Tetamu Kehormat...

October 8, 2011

Teruskan Momentum Kebangkitan Rakyat Menentang Mat Sabu!

Rakyat diminta terus menunjukkan protes besar-besaran terhadap Mat Sabu yang jelas memperlecehkan perjuang kemerdekaan tanah air tercinta kita ini. Usaha berterusan mendesak dan menunjukkan rasa benci terhadap tingkah laku Mat Sabu perlu diterjemahkan dari hari ke hari. Sudah tiba masanya para pemimpin pembangkang diajar agar lebih bersopan dan menjaga hati orang lain. Teruskan protes dan desakan agar Mat Sabu menarik balik segala penghinaannya terhadap anggota polis dan para pejuang kemerdekaan negara. Baca berita di bawah:

REMBAU 7 Okt. – Bantahan orang ramai terhadap kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu ke negeri ini berterusan dan terbaru apabila beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepadanya pada sesi ceramah parti itu di Kampung Pulau Bintungan di sini malam tadi.

Bagaimanapun kumpulan yang diwakili 70 orang terdiri daripada beberapa NGO yang diketuai Gerakan Memartabatkan Perjuangan Nasional (GMPN), kecewa selepas mereka dihalau dengan kasar oleh penyokong pembangkang ketika cuba menyerahkan memorandum kira-kira pukul 10.15 malam.

Berikutan itu, insiden tolak menolak berlaku antara kumpulan berkenaan sebelum pergaduhan tercetus antara mereka yang tidak berpuas hati dengan kehadiran rombongan GMPN.

Beberapa ahli kumpulan berkenaan cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.

Keadaan kemudian tidak terkawal menyebabkan Unit Tindakan Ringan (LSF) polis bergegas ke lokasi bagi meredakan keadaan.

Dua wakil GMPN akhirnya dibenarkan masuk bertemu Mat Sabu kira-kira pukul 10.30 malam selepas Ketua Cabang Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard keluar untuk berunding sebelum menyerahkan memorandum berkenaan.

Di sebalik bantahan dan suasana tegang itu, Mat Sabu masih meneruskan ceramahnya sebelum ia berakhir kira-kira pukul 12 malam.

Sementara itu, wakil GMPN, Mohd. Arafat Muhammad kesal dengan insiden tersebut kerana penganjur sebelum itu memaklumkan wakil mereka akan dibenarkan masuk tanpa sebarang halangan.

‘‘Sebelum ini kita telah berbincang dengan wakil penganjur sebelum ke kawasan ceramah itu kerana diberitahu empat wakil kami akan dibenarkan masuk menyampaikan memorandum kepada Mat Sabu,” katanya.

Sebelum ini kehadiran Mat Sabu turut dibantah oleh beberapa NGO yang membantah kehadirannya pada sambutan Aidilfitri anjuran parti berkenaan di Ampangan dekat sini pada 24 September lalu berikutan kenyataannya menghina pejuang negara.

Malah peserta dari NGO berkenaan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu yang masih mempertahankan pendiriannya dalam isu komunis, bertindak menyerbu majlis berkenaan.

Perkembangan itu menyebabkan beberapa siri pergelutan antara peserta perhimpunan dengan beberapa ahli Pas yang bertugas pada majlis berkenaan.

Mat Sabu sebelum ini mendakwa Mat Indera adalah wira sebenar dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, bukannya anggota polis yang diserang kerana mereka bekerja dengan penjajah British.

Berikutan itu, Mat Sabu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang 21 September lalu atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi di Bukit Kepong sewaktu menyampaikan ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor pada Ogos lalu.

8 comments:

Anonymous said...

MASA ORANG NAK SERAH MEMO BANTAHAN MEREKA BANTAH. MASA MEREKA NAK SERAH MEMO KEPADA YDPA POLIS LARANG MEREKA BANTAH. PUAK NI RETI BANTAH SAHAJA.

Anonymous said...

Pelik juga, apa yg di perkatakan oleh Mat Sabu adalah fakta sejarah, bukan rekaan.

Masa tu zaman British memerintah,

Sesiapa yg lawan British yg menjajah Malaya perlu dianggap pejuang dan sesiapa yg berkhidmat dng British pula perlu dianggap pengkhianat.

Tetapi munkin ada diantara rakyat negara ini yg menganggap British adalah rakan sekutu ( Umno lah tu...) tu,,la mereka ni anggap siapa yg lawan British adalah musuh.

C L J said...

Tahniah orang Rembau ....
Satu arus yang patut dicontohi ...
Teruskan arus serupa dimana mana ...

Anonymous said...

Aku bangkit menentang UMNO,
UMNO & British sama je.

Anonymous said...

Buat apa aku menentang Mat Sabu, dia bukan penjajah, baik aku tentang UMNO/BN biar jatuh masa pilihanraya nanti.

Anonymous said...

SO...MAT SABULAH PENYOKONG KOMUNIS...YANG MEMUSUHI SEMUA AGAMA...MAT SABU CUMA TAU CIUM BURIT...NORMAH JA...RAJA MAKSIAT DIANGAT JADI PEMIMPIN INILAH TARBIAH PAS...PATUTLAH KELANTAN TERTINGGI AIDS KAT MALAYSIA....RAMAI MANUSIA PAS SAKIT JIWA

Azli Shukri Tomorrow said...

azli shukri today
Membanteras Kepalsuan, Kezaliman dan Kemungkaran Parti UMNO

Teruskan Momentum Kebangkitan Rakyat Menyokong Mat Sabu!

Anonymous said...

kenapa tidak menentang mereka yang..
1. kata British yg bunuh tok janggut bukan penjajah.
2. tukar cuti hari jumaat kepada hari ahad ikut arus perdana, British standard.
3. kata hudud susah nak dilaksanakan, tapi hub hiburan malam penjana ekonomi rakyat.