Tetamu Kehormat...

October 3, 2011

Woi Karpal Singh - Siapa Sebenarnya Yang Sedang Dibicarakan Ini? Guna Poligraf Laa..

Ini nasihat saya untuk Karpal Singh - kita (rakyat Malaysia) sama sekasli tidak menerima teori kospirasi dalam isu liwat antara Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari. Walau apa juga hujahnya - teori konspirasi terbatal! dan hakim akan menolak segala hujah yang cuba mengalihkan isu liwat ini dengan hujah-hujah konspirasi basi Anwar Ibrahim itu! Tidak perlu dikaji dan diteliti sama ada Saiful Bukhari takut atau tidak semasa beliau bertemu dengan DS Najib - untuk apa semua itu?

Yang kita mahu tahu hanya satu - Anwar meliwat Saiful atau pun tidak? Sekali pun memang benar wujud konspirasi - maka apakah dengan alasan itu Anwar akan dibebaskan daripada tuduhan meliwat? Apakah dengan membuktikan wujud konspirasi, maka Anwar boleh dibebaskan walaupun sudah terbukti beliau meliwat Saiful? Apa sebenarnya yang sedang dibicarakan ini? Masalah liwat atau agenda konspirasi? Dan siapa pula yang sedang dibicarakan ini? Anwar Ibrahim atau Najib Tun Razak? Mengapa begitu bodohnya para penyokong Anwar Ibrahim ini?

Kedua - tiada sesiapa pun yang boleh mengetahui fikiran Saiful semasa beliau bertemu dengan DS Najib - Saiful pergi tanpa paksa. Untuk apa Karpal Singh mahu menyoal DS Najib dan Rosmah? Yang perlu diketahui fikirannya sekarang ialah Anwar Ibrahim, bukan fikiran Saiful - minta Anwar terlebih menggunakan ujian poligraf (mengesan pembohongan) - mengapa takut kalau beliau di pihak yang benar? Sudahlah bersumpah pun tidak mahu - sekarang bukan main pandai Anwar menyuruh para peguamnya "menyiasat" fikiran Saiful pula sewaktu bertemu dengan DS Najib - Wahai Karpal Singh, tak payah susah-susah - gunakan sahaja kaedah poligraf, akan ketahuilah kita siapakah yang sebenarnya "bapak pembohong" - Anwar Ibrahim atau Saiful Bukhari - ada berani?

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Keterangan Datuk Seri Najib Razak dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat penting kerana ia akan membantu mengenal pasti keadaan mental pengadu, kata peguam utama Ketua Pembangkang, Karpal Singh.

Karpal berhujah bahawa Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada sebelah malam 24 Julai 2008 sebelum pengadu mendakwa Anwar telah meliwatnya. Kata Karpal, keterangan Perdana Menteri tentang apa yang berlaku ketika pertemuan itu akan membantu mahkamah dalam perbicaraan ini. Peguam berkata afidavit Najib ada menyebut bahawa Perdana Menteri telah menasihati Saiful agar membuat laporan polis selepas dia mendakwa pada 24 Julai bahawa Anwar telah meliwatnya.

“Adalah perlu untuk memperoleh keterangan daripada Perdana Menteri berkenanan keadaan fikiran SP1 (Saiful) dan sama ada dia takut atau sama ada Perdana Menteri kemungkinan mengharapkan SP1 akan mematuhi nasihat beliau,” kata Karpal.

“Sudah pasti, seseorang akan mematuhi nasihat personaliti tidak kira pangkat, terutama seorang timbalan perdana menteri (ketika itu), yang nasihatnya diperoleh,” katanya. Tetapi peguam-peguam Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor berhujah bahawa keterangan kedua-dua mereka tidak relevan dalam kes Anwar. Datuk Hisyam Teh, peguam mewakili Najib dan Rosmah berkata, Ketua Pembangkang telah gagal menyediakan bukti bahawa keterangan kedua-dua mereka adalah penting.

5 comments:

Anonymous said...

ingat senang ka mau jumpa PM... bodyguard bersepah, pegawai media ada 7.... cuba suruh orang biasa gi jumpa PM kat rumah dia... haiibat sungguh sayfool nie.. siap jumpa kat rumah PM... tepon KPN, jumpda Ketua Polis Melaka kat hotel.... memang haibat.... melilau merata dulu, lepas tu tahan berak 4 hari.. alih2 dna fresh polis simpan kasi jabatan kimia.. memang ajaib la kes nie... ahahahahah

Anonymous said...

Tu la memang ajaib sungguh, ade jumpe pulak DNA kepala pakcik Nuar dalam lubang kunyit Saiful. Lebih ajaib bin pelik, disebabkan berani kerana benar, pakcik Nuar lari ke Kedutaan Turki kata ade org nk bunuh dia... tapi sampai sekarang pakcik Nuar boleh hidup tanpa sebarang ugutan pun... Heran.. heran... lakonan dari peliwat tegar tu

Anonymous said...

anon 11.18,kalau ada org ckp menteri umno baru liwat dia,susah ke dia nk jumpa anwar?pujaan hati anda tu?biasalah org politik tak kira bn/pr.mesti pandai ambik kesempatan

Nam Ron said...

Apa susah sangat ke Najib nak pergi mahkamah jadi saksi...kata 'saya tak takut Anuar'..patut masa ni lah dia nak kondem anuar habis-habisan!..dulu pasal apa mau jumpa Al-Fadhil Tuan Haji Saifool Al-Juburi..kalau tak jumpa dulu tak da jadi masalah mcm ni!..

Anonymous said...

KENAPA Al-tantatuya dibunuh, dengan C4 pulak tu ??