Tetamu Kehormat...

October 14, 2011

Ya Syeikh...Jangan Tidur Lagi

Amboi-amboi sedap sungguh mulut Ustaz Idris Ahmad ini membantai saudara seIslamnya...macamlah selama ini UMNO/BN tidak pernah buat jasa kepada orang Melayu-Islam di negara ini.

KUALA LUMPUR, 14 Okt: PAS mampu menyelamatkan Melayu Islam daripada hilang kuasa setelah Umno gagal menjaga amanah bangsa. “Inilah jawapan kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir yang mengatakan Melayu kana hilang kuasa dalam sepuluh tahun lagi,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (Soalan saya hanya satu, macam mana PAS boleh selamatkan Melayu-Islam, kalau perkataan "negara Islam" dan "hukum Hudud" pun terpaksa digugurkan hanya kerana taat dan patuh kepada kehendak DAP, Bahkan nak buat "spot check" di sebuah Gereja pun PAS tak mampu berhadapan dengan sergahan DAP) . Sebenarnya, kata beliau itu hanyalah kenyataan untuk memberikan talian hayat baru supaya orang Melayu terus menyokong Umno, ketika parti itu tidak popular di kalangan generasi muda yang celik maklumat. Katanya, kenyataan itu adalah bayangan mimpi ngeri Tun ketika menghadapi hari tuanya.

“Beliau sedang menyaksikan parti yang pernah beliau pimpin hampir 22 tahun mengalami muflis sokongan,”(Soalan saya, mana bukti bahawa UMNO sudah hilang sokongan Melayu sepenuhnya? Pilihan Raya umum ke-13 pun belum mula lagi) ujarnya kepada Harakahdaily. Menurutnya, Umno bukan lagi parti keramat orang Melayu, ia hanya parti untuk menjadi pangkalan sementara bagi membolot kekayaan peribadi bukan untuk kepentingan bangsa dan agama.

“Insya Allah doa almarhum Ustaz Fadzil Noor dikabulkan Allah, supaya umur Tun Mahathir panjang dan ia akan melihat sendiri hasil daripada beliau memimpin negara. Bibit-bibit kerisauan sudah pun nampak pada hari ini,” ujarnya.

Oleh itu, katanya PAS perlu mengganti Umno demi kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara. PAS, tambah beliau terbukti dan teruji kerana mampu mentadbir dengan baik negeri yang mewakili majoriti Melayu Islam di Kelantan sejak 1990 sehingga kini telah berjaya menaikkan taraf orang Melayu. (Bila pula PAS menaiktaraf kehidupan orang Melayu di Kelantan? Bukan banyak usahawan dan ahli korporat dari Kelantan berjaya di luar Kelantan? Mereka berjaya di negeri yang selama ini ditadbir oleh kerajaan BN)

Katanya lagi, kadar kemiskinan di Kelantan daripada nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam adalah satu bukti PAS mampu memelihara Melayu Islam. Begitu juga, ujarnya ketika Umno berbangga partinya pandai menjaga Melayu tetapi begitu dhaif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri di bawah penguasaan mereka, contohnya Terengganu nombor dua termiskin di negara ini. (Jangan tengok soal ini sahaja Ustaz, cuba dedahkah pula statistik penagih dada, perceraian, sumbang mahram, penyaluran air bersih, pengidap HIV dan masalah Mat Rempit pula? Rakyat Nak tahu juga Kelantan di tempat ke berapa?)

Jelasnya lagi, PAS yang menerajui Kelantan berjaya melunaskan hutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM220 juta setakat 2010 sedangkan hutang yang ditinggal oleh Umno pada tahun 1990 sebanyak RM718 juta. Katanya, Kelantan mampu mengurus dengan baik walaupun royalti minyak dirampas. PAS, tambahnya mampu kerana pemimpin yang berpegang kepada prinsip amanah dan adil, merasakan bahawa pemimpin akan disoal di hari akhirat kelak, menolak sebarang bentuk perkauman dan pilih kasih kerana berlainan ideologi politik, bantuan diberi kepada mereka yang berhak, tanpa mengira parti politik.

“Melayu akan hilang kuasa kerana politik Umno yang tidak menghayati Islam sebagai cara hidup, menafikan hak sesama bangsa kerana berlainan ideologi politik, dendam sesama bangsa sehingga menafikan hak rakyat untuk memilih berlainan politik, diskriminasi sesama bangsa kerana berlainan ideologi, agensi yang menjaga Melayu seperti Felda, Felcra banyak ketirisan, sikap sombong yang tidak boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat walaupun dengan fakta dan data, menyalah gunakan Hak Keistimewaan Orang Melayu untuk peribadi, pendekatan Umno Putera bukan Bumiputera, menafikan keboleh peniaga Melayu yang berwibawa kerana berlainan ideologi, mengkambinghitamkan DAP kononnya kerana Melayu tertinggal sejak BN hilang kuasa di Pulau Pinang,” ujarnya. (Amboi sedap Ustaz buat fitnah, tolong dedahkan juga nama ahli-ahli PAS yang menerima projek dan segala kekayaan hasil daripada dasar BN yang membantu Melayu-Islam selama 54 tahun negara ini merdeka. Tu Dr Hassan Ali, bukan berjaya atas bantuan dan sokongan UMNO ke selama ini? Buta mata hati ke Ustaz?)

9 comments:

Anonymous said...

The statement issued by ustaz Idris Ahmad was totally rubbish.
Sedar lah diri tu sikit...yang hamPAS memang takut dengan DAPigs..
sebab itu tak layak untok menggantikan UMNO.

Anonymous said...

tak guna ulas panjang pun pasal diorang..... kalau terbit jer nama bn/umno... mereka akan katakan spin tahap gaban... itu semua kehendak dan dengan izin Allah s.w.t

Dah masak sangat dah spin diorang

~Bekas Unit Amal~

Anonymous said...

Apa nak heran dgn PAS ni...Parti Angguk Saja

Anonymous said...

Kita kena ingat semula ... bagaimana desakan Hassan Ali supaya 7E di Shah Alam tidak menjual arak ... mendapat tentangan hebat DAP.

7E di KT ... tak jual arak ... OK je ... ini menunjukkan tentangan tu bukan dari 7E tapi dari kawan karib PAS sendiri.

Kita mengenali sesaorang dgn siapa dia berkawan.

Anonymous said...

NI LAH KATA KATA ORANG JAHIL YANG MENGAKU PANDAI....PI TENGOK RUMAH SENDIRI DULU SEBELOM NAK CUBA JENGUK RUMAH ORANG LAIN. MEMANG DARI DULU LAGI SETIAP KATA KATA ORANG PAS NI CUMA BERTUJUAN UNTUK MENYAKITKAN HATI SAJA. CUBA KATA KAT PUAK PUAK DAP TU KALAU BERANI! KOTE JADI MACAM LABI LABI, TERSENTOT MASUK DALAM!! CEHHHH....

Anonymous said...

IDRIS AHMAD BUKAN LAGI KETUA PENERANGAN PAS JADI SUARA BELIAU TIDAK LAGI RELEVAN...BUKAN SAHAJA DOA DARI ALLAHYARHAM UST FADHIL TETAPI SEMUA RAKYAT MALAYSIA YG SEDAR DIRI AKAN MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN PANJANG UMUR KEPADA TUN M...ALLAH PANJANGKAN UMUR TUN MUNGKIN JUGA UNTUK TUN MEMBANTU PEMIMPIN2 MALAYSIA MENTADBIR NEGARA DAN UNTUK TUN MELIHAT SENDIRI SEGELINTIR RAKYAT MALAYSIA YG PERNAH BELIAU PIMPIN YG KINI TIDAK BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH SEPERTI IDRIS AHMAD DAN PENGANUT2 PAS DAN PR....DGR CERITA UMAH PRIMA IMALAYSIA PUN ADA GAK PENGANUT2 PAS YG MOHON...KALAU X SOKONG 1 MALAYSIA DAN PENTADBIRAN NEGARA BUAT PER MOHON RUMAH PRIMA 1 MALAYSIA TUE???

Anonymous said...

Benarkah PAS selamatkan Melayu?. Kenapa selepas PR berkuasa Mac 2008 pemimpin PR batalkan pemindahan kuil Sek 19 ke Sek 22. Pada Disember 2007 MBSA sudah luluskan kuil pindah. Kenapa PR beri muka kepada kafir tanpa peduli masalah penduduk Islam hadapi situasi sukar selepas itu? Mereka datang dari kawasan lain ceroboh tanah PKNS yang sepatutnya untuk tapak rumah 16 unit. Bila gangguan semakin gawat penduduk minta bantuan luar. AP Shah Alam serang NGO tuduh mereka buat provokasi kepada kuil Hindu. Khalid Samad tulis artikel mengenai persoalam Kuil Sek 19 tersebar merata sampai ada blog pro PAS yang tuduh UMNO nak rampas Selangor. Kenapa PAS sanggup memburukkan sesama Islam?. NGO hantar memorandum desak kuil pindah. Sekali lagi jadi isu bila tapak kuil seluas satu ekar hendak dibina kuil Hindu di Seksyen 23. Kenapa pilih dekat kawasan perumahan majoriti Islam? Tidakkah pemimpin PR sedar gangguan pengunjung kuil Hindu yang keterlaluan di Sek 19 boleh berlaku di Sek 23?. Mereka langsung tidak peduli sensitiviti masyarakat Islam. Pelbagai risiko dihadapi penduduk kerana ada pengunjung kuil yang mabuk dan berani ugut bila ditegur. Gangguan bising bila ada upacara dan keramain hingga tengah malam. Walaupun penduduk 23 bantah tapi pemimpin PR teruskan juga hendak bina kuil disitu. Bila penduduk buat demo usung kepala lembu satu dunia kecoh konon hina penganut Hindu. Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. Hebatnya pemimpin PAS lebih bersimpati Hindu kuil yang buat provokasi kepada penduduk Islam Seksyen 19. Semasa kawasan perumahan dibuka pada tahun 1988 kuil itu kecil digunakan setinggan dekat jalan keretapi. Selepas tahun 2000 ramai pengunjung dari Seksyen 20 datang kekuil itu. Penduduk setinggan dipindahkan tahun 2005. Pada tahun 2006 kuil makin aktif dan dibesarkan tanpa kelulusan PBT. Setiap kali ada arahan pindah pasti ada campur tangan MIC. Makin banyak penduduk buat aduan kuil semakin besar selepas dimasukkan bekalan elektrik dan air. Selepas PR berkuasa pemimpin Islam pula yang sokong mereka. Hindu ugut dan ganggu ketenteraman penduduk Islam tidak ada tindakan segera pemimpin PR selepas pelbagai aduan dibuat. Tetapi bila orang Islam bawa kepala lembu kecoh jadi isu Negara. Tiba2 sahaja pada tahun 2009 media dan blog PR laporkan kuil itu berusia 150 tahun?. Kemudian diturunkan kepada 106 tahun?. Kenapa pemimpin Islam PR membela kuil Hindu? Kenapa media dan pemimpin PR sengaja menimbulkan kemarahan pembaca kepada penduduk, UMNO dan NGO Islam dalam isu kuil di Seksyen 19 dan Seksyen 23?. Adakah PAS lebih membela orang Islam kalau ada sikap pemimpin seperti ini?.

Anonymous said...

Pandai je diorang buat fitnah kat UMNO.

UMNO kan parti ISLAM :
-UMNO tak makan rasuah
-UMNO tak minum arak
-UMNO tak buat SEX haram
-UMNO tak main JUDI
-Wanita UMNO semua tutup aurat termasuk isteri pemimpin UMNO, tak nampak rambut.
-UMNO suka tolong susah, tengok Terengganu dan Sabah mana ada orang MISKIN, semuanya KAYA
UMNO tak robohkan surau
UMNO tak hapuskan sekolah agama rayat

Anonymous said...

iSemasa BN berkuasa penduduk Seksyen 19 mengadu kepada Sultan Selangor, BPR dan Biro pengaduan Awam JPM mohon campur tangan atasi masalah gangguan kuil Hindu. Tetapi tidak ada pula pemimpin UMNO yang menulis dalam blog menyalahkan penduduk Islam. Pada masa itu gangguan bising juga tetapi masih terkawal. Selepas PR berkuasa mereka gantung bendera PAS dan PKR beritahu dua parti sokong kuil tidak payah pindah. Kenapa pemimpin PR tidak peduli sensitiviti penduduk Islam? Pelbagai usaha dibuat penduduk minta pindahkan kuil tetapi begitu mudah dibatalkan pemimpin PR. Hindu kuil jadi lebih berani bergendang hingga tengah malam. Ada penduduk diugut dengan meletak parang depan pagar. Ada rumah diconteng no gengster 303. Penduduk terpaksa minta bantuan Pertubuhan NGO semasa gangguan jadi kronik. Selepas campur tangan NGO baru ada tindakan diambil. Kami tidak menyebelahi mana pihak cuma kecewa sikap pemimpin Islam sendiri yang ambil mudah masalah penduduk Islam. Pihak media pro PR pula tidak siasat masalah sebenar berlaku kepada penduduk. Maklumat penduduk terima pihak kuil dapat sokongan padu pemimpin dan komuniti mereka. Janganlah kerana PAS marah UMNO penduduk yang terpaksa menerima kesannya.