Tetamu Kehormat...

October 21, 2011

Video Kematian Gaddaffi (Hukuman Kepada Musuh Amerika)



Amerika dan Israel bertepuk...umat Islam menari..mayat Saddam dah hancur tapi bumi Iraq masih kelam kabut, Husni Mubarak dah lama jatuh, Mesir masih tidak aman, Gaddaffi sudah mati, apakah Libya akan harmorni? Tepuk dada, tanya iman...pertukaran rejim bukan jawapan kepada keamanan, tetapi ketaatan kepada pemerintah asas keselamatan.

11 comments:

Anonymous said...

inilah dunia arab dan islam..sebenarnya..

harapkan nmama aje mcm bagus..

Anonymous said...

Saddam,Mubarak,Gaddafi memang dibenci oleh sebahagian besar rakyat mereka sendiri sekian lama, cuma kerana pendekatan diktator melalui kuasa dan media ianya tidak nampak. apabila sudah jatuh, baru dunia tahu betapa kaya dan joli katak anak-beranak mereka ini dgn kehidupan tidak mncerminkan orang Islam yg beriman. Jadi, kalau ini sebagai balasan, ambillah iktibar buat pemimpin Islam. Kezaliman akan dibalas oleh kezaliman, isyarat ada dalam Quran.

Anonymous said...

ya betul anon 1:40am
setuju sagt..
tp perkara yg lebih besar dan utama adalah sikap orang arab dan islam itu sendiri yg bodoh dan bebal sesama mereka sendiri...

jebon said...

saudara azli oh saudara azli. mmg tak boleh pakai hg ni. mana pergi semangat juang menentang penindasan dan ketidakadilan? kalau macam ini la pendirian hang, mmg tersangat sedih aku.maksud hang tu, demi kesenangan yg segelintar manusia dpt, sggp biarkan penindasan dan ketidakadilan yg nampak terang2 didepan mata atas prinsip, biarlah diasalakan kita hidup selesa.bagaimana agaknya kalau pemimpin melayu hang tu satu hari pegi rogol anak bini, sggp ke hg masih berdiri dipaksi pendirian biarlah, dia pemimpin melayu tu. kalau kecoh2 dan melawan nanti hlg pulak keamanan dan akan dituduh pengkhianat sb melawan bangsa sendiri. azli, azli.

jebon said...

hg akan melawan kan? itu jugalah yg rakyat kebanyakan rasa bila hak2 mereka dirogol. mereka akan melawan. berjuang atas hak menentang penindasan!

Anonymous said...

Anon 2:28,

awak orang Libya ke? tunjuklah bukti atas pertuduhan pada orang yang telah tiada. bawak rasional boleh?

kalau isunya zalim, apakah kpg buah pala tiada kaitan isu zalim? apakah orang asli di ulu kelate tidak dizalimi?

kalau nak cakap jangan ikut sentimen parti dalam semua perkara. ini isu antarabangsa yang kamu tidak tahu menahu melainkan menerusi laporan akhbar Barat.

harap ko faham.

gafa88 said...

tahniah orang islam.lepas ni kita huru harakan negara islam mana pulak?afghanistan,iraq,libya,mesir,sudan,somalia,palestin,yaman dah kucar kacir.yg belum lagi malaysia,jom kita hancurkan,alasan kita pemerintah malaysia zalim,kejam.kalau nak mudah,ajak amerika join kita.cepat kita jatuhkan.kita buat hadis,alquran yg membolehkan kita berperang sesama kita.kan mati syahid kalau berbunuhan sesama islam.

Tertido said...

mereka2 yg bodoh sahaja yg gembira menyambut tumbangnya kerajaan mesir libya dan iraq yg pemberontakannya ditaja oleh kafirin,kamu tahu apa yg menjadi pertaruhan andai mereka berjaya?kamu tahu apa jadi pd iraq?kamu tahu apa jadi pada mesir dan libya?kamu tak tahu,kamu hanya mendengar ceramah dan telan bulat2 mengikut citarasa politik yg kamu pilih,akal kamu sebenarnya telah dimanipulasi,kamulah mangsa mind control,bangunlah,jgn terpedaya,mereka sudah menggerakkan tipu daya,perjuangan parti selalunya membawa perpecahan ummah,bersatulah:)

Anonymous said...

Sungguh sedih dan pilu bila menatap gaya kematian Muammar Gaddafi, seorg pemimpin rakyat pada asalnya....

Tetapi akibat terlalu lama berkuasa, nafsu sudah menguasai dirinya.

Walau pun disaat-saat akhir ini rakyat sudah tidak suka kepadanya tetapi isyarat tersebut gagal difahaminya.

Antara sebabnya ialah sistem timbang tara gagal berfungsi dengan betul.

Pengajaran yg boleh dipelajari dari tragedi ini kepada kita di Malaysia ialah...

Sistem demokrasi kita mesti benar-benar demokrasi, sistem perundangan kita jangan tempang, sistem pilihanraya kita bersih dan bebas dari sebarang campur tangan pihak-pihak yg berkepentingan.

Apabila ini berjaya dilakukan, maka apa yg terjadi kepada Muammar Gaddafi insyaallah dapat di elakkan.

Antara sebabnya, melalui sistem demokrasi yg tempang, pemimpin gagal utk mengetahui masa sebenarnya dia patut berundur.

Diketika rakyat sudah begitu membencinya namun isyarat yg di perolehi menampakkan kononnya dia masih popular......

Nafsu melonjak, harta di kumpulkan, anak beranak di perkayakan dan...akhirnya pemberontakan berlaku.....nasib Muammar Gaddafi berulang.

Wahai para pemimpin Barisan Nasional, ambillah ikhtibar dari apa yg berlaku di Libya ini, betulkan sistem demokrasi di Malaysia sebelum rakyat betulkan anda......

Anonymous said...

yg dok hentam kritik berhimpun ni apanamanya? Tak demokrasi namanya? lapar pada kebebasan sepenuhnya begitulah hasrat rakyat msia kononnya. Inilah slogan dajal, atas nama keadilan, anti korupsi, kebebsan mutlak, hidup dijanjikan lebih bahagia.
Tiada langsung bersyukur, mak ayah kita menderita ke nak makan, tak syukur ke kita dgn apa yg telah diberi allah selama ni.soal nak mengundi sesapa pun takkan ditembak mati kat sini, itu hak demokrasi, tapi jadilah penentang yg berhikmah, jgn simpan kebencian mutlak sesama makhluk, kita ni makhluk, lagi yg Maha Kuasa pun dok beri kesenangan yg mega pada kafirun, tetap ada maha pengasih penyayang Allah pd makhluknya, kita sapa nak menghina membenci atas nama agamalah konon, atas nama quran dan hadis la konon. Tapi kebencian kita atas nama kebenaranlah konon sanggup melupakan akhlak rasul.

Rasul dibaling dgn najis di taif apa dia buat, didoakan kebaikan lagi pd keturunan bani taif, saidina ali diludah dan dimaki dek yahudi yg tewas ditangannya, dgn keupayaan saidina ali boleh memenggal kepala yahudi tersebut dlm peperangan, tapi tak dilakukan, kenapa? Kerana saidina merasa nafsu telah menguasainya pada ketika itu.

Hah, itulah cth yg perlu diikuti, bukannya guna ayat quran dan hadis atas kehendak nafsu kita utk dipropagandakan demi keuntungan dunia kita. Bukankah org Islam itu hasil dari patuh pada quran dan sunnah, intipati yg terzahir adalah akhlak yg bagus?

So baguskah NTC Libya memperlakukan mangsa(muammar) tersebut, dikala dia sudah gugur ke bumi? Berakhlak rasulkah pejuang NTC Libya dlm mengikut disiplin perang sunnah rasul pada mayat yg telah meninggal, perilaku ni sama spt hendon yg memakan hati saidina hamzah, ini bukannya perilaku sunnah dlm perang!
Takkan atsa nama keadilan, anti kezaliaman kita dihalalkan berbuat sebegini pd mangsa perang. Kalu nilah dibenarkan maka nyatalah pejuang NTC Libya tu berpaksi pada perjuangan Dajal akhir zaman, berpaksi pada iblis, berpaksi pada nafsu ammarah, so apa lg yg boleh dibanggakan nanti di alam barzah? di yaumul mahsyar nanti dgn perjuangan ni?

Oleh itu pd pejuang politik demokrasi acuan barat ni, berhati hati lah, sekiranya musuh anda itu anda anggap kurangnya Islam mereka dari anda, anda akan tertipu. Mujahadah habisan dahulu utk buang nafsu jahat dlm diri barulah perjuangan itu Lillah hi Ta ala, kalu tidak kita hanyalah proxy pada projek akhir zaman yg direncana oleh Dajal yg bersalutkan kebenaran tapi racun yg berbisa utk ummah yg bersyahadah.

Perjuangan sahabat dgn dinaungi dgn nafsu muthmainnah, pejuang Islam sekarang penuh dgn nafsu ammarah, ini terbukti dlm kerja2 ceramah politik, penuh dgn tuduhan, umpatan, cercaan, tiada langsung utk muhasabah diri setiap langkah dlm berjuang, lihat Hamas , pejuangnya setiap masa dibasahi dgn ayat quran/zikrullah, tapi pejuang 'Islam' Msia mulut dibasahi dgn tuduhan pada sesama Islam. So boleh ke dibanggakan, sedangkan kita dikatakan Quran dan Rasul ikutan kita? Pemimpin kita ahli Ugama tapi mana tarbiah dan peningkatan diri/jiwa dlm melangkah berjuang?

Berhati hatilah di akhir zaman ulama su lebih ramai dari ulama sebenar, kerana nafsu dlm diri. Salutan madu bernama Ugama/kebenaran adalah pakckage dajal laknatullah.

Sesungguhnya perencanaan Allah yg hebat.

Drp
Hizbul Tahrir

Anonymous said...

woooi agfa88...

awak tak nampak ke yang anuar brahim tu tengah berusaha mengajak yahudi dsb menjatuhkan malausia mcm cara yang anda cakap tu... nasib baik diorang tak berjaya sebab belum ada pemimpin malaysia yang tamak macam pak arab tu..