Tetamu Kehormat...

October 19, 2011

Tolong Rotan Kami!

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini. (Ini maksudnya buruk sangka, surah al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”)

Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam. Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur. (Bimbangkan apa? Bimbang kerana perhimpunan HIMPUN tidak memberi banyak kredit politik kepada PAS berbandingan dengan perhimpunan BERSIH 2.0?)

“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily (bukankah sifat perhimpunan Bersih 2.0 juga mempunyai ciri-ciri mengancam keharmonian negara? Memburukkan imej negara, menyebabkan keresahan masyarat berniaga, dan menyusahkan rakyat jelata?). Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.

Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini (So, maksudnya umat Islamlah yang perlu banyak bertolak ansur dengan orang bukan Islam? Begitu? Termasuklah dalam soal aqidah? Hubungan antara agama di Malaysia tidak berada dalam keadaan rapuh, yang berada dalam keadaan rapuh adalah "hubungan antara saudara seIslam" Ini dahulu yang sepatut diutamakan oleh PAS. Ini tidak - sesama Islam dikafirkan) . Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama. (Amboi pandai pulak fikir kalau-kalau ada pihak ketiga menaguk di air keruh yea? Dulu semasa menyokong Bersih 2.0 mengapa tak boleh fikir macam ini? Dahulu agaknya fikir menggunakan kepala lutut, baru sekarang menggunakan otak.)

“Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan,”( Ini dah masuk buruk sangka ni bro, surah al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”) ujarnya yang juga AJK PAS Pusat. Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain. (Pertama, kalau mahu nama baik Islam tidak tercemar, mohon hentikan dahulu maki hamun dan kafir mengkafir yang sering dilakukan oleh ulama PAS kepada UMNO, kedua terima dahulu salam perpaduan dan persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO selama ini.)

Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah. Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain. (Mengapa Bersih 2.0 bertegas mahukan adakan juga demonstrasi jalanan? Bukankah kerajaan sudah bersedia untuk berunding dan pihak Istana Negara juga mahu ia diselesaikan di meja rundingan? Tetapi mengapa PAS tetap berdegil memilih jalanan? Bukankah lebih elok Bersih 2.0 berdialog secara baik dengan kerajaan? Mengapa masih berdegil? Dan dalam soal memurtadkan umat Islam ini, apakah PAS sudah menyediakan platform dan menganjurkan siri-siri dialog antara agama secara konsisten? Yang kami dengar hanyalah ceramah agama bukan dialog antara agama.)

“Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil. “Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu,” katanya. (Di bawah telunjuk siapa nie? Ini satu lagi buruk sangka PAS terhadap saudara seIslam, kalau Bersih 2.0 tidak menunjukkan ego dan sombong, InsyaAllah kerajaan akan berlembut, tetapi Bersih 2.0 menipu! Mulanya Ambiga mendakwa ia bukan perhimpunan politik, tetapi akhirnya semua pemimpin pembangkang terlibat dalam perhimpunan tersebut.)

3 comments:

Anonymous said...

Jika para pemimpin Umno benar-benar sayangkan Allah, mereka hendaklah menggubal undang-undang mencegah murtad untuk diluluskan oleh Parlimen, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

"Dalam Dewan Rakyat kini terdapat 132 Ahli Parlimen yang beragama Islam. Saya yakin, kesemua mereka akan memberikan sokongan padu jika kerajaan yang diterajui Umno membentangkan rang undang-undang mengenai kesalahan murtad.

"Saya juga berharap mereka yang mahu berdemonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain turut mengemukakan tuntutan kepada kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) supaya menggubal undang-undang mencegah murtad," kata beliau ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai demonstrasi tersebut.

Ketika diminta mengulas mengenai rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain, Hishammuddin berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah Herald-The Catholic Weekly.

"Oleh kerana kerajaan tidak menghalang demonstrasi tersebut dan tidak ada operasi seperti Operasi Lallang 1987 di mana saya dan rakan-rakan lain tidak fasal-fasal menjadi mangsa, tentulah kerajaan juga tidak menghalang mereka yang berdemonstrasi itu menuntut penggubalan undang-undang mencegah murtad," kata Mohamad.

PAS, kata beliau, bukan sahaja dizalimi ketika demonstrasi dan majlis-majlis ceramah, malah tidak dibenarkan membentang usul mengenai murtad atau rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad di Parlimen.

Menurut beliau, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS kini, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, kata Mohamad lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Oleh kerana PAS buat semua tak boleh, saya yakin orang-orang Umno yang hendak berdemonstrasi itu boleh menuntut kerajaan menggubal undang-undang mencegah murtad.

"Mereka sepatutnya berbuat demikian jika benar mereka sayangkan Allah," kata beliau.

Mohamad juga menyokong saranan Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin badan-badan Kristian bagi mencari jalan menyelesaikan pelbagai masalah.

"Saya harap dialog tersebut boleh disegerakan dan sebagai langkah awal, PAS boleh menginisiatifkan dialog tersebut.

"Saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang termasuk Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam," katanya.

Beliau juga yakin perbincangan tersebut boleh menjadi agenda berterusan di pihak PAS, bukan sahaja dengan badan-badan Kristian malah dengan badan-badan agama lain juga.

Anonymous said...

Berita orang fasik kena selidik dulu..

C L J said...

KALAU ADA ORANG YANG CAKAPNYA SEKALI GITU SEKALI GINI. SEKALI KIRI SEKALI KANAN. ISTILAH PERIBAHASANYA ORANG PANGGIL APA ????