan bahawa ia akan bertanding di tiga kerusi yang sekarang ini dipegang oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang. Dalam satu kenyataan media, presiden PRM yang baru dilantik, Rohana Ariffin berkata, parti itu akan bertanding di Balik Pulau di Pulau Pinang dan kerusi Selayang serta Petaling Jaya Selatan di Selangor. Ketiga-tiga kerusi itu kini dipegang oleh Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian. Melainkan PRM mampu menyelesaikan perkara itu dengan PKR, maka pilihan raya umum kali ini yang dijangkakan seawal tahun depan, akan menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru di antara kedua-dua parti berkenaan dan BN. Adalah difahamkan bahawa buat masa ini belum ada pertemuan di antara PRM dan PKR bagi membincangkan perkara itu tetapi PKR dijangka mengeluarkan satu kenyataan apabila biro politiknya bermesyuarat pada Rabu ini. PRM dikatakan telah bergabung dengan dengan ahli serpihan PKR, iaitu Parti Keadilan Na

Peringatan Kepada Semua Bloggers! Wajib Tonton

Sesat Di Hujung Masa

KETIKA bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor mengutarakan kebimbangannya mengenai agama baru yang sedang berkembang atas asas hak kebebasan individu, banyak pihak memandang sepi kecualilah seorang daripada penyokong pembangkang menulis dengan nada marah mengecamnya dengan sebuah hipotesis sebagai perangkap politik untuk menutupi perjuangan membangunkan demokrasi dalam politik Malaysia. Belum pun sampai sebulan culaan itu dibuat, kini semakin terdedah bahawa apa yang dimaksudkan oleh Rahim mula membuktikan gema perjuangan untuk Malaysia menerima kedudukan sekumpulan pejuang kebebasan hak asasi yang mendesak agar "komuniti mereka" tidak dipandang serong sebagai "komuniti yang bermasalah" kerana mereka juga mempunyai hak sebagai warganegara. Tuntutan mereka itu sebenarnya bukan sahaja boleh dilihat melampau kerana mahu mendapat pengiktirafan, ia adalah satu bentuk perjuangan yang boleh meruntuhkan nilai-nilai budaya, moral dan agama ma

Tahniah Tan Sri!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan BrandLaureate Legendary Brand ICON Leadership Award 2011, di sini malam tadi. Turut menerima anugerah utama pada majlis anjuran BrandLaureate tersebut adalah Pengerusi Berjaya Corp., Tan Sri Vincent Tan (The BrandLaureate Man of the Year) dan Pengerusi K&N Kenanga Holdings Bhd., Datuk Noor Zakiah (The BrandLaureate Woman of the Year). Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan berkata, terdapat ramai pemimpin yang hebat di dunia hari ini tetapi antara mereka yang layak digelar ikon adalah sedikit. ‘‘Ikon bermaksud tahap tertinggi dalam sesuatu bidang, berani mengambil risiko dan mengubah budaya pemikiran untuk menjadi lebih baik. ‘‘Sejarah telah membuktikan pemenang hari ini memiliki keunikan luar biasa dalam bidang masing-masing dan berada di kelas tersendiri,’’ katanya di dalam ucapan pembukaan majlis penyampaian anugerah tersebut malam ini. Turut hadir pada malam tersebut adalah 37 pemenang l

Kongsi Sikit...Jom Tonton

Apakah Ini Akan Melemahkan Semangat Mereka?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman yang difailkan seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu, terhadap bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JJAIS) dan badan itu. Hakim Datuk VT Singham membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bekas pengarah JAIS Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan JAIS bagi membatalkan saman itu. Pada 16 Jun lalu, Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz menfailkan saman terhadap penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia , Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Muhammad Khusrin dan JAIS atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu. Bagaimanapun, Utusan tidak memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut. Mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi menyebut kes saman itu terhadap Utusan. Dalam keputusannya, Hakim Singham memutuskan kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Khusrin dan Jais pada 16 Dis tahun lalu yang kemudiannya